Masjid Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kehadapan Ayah,

Sudah sebulan ayah pergi. Anakmu masih merindui dirimu ayah. Masih teringat pagi 8 Ogos. Hafiz mandi awal pagi tu. Sebab sudah target nak pergi awal rumah ayah. Boleh borak2 panjang dengan ayah. Sebab semalam yang 7 Ogos itu, anakmu ini pergi Bukit Tinggi. Hafiz tak singgah rumah ayah sebab pening2.

Pagi itu, isteri Hafiz cakap mak tak dapat jaga sebab ayah teruk sangat waktu itu. Isteri akan ambil cuti, tapi tetap hantar anak sulung ke PASTI. Hafiz faham saja, dan akan tunggu di rumah. Hafiz mesej rakan sekerja kata datang lambat sebab ayah masuk hospital. Hafiz sambung sandar di sofa dan belek2 telefon. Mak mesej kata ayah akan dibawa ke KBMC,

Hafiz menunggu isteri balik. Namun tidak semena-mena mak telefon cakap doktor tengah buat CPR, Hafiz kena datang SEKARANG!

Serta merta Hafiz keluar rumah, bawa anak kedua Aysyah. Tidak pernah Hafiz bawa beliau bawa motor sejauh itu. Itulah kali pertama Hafiz bawa cucu ayah. Sampai saja terus Hafiz mencari kawasan merah kritikal. Hafiz mencari di mana ayahku. Dimana ayahku.

Tirai dibuka, adik cakap ayah dah tiada.

Ya Allah. Hafiz terus terpa ke Ayah. Hafiz tak terbayang Ayah akan pergi pagi tu. Hafiz pegang tangan Ayah. Sejuk sangat tangan Ayah. Hafiz tak dapat tahan diri, Hafiz menangis semahunya. Adik suruh Hafiz mengucap dan beristighfar. Hafiz tak puas kucup Ayah. Sejuknya tangan Ayah. Aysyah pun turut menangis. Cucu ayah. Hafiz dipujuk mak, suruh pulang dan uruskan persiapan pengkebumian arwah Ayah.

Hafiz pulang terus ke rumah dan beritahu isteri yang ada di rumah bahawa Ayah sudah tiada. Innalillah.

Semoga roh ayah dicucuri rahmat oleh Allah.

Yang Menulis sewaktu kuliah maghrib

Anakmu.

Advertisements

Kemalangan mimpi

Posted: August 30, 2018 in Jurnal Memori

Di lampu isyarat. Membawa van. Terlanggar kereta putih. Ada polis jumpa dan nampak.

Kampung Padang Balang

Assalamualaikum ayah,

Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Esa dan Maha Pencipta yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tuhan yang menyimpan kenangan masa lalu, masa kini, dan Maha Mengetahui masa depan. Selawat ke atas Nabi Muhammad, khatamun nubuwwah.

Ayah,

Hafiz terlalu rindu dengan ayah. Kata kawan ayah, mat Lee yang OKU Penglihatan bila teringat saja ayah. Sedekahkan Al-Fatihah.

Hari ini hampir tiga minggu ayah pergi. Pagi tadi Hafiz termimpi kawan Hafiz. Ceritakan padanya pasal ayah. Dan ajak dia solat, dia jawab kita kena perlu istiqomah. Dan subuh ini Hafiz terus mesej kepadanya. Zulazri namanya.

Hafiz tak mampu tulis panjang, ada kekuatan Hafiz tulis lagi ye Ayah.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Wassalam

Dari anakmu yang selalu bersamamu berbual2 dan penuh kenangan

Hafiz

Alhamdulillah aku terpilih.

7 Lembah Kedukaan

Posted: June 23, 2018 in puisi

Adapun panas terik di Alaska

Mendung dan ribut petir di Sahara

Kelihatan sekeping hati ditiup angin timur terhoyong-hayang bergentayangan terjelobos jatuh dalam lubang.

Ke mana nasib pergi?

Tanya sekeping hati. Yang di hadapan tersergam…( baca tajuk )

Mimpi busuk

Posted: June 13, 2018 in Uncategorized

Hampir seminggu ada bau busuk boleh dikatakan najis di luar rumah. Aku syak kawasan longkang. Bila lalu memang betul. Tak tahu orang berak ke muntah ke kat situ. Disebabkan terlalu fikir benda ini maka aku termimpi.

Aku termimpi sebuah van lelaki dan wanita, tak pasti mereka ini suami isteri atau tidak. Pergi ke longkang dan buang najis di situ. Aku bila nampak terus tegur. Kenapa buat situ, buang dekat tempat lain. Di tong sampah yang besar. Di Pasar Besar Gombak ada. Tapi Pasar Besar Gombak dah tutup. Dan mereka pun beransur pergi.

Waktu adalah Sahabat

Posted: May 30, 2018 in puisi

Ketika semua sudah pergi

Waktu terhenti

Kenangan menjelma kembali

Saudara dan teman

Hadir makhluk bernama waktu

Memujuk

Memujuk

Sudah-sudahlah sahabat

Aku waktu akan menemanimu dan memelukmu erat

Teruskan hadapi hidup dengan penuh wawasan, meskipun sudah tiada siapa kiri dan kanan.

*dibaca oleh perewa ketika umurnya 92 tahun, 2078.