Archive for the ‘cerpen perang’ Category

Kampung Kubur Tentera

Posted: December 16, 2016 in cerpen perang, Uncategorized

Omar dan 17 rakannya sedang mencari penempatan yang selamat selepas dua hari dua malam bertempur dengan pihak musuh. Keadaan semakin gelap, 400 meter dari kedudukan mereka kelihatan penempatan orang kampung, kerana kelihatan cahaya api dan lampu menyala dengan terang. Namun kawasan sekeliling sunyi, tiada riuh rendah suara manusia. Mereka mara ke hadapan.

Dengan pakaian berwarna coklat tanah, gerakan mereka agak samar dan kurang jelas dengan mata kasar. Dua orang peninjau dihantar untuk memastikan bukan perkampungan musuh atau yang menyokong musuh. Jika tidak, mereka terpaksa menggunakan kekerasan atau mulakan pertempuran sekali lagi.

Peninjau kembali dengan berita baik bahawa warga kampung tiada masalah menerima tentara dan dirasakan mampu memberikan bantuan.

Kesemua mereka menuju dengan penuh gembira. Mahu melepaskan penat dan lelah bertarung. Bukan calang2 pertarungan yang mereka hadapi.

Mereka disambut dengan agak dingin, penduduk kampung keluar hanya untuk melihat muka tentera yang masuk perkampungan mereka. Kemudian masuk semula kerumah masing2 dan meneruskan kerja seharian. Anehnya kampung ini hanya ada wanita dan kanak2. Yang menyambut mereka pula hanya tiga orang wanita tua, sorang sudah bertongkat.

Malam menjelma.

Tentera diberikan tempat berehat di bangsal yang dahulunya milik kuda dan kambing peliharaan orang kampung. Kini bangsal itu telah kosong.

Omar yang tidak dapat tidur berjalan2 sekitar kampung ketika semua rakan2 mereka menjamu selera. Sunyi dan suram sungguh kampung ini. Omar tidak berselera untuk makan. Hanya menjamah roti yang masih berbaki dalam begnya sendiri, sambil menogok air Omar terperasan di atas setiap rumah pedang atau parang dipacakkan. Menarik omar rasa.

Malam makin larut. Omar pulang ke kawasan bangsal. Dilihat semua rakannya sudah tidur. Omar menggelengkan kepala kerana ini sangat luar biasa. Tiada yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Omar mengambil keputusan untuk menjaga keselamatan semua rakan2nya. Dan tanpa disedari…

Prak*

bunyi leher dipatahkan

Macam mana dia boleh terlepas?

Dia jalan2 waktu kawan dia makan.

Okey akan datang, kalau ada askar lain datang lagi pastikan semuanya makan. Mudah sikit kita buat kerja.