Archive for the ‘cerpen Hang dan Tun’ Category

Tuah mengimbau

Posted: October 31, 2016 in cerpen Hang dan Tun

Tuah mengimbau semula kenangan bagaimana di mampu melompat dan muncul dalam Dunia Lain. Tuah yakin dunia ini sama dengan dunianya, namun waktu yang membezakannya. Selepas Tuah menegur seorang perempuan yang saban hari membeli tiket kepadanya dek kerana tidak mempunyai duit kecil. Aneh, Tuah yakin perempuan ini ingin mendekatinya. Firasat tuah terhadap hati setiap insan tidak pernah salah. Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Jenn.

Bagaimana kalau seseorang itu berusaha sedaya mungkin bermula dengan masa? Sehingga sampai satu tahap mampu menewaskan masa?

Tuah berjaya. Tuah mula merentasi masa tidaklah sejauh 1000 tahun, 100 tahun mahupun 10 tahun. Hanyalah sedetik, Tuah pun merasa tidak berbaloi dengan kesaktian sedetik ini. Tuah tidak sedar dari sedetik ini bermula sesaat. Tuah yang tidak merasa kepantasan sedetik, mengambil sikap sambil lewa dalam pemakaian ilmu saktinya. Dari sedetik itu Tuah cuba mengubah hal2 kecil. Seperti mengalihkan kerusi untuk rakannya duduk, dan hanya beralih sedikit. Dari sedikit itu Tuah cuba berlatih untuk lebih pantas.

Dipendekkan cerita Tuah mampu bergerak sehari lebih awal. Dalam keterujaan Tuah itu, beliau bertemu sosok lain yang dengan tiba2 muncul di hadapan pintu rumahnya.

‘Aku Sang Ribut’

 

Tiada lagi perlu diselindungkan. Untuk apa malu mengaku? Bukan perbuatan ini satu dosa. Ada yang memandang lekeh pekerjaan ini. Berniaga. Yup, berniaga. Seorang pahlawan Melayu dahulu kala. Entah hayatnya panjang, kini adalah peniaga keropok lekor di Terengganu.

Menggunakan nama Perniagaan Hang Lekir Lekor. Sambutan sangat memberangsangkan. Tiada yang bertanya asal muassal dari mana. Mungkin mereka sekadar bertanya dalam hati. Pun begitu Lekir masih merasakan beliau akan beritahu hal sebenar satu hari nanti.

Tahun berganti tahun, turun naik ekonomi sudah dirasai oleh Lekir. Beliau yang punyai lima gudang besar Keropok Lekor dan lebih 100 pekerja kini mahu mengembangkan perniagaan ke luar negara. Jauh di sudut hati beliau menyimpan hasrat ingin ke Cina. Merasakan itulah masa sesuai. Kapal besar dibina khusus untuk perdagangan ini. Selesai segalanya , sehari sebelum berlepas diseru orang sekitar.

“Wahai semua, aku adalah Hang Lekir. Pahlawan Zaman Emas Melaka. Bakal ke Cina untuk kesekian kali nya. Jika ada yang mahu turut serta, dengan berlapang dada aku menerima kalian. Kerana aku adalah Hang Lekir”

Riuh rendahlah suasana. Ada sok sek sok sek. Tapi kebanyakannya adalah dekahan semata. Berlepaskan Lekir menuju ke Cina membawa Keropok Lekor yang bakal didagangkan

Hang Kasturi di Jengka

Posted: March 4, 2015 in cerpen Hang dan Tun

Di-picit2 bahu sendiri. Latihan semalam begitu membebankan. Tidak pasti bila kali terakhir beliau melakukan latihan keras untuk memantapkan stamina. Mungkin 500 tahun dahulu. Mungkin. Diletakkan beg yang berisi kitab2 tebal lama. Kitab2 inilah yang digunakan sebagai beban berjumlah 10 kilogram.

Selesai solat Subuh, larian keliling kampung yang jaraknya sekitar 6.47 kilometer menjadi rutin dalam dua bulan ini.  Bukit berhampiran kawasan rumah didaki dengan begitu pantas. Merasakan masih belum cukup dan masih belum terlalu keras. Ditambah lagi beban untuk dipikul.

Hidup. Sudah lama beliau hidup. Wajah tidak pernah berubah. Waktu petang hingga 12 malam di Petronas Jengka berhampiran pusat bandar beliau berkhidmat. Hampir dua tahun. Mengambil sikap senyum sahaja daripada ber-kata2 membuatkan gelaran ‘Mat Senyum’ diberi oleh rakan2 pada beliau. Tiada siapa yang peduli akan latar belakang insan ini. Waktu diambil kerja juga tidaklah susah mana. Hanya menunjukkan pemahaman tentang penggunaan mesin dan rajin. Diterima kerja.

500 tahun bukan sekejap. Berkat kesabaran, akhirnya beliau merasakan ada sesuatu yang menarik bakal menjelma. Beg2 dikemas. Diangkut semua barang. Bergegas ke stesen bas Bandar Pusat Jengka. Tiket dibeli.

JOHOR

Hang Tuah di Kuala Lumpur

Posted: February 26, 2015 in cerpen Hang dan Tun

Dia sedang memulangkan baki duit tiket kepada pembeli. Panjang sungguh barisan pagi ini. Apalah yang mahu dikatakan lagi. Demi sesuap rezeki. Tangannya yang satu ketika dulu adalah tangan keramat menewaskan Taming Sari. Kini……hanya me-nekan2 butang di papan kekunci. Ouh tidak lupa memulangkan baki kepada pembeli tiket.

Mungkin ramai yang kenal beliau melalui nama tapi tidak pada rupa. Adapun lakaran sosok beliau di Muzium Negara tidak lain dan tidak bukan hanyalah gambar lama yang agak sedikit lari dari gambaran sebenar. Ahhh…itu gambar 500 tahun dahulu. Gambar masih muda, masih ber-api2 semangat kependekarannya. Tahun 2014 benar2 mengajar beliau erti tua dalam konteks masa. Mengapa dalam konteks masa? Mungkin lain kali hal ini dibincangkan. Fokus pada kisah insan ini dahulu.

Aku? Aku mula kenal beliau dari tag nama yang dipakai.

“Tuah”

Pada mulanya bagi aku sekadar nama. Ada juga insan2 yang aku kenal bernama Tuah. Tuah Zulkarnain yang dulunya DJ radio. Abang Tuah Jani, anak kepada Pak Andak Majid yang mengajar Silat Gayong. Dan Tuah2 yang lain. Setiap kali tiket dibeli aku hanya menundukkan kepala melihat namanya. Ingin sekali aku mengenali insan bernama Tuah ini.

Tubuhnya tidak gedempol. Masih tegap. Berdada bidang. Otot2 masih lagi tertonjol. Dari rupa boleh agak dalam umur akhir 30an. Entah bagaimana satu pagi itu aku berseloroh.

” Hang Tuah, hang duduk mana?”

Beliau melemparkan senyuman dan memulangkan baki. Aku malu sendiri dengan seloroh hambar aku pagi itu. Hampir dua tahun aku menemui beliau dalam ruang kaca kaunter pembayaran. Sehinggalah pada satu ketika bukan beliau lagi memulangkan duit baki. Aku tercari di mana gerangan Tuah. Aku menjenguk ke dalam kaunter. Tiada. Bahuku disapa.

“Cari saya?”

Aku terkejut apabila berpaling. Tuah.

Kami singgah di baskin robin di KL Sentral. Sambil Tuah sendiri memilih aiskrim strawberi cawan besar. Aku hanya memandang. Mahal memang mahal. Tidak sanggup aku. Atas teknik sosial yang saban hari aku amati. Air suam atau air kosong adalah cukup untuk kita duduk dan berbual. Air mineral baskin robin? Terpaksa beli. Demi Tuah.

Dia tidak makan aiskrim itu. Kerana sudah hampir setengah jam kami berbual. Perbualan kami berkisar perjalanan LRT dan KTM. Lebih kepada kerja Tuah. Lantas saya bertanya “Kenapa berhenti kerja?”

“Aku mahu cari Jebat dan minta maaf.”

Kata beliau sambil minum aiskrim yang sudah cair itu dengan sekali teguk. Beliau bangkit. Memakai beg besar berjenama Deuter. Menunjukkan tiket keretapi kepada aku.

KL-PENANG

Hang Jebat di Pulau Pinang

Posted: February 26, 2015 in cerpen Hang dan Tun

Langit gelap pagi ini. Ianya kelebihan buat insan yang masih mengharapkan ahad kedua selepas ahad semalam. Jika anda seorang pelajar atau pekerja yang malas merempuh isnin nan sengal. Anda akan faham apa yang dimaksudkan.

Seorang lelaki yang rambutnya hitam pekat. Panjang hingga boleh diikat. Baru saja menggeliat di bilik yang baru semalam disewa. Dipandang keliling ada beberapa poster kugiran barat. Greenday, Puddle of Mud, dan entah apa lagi nama yang sukar disebut maupun dieja. Menyarung baju hijau, beliau melangkah keluar bilik. Sambil menggosokkan mata beliau melangkah masuk ke dalam tandas.

Tepat jam 10pagi, kedai buku di bandar menjadi destinasi. Buku yang dicari tiadalah lain, kisah sahabat2 yang sudah lama terpisah. Kisah2 ini terpateri di dalam Hikayat Hang Tuah.

“Hikayat….hmmm hikayat”

Ngomel beliau. Di-belek2 buku itu. Didakap dan dibawa ke kaunter bayaran. Memandangkan buku yang diambil itu adalah naskhah terakhir dan juga tiada cetakan baru. Harganya sudah tentu melebihi rm100.

“Diskaun boleh? Buku ini pasal sahabat saya”

Mungkin bahasanya sudah berubah mengikut tuntutan zaman. Tiada lagi ber’hamba’ dalam kata ganti nama. Sudah 500 tahun lebih negara yang dicintai dilanggar Benggali Putih. Segalanya masih tersimpan di kotak memori. Saat meriam pertama singgah di Kota Melaka. Tiadalah yang lebih menyedihkan saat dia sendiri terpaksa melarikan diri. Yang paling awal melarikan diri sebenarnya. MENYESAL. Tahun demi tahun berlalu. Kurun demi kurun juga berlalu. Beliau masih memikul sesalan.

“Kawan Hang Tuah? Kahkah”

Berdekah ketawa pemilik kedai buku tersebut.