Archive for the ‘surat untuk buku’ Category

surat untuk buku

Posted: December 19, 2016 in surat untuk buku

Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,

Surat ini ditulis pada tengah malam sewaktu hujan turun dengan lebat. Pekerja  TNB masih bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka yakni menggali dan meletakkan kabel bawah tanah.

Ayah,

Buku2 yang ayah tinggalkan sudah dimasukkan ke dalam kotak. Mak kata mak tidak akan jual buku ayah ini. Walaupun  kami sekeluarga   tahu jika ditukar buku2 lama ini dengan   wang. Agak lumayan juga hasilnya. Mak kata, kita belum sampai kebulur  untuk jual buku kesayangan ayah.

Tapi kalau ayah ada, mesti ayah suruh jual sajakan. Kata mak, saya ikut perangai  ayah. Senang buat keputusan. Atas sebab itulah surat ini ditulis.

Ayah, tiga buku ayah saya telah jual kepada pembeli. Saya telah buka lelongan dan nilai ketiga buku itu pada zaman saya ini melebihi tiga bulan gaji ayah waktu ayah masih ada. Duit itu saya akan gunakan untuk daftarkan adik masuk universiti.

Ayah, lama betul kita tak jumpa. Buku2 ayah tak semua mak masukkan dalam kotak. Ada yang mak letak di meja solek mak. Mungkin mak nak rasa ayah ada. Saya ambil buku ayah. Letak bawah bantal. Agar nanti tidur dan mimpi ayah. Ayah baca kisah2 indah,sedih,seram,kejam dan pelbagai lagi dari semua buku ayah.

Kalau ayah baca surat ini. Ayah baliklah ye, lama tak dengar ayah baca buku dekat adik2.

Wassalam.

Yang menulis surat  untuk buku ayah.

Terjemahan Ridhwan Saidi dalam Perkahwinan Syurga & Neraka oleh William Blake

20160829_14203620160829_142054

  1. Dosa Penterjemah? Rencana Berita Harian yang bertarikh 24 Mei 2016 yang tajuknya adalah ‘Tiga ‘dosa’ penterjemah’. Penulis Russia, Vladimir nabakov memberitahu kepada kita tiga ‘dosa’ atau kesalahan lazim yang dilakukan oleh penterjemah adalah:-
    1. Kurang pengetahuan atau pemahaman tetapi boleh dimaafkan yang banyak berpunca daripada kelalaian.
    2. ‘Dosa’ kedua yang lebih serius menurut Nabokov ialah apabila penterjemah meninggalkan kalimat susah yakni memendekkan karya asli pada hal kadang-kadang ia bukan saja mengubah keutuhan karya, bahkan idea tercantum dalamnya. Ada pendapat sekiranya penterjemah tidak mengerti lebih daripada 20 peratus teks, ada eloknya tidak langsung memulakan kerja penterjemahan.
    3. Kesalahan paling berat ialah percubaan penterjemah ‘menyempurnakan’ pengarang karya yang diterjemahkan. Dari karya asli, hanya tinggal rangka umum dan pembaca tidak dapat mengenali keperibadian pengarang asal. Penterjemah yang mesti memakai pakaian seorang pengarang, kata Nabokov, sebenarnya cuba mengenakan pakaiannya sendiri pada pengarang.
  2. Bagi saya yang mempelajari teori-teori terjemahan secara pantas (satu tahun setengah) di USM. Saya mengambil sikap seseorang individu itu (penterjemah) layak untuk melakukan apa sahaja terhadap dunianya (bidang penterjemahan) dan bertanggungjawab terhadap apa yang bakal/akan/telah lakukan. Ini menghasilkan kesimpulan bahawa tiada siapa yang memegang titik benar atau salah sesebuah karya terjemahan itu. Dan secara ringkasnya, saya percaya di dalam menterjemah tidak wujud terjemahan yang benar atau salah, hebat atau lemah. Semuanya bergantung kepada penterjemah dan pembaca sasaran.
  3. Saya yang lebih menjurus kepada aliran manipulasi dalam penterjemahan merasakan keperluan ini dalam memberi pemahaman kepada pembaca dalam masa yang sama pendekatan ini mampu menangani konflik-konflik yang muncul ketika proses terjemahan sedang berjalan
  4. Apa yang dilakukan oleh Ridhwan Saidi dalam terjemahan ini?
    1. Saya sempat bertanya kepada beliau sewaktu acara KotaKata pada 27 Ogos 2016 tempoh hari. Antara soalan yang ditanya adalah:-
      1. Ini karya apa? (saya tidak arif dengan karya ini)
      2. Bagaimana beliau menterjemah
      3. Tempoh masa untuk siapkan karya terjemahan ini
      4. Bagaimana sekiranya teks asal tiada di dalam bahasa pembaca sasaran (bahasa Melayu)

 

  1. Beliau menjawab
    1. Ini adalah karya public domain, beliau melakukan sesuatu yang melawan ortodoks. Maka perkara ini masuk dengan jiwa beliau. Nereka itu Energi (tidak diterjemahkan sebagai tenaga?), dan hal ini membuatkan Ridhwan tertarik.
    2. Beliau menterjemah semampu mungkin mengikut pemahaman beliau sendiri. Dan pada pendapat peribadi saya ini adalah sesuatu yang dipanggil terjemahan kreatif. Kerana mencari sesuatu jalan dalam menyelesaikan masalah ketika pengetahuan yang dimiliki adalah terhad sangat menarik. Di dalam rencana Berita Harian yang disebut di atas. Ada menyebut

‘Perlu juga dicatat kesalahan tidak selalu mengurangi nilai estetika tinggi daripada terjemahan. Misalnya penyair Russia, Mikhail Lermontov apabila menterjemah sajak Robert Burns, terkeliru perkataan Inggeris ‘kind’ (baik hati) dengan perkataan Jerman ‘kind’ (bayi) tetapi ia tetap menjadi antara mutiara puisi Russia.’

3. Proses penterjemahan yang dilakukan oleh Ridhwan hanya mengambil masa selama satu hari sahaja. Ini kerana bagi beliau, karya ini sangat dinikmati ketika proses penterjemahan di lakukan. Seolah-olah seorang ibu yang menikmati proses bersalin yang sangat azab itu.

4. Ridhwan akan mencipta ayat sendiri yang (asal boleh katanya) seboleh mungkin menghampiri konteks teks asal. Dan ini bagi beliau tidak menjadi masalah memandangkan tiada tekanan dalam menterjemahkan karya ini. Hanya perlu mencari rima dan kata yang sesuai dalam bahasa sasaran.

Biblical ataupun teks yang memetik ayat-ayat di dalam bible. Bagi penterjemah, keperluan untuk mengkaji dan mendalami perkara yang dipetik oleh karya asal itu ada dua.

  1. Kemestian – ini bagi memberikan pemahaman buat pembaca sasaran apakah sebenarnya kaitan-kaitan dan keadaan yang sedang dibicarakan.
  2. Tiada keperluan – jika penterjemah mengambil sikap ini, maka ia telah menggunakan kaedah manipulasi tidak sedar (Andrea Lefevere). Manipulasi tidak sedar ini adalah disebabkan kekurangan pengetahuan ataupun kejahilan penterjemah dalam memahami konteks ayat teks sumber.

Maka apa yang dilakukan oleh ridhwan saidi. Mengambil sikap menggunakan kefahaman sendiri. Tidak lari dari konteks. Kesalahan? Atau kesilapan? Biarlah orang yang arif tentangnya menilai. Arif ini dari sudut pemahaman dalam bible. Beliau atau siapa yang mengenali William Blake akan memahami sikap serta emosi di dalam karya asal. Atas pengetahuan ini terjemahan jadi mudah, namun perlu diingat pemahaman dalam teks bible juga perlu kerana kemungkinan wujud ayat yang tersirat.

  • Ridhwan meletakkan nota kaki sebagai pemahaman tambahan kepada pembaca sasaran.
  • Sekali lagi saya ingin menyebut keperluan penterjemah mengkaji dengan lebih dalam teks asal adalah perlu. Ini kerana berkemungkinan wujud perkara-perkara tersirat yang ditulis oleh William Blake tidak difahami oleh penterjemah. Sebagai contoh lain, 31 Ogos (bermaksud merdeka) jika ditulis sekadar 31 Ogos ia tidak akan membawa makna apa-apa. Jika ditulis kemudian ditambah dengan maklumat tambahan apa itu 31 Ogos maka ia sangat membantu meningkatkan pemahaman tambahan pembaca sasaran.
  • Usaha yang bagus. Saya mengalu-alukan lambakan karya terjemahan bahasa Melayu. Betul atau salah terpulang kepada pembaca yang menilai.

 

Secara keseluruhannya selepas saya membaca karya terjemahan kemudian karya asli (disediakan dalam buku ini). Kemudian lakukan beberapa perbandingan. Karya ini masih boleh diperbaiki agar memudahkan bacaan pembaca. Mungkin dalam cetakan seterusnya, gaya bahasa boleh dibentuk lebih sesuai.

Ridhwan mengekalkan nama nabi yang disebut di dalam teks sumber, ini saya rasa sesuai dengan konteks masyarakat setempat. Terjemahan ke bahasa Melayu ini rata-rata pembacanya adalah orang Melayu itu sendiri. Maka pengekalan nama-nama nabi di dalam bible itu mengelakkan keleliruan bahawa William Blake itu berada dalam ruangnya sendiri dan menulis perihal bible. Beberapa kata pinjam (argumen, energi) yang digunakan oleh Ridhwan bagi saya boleh ditukar kepada kata yang sedia ada di dalam bahasa Melayu. Namun mungkin saudara Ridhwan mempunyai tujuan tertentu dalam menterjemah.

Jika saya mahu memberikan pendapat dalam penilaian secara kritikal di dalam bidang pengajian penterjemahan. Perlu mengambil masa. Penilaian terjemahan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 1) penilaian terjemahan yang diterbitkan, 2) penilaian amalan profesional, dan 3) penilaian dalam pengajaran penterjemahan (Martinez Melis & Hurtado Albir, 2003:279). Mungkin sebagai suka-suka rakan yang membaca boleh melakukan sendiri beberapa analisis parameter penyemakan yang dibina olkeh Mossop pada tahun 2001. Akan tetapi ironiknya, di atas saya sudah sebut bahawa saya tiada masalah dengan segala keadaan dalam terjemahan. Okey layan….

  1. Ketepatan – memastikan agar tidak ada kesalahan terjemahan yang besar dalam terjemahan. Tiga tahap yakni, salah terjemah, makna kurang tepat dan terlebih atau terkurang makna.
  2. Lengkap – memastikan sama ada ketiadaan teks sumber itu menjejaskan terjemahan dari segi makna atau kefahaman.
  3. Logik – fakta yang perlu dibetulkan oleh penterjemah sekiranya wujud kesalahan fakta dalam teks sasaran.
  4. Kelancaran – terdapat kata-kata asing yang agak janggal buat pembaca sasaran. Selain kecenderungan penterjemah dalam mengekalkan teks asal akan mendatangkan masalah kefahaman pembaca sasaran.
  5. Penyesuaian – terjemahan perlu disesuaikan dengan pembaca sasaran dan kegunaan pembaca.
  6. Idiom – bahasa idiomatik merujuk kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yang tertentu oleh penutur sesuatu bahasa. Penutur sesuatu bahasa sasaran menggunakan ungkapan atau kosa kata tertentu yang unik kepada bahasa tersebut dan mungkin berbeza daripada ungkapan atau kosa kata yang digunakan oleh penutur negara lain walaupun dalam bahasa yang sama.

Okey sekian saja pendapat saya dalam terjemahan Ridhwan Saidi. Katanya akan terjemah Dante Inferno, Divine Comedy. Sangat-sangat menarik! Semoga berjaya.

Kepada rakan-rakan yang ingin mempelajari teori-teori penterjemahan boleh hubungi saya di fanpage ini APPI (Akademi Pengajian Penterjemahan Insaf).

 

Sekian,

 

Yang rajin menulis surat

Perewa

 

Rujukan:

  • Tiga Dosa Penterjemah, Berita Harian. (24 Mei 2016) http://www.bharian.com.my/node/156828
  • Mossop, B. (2001). Revising and Editing for Translator. Manchester: St Jerome.

 

Beg Ayah oleh Orhan Pamuk

Posted: July 14, 2016 in surat untuk buku

(Syarahan Orhan Pamuk di Sweden selepas memperoleh anugerah Nobel Sastera, syarahan disampaikan dalam bahasa Turki dan teks ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan bahasa Turki ke bahasa Melayu)

Teks sumber: https://www.nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2006/pamuk-lecture_en.html

Beg Ayah oleh Orhan Pamuk

(Penterjemahan oleh Perewa)

Dua tahun sebelum pemergiannya. Ayah, ayah memberikan kepadaku sebuah beg kecil yang isinya adalah sejumlah tulisan, manuskrip dan buku nota. Aku menganggap ini adalah jenaka seorang ayah. Ayah menyuruh aku membaca kesemuanya selepas beliau pergi, yang bermaksud pergi meninggalkan dunia ini. “Lihat sajalah.” Katanya, dengan sedikit rona malu. “Lihat jika ada isinya yang boleh Orhan gunakan. Mungkin selepas ayah pergi, Orhan boleh pilih dan nilai, kemudian terbitkan.”

 

Ketika kami berada di bilik kerjaku, dikelilingi oleh buku. Ayah mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan begnya, berjalan ke hulu hilir penaka lelaki yang ingin membebaskan diri dari bebanan yang meletihkan. Pada akhirnya,  dia meletakkan beg itu perlahan-lahan di satu sudut yang pastinya tiada yang menganggu. Itu adalah momen amat canggung yang kami tidak mampu lupakan. Namun usai saja hal itu, kami berkelakuan seperti biasa menjalani hidup dengan sederhana, berjenaka, menyindir identiti (persona) sesama kami dan bersantai. Kami berbual seperti mana biasa kami lakukan, mengenai perkara yang remeh dalam kehidupan seharian, masalah politik Turki yang tidak pernah habis, dan jalinan kerjasama perniagaan ayah yang kebanyakannya gagal, tanpa rasa terlalu kecewa dengannya.

Aku masih ingat lagi selepas pemergian ayah, aku menghabiskan beberapa hari ke hulu ke hilir melewati beg ayah tanpa menyentuhnya. Aku sebenarnya sudah biasa dari zaman kanak-kanak dengan beg kecil hitam berkulit ini, ianya berkunci dan diletakkan di satu sudut. Ayah akan membawa beg ini bersamanya sewaktu perjalanan yang singkat dan kadangkala menggunakannya membawa dokumen kerja. Aku masih ingat lagi apabila masih kecil, ayah pulang dari pengembaraannya, aku akan buka beg kecil ini dan menyelongkar isi dalam, menikmati aroma cologne dan negara asing. Beg ini umpama rakan yang aku kenali, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di masa lampau, akan tetapi kini aku tidak mampu menyentuhnya. Kenapa? Tiadalah lain ianya disebabkan misteri berat isinya sendiri.

Sekarang aku akan menerangkan maksud berat isi ini. Ia diciptakan oleh seseorang yang menguncikan diri di dalam bilik, duduk mengadap meja, menuangkan pemikirannya bersama dakwat ke atas kertas dan memberi makna kesusasteraan.

Apabila aku menyentuh beg ayah, aku masih lagi tidak mampu untuk membukanya. Tapi aku tahu apa yang berada di dalamnya, yakni sebahagian buku nota. Aku pernah melihat beberapa tulisan ayah di dalamnya. Dan ini bukanlah kali pertama sesuatu yang ‘berat’ tersimpan di dalam beg ayah. Ayah mempunyai perpustakaan yang besar, pada penghujung tahun 1940 beliau mahu menjadi penyair Istanbul, dan telah menterjemahkan Valery (Paul Valery penyair Perancis 1871-1945) ke dalam bahasa Turki. Tetapi dia tidak mahu hidup dengan menulis puisi dalam negara yang miskin dan hanya mempunyai sedikit pembaca. Ayah kepada ayah aku – Atuk aku – seorang peniaga yang kaya. Ayah menjalani hidup dengan penuh keselesaan sebagai anak kecil dan juga anak muda, dan atas hal itu beliau tidak memasang hasrat agar bertahan dalam kesusahan demi sastera, dia memilih hidup dengan penuh keselesaan. Dan aku memahaminya.

Perkara utama yang menjauhkan diri aku dari isi beg ayah, semestinya kegusaran yang tidak digemari dari apa yang aku baca. Dan ayah mengetahui hal ini, mengambil langkah berjaga-jaga dalam tingkah lakunya seolah-olah tidak memandang serius akan isi kandungan beg tersebut. Selepas 25 tahun sebagai penulis, ini benar-benar menyakitkan aku. Akan tetapi, aku tidak akan memarahi ayah kerana tidak mengambil sastera itu secara serius….ketakutan sebenar aku adalah tidak mengetahui bahawa ayah adalah seorang penulis yang baik. Aku tidak mampu buka beg ayah ayah kerana hal ini. Selain itu, aku tidak mampu bayangkan bahawa aku sendiri yang akan membukanya. Jika benar wujud sastera hebat yang muncul daripada beg ayah, aku harus akur bahawa di dalam diri ayah wujud sosok lelaki yang lain. Inilah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan aku takut untuk buka. Walaupun dalam umur begini, apa yang aku mahu hanyalah ayah menjadi seperti ayah yang aku kenali – bukan seorang penulis.

Seorang penulis adalah seseorang yang menghabiskan masa bertahun-tahun dalam percubaan meneroka sosok kedua dalam dirinya, dan dunia yang membuatkan siapakah dirinya; apabila aku berbicara perihal penulisan, perkara pertama yang muncul di minda bukanlah novel, puisi, maupun sastera lama, ia adalah seseorang yang mengurung dirinya di sebuah bilik, duduk mengadap meja, bersendirian, mundar mandir di tengah-tengah bayangannya sendiri, dia membina sebuah dunia baru dengan kata-kata. Lelaki ini – atau wanita ini – mungkin menggunakan mesin taip, atau lebih mudah menggunakan komputer, atau menulis dengan pen atas kertas sebagaimana yang telah dilakukan oleh aku sejak 30 tahun. Ketika dia menulis, dia menikmati teh atau kopi atau menghisap rokok. Dari masa ke semasa dia bangun dari mejanya melihat dari jendela dunia luar yang memaparkan kanak-kanak bermain di jalanan, dan jika dia bernasib baik, boleh melihat pemandangan dari pokok-pokok, atau menatap dinding hitam. Dia boleh menulis puisi, skrip, atau novel seperti yang aku lakukan. Kesemua perbezaan ini hadir selepas tugasan penting ketika duduk mengadap meja dan bersabar kemudian beralih semula ke dalam bilik. Menulis bermaksud mengubah pandangannya kepada kata-kata, mengkaji ke dalam dunia yang mana seseorang mampu lepasi setelah letih dengan dirinya sendiri, dan melakukannya dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kebahagiaan. Seperti mana aku duduk di atas kerusi mengadap meja aku, seharian, berbulan-bulan, bertahun-tahun, perlahan-lahan menambah kata baru ke halaman yang kosong, aku merasakan seolah-olah aku mencipta dunia baru, seolah-olah aku mengundang sosok luar ke dalam diri aku, dalam masa yang sama seseorang mungkin juga membina jambatan atau kubah, batu demi batu. Batu yang kami penulis gunakan. Kami genggam erat, cuba mencari jalan yang mana antara batu-batu ini berhubung antara satu sama lain, melihatnya yang kadang-kadang dari jauh, kadang kala hampir membelainya dengan jari kami dan di hujung pen kami, mengimbanginya, mengalihkannya, tahun berganti tahun, sabar dan berharap, kami mencipta dunia baru.

Rahsia penulis bukan satu inspirasi, dan ia tidak jelas dari mana perkara ini datang. Adakah dari kedegilan, atau kesabaran. Orang Turki suka menggunakan perumpamaan – bagai menggali perigi menggunakan jarum (bukan cangkul)- situasi yang sama seperti yang tergambar dalam minda penulis.

Di dalam cerita yang pernah aku hasilkan, aku suka dan memahami kesabaran Ferhat yang sanggup menggali sebuah gunung demi cintanya (Novel Museum of Innocence). Dalam novel aku, My Name is Red, tatkala aku menulis perihal miniaturis Parsi purba, ia mengingatkan aku tentang ukiran kuda dengan semangat yang sama selama bertahun-tahun lamanya. Meskipun mata tertutup, mereka masih boleh mencipta kuda yang indah, setiap strok yang dihafal juga begitu hebat. Aku sedar yang aku sedang bercakap tentang profesion penulisan dan kehidupan aku sendiri. Jika seorang penulis ingin memberitahu cerita beliau sendiri. Ia akan memberitahu secara perlahan-lahan, dan seolah-olah ianya adalah cerita tentang orang lain. Jika dia merasakan kekuatan cerita itu bangkit dalam dirinya, dan jika dia duduk di meja dan sabar menyerahkan dirinya kepada seni dan kraf ini – dia mesti telah diberikan sedikit harapan. Sang malaikat pembawa inspirasi (yang sering berkunjung ke beberapa tempat) bantu memberikan harapan dan keyakinan, apabila seorang penulis berasa sangat sunyi dan dia merasakan sangat ragu mengenai usahanya, impiannya, dan nilai tulisannya – yang difikirkan kisahnya hanyalah semata cerita beliau – di saat-saat itulah malaikat sedang memilih untuk mendedahkan kepadanya cerita, imej dan impian yang akan menarik keluar dunia yang dia mahu bina. Jika aku merenung kembali pada buku-buku yang telah aku tumpukan seluruh hidup aku, aku amat terkejut dengan keadaan seolah-olah ayat, mimpi, dan halaman yang telah membuat aku girang gembira tidak datang dari imaginasi aku sendiri – kuasa lainlah yang telah mengumpulkan mereka dan dengan kemurahan hati menyampaikan semula kepada aku.

Aku takut membuka beg ayah dan membaca buku notanya kerana masalah yang tidak akan aku faham terhadap kesunyiannya, bukan bergaul dengan rakan-rakan dan orang ramai, ke salun, berjenaka. Akan tetapi fikiran aku terarah kepada sudut yang berbeza. Fikirannya, impian yang ditolak dan juga kesabaran, adalah prejudis yang aku telah peroleh daripada hidup dan pengalaman aku sendiri sebagai penulis. Terdapat banyak penulis cemerlang yang menulis dikelilingi oleh orang ramai dan kehidupan keluarga, dalam kejayaan syarikat dan dengan perbualan yang gembira. Di samping itu, apabila kami semua masih kecil, ayah yang bosan dengan kehidupan berkeluarga telah meninggalkan kami menuju ke Paris, seperti kebanyakan penulis – dia duduk di dalam bilik hotel dan memenuhi isi bukunya. Aku tahu beberapa jenis buku yang berada dalam beg ini, kerana pada tahun-tahun sebelum beg ini dibawa kepada aku, ayah akhirnya mula bercakap dengan aku mengenai tempoh itu dalam hidupnya. Beliau bercakap mengenai tahun-tahun walaupun aku kanak-kanak, tetapi dia tidak akan menyebut kelemahan beliau, impiannya untuk menjadi seorang penulis, atau persoalan identiti yang telah melanda dirinya di dalam bilik hotel. Dia akan beritahu aku tentang semua perkara yang dia ternampak Sartre di laluan pejalan kaki di Paris, mengenai buku yang dia akan baca dan filem-filem dia tonton, semua dengan penuh keikhlasan seseorang yang menyampaikan berita yang sangat penting. Apabila aku menjadi seorang penulis. Aku tidak pernah lupa bahawa ia adalah sebahagian kesyukuran kepada dan fakta bahawa, aku mempunyai seorang ayah yang akan bercakap perihal penulis dunia yang lebih daripada dia bercakap mengenai Pasha atau pemimpin agama yang besar. Jadi mungkin aku terpaksa membaca buku nota ayah dengan hal ini dalam fikiran, dan mengenangkan bagaimana aku terhutang budi untuk perpustakaan besar beliau. Aku terpaksa ingat bahawa apabila ayah tinggal dengan kami, aku seolah-olah hanya menikmati buku dan pandangan beliau – dan tidak menumpukan terlalu banyak perhatian kepada kualiti sastera tulisan beliau.

Ketika aku merenung dengan penuh kegelisahan di beg ayah yang telah diwariskan kepada aku, aku juga merasakan bahawa ini adalah perkara yang sangat tidak dapat dilakukan. Ayah kadang-kadang akan menghulurkan alas (sejenis perabot), meninggalkan buku di tangannya, atau majalah dan hanyut ke dalam mimpi, dirinya hanyut untuk masa yang sangat lama dalam fikiran. Apabila aku melihat wajahnya, ungkapan begitu sangat berbeza dari biasa yang digunakan tengah-tengah jenaka, mengusik, dan pertelingkahan kehidupan keluarga. Apabila aku melihat tanda-tanda awal pandangannya yang mendalam terutamanya semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja, memahami dengan kebimbangan, bahawa dia tidak puas hati. Kini, bertahun-tahun kemudian, aku tahu bahawa rasa tidak puas hati ini adalah sifat asas yang menukarkan seseorang itu menjadi seorang penulis. Untuk menjadi seorang penulis, kesabaran dan kesusahan tidak cukup. Kita perlu merasa dipaksa untuk melarikan diri dari orang ramai, syarikat, perkara biasa dalam kehidupan, setiap hari, dan mengurung diri kita di dalam bilik. Kita inginkan kesabaran dan harapan supaya kita boleh mewujudkan sebuah dunia yang mendalam dalam penulisan kita. Tetapi keinginan untuk mengurungkan diri sendiri dalam bilik ialah apa yang menolak kita kepada tindakan itu. Pelopor seperti ini penulis bebas yang membaca buku-bukunya ke dalam kandungan hatinya, dan mendengar hanya suara hati nuraninya sendiri, pertikaian dengan kata-kata lain, memasukkan ke dalam perbualan dengan buku beliau membina fikiran dan dunia sendiri. Paling pasti Montaigne, dalam zaman permulaan sastera moden. Montaigne adalah seorang penulis yang menyebabkan ayah sering pulang, seorang penulis yang beliau cadangkan kepada aku. Aku ingin melihat diri aku sebagai seorang yang miliki tradisi penulis di mana sahaja mereka berada di dunia, di Timur atau di Barat – menyingkirkan diri mereka dari masyarakat, dan mengurung diri dengan buku-buku di dalam bilik mereka. Titik permulaan sastera yang sebenar ialah orang yang mengurung dirinya di dalam bilik dengan buku beliau.
Tetapi apabila kita mengurungkan diri kita jauh, kita akan mendapati bahawa kita tidak keseorangan seperti yang kita fikir. Kita adalah wacana dari koheren dan kohesi orang-orang yang datang sebelum kita, cerita orang lain, buku-buku orang lain, kata-kata orang lain, perkara yang kita panggil tradisi. Aku percaya sastera menjadi simpanan paling berharga buat manusia yang telah mengumpulkannya dalam usaha untuk memahami dengan sendiri. Pertubuhan, suku kaum, dan bangsa-bangsa berkembang lebih pintar, lebih kaya, dan lebih maju kerana mereka memberi perhatian kepada kata-kata bermasalah pengarang mereka, dan, seperti yang kita semua tahu, pembakaran buku dan cacian terhadap penulis adalah kedua-dua isyarat yang gelap dan pembaziran masa kepada kita. Tetapi sastera tidak hanya kebimbangan nasional. Penulis yang mengurungkan dirinya di dalam bilik dan selama ini menuju perjalanan di dalam dirinya akan menemui peraturan kekal sastera. Dia mesti mempunyai kesenian untuk memberitahu cerita beliau sendiri seolah-olah itu adalah cerita orang lain, dan untuk memberitahu yang lain cerita rakyat seolah-olah cerita mereka sendiri, kerana ini adalah apa yang dipanggil sebagai sastera. Tetapi kita perlu melakukan perjalanan melalui cerita-cerita dan buku-buku orang lain.

Ayah aku mempunyai perpustakaan sendiri yang hebat –  sebanyak 1500 naskah buku semuanya – lebih daripada cukup untuk penulis. Pada usia 22, aku tidak membaca semuanya, tetapi aku tahu setiap buku yang tidak penting, yang ringan tetapi mudah untuk membaca, yang klasik, yang merupakan bahagian penting dalam apa-apa pendidikan, yang mana satu adalah bahagian terpenting dalam dunia tetapi dilupakan, seperti sejarah tempatan, dan ayah aku sangat mengagumi penulis Perancis. Kadang kala, aku akan merenung perpustakaan ini dari jauh dan membayangkan bahawa satu hari, di sebuah rumah yang berbeza, aku akan membina perpustakaan aku sendiri, perpustakaan yang lebih baik – membina dunia aku sendiri. Apabila aku melihat di perpustakaan ayah dari jauh, seolah-olah aku beroleh sedikit gambaran sebenar dunia. Tetapi ini adalah dunia yang dilihat dari sudut kami sendiri, dari Istanbul. Perpustakaan ini adalah buktinya. Ayah telah membina perpustakaan beliau sejak dari perjalanan ke luar negara, kebanyakan buku dari Paris dan Amerika Syarikat, tetapi ada juga buku-buku dibeli dari kedai yang menjual buku bahasa asing dalam tahun 1940-an dan 1950-an, penjual buku-buku lama dan baru di Istanbul, yang aku juga kenal. Dunia aku adalah campuran daripada kawasan tempatan, nasionalis dan Barat. Dalam tahun 1970, aku juga mula bercita-cita untuk membina perpustakaan aku sendiri. Aku bukan sekadar membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis seperti yang aku kaitkan di Istanbul, selepas semua ini aku merasakan bahawa aku tidak akan menjadi seorang pelukis, tetapi aku tidak pasti apakah jalan hidup yang sepatutnya aku akan ambil. Terdapat di dalam diri rasa ingin tahu yang membuak-buak, keinginan harapan yang didorong untuk membaca dan belajar, tetapi pada masa yang sama, aku merasakan wujud kekurangan dalam hidup aku, bahawa aku tidak akan dapat hidup seperti orang lain. Sebahagian daripada perasaan ini telah dihubungkan dengan apa yang aku rasa apabila aku merenung perpustakaan ayah aku – jauh dari perkara utama, kerana kami semua yang tinggal di Istanbul pada masa itu telah dibentuk untuk merasa, perasaan yang telah tinggal di wilayah. Terdapat satu lagi sebab untuk berasa bimbang dan entah bagaimana kurang, kerana aku tahu terlalu bagus untuk aku tinggal di sebuah negara yang menunjukkan minat dalam dunia artis samada pelukis atau penulis yang memberikan mereka harapan. Dalam tahun 1970, apabila aku mengambil wang ayah yang diberikan kepada aku dan dengan rakus membeli buku yang pudar, berdebu, kumal dari penjual buku lama Istanbul, aku merasa terkesan oleh kerajaan. Sangat menyedihkan dengan kedai-kedai buku terpakai – dan oleh  golongan yang berputus asa, kusut masai, miskin, penjual buku yang membentangkan barangan mereka di tepi jalan, di halaman masjid, dan dalam runtuhan dinding yang terpencil – sehingga aku sendiri membaca buku ini dengan mereka.

Tempat aku dalam kehidupan dunia ini seperti dalam kesusasteraan. Perasaan yang paling utama adalah aku ‘tidak di tengah-tengah’. Di tengah-tengah dunia, ada kehidupan yang lebih kaya dan lebih menarik daripada kita sendiri, dan dengan kesemuanya Istanbul dan Turki, aku berada di luar itu. Hari ini aku berfikir bahawa aku berkongsi perasaan ini dengan kebanyakan orang di dunia. Dengan cara yang sama, terdapat satu kesusasteraan dunia, dan berpusat, juga adalah sangat jauh daripada aku. Sebenarnya apa yang ada dalam fikiran aku adalah Barat, bukan dunia maupun sastera, dan kami rakyat Turki berada di luar itu. Perpustakaan ayah adalah bukti kepada semua ini. Pada satu hujung, terdapat buku-buku di Istanbul -kesusasteraan kami, dunia tempatan kami, dalam semua perincian yang tercinta – dan pada hujung yang lain adalah buku-buku dari tempat lain, Barat, dunia, yang melahirkan kita sendiri ada persamaan, yang juga kekurangan kita dalam persamaan memberikan kita kesakitan dan harapan. Menulis dan membaca seperti meninggalkan satu dunia untuk mencari satu kelainan dunia lain, aneh dan menakjubkan. Aku merasakan bahawa ayah membaca novel untuk melarikan diri hidupnya ke Barat dan aku akan melakukannya kemudian. Atau ia seolah-olah bahawa buku pada masa itu adalah perkara yang kita undang untuk melarikan diri dari budaya kita sendiri, yang kami dapati sangat kurang. Ia bukan sahaja dengan membaca bahawa kita meninggalkan Istanbul kami untuk perjalanan ke Barat – termasuk juga dalam penulisan. Untuk mengisi buku nota beliau, ayah telah pergi ke Paris, mengurung dirinya di dalam bilik, dan kemudian membawa tulisan-tulisan beliau kembali ke Turki. Seperti aku yang sedang merenung beg ayah, seolah-olah ini adalah apa yang menyebabkan aku bimbang. Selepas bekerja di dalam bilik selama 25 tahun untuk terus hidup sebagai penulis di Turki, ia mendorong aku untuk melihat ayah menyembunyikan pemikirannya yang sangat dalam di dalam beg ini, berkelakuan seolah-olah menulis adalah kerja yang perlu dilakukan secara rahsia, jauh dari mata masyarakat, negara, dan rakyat. Mungkin ini adalah sebab utama mengapa aku rasa marah pada ayah kerana tidak mengambil sastera sebagai sesuatu yang serius seperti aku lakukan.
Sebenarnya aku agak marah terhadap ayah kerana dia tidak membawa kehidupan seperti aku. Dia tidak pernah bertengkar dengan hidupnya, dan telah menghabiskan hidupnya yang bahagia berketawa dengan rakan-rakan dan orang yang disayangi. Tetapi sebahagian daripada diriku tahu bahawa aku juga boleh mengatakan bahawa aku tidak begitu ‘marah’ sebagai tanda ‘cemburu’, perkataan kedua adalah lebih tepat, dan ini juga membuatkan aku tidak selesa. Ia akan terjadi apabila aku bertanyakan kepada diri sendiri terhadap suara biasa yang angkuh, dan dengan nada marah aku bertanya: ‘Apakah kebahagiaan?’ adakah kebahagiaan itu berfikir bahawa aku menjalani kehidupan yang mendalam di dalam bilik itu keseorangan? Atau adakah kebahagiaan itu menjalani kehidupan yang selesa dalam masyarakat, yang mempercayai kepada perkara-perkara sama seperti orang lain, atau bertindak seolah-olah anda lakukan? Adakah itu kebahagiaan, atau rasa tidak puas hati, untuk melalui kehidupan menulis secara rahsia, manakala seolah-olah berada dalam keadaan harmoni dengan semua sekali? Tetapi ini adalah soalan yang terlalu berat. Di mana sahaja jika aku mendapat idea ini bahawa ukuran kehidupan yang baik adalah kebahagiaan? Manusia, kertas, semua orang bertindak seolah-olah langkah yang paling penting dalam kehidupan adalah kebahagiaan. Adakah ini tidak mencadangkan bahawa ia mungkin bernilai untuk mengetahui jika berlawanan dengan sesuatu yang tepat adalah benar? Lagipun, ayah telah melarikan diri dari keluarganya banyak kali – bagaimana mung aku mengenali beliau, dan bagaimana aku boleh mengatakan aku memahami keresahan beliau?

Jadi ini adalah apa yang telah mendorongku apabila mula-mula membuka beg ayah. Adakah ayah mempunyai rahsia, rasa tidak puas hati dalam hidupnya yang mana aku tidak tahu apa-apa, sesuatu yang dia hanya boleh bertahan dengan menuang semuanya ke dalam tulisan beliau sendiri? Sebaik sahaja aku membuka beg itu, aku teringat semula bagaimana baunya sebuah pengembaraan, mengenali beberapa buku nota, dan menyatakan bahawa ayah memperlihatkan semua ini kepadaku beberapa tahun sebelum ini dalam waktu yang singkat. Kebanyakan buku nota yang berada di tangan aku ini terkumpul apabila dia telah meninggalkan aku dan pergi ke Paris sebagai seorang lelaki muda. Manakala aku, seperti kebanyakan penulis yang aku dikagumi – penulis yang biografi mereka aku telah baca – ingin tahu apa yang ayah telah tulis, dan apa yang dia telah fikir, apabila dia sebaya aku sekarang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari bahawa aku akan mencari perkara seperti itu di sini. Apa yang paling membimbangkan ialah apabila, di sana sini dalam buku nota ayah, aku menuju kepada suara yang tertulis. Ini bukan suara ayah, aku memberitahu diri, Ia tidak benar atau sekurang-kurangnya ia tidak tergolong kepada orang yang aku dikenali sebagai ayah. Dalam ketakutan, ayah bukanlah ayah yang aku kenali ketika dia menulis, ketakutan yang lebih mendalam. Ketakutan yang mendalam di dalam diri yang dibuat-buat, bahawa aku akan mencari apa-apa yang baik tertulis dari ayah. Ini menambahkan ketakutan aku mencari keadaan ayah yang dipengaruhi oleh penulis-penulis lain. Dan menerjunkankan aku aku ke dalam putus asa yang menimpa aku begitu teruk apabila aku masih muda, pemutus hidup aku, kewujudan aku, keinginan aku untuk menulis, dan kerja aku dipersoalkan. Dalam sepuluh tahun pertama aku sebagai seorang penulis, aku merasakan kebimbangan ini dengan lebih mendalam, dan juga seperti aku berperang dengan mereka di luar, kadang-kadang aku takut bahawa satu hari, aku perlu mengaku kekalahan – sama seperti yang aku telah lakukan dengan lukisan – dan tunduk kepada keresahan, melepaskan penulisan novel juga.

Aku telah menyebut kedua-dua perasaan penting yang bangkit dalam aku sebagaimana aku menutup beg ayah serta menyimpannya jauh. Rasa yang terdampar di lorong-lorong, dan ketakutan yang aku tidak tahu hujung pangkal. Ini pastinya bukan kali pertama mereka membuatkan diri mereka dirasai. Selama bertahun-tahun, dalam bacaan dan penulisan, aku telah mengkaji, menemui, mendalami emosi ini, dalam pelbagai tulisan dan akibat yang tidak diingini, pengakhirannya, pencetusnya, dan kepelbagaian corak. Sudah tentu semangat aku telah terperangkap dalam kekeliruan, sensitiviti dan rasa sakit bahawa kehidupan dan buku-buku telah muncul pada aku, yang paling kerap sebagai seorang lelaki muda. Tetapi hanya dengan menulis buku-buku yang datang kepada pemahaman lebih menyeluruh ke atas masalah ketulenan (seperti dalam My Name is Red dan The Black Book) dan masalah-masalah kehidupan di pinggir (seperti dalam Snow dan Istanbul). Bagi aku, untuk menjadi seorang penulis adalah mengakui luka rahsia yang kita bawa dalam diri kita, luka-luka yang begitu rahsia yang mana kita sendiri hampir tidak sedar kewujudan mereka, sabar meneroka mereka, mengenali mereka, menerangi mereka, untuk memiliki sakit dan luka ini, dan hendak menjadikan mereka dengan sedar sebagai sebahagian semangat dan penulisan kita.

Bicara penulis tentang perkara yang semua orang tahu tetapi tidak tahu yang mereka tahu. Untuk meneroka pengetahuan ini, dan melihat ia berkembang, adalah satu perkara yang menyeronokkan. pembaca melawat dunia yang sekaligus biasa dan ajaib. Apabila penulis mengurung dirinya di dalam bilik selama bertahun-tahun untuk mengasah kekreatifan – untuk mewujudkan sebuah dunia yang jika dia menggunakan luka rahsianya sebagai titik permulaan, sama ada dia tahu atau tidak, meletakkan kepercayaan yang tinggi dalam kemanusiaan . Keyakinan aku datang dari kepercayaan bahawa semua manusia menyerupai satu sama lain, yang lain membawa luka seperti aku – bahawa mereka akan faham. Semua kesusasteraan sebenar terbit dari kebudak-budakan, mengharapkan kepastian bahawa semua orang menyerupai satu sama lain. Apabila penulis mengurung dirinya di dalam bilik selama bertahun-tahun, dengan petanda ini beliau mencadangkan kemanusiaan yang tunggal, dunia tanpa pusat utama.

Tetapi seperti yang dapat dilihat dari beg ayah dan warna pucat hidup kami di Istanbul, dunia mempunyai pusat, dan ia jauh dari kami. Dalam buku-buku aku, aku terangkan dengan terperinci bagaimana fakta asas ini menimbulkan rasa Checkovian (Micheal Checkov ) daripada kedesaan, dan bagaimana dengan melalui jalan lain, ia membawa kepada aku mempersoalkan keaslian aku sendiri. Aku tahu dari pengalaman bahawa sebahagian besar orang di muka bumi ini tinggal dengan perasaan sama, dan banyak mengalami rasa yang lebih mendalam daripada kekurangan, kekurangan keselamatan dan rasa penuh kekurangan daripada aku. Ya, dilema terbesar yang dihadapi oleh umat manusia masih ketiadaan tanah, tiada tempat tinggal, dan kelaparan … Tetapi hari ini televisyen dan surat khabar memberitahu kita mengenai masalah asas dengan lebih cepat dan lebih mudah daripada sastera pernah lakukan. Adakah sastera diperlukan untuk memberitahu dan menyiasat kebimbangan asas manusia hari ini? ianya adalah ketakutan yang ditinggalkan di luar, dan takut tanpa mengira apa-apa, dan perasaan tidak berguna yang datang dengan ketakutan itu. Rasa malu yang berkumpul, kelemahan, rasa tidak puas hati, sensitiviti, dan membayangkan penghinaan, dan berbangga dengan sikap nasionalis, inflasi dan  hal seumpamanya … Setiap kali aku sedang berhadapan dengan sentimen itu, dan dengan tidak rasionalnya, bahasa yang remeh di mana ia biasanya dinyatakan, aku tahu mereka menyentuh kegelapan di dalam diri aku. Kami sering menyaksikan bangsa, masyarakat dan negara di luar dunia Barat – dan aku boleh mengenal pasti mereka dengan mudah – tunduk kepada kebimbangan bahawa kadang-kadang mengarahkan mereka melakukan kebodohan, semua kerana ketakutan yang menghina sensitiviti mereka. Aku juga tahu bahawa di Barat – dunia yang aku boleh kenal pasti dengan mudah yang sama – negara dan rakyat mengambil rasa kebanggaan yang berlebihan akan harta bendanya, dan dalam pada itu mereka telah datang kepada kami dengan Kebangkitan, Pencerahan, dan Modernisme, dari masa ke semasa meninggal dunia akibat kepuasan diri yang hampir bodoh.
Ini bermakna ayah aku bukanlah satu-satunya. Kita semua memberi terlalu banyak kepentingan kepada idea dunia dengan pusat. Manakala perkara yang mendorong kita untuk mengurung diri kita untuk menulis dalam bilik selama bertahun-tahun adalah kepercayaan di sebaliknya. Kepercayaan bahawa satu hari tulisan kami akan dibaca dan difahami, kerana orang-orang di seluruh dunia menyerupai satu sama lain. Tetapi ini, yang aku tahu daripada penulisan ayah aku sendiri, adalah keyakinan bermasalah, berparut oleh kemarahan dikirimkan kepada yang terpinggir, dan ditinggalkan di luar. Cinta dan benci yang Dostoyevsky rasakan terhadap Barat sepanjang hidupnya. Aku merasakan juga perkara ini banyak kali. Tetapi jika aku telah memahami kebenaran yang penting, dan jika aku mempunyai sebab untuk optimis, ia adalah kerana aku telah kembara dengan penulis yang hebat melalui hubungan cinta-benci dengan Barat, untuk melihat dunia lain yang telah dibina di sisi lain.

Semua penulis yang telah menumpukan kehidupan mereka untuk tugas tahu akan realiti ini. Dan apa jua tujuan asal kami, dunia yang kita buat selepas bertahun-tahun dan tahun-tahun penulisan berharap, pada akhirnya, bergerak ke tempat-tempat yang sangat berbeza. Ia akan membawa kita jauh dari meja di mana kami telah bekerja dengan kesedihan atau kemarahan, membawa kami ke sisi lain dari kesedihan itu dan kemarahan, ke dunia lain. Adakah ayah tidak mencapai apa-apa dalam dunia sendiri? Seperti tanah yang perlahan-lahan mula mengambil bentuk, perlahan-lahan meningkat dari kabus di semua warna seperti sebuah pulau selepas perjalanan laut yang panjang, sebuah dunia lain yang memukau kami. Kita seolah diperdayakan sebagai pelancong barat yang berlabuh dari selatan untuk melihat Istanbul muncul daripada kabus. Pada akhir perjalanan yang dimulakan dengan harapan dan rasa ingin tahu,  yang ada di hadapan mereka adalah bandar masjid dan menara, rumah, jalan, bukit, jambatan, dan cerun, dan seluruh dunia. Melihat itu, kami ingin masuk ke dalam dunia ini dan kehilangan diri di dalamnya, sama seperti kita dan juga mungkin buku. Selepas duduk di meja kerana kami merasakan wilayah pinggir yang dikecualikan, marah, atau sedih, kita telah menemui keseluruhan dunia yang meliputi sentimen ini.

Apa yang aku rasa sekarang adalah bertentangan dengan apa yang aku rasa sebagai kanak-kanak dan seorang lelaki muda. Bagi aku pusat dunia adalah Istanbul. Ini bukan sahaja kerana aku telah tinggal di sana sepanjang hidup aku, tetapi sejak 33 tahun lepas, aku telah berkongsi jalan, jambatan itu, rakyatnya, anjing, rumah-rumah, masjid itu, air pancut itu, wira yang pelik , kedai, watak-watak yang terkenal, bintik gelap, hari-hari dan malam-malamnya, menjadikan mereka sebahagian daripada aku, memeluk mereka semua. Sebuah titik muncul apabila dunia ini telah aku ikat dengan tangan aku sendiri, dunia ini yang hanya wujud dalam kepala aku, adalah lebih nyata kepada aku daripada bandar di mana aku benar-benar hidup. Itu adalah apabila semua orang, jalan, objek dan bangunan ini seolah-olah mula bercakap sesama sendiri, dan mula berinteraksi dengan cara yang aku tidak sangka, seolah-olah mereka tidak tinggal hanya dalam imaginasi aku atau buku-buku aku, tetapi untuk diri mereka sendiri. Dunia ini aku telah cipta seperti seorang yang menggali telaga dengan jarum kemudian akan kelihatan lebih benar daripada segala-galanya.

Ayah aku juga mungkin telah menemui jenis kebahagiaan ini pada tahun-tahun beliau menghabiskan masa untuk menulis, aku fikir kerana aku merenung beg ayah aku. Aku tidak boleh menghukum beliau. Aku amat berterima kasih kepada beliau, kerana selepas semua ini, dia tidak pernah melarang, terlampau, menghukum, seperti yang ayah biasa lakukan, tetapi seorang ayah yang sentiasa memberikan kebebasan, sentiasa menunjukkan kepada aku penuh hormat. Aku sering berfikir bahawa jika aku mempunyai, dari semasa ke semasa dapat menarik dari imaginasi aku, sama ada dalam kebebasan atau kebudak-budakan. Ia adalah kerana, aku tidak seperti kawan-kawan aku dari zaman kanak-kanak dan remaja, aku tidak takut kepada ayah, dan aku kadang-kadang percaya sangat mendalam bahawa aku telah mampu untuk menjadi seorang penulis kerana ayah aku pada masa mudanya, ingin menjadi seorang penulis. Aku terpaksa membacadengan toleransi – berusaha untuk memahami apa yang telah ditulis dalam bilik hotel.
Ini adalah fikiran dengan harapan yang menujukan aku ke arah beg, kedudukannya masih kekal di mana ayah telah tinggalkan. Menggunakan semua tekad, aku membaca sebuah manuskrip dan beberapa buku nota. Apa yang telah ayah tulis? Aku masih ingat satu sudut pandangan dari tingkap hotel Paris, sebuah puisi beberapa, paradoks, analisis … Ketika aku menulis, aku rasa seperti seseorang yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dan bergelut untuk ingat bagaimana ia berlaku, dan pada masa yang sama takut mengingati perkara yang terlalu banyak. Ketika aku kanak-kanak ayah dan ibu aku telah bertengkar – apabila mereka terduduk dan keadaan waktu itu sangat senyap. Ayah sekaligus akan menghidupkan radio, untuk mengubah suasana dan muziklah yang akan membantu kita melupakan semua ini dengan lebih cepat.

Biar aku menukar mood dengan beberapa kata-kata manis yang aku harap, mampu lakukan seperti muzik itu. Seperti yang anda tahu, soalan yang bertanyakan kita ini menulis kerana apa adalah paling kerap, soalan kegemaran yang berbentuk mengapa anda menulis? Aku menulis kerana aku mempunyai keperluan semula jadi untuk menulis! Aku menulis kerana aku tidak boleh melakukan kerja-kerja normal seperti orang lain. Aku menulis kerana aku mahu membaca buku-buku seperti yang aku tulis. Aku menulis kerana aku marah pada anda semua, marah pada semua orang. Aku menulis kerana aku suka duduk di dalam bilik seharian dan terus menulis. Aku menulis kerana aku boleh mengambil bahagian dalam kehidupan sebenar dengan mengantikannya. Aku menulis kerana aku mahu orang lain, kita semua, seluruh dunia, mengetahui apakah jenis kehidupan yang kita hidup, dan terus hidup, di Istanbul, Turki. Aku menulis kerana aku suka bau kertas, pen dan dakwat. Aku menulis kerana aku percaya terhadap sastera, dalam seni novel ini lebih daripada yang aku percaya dalam apa-apa lagi. Aku menulis kerana ia adalah satu tabiat, semangat. Aku menulis kerana aku takut dilupakan. Aku menulis kerana aku suka kemuliaan dan kepentingan yang dibawa oleh penulis. Aku menulis untuk bersendirian. Mungkin aku menulis kerana aku berharap untuk memahami mengapa aku begitu sangat, sangat marah pada anda semua, jadi sangat, sangat marah pada semua orang. Aku menulis kerana aku suka untuk dibaca. Aku menulis kerana sekali aku memulakan novel, esei, halaman, aku mahu menyelesaikannya. Aku menulis kerana semua orang menjangkakan aku menulis. Aku menulis kerana aku mempunyai kepercayaan kebudak-budakan dengan kekekalan perpustakaan, dengan cara buku-buku aku susun di atas rak. Aku menulis kerana ia adalah menarik untuk menjadikan semua keindahan dan kemewahan hidup ke dalam kata-kata. Aku menulis bukan untuk bercerita, tetapi untuk mengarang cerita. Aku menulis kerana aku ingin melarikan diri dari firasat bahawa terdapat satu tempat aku mesti pergi tetapi – seperti dalam mimpi aku tidak boleh sampai ke sana. Aku menulis kerana aku tidak pernah berjaya untuk menjadi bahagia. Aku menulis untuk menjadi bahagia.

Seminggu selepas dia datang ke pejabat dan meninggalkan begnya, ayah datang mengunjungiku sekali lagi. Seperti biasa, dia membawa aku bar coklat (dia telah lupa aku berumur 48 tahun). Kami berbual-bual dan ketawa tentang kehidupan, politik dan gosip keluarga. Sejurus saja tiba, apabila mata ayah melewati ke sudut di mana beliau telah meninggalkan begnya dan melihat bahawa aku telah memindahkannya. Mata kami bertentangan antara satu sama lain. Situasi yang tertekan dalam senyap. Aku tidak memberitahu beliau bahawa aku telah membuka beg itu dan cuba untuk membaca kandungannya sebaliknya aku memandang jauh. Tetapi dia faham, sama seperti aku faham bahawa dia telah memahami. Tetapi semua pemahaman ini hanya pergi setakat mana ia boleh pergi dalam beberapa saat. Kerana ayah aku adalah orang yang periang, lelaki lembut yang mempunyai kepercayaan tersendiri. Dia tersenyum kepada aku dengan cara yang dia selalu lakukan. Dan kerana dia meninggalkan rumah, dia mengulangi semua perkara yang indah dan menggalakkan dengan selalu berkata kepada aku, seperti seorang ayah.

Seperti biasa, aku melihat dia pergi, cemburu dengan kebahagiaan, perangai riang yang tak mampu diganggu gugat. Tetapi aku masih ingat bahawa pada hari itu terdapat juga lintasan kegembiraan yang membuatkan aku malu. Ia didorong oleh pemikiran bahawa mungkin aku tidak begitu selesa hidup seperti dia, mungkin aku tidak membawa bahagia atau kehidupan yang bebas untuk ke mana-mana, tetapi aku telah menumpukan segalanya kepada penulisan. Anda semua telah memahami … Aku malu untuk berfikir perkara-perkara seperti ayah habiskan. Daripada semua orang, ayah aku, yang tidak pernah menjadi sumber kesakitan aku – yang telah meninggalkan aku dengan bebas. Semua ini harus mengingatkan kita bahawa penulisan dan kesusasteraan adalah berkait rapat dengan kekurangan di tengah-tengah kehidupan kita, dan perasaan kita terhadap kebahagiaan dan juga rasa bersalah.

Tetapi cerita aku mempunyai simetri yang segera mengingatkan aku tentang sesuatu yang lain pada hari itu, dan membawa aku rasa lebih bersalah. Dua puluh tiga tahun sebelum ayah aku meninggalkan begnya, berumur 22 tahun, dan empat tahun selepas aku telah membuat keputusan, untuk menjadi novelis,dan meninggalkan segala-galanya, mengurung diri di dalam bilik, dn aku telah selesaikan novel pertama aku, Cevdet Bey and Sons; dengan tangan menggeletar aku telah memberikan kepada ayah aku naskah yang dicetak tapi masih tidak diterbitkan, supaya dia boleh membacanya dan beritahu aku apa yang dia fikir. Ini bukan semata-mata kerana aku mempunyai keyakinan terhadap  rasa dan intelek beliau. Pendapatnya adalah sangat penting kepada aku kerana dia, tidak seperti ibu, tidak menentang hasrat aku untuk menjadi seorang penulis. Dan pada ketika itu, ayah aku tidak bersama kami, dia berada jauh. Aku tidak sabar menunggunya pulang. Apabila dia tiba dua minggu kemudian, aku berlari untuk membuka pintu. Ayah tidak berkata apa-apa, tetapi dia menepuk tangannya di bahuku dengan membawa maksud yang dia sangat suka. Untuk sementara waktu, kami telah jatuh ke dalam sebuah kesepian canggung yang selalu mengiringi detik-detik emosi yang besar. Kemudian, apabila kami telah tenang dan mula bercakap, ayah yang sangat bertanggungjawab dan dengan kata pujian menyatakan keyakinannya terhadapku dan novel pertamaku. Dia memberitahu aku bahawa satu hari nanti aku akan memenangi hadiah.

Dan aku, aku berada di situ untuk menerima dengan kebahagiaan yang sangat besar.’

Beliau berkata demikian bukan kerana dia cuba untuk meyakinkan aku dengan pendapat yang baik, atau untuk menetapkan hadiah ini sebagai matlamat. Beliau berbicara seperti seorang ayah warga Turki, memberi sokongan kepada anaknya, beliau menggalakkan dengan berkata, ‘Pada suatu hari nsanti Orhan akan menjadi pasha!’ Selama bertahun-tahun, apabila dia melihat aku, beliau akan menggalakkan aku dengan ayat yang sama.

Ayah telah meninggal dunia pada bulan Disember 2002.

Hari ini, aku berdiri di hadapan Akademi Sweden dan ahlinya menganugerahkan aku hadiah yang sangat hebat. Penghormatan besar ini dan juga semua tetamu kehormat, aku sangat berharap bahawa dia, yakni ayah boleh menjadi salah seorang di kalangan kita pada hari ini.

P/s: Orhan Pamuk adalah penerima anugerah Nobel Sastera pada tahun 2006

Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Kuala Lumpur.

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Ar Rahman dan Ar Rahim. Dari Dia diri ini muncul, kepada Dia ini hilang. Penuh kekuasaan yang sangat menenangkan. Tuhan yang mencipta segalanya. Selawat dan salam buat penghulu segala nabi. Muhammad yang dikasihi. Semoga kita semua yang sedang membaca ini berada dalam rahmat Tuhan dan syafaat nabi.

 

Langit petang Khamis pada tarikh 29 November 2001 begitu melankolik. Lebih melankolik surat ini ditulis beberapa hari ketika umat islam ingin menyambut Ramadhan. Dan saudara Usman, telah bertemu penciptanya pada 13 Ramadhan.

 

(arkib berita pemergian Usman Awang)

 

Surat, surat ketiga dan yang terakhir pada buku terbitan ITBM. Untuk menulis surat terakhir agak ralat kerana merasa tidak sepatutnya saya menamatkan kisah seorang Usman dari buku-buku terbitan ITBM. Namun pengakhiran adalah satu kelengkapan pada satu kitaran. Apatah lagi ia kitaran kehidupan, dan tidak bermakna berakhirnya surat ini maka berakhirlah surat saya kepada saudara Usman. Tidak benar sama sekali. Kerana masih dua lagi buku saudara yang saya belum miliki. KAKI LANGIT dan SALAM BENUA.

 

Saudara Usman yang dikasihi,

 

Ketika saudara pergi ke alam lain. Negara kita telah tiga kali melewati PRU. 2004, 2008 dan 2013. 2008 adalah paling manis sekali saudara, pembangkang telah berjaya merampas Pulau Pinang, Kedah,Perak dan Selangor. Iye Selangor. Sehingga surat ini ditulis, Selangor masih lagi dalam tangan pembangkang. Tangan parti yang digagaskan oleh rakan saudara Anwar Ibrahim. Di dalam surat ini saya ingin ulas sedikit sebanyak tentang sajak saudara.

 

Pada halaman lima, JENTAYU.

 

Dan inilah kehebatan Usman. Dari kisah epik dia boleh jadikan puisi panjang. Kemudian diringkaskan. Kemudian ada sambungan. Sajak Jentayu ini yang diambil dari kisah epik Ramayana, diubah menjadi 11 babak dalam puisi. Dan diringkas kepada sajak yang sedang anda baca kini. Nasihat saya anda kena cari sajak Jentayu 11 babak itu.

 

Di sayap taufan

Kau jelajahi

Awan gemawan

Membawa rindu

Kasihmu menentangi

Kezaliman

Ketidakadilan

 

Dan tahukah anda, Usman telah menyiapkan sajak khas yang bertajuk JENTAYU YANG LUKA kepada isteri Anwar Ibrahim.

 

Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan

 

Di dalam buku ketiga ini, susunan sajak lebih kepada tugas penulis. Tanggungjawab yang perlu ada pada mereka. Maaf sepatutnya saya tulis ini dulu. Tapi kerana tidak sabarnya diri ingin menceritakan tentang sajak Jentayu. Maka….maafkan saya Usman. Boleh lihat di halaman pertama dalam sajak ZAMAN INI. Usman menyebut penyair dan wartawan pada zaman ini mengajar untuk jadi pura-pura. Dari sini kita boleh lihat sikap Usman yang menegur teman setamannya, agar bertindak waras dan penuh intergiti dalam melakukan tugas.

 

Engkau penyair akan menulis segala cerita,

Penamu tajam boleh mengiris segala derita!

Zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura,

Atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala.

 

Engkau wartawan kutip berita antara manusia,

Penamu tajak dapat mencungkil bakat keburukan mereka!

Engkau diam mengikat tangan di bawah meja,

Zaman ini memaksamu menulis yang baik belaka.

 

Ouh tidak lupa juga dalam buku ini dimuatkan sajak MELAYU, untuk pengetahuan pembaca semua. Usman ada menciptakan sajak MELAYU JOHOR sebelum sajak MELAYU ini. Itulah saya tekankan betapa tahun itu penting untuk kita tahu dari mana ilham atau peristiwa yang muncul ketika sajak Usman ditulis. Sajak MELAYU JOHOR ditulis oleh Usman ketika pergelutan antara pemimpin parti di kawasan Johor. Usman membacakan sajak MELAYU JOHOR dalam salah satu perhimpunan parti itu. Dan mungkin Usman merasakan dia perlu melihat konteks yang lebih luas. Yakni Melayu seluruh negara. Maka terhasillah sajak ini. (ada beberapa perbezaan sikit antara sajak Melayu Johor dan Melayu).

 

Siakap senohong,

Gelama ikan duri;

Bercakap bohong,

Bolehkah jadi Menteri?

 

Usman yang bacaannya terpengaruh dengan penulisan lama gurindam, pantun dan sebagainya masih mengekalkan diksi, estetik itu dalam setiap karyanya. Pantun di atas ditulis oleh beliau dalam PANTUN MODEN halaman tujuh. Pelbagai kelucuan dan kontra yang dimainkan oleh Usman membuatkan kita berfikir.

 

Untuk sajak ‘EJAAN’ BARU, saya rasa ITBM perlu menulis sedikit nota kaki. Ini untuk menyatakan apa sebenarnya yang berlaku. Ada LELAKI, ada PEREMPUAN. Ini adalah satu persembahan yang mengangkat dua kota dalam JAMBATAN EJAAN, EJAAN BARU. Bagaimana Usman, apa pendapat saudara? (hadir dalam mimpi ye untuk jawab soalan saya ini).

 

Aha!! PAK UTIH 1 dan kemudiannya ditulis PAK UTIH 2. Usman membuatkan sajaknya mempunyai siri. Kerana sajak PAK UTIH 2 ditulis dua puluh tahun selepas PAK UTIH 1. Dan temanya masih sama, kemiskinan, kemiskina, dan kemiskinan. Senang sekali saya berkongsi

 

PAK UTIH 2

 

III

 

Suatu malam Pak Utih bermimpi

Menerima wahyu

Dari radio di kedai tempat berhutang

Suara itu berkata lantang!

Tulis olehmu!

Pak Utih gelengkan kepala, tak tahu

Suara itu memerintahkan lagi:

Tulis olehmu

Tulislah!

Tiba-tiba Pak Utih pandai menulis

Ditulisknya huruf-huruf sebesar batang kelapa:

I-N-F-L-A-S-I

Maka dilihatnya huruf-huruf itu menari-nari

 

Begitulah tulisannya. Usman menggunakan kisah wahyu yang turun kepada Nabi, dan Iqra’ sebagai sumber inspirasi pada larik ini. Saya ada jumpa sajak Pak Utih 3 yang ditulis oleh penyajak lain, mengambil semangat Usman mungkin. Dan jika PAK UTIH 2 Usman membicarakan perihal Inflasi, maka sajak Pak Utih 3 pula penyajak lain menyentuh soal GST. Begitulah jika sajak yang hebat, ia tidak akan pernah tamat dan  masih releven sepanjang zaman.

 

Rujuk halaman 37, sajak yang bertajuk TULANG-TULANG BERSERAKAN. Sajak ini terhasil daripada novel semi-biografi beliau sendiri. Tajuk yang sama. Usman sendiri menyebut di dalam syarahan beliau dalam buku Sikap Dan Pemikiran Usman Awang keluaran DBP. Beliau banyak mengembangkan idea dari satu karya kepada karya lain. Dan bagi saya sesuatu yang hebat apabila sebuah novel mampu diringkaskan menjadi sajak. Tahniah saudara Usman!

 

Kepada Angkatan 50 juga dua sajak Usman dimuatkan dalam buku ini. Saya mencadangkan agar rakan mengenal lebih lanjut tentang apa itu Angkatan 50. Halaman 34 dan 35, bahkan buku ini yang memilih di atas bara kita berdiri diambil dari larik sajak Kekuatan Jiwa (Kepada Angkatan 50).

 

Saudara Usman, saudara sangat bijak dengan menulis sajak KEHILANGAN NAMA pada halaman 44. Kadang kita tiada suara untuk menyatakan hak, tapi saudara. Saudara mampu bersuara.

 

IV

 

Seorang yang namanya tak bernama

Tinggallah di pondok buruk itu

Jika pondok itu pusaka halal dari moyangmu;

Tanamlah padi disawah kecil terpencil

Jika sawah itu warisan sah dari ayahmu;

Berdirilah di tanga banguna dengan songkok dan samping

 

Jika kau beroleh jawatan budak suruhan;

Menorehlah di ladang-ladang besar

Berkerjalah di lombong-lombong saudagar

Jika kau mendapat kartu seorang buruh;

Hantarlah anak-anakmu di sekolah berdekatan

Yang kita medahkan dengan nama ‘kebangsaan’

 

Begitulah tulisan seorang Usman. Anda perlu baca seluruh sajak ini dari awal untuk faham kenapa pada kalimat kebangsaan itu ada tanda kurungan. Anda rasa?

 

Ouhh, Usman pernah sampai ke Rusia. Dari sajak MOSKOW, saya dapat terbang ke sana hanya dengan membaca. Sajak ini saya jumpa dalam buku terjemahan sajak-sajak Pushkin terbitan DBP. Saya masih ingat lagi, boleh rujuk pada halaman 53

 

III

 

Pagi ini di perkarangan Pushkin

Serombongan anak sekolah

Comel berdedai didandani kabus

Mengucapkan bait-bait puisi pujangganya/

Bila mereka menghilang, tampaklah

Sebusut bunga di kaki Pushkinnya.

 

(kemudian ku tau suatu tradisi

Sebelum ujian puisi, mereka

Datangi tugu pujangganya

Memohon restu kasihnya).

 

SURAT DARI MASYARAKAT BURUNG KEPADA DATUK BANDAR, halaman 56. Sajak ini saya pernah kirimkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika kenaikan harga cukai pintu. Selama lebih 14 hari saya poskan sajak ini kepada Datuk Bandar. (tapi akhirnya cukai tetap naik jua). Begitulah Usman, nasib penduduk yang hidup di kota ini. Katanya cukai untuk menaikkan taraf jalan dan perkhidmatan pengangkutan awam. Tapi jalanraya masih lagi berlopak dan sesak.

 

Jangan lupa perhatikan sajak bertajuk PENGHINAAN di halaman 42.

 

Siapa datang memberi kuasa pada cinta,

“he, penyair, sajakmu perlu apa,

Tutup lembaran yang membosankan,

Duniamu asing untuk kita semua.’

 

Usman menegur mereka-mereka yang di atas, menghina golongan penyair seolah tidak membantu membangunkan negara. Lihat betapa kelas sastera dan kelas sains dibezakan. Lihat sains kemanusiaan dan sains fizik di IPT. Bagaimana mahasiswanya berfikir, apakah kita saling memerlukan bukan? Jangan sekali kita membezakan dan melihat kelompok penyair ini lekeh. Ini kerana Usman juga menyebut sekali lagi dalam sajak BERKAYUH RINDU DI SELAT TEBRAU, halaman 49.

 

Tajam keris raja

Tajam lagi pena pujangga.

 

Sebelum saya menamatkan surat ini, ingin saya kongsikan satu cerita yang tidak pernah saya cerita kepada sesiapa (saya rasalah). Waktu itu saya berada di tingkatan dua, masih naif, kecil, comel. Pagi hari (saya sekolah sesi petang) di ruang rehat asrama saya mengambil akhbar utusan dengan tajuk ‘Tongkat sudah kembali kepada pencipta’ (lebih kurang begitu tajuknya).

 

Saya belum kenal saudara, belum kenal sajak-sajak saudara. Tapi berita itu membuatkan saya mula mencari siapakah pemilik nama Tongkat ini. Saya yang tidak dibimbingi siapa-siapa dalam penulisan sastera, mula belajar perlahan-lahan menulis puisi. Dan akhirnya saya berjaya keluarkan buku sendiri yang saya hanya terbit 100 saja. Buku itu bertajuk Surat2 Perewa. Saya jual kepada rakan-rakan saya sebelum saya berkahwin. Saya fikir orang berpuisi itu berjiwang, tapi saya silap kerana mereka itu sedang berjuang! Berjuang dari segenap segi. Banyak kelas-kelas penulisan yang tumbuh sekitar kota, Cuma saya saja. Saya saja yang merasa tidak puas dan berfikiran ego untuk tidak duduk di dalam kelas agar belajar secara formal. Mungkin, mungkinlah saya ini sudah biasa dengan ilmu dari jalanan. Maka merasakan ilmu yang di dalam kelas itu juga ada di jalanan. Cuma di dalam kelas itu lebih sistematik. Saya pernah hadir kelas percuma yang dilakukan oleh rakan saudara yakni A Samad Said. Di Dataran Merdeka, di Masjid Rawang. Dan saya kini yang memegang Sarjana Pengajian Penterjemahan juga akan berkongsi ilmu secara percuma kepada sesiapa yang ingin belajar ilmu pengajian penterjemahan.

 

Sebelum saya akhiri surat ini, ingin saya kongsi pada saudara Usman. Pada 2014 rakan saudara Abdullah Hussain telah kembali ke penciptanya. Saya tulis ini kerana saya terbaca sajak lama saudara ketika majlis perkahwinan Abdullah Hussain. Agak lama kan? Rakan baik saudara, A Samad Said pada Jun 2015 telah masuk ke sebuah parti politik. Dan saya tertanya-tanya jika saudara masih hidup apakah pendirian saudara. Saya godek-godek semula tulisan dan syarahan saudara dalam buku SIKAP DAN PEMIKIRAN dan USMAN AWANG DALAM ESEI DAN KRITIKAN. Saya menemui saudara akan memihak kepada masyarakat walau apa pun terjadi, meskipun kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Saya mendoakan saudara baik-baik saja di alam sana. Jika ada rezeki, kita berjumpa sambil berbicara hal sastera, filem, puisi sambil kaki bermain air di Telaga Kauthar.

 

Wassalam

 

Usman Awang (12 Julai 1929 – 29 November 2001)

 

 

 

Yang cuba menjadi seorang penulis (yang sudah beralih ke arah surreal)

Perewa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Menghibur, menghiburkan hati yang sedang berduka lara. Semoga kita semua berada dalam RahmatNya. Tuhan yang menguliti cinta kepada kita yang berasal dari cinta. Selawat dan salam kepada Rasulullah, insan yang kita kasih yang menjadi ikutan sekalian alam.

Surat ini ditulis sewaktu saya menghantar ayah dan ibu mertua mengerjakan Umrah.

Ketika beberapa angin amarah bertiup keras atas penganjuran pesta buku di MAEPS, iyalah pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur yang dibuat di luar Kuala Lumpur? Saya menggagahkan diri ke pesta ini demi buku Usman yang di kasihi. Sekiranya wujud Mazhab maupun Aliran Usman dalam penulisan, saya boleh dikatakan pengikut paling setia. Semua buku-buku sajak peribadi beliau saya ada, sehinggakan apa yang berkait dengan Usman, saya akan dapatkan. Termasuklah sampul hari pertamaku keluaran Pos Malaysia. Maka boleh dikatakan, dalam buku ini 90% saya sudah temui. Dan ini adalah surat, surat kepada buku pertama bertajuk ‘Malam ini Malam Berinai’.

Kata pengantar dan catatan penerbit dibaca dengan cermat. Kata pengantar yang ditulis oleh Wan Nor Azriq boleh dikatakan beliau cuba mengajak pembaca melihat satu sisi yang lain dari Usman. Namun pada catatan penerbit, saya merasa ralat kepada beberapa perkara teknikal. Pertama menukar ejaan lama kepada ejaan baru agar relevan. Itu okeylah bagi saya, walaupun saya selesa dengan keaslian tulisan agar kita generasi muda kenal ejaan lama. Untuk apa? Agar boleh kenal dan belajar evolusi bahasa. Kemudian perihal tahun pada setiap puisi. Ini langsung tidak disebut mengapa penerbit hilangkan. Bagi saya ianya sangat penting, kerana kita boleh tahu pada tahun itu apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku. Peristiwa-peristiwa ini yang diangkat oleh Usman dalam sajaknya. Mujurlah ada beberapa sajak yang menyatakan tahun yakni dalam kurungan tertera selepas 1948. Juga selepas mogok Utusan.

Maka, saudara Usman.

Izinkan saya melakukan ulasan buat buku kumpulan puisi saudara.

Halaman pertama dibuka, kedua, ketiga dan saya terus dibuai dengan diksi Usman. Usman bijak memilih dan menggunakan kata yang tepat di tempat yang tepat pada waktu yang tepat. Dan ini membolehkan tulisan beliau kekal harum sepanjang zaman. Kita boleh lihat pada sajak yang bertajuk PERKARA BIASA halaman 2, sajak ini menceritakan

Dilanggar kereta perkara biasa

Anak jalan yang meminta-minta

Penuh cacat – cedera anggota

Dan matinya dia perkara biasa

Dalam dunia media sosial kini, siapa boleh lupa peristiwa yang berlaku di negara Cina seorang budak yang dilanggar sehingga mati. Iye, sehingga mati. Begitu juga kisah kemalangan satu keluarga dek kerana perlumbaan kereta Myvi di lebuhraya DUKE. Masih ingat lagi?

Kemudian saya memerhati dalam buku pertama ini, sajak kepada IBU melebihi dari sajak-sajak yang lain. Paling terkesan bagi saya adalah sajak bertajuk IBU DAN ANAKKU(Setahun usia Haslina) di halaman 13. Sajak ini ditujukan kepada Kak Haslina yakni anak Usman yang kini giat menghidupkan semula karya-karya ayahnya yang dikasihi. Di akhir sajak ini menyebut

Ibu,

Panggillah ia disampingmu,

Jika anakku ke lain tuju.

Ada dua perkara yang saya sebagai pembaca cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Usman. Pertama sebagai seorang ayah yang risau sekiranya anak yang dikasih ‘tersalah’ langkah. Hanya kuasa kelembutan ibu biasanya akan memandu anak itu semula. Kedua yang saya dapat faham adalah, sekiranya anak itu telah pergi dahulu sebelum si ayah. Maka ibu yang sudah berada di alam lain akan menemani si anak itu yakni cucunya sendiri.

Pada halaman 9, sajak yang bertajuk HADIAH(Hari lahir anakku). Usman mengajar dunia kelembutan dan kedamaian, menolak kekerasan dan keganasan. Boleh rujuk tulisannya

Ah, kenapa kau bawakan senapang.

Kereta meriam dan kapal terbang perang,

-Meski sekadar barang mainan-

Sebagai tanda mata hari lahir gemilang?

Usman menolak perkara ini, kerana dari kecil mengajar anak perihal perang adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Saya sendiri menyorokkan pistol mainan yang dihadiahkan orang kepada anak saya, katanya agar anak ini jadi laki-laki. Apa pistol itu simbol kekuatan laki-laki? Pun begitu, anak saya yang umurnya baru setahun sembilan bulan itu tidaklah tahu menggunakan pistol tersebut. Maka simpan di stor adalah jalan terbaik.

Tidak lupa juga bahasa yang digunakan oleh Usman dalam sajak LAHIRLAH ENGKAU (Catatan buat Iskandar), ditulis pada larik keempat

Semoga jenis yang kami harapkan dalam restu.

Sebagai manusia yang hidup dalam dunia bahasa kontemporari, kata-kata begini jarang sekali digunakan. ‘Jenis’ ini ditujukan kepada anak di dalam kandungan isterinya. Agar menjadi seperti yang diharapkan.

Kepada pengikut penyanyi Yuna, pasti terbaca nasihat Yuna kepada remaja yang gagal atau putus harap dalam bercinta dan juga sehingga terlintas niat untuk bunuh diri.

Yuna (Akaun Facebook) – 23 Mac 2016 – 8762 Perkongsian

“I look at all the questions from my young fans & I realized they’re all stemming from insecurity, bullying & rejection.. So many of them asking how to be accepted, how to deal with depression, how to not have suicidal thoughts…”

Saya tersenyum, kerana teringat dan sekali lagi membaca sajak dalam buku keramat ini. Pembaca semua wajib beli buku ini kerana di dalamnya Usman sudah tulis lama dahulu tentang  LAGU KITA(Buat ‘adik’ yang bilang mau bunuh diri)

ADIKKU manis, mari kita nyanyikan lagu baru,

Betapa senangnya dada dan teguhnya hatimu,

Cinta bukan sekadar keberanian berjanji mati,

Hidup mesti berdetik meski cuma sekali.

Saya terserempak dengan  Bethooven dan Saifulbahri pada sajak yang bertajuk LAGU UNTUK ADINDA halaman 35. Ditulis seperti berikut

Ah, alunannya merdu lagu klasik, tapi tersendiri

Penciptanya? Bukan Beethoven, bukan SaifulBahri,

Mungkin ramai yang kenal dengan Bethooven tapi siapa Saifulbahri? Bagi saya, buku yang baik adalah buku yang membuatkan kita terus mencari apa yang diperkatakan. Saya mencari siapakah Saifulbahri pemuzik ini. Wow! Dan sajak ini katanya Usman, lagu istimewa lebih dari Beethoven serta Saifulbahri.

Kerana terciptanya istimewa sekali, tapi

Ia meresap ke hati, kerana datangnya dari hati.

Seperti yang kita tahu Usman adalah dewa romantis alam melayu, pada halaman 37 di akhir sajak KASIH DAN RINDU sangat memukau dan ahh….anda nikmati sendiri

Ibu marah tanda sayang,

Orang Jemu tampaklah benci,

Anak merajuk hatinya manja,

Abang rindu kemuncaknya cinta.

 

Pehhh! < – – ini saya tambah

 

Sajak-sajak Usman tidak terlepas dari mimpi kekasih, boleh lihat saja sajak GADIS SUCI halaman 39 dan yang paling mendapat perhatian iaitu sajak KEKASIH halaman 55. Selepas dialunkan kata-kata puitis, penghujung kata Usman seolah-olah merentap khayalan

Kekasih, hitunglah mimpi

Yang membunuh realiti

Dengan syurga ilusi.

Di dalam buku ini dimasukkan sekali sajak anti perang Usman. Halaman 43 kemudian disambut pada halaman 53. Seolah-olah dua pasangan kekasih yang redha dengan peperangan yang berlaku. Sungguh, pedih rasa membaca bahana perang ini. Dalam kedahsyatan peperangan yang berlaku di timur tengah. Bolehlah kita mengadaptasikan sajak ini yang berbunyi

Relakan hati berputus sayang,

Relakan tulang gugur bersilang.

Selain tema ibu dan perang, tema ayah juga tidak dilupakan. Dua sajak Usman berkait dengan mogok utusan dimasukkan dalam buku ini ANAK-ANAK TERCINTA, JANGAN MENANGIS (Kisah sewaktu mogok) dan AYAH BELUM PULANG (Kisah setelah mogok).

Pulanglah ayah wajahnya basah

Tangan si anak panjang menadah

Tapi, anak sayang, saksikanlah

Ayah tak punya rokok sebatang

Janji jadi tangis maha pedih

Nantilah, anak sayang, jika pak cikmu datang

Mungkin dia membawakan sekotak aiskrim.

Tapi berbulan pak cik tak pernah datang

Ayah masih jua mencari pekerjaan.

Mogok utusan yang berlaku pada tahun 1961. Peristiwa juga agak dekat dengan saya kerana arwah atuk saya juga pekerja Utusan yang turut bermogok. Namun cerita ini hanya sampai daripada nenek kepada saya. Arwah atuk yang begitu baik dengan Tok Ali Jiro sehingga di penghujung usia pun persahabatan mereka kekal. Saya gelarkan mereka ini keluarga Utusan. Nenek saya cerita waktu itu sukar mencari kerja, mujur arwah atuk saya beroleh tawaran kerja di Radio Tanah Melayu. Rakan-rakan lain yang mogok sebenarnya bukanlah tidak boleh pergi ke tempat lain, tapi kesetiaan mereka itu yang menghalang mereka. Sajak di atas mengukuhkan ayat saya tadi. Mereka tidak sanggup melihat Utusan diambil. Tapi dalam masa yang sama mengakibatkan seluruh keluarga pekerja turut merasa. Inilah resam pejuang.

Sajak terakhir yang disusun dalam buku ini bertajuk UPACARA PEMAKAMAN SAJAK. Dan Wan Nor Azriq sangat bijak meletakkan sajak ini di akhir agar pembaca yang membaca sajak ini, akan melihat semula sajak-sajak yang dibaca sebelum ini dengan rasa yang berbeza. Kerisauan Usman jika pembaca tidak mengambil iktibar apa yang cuba disampaikan

Ke manakah sajak-sajakku sekarang, ke mana

Ia terbuanga

Tak satu yang terdengar pada saat yang malang

Tak kuat ia jadi benteng pada segala yang

bakal datang

sebab orang tak mengenalnya apa yang terkandung

di dalam

tak ternampak hati yang merah di antara gumpalan

darah

pada tiap kata tiap ucapan yang kini menjadi murah

kerana nilainya sekarang tak tersapa pada hati marah.

Sekian dahulu ulasan saya yang ditujukan khusus buat buku pertama. Saya menggalakkan sesiapa saja dari semua peringkat umur memiliki buku ini. Kerana dari buku ini kita akan belajar satu kata tentang

C

I

N

T

A

 

Wassalam.

 

Yang masih mencari buku Usman bertajuk Kaki Langit dan Salam Benua

Perewa

usman

 

Kampung Baru

Kuala Lumpur

“Tuhan mencipta Harun kepada Musa
Tuhan menghantar Shams kepada Rumi
Dan Bang Muluk yakni Perewa pula pendokong Zainuddin”

 

Salam kerahmatan buat semua,

 

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Daripada dia wujudnya kita, kepada dia jualah kewujudan ini pergi. Tuhan yang Maha Pencinta mencipta cinta kepada hambanya. Selawat ke atas nabi Muhammad, penghulu segala nabi. Semoga kita semua yang membaca ini beroleh syafaat baginda.

 

Surat ini saya tulis selepas beberapa hari saya menggunakan akaun twitter @BookendsMy dalam review buku mahakarya Almarhum Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Bookends adalah komuniti yang suka akan bacaan, rata2 di dalam komuniti ini adalah muda2. Meskipun umur saya sudah 30, semangat dan tenaga yang mereka ada membuatkan saya berubah menjadi muda kembali sepert awal 20an. Awal 20an dulu saya sebagai apa ye? Haha. Rahasiaaaa.

 

Saya yang sudah hampir terlupa untuk guna kata singkatan, atau kadang merasa bersalah campur adukkan bahasa mungkin membuatkan pengikut merasa bosan dengan gaya twit. Tambahan pula dengan twit pada waktu orang tidak lapang. Alahai, apa kena dengan diri ini. Namun saya tetap teruskan twit demi memperkenalkan karya ini kepada pengikut @BookendsMY.

 

Saya yang menggunakan nama pena Perewa merasa sangat teruja dapat berkongsi buku ini kepada khalayak. Nama yang saya pilih daripada novel ini. Saya mula membaca novel ini waktu zaman diploma, itupun daripada saranan seorang pensyarah agama yang bernama Ustaz Rasyid. Saya begitu urghhh terkesan dengan kisah2 di dalam novel ini. Iyelah siapa yang tidak pernah patah hati? Patah ini terlalu luas, ditolak itu ditolak ini, seolah kehidupan sedang berperang dengan diri kau Perewa!

 

Berikut saya kongsikan kesemua twit saya.

 

Salam dan selamat sejahtera semua. Dalam sehari dua ini saya Perewa akan menemani anda dalam membicarakan satu karya Hamka.

Ouh mungkin ada rakan2 tidak tahu Hamka adalah singkatan kepada Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah #TKV

Ketika almarhum Hamka mengetuai majalah pedoman masyarakat, beliau menerbitkan mahakarya #TKV ini secara bersiri.

Kemudian barulah ia diterbitkan sebagai buku. Sekitar penghujung 1930an. Buku #TKV ini sangat laris dikalangan pemuda dan anak gadis.

Dan ramai pemuda serta gadis memberi komentar #TKV “Tuan seakan menceritakan nasibku sendiri” “Barangkali Tuan sendiri yang Tuan ceritakan”

Sebagai agamawan, menulis karya roman #TKV menyalahi kebiasaan. Hamka mendapat tentangan keras!. Selepas 10 tahun tentangan ini menyepi 🙂

Kerana kian lama kian orang faham betapa perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia – Hamka, #TKV

Secara jujurnya saya baca karya #TKV ini waktu awal dahulu dengan ter-buru2. Ialah masa muda mahu cepat sahaja.

Tapi selepas beberapa ketika, per-lahan2 saya mula menghadam mahakarya #TKV ini. Meresap masuk ke dalam jiwa. Kesabaran Zainuddin.

Hamka memulakan segalanya menggunakan perlambangan masa. Yakni waktu senja. “Matahari telah hampir masuk ke peraduannya.” #TKV

Kemudian disulami perihal adat. Menurut adat Minangkabau, amatlah malangnya seorang lelaki tunggal tanpa saudara perempuan. #TKV

Dan yang menerima nasib itu adalah Pendekar Sutan, yakni ayah Zainuddin yang dikasihi. #TKV

Kemudian bab seterusnya perihal ketika kelahiran Zainuddin. Ibu yang dikasihi dipanggil pulang ke hadrat ilahi. #TKV

Lihat betapa melankoliknya permulaan kisah Zainuddin ini. Kemudian pergi pula ayah yang dikasihi.Dunia, dunia telah mengajar Zainuddin. #TKV

Seterusnya ketika pemergian ayah Zainuddin (waktu beliau sudah dewasa). Niat untuk kembali ke tanah asal menjelma.Berangkatlah jiwa ini #TKV

Saudara saudari. Dari bab kembali ke tanah nenek moyang inilah Zainuddin bertemu Hayati. Hamka pula bergurau2 #TKV

Hamka bertanya dari manakah beliau harus pertemukan watak Zainuddin dan Hayati. Sewaktu sedang lebat. Mereka berteduh bersama insan2. #TKV

Maka mulalah perkenalan Zainuddin bersama Hayati. Surat diutus. Berbalas. Diutus kembali. #TKV

Ketika kasih Zainuddin dan Hayati makin subur. Dari kenalan kepada kawan, kawan kepada sahabat, sahabat kepada yang dirindu #TKV

Ketika itu banyak suara2 orang membicarakan hal mereka. Tidak gemar. Dan apalah yang mahu dikatakan lagi, Zainuddin terpaksa beralah #TKV

Zainuddin perlu berangkat ke negeri lain menjarakkan diri. Hayati menulis surat buat Zainuddin. Kekasihku, berangkatlah… #TKV

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan… #TKV

Detik2 akhir pertemuan, Zainuddin meminta berikan suatu tanda kenang-kenangan. Dan ini paling menarik bagi saya. #TKV

Hayati termenung seketika. Dan tanpa diduga beberapa helaian rambut Hayati nan harum itu diberikan. Dan dengan pantas beliau pergi #TKV

Hayati tidak memberikan barang lain. Tapi berikan ‘dirinya’ (helaian rambut) sebagai tanda ingatan. Ini benar2 tidak dapat dilupakan #TKV

Zainuddin kemudian berada di Padang Panjang. Tempat pertemuan budaya dan generasi. Dan di sinilah beliau belajar agama. #TKV

Hati siapalah mampu menahan rindu. Sedang Qays pun gila merindukan Laila. Inikan Hayati dan Zainuddin. #TKV

Padang panjang tidaklah jauh dengan tempatnya. Ada keraian bakal disambut tidak lama lagi. Hayati menggunakan alasan ini untuk bertemu #TKV

Di Padang Panjang. Hayati menumpang di rumah sahabatnya Khadijah. Dan esoknya ketika mereka mahu keluar. #TKV

Khadijah terkejut melihat pakaian Hayati. Kekampungan katanya. “Lebih baik kau pergi ke surau saja Hayati” #TKV

Mereka bertengkar kecil. Hayati merasa rendah diri dan hati. Pakaian yang biasa ditukar kepada yang bukan biasa. Selendang ditanggal #TKV

Saya akan twit beberapa lagi isi dalam novel #TKV ini, yang membawa sehingga separuh isi-nya. Kemudian akan berkongsi pautan2 perihal karya

Maka pakaian Hayati yang asal muassal dari yang digelar Khadijah itu “kekampungan” ditukar kepada yang lebih moden. #TKV

Itupun selepas pertengkaran kecil dengan sahabatnya. Apalah nasib menumpang tempang orang, menumpang rumah sahabat sendiri. Diikutkan #TKV

Maka selepas semuanya bersiap, maka temasya dan keraian pun bermula. Bermula di tengah Padang Panjang. Hayati dengan pakaian yang asing #TKV

Maka bertemulah dengan Zainuddin seperti yang dijanjikan. Bayangkan perasaan Zainuddin ketika bertemu Hayati dengan pakaian sebegini #TKV

“Kau…Hayati?” “Zai…nuddin..!” (babak ini ada dalam trailer yang saya kongsikan) #TKV

Terhenti langkah.Rakan2 yang lain bertanya “Siapakah ini?” “Inilah sahabatku, Zainuddin” “Ooo…ini orang yang kerap engkau sebut itu?” #TKV

bunyilah sok sek sok sek perihal keberadaan Zainuddin. “Alim temanmu itu” “Ouhh orang Mengkasar, bukan sini” Disusuli dengan tawa. #TKV

Dan Zainuddin pun ditinggalkan berseorangan di tengah keramaian. Hayati,siapalah tahu isi hati Hayati. “Kepala aku pening, mahu pulang” #TKV

Iye benar, kecantikan itu subjektif. Berbeza kecantikan antara Hayati, dan kawan2nya Khadijah #TKV

Pengarang yakni Hamka menulis dua muka surat perihal Lelaki bilamana telah menemui cintanya Perempuan bilamana telah menemui cintanya #TKV

Dan surat Zainuddin sampai selepas peristiwa itu. “Adindaku Hayati! . Cinta yang sejati, tidaklah bersifat munafik “(ada dalam trailer) #TKV

Kemudian pengarang yakni almarhum Hamka mula memperkenalkan watak baru,Aziz namanya.Pegangannya adalah “Hidup ini adalah komedi belaka” #TKV

Kenapa Aziz merasakan hidup ini adalah komedi? Kerana pilih itu susah, pilih ini pun susah, tidak pilih lagi susah. #TKV

Dan Aziz adalah abang Khadijah. Zainuddin – kasih kepada – Hayati Hayati – sahabat kepada – Khadijah Khadijah – adik kepada – Aziz #TKV

atas perhubungan baik Khadijah dan Hayati, maka keluarga Khadijah memohon Khadijah melembutkan hati Hayati agar membuka ruang hati. #TKV

Maka bergelora dan melambung perasaan Hayati. Rupanya Aziz menyimpan hasrat. Dan tanpa bertangguh rombongan di hantar ke Minangkabau #TKV

 

Ketika rombonga dihantar Zainuddin juga mengirimkan surat lamaran kepada penjaga Hayati. Malang Zainuddin berterusan. #TKV

Sebelum surat dikirimkan, surat yang lain telah sampai. Surat dari Mengkasar, bahawa penjaganya yang sudah tua di sana telah kembali. #TKV

Gementar surat itu diterimanya, kerana surat membawa berita kematian amatlah keras penerimaannya. Zainuddin menghela nafas. #TKV

Berbalik kepada rombongan Aziz dan surat Zainuddin. Pendek kata lamaran Aziz diterima. Surat Zainuddin dianggap tiada adab melamar. #TKV

Surat yang dihantar, maka surat pula lah yang diterima oleh Zainuddin. Mengalir keringat dingin di keningnya sehabis surat dibaca. #TKV

Zainuddin merasakan tolaknya adalah kerana adat. Dan adat inilah yang memisahkan ayahnya dengan saudara mara di Minangkabau. Geram! #TKV

Beberapa ketika sampai pula surat dari Khadijah yang membenarkan perbuatan penolakan lamaran Zainuddin itu. pehhhh. #TKV

Jika surat dari keluarga Hayati itu umpama peluru yang dilepaskan ke dadanya, maka surat Khadijah umpama bom yang meletus di mukanya #TKV

Bermuram durja lah sang Zainuddin di rumah yang ditumpang di Padang Panjang. Mak angkatnya bertanya akan kemuraman wajahnya. #TKV

ketika itulah saudara saudari pemuda pemudi sekalian. Tuhan menghantar seorang anak muda, menyelamatkan Zainuddin yang kecewa! #TKV

Dan….saudara saudari pemuda pemudi pembaca semua, anak muda itu bernama Muluk atau gelaran lainnya PEREWA! #TKV #VIVAPerewa #Haha

Ketika Perewa menceritakan siapa di Padang Panjang tidak kenal akan Aziz kepada Zainuddin. Betapa Zainuddin ingin menjadi penyelamat. #TKV

“Allah…nasib kau Hayati!” Zainuddin mula mengutus surat pertama… kedua… ketiga… baru berbalas dari Hayati. #TKV

Ketika Zainuddin menatap surat balas Hayati, dengan pantas beliau balas. Akan memulangkan semula surat2 perkenalan awal hingga akhir. @TKV

Betapa Zainuddin menelan hempedu, menyimpuh menadahkan tangan harapan jika ada. Namun ianya sia-sia. “Guru usahlah bersedih” – Perewa #TKV

Dan mulalah sakit yang dari kepala turun ke hati menular ke badan. Zainuddin jatuh demam! Dan bertambah bila berita perkahwinan sampai. #TKV

Dan demam makin melarat ketika doktor yang hadir disapa, “Hayatikah itu?” Semua di kamar Zainuddin menundukkan muka melihat hal ini. #TKV

Tapi, iyelah takdir Tuhan menentukan. Siapa mampu melawan setelah usaha hati nan sekeping ini dimamah perlahan-lahan-lahan oleh hampa. #TKV

Doktor yang merawat memberi saranan agar gadis yang disebut itu hadir sekali untuk membantu kuatkan semangat Zainuddin. #TKV

Berita kehadiran Hayati masih lagi tidak diketahui oleh Zainuddin. Hujan sudah mula pergi dari Kota Luhur. Hayati hadir bersama Aziz. #TKV

Ketika Hayati memanggil nama Zainuddin, betapa Zainuddin sedar dan berbicara lunak manis bersama Hayati. Dan penyakitnya begitu jelas. #TKV

Zainuddin menceritakan bahawa sudah dipersiapkan rumah untuk mereka duduki, dan cuba memegang tangan Hayati untuk dikucup.Ouh Zainuddin #TKV

Inai masih jelas pada tangan Hayati. Zainuddin sedar dan insaf bahawa haram perbuatannya itu. Dan mula disuruh semua orang pergi. #TKV

Dua bulan lamanya sakit Zainuddin ini, Perewa sudah tidak tahan lagi melihat gurunya begini. (Perewa lebih berumur dari Zainuddin) #TKV

Perewa yang menjaga Zainuddin sejak dari sakit mula berbicara pada gurunya. Orang yang tercela dalam dunia ini hanya ada tiga. #TKV

Orang yang tercela di dunia ada tiga 1. Orang yang dengki 2. Orang yang tamak 3. Orang yang berdosa dan terlepas dari hukuman dunia #TKV

Dan ketiga-tiga penyakit itu tiada pada Zainuddin. Maka Perewa cuba sedaya memberi kata-kata semangat buat Zainuddin.Terpana Zainuddin. #TKV

“Saya lihat guru pandai mengarang?” Perewa cuba mengalihkan perhatian Zainuddin kepada sesuatu yang lain. Dan Zainuddin mula sedar. #TKV

Apalah yang mahu dirindukan lagi, bulan retak di pangkuan sendiri. Zainuddin kagum depan Perewa yang punyai sifat sahabat yang sebenar. #TKV

Zainuddin bangkit dan mula mengatur segalanya. Beliau mahu pindah dari Padang Panjang ke Tanah Jawa. Dan Perewa mahu turut serta. #TKV

Dan mereka bersiaplah sambil menyebut.

“Sampai mati menjadi sahabat!” Perewa atau Bang Muluk

“Sampai mati menjadi sahabat!” Zainuddin #TKV

Dan berlayarlah mereka selama seminggu menaiki kapal Sloet Van Der Beele menuju Tanah Jawa. #TKV

Apakah Zainuddin masih akan bertemu dengan Hayati lagi? dan masih wujudkan helaian rambut Hayati pada simpanan Zainuddin? #TKV

Serpihan gelora itu masihkah ada dalam Zainuddin menjadi pengarang? #TKV

Anda perlu baca dan menzahirkan tajuk TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. #TKV

 

Di dalam novel ini bahagian sedih itu disusun dengan cermat satu persatu. Bermula dengan penolakan lamaran, kemudian perkahwinan Hayati. Zainuddin dema selama dua bulan dan beberapa lagi sehingga klimaks kesedihan ini anda perlu baca dan menzahirkan tajuk TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. Ini mengingatkan saya pada filem lakonan Naseruddin Shah yang bertajuk Dedh Ishqiya. Di dalam filem itu, cinta dikatakan mempunyai tujuh tahap. Ianya adalah

  1. dilkashi (Tertarik),
  2. uns (Kasih Sayang),
  3. mohobbat (Kecintaan),
  4. akidat (Kepercayaan),
  5. ibadat (Pengamalam),
  6. junoo (Kegilaan)
  7. maut (Kematian).

Akhir kalam saya kongsikan jawapan kepada soalan saya, siapakah yang menuduh karya ini ciplak dan diciplak dari karya mana?

 

Orang tersebut adalam Pramoedya Ananta Toer dan tuduhannya adalah karya ini menciplak daripada karya The Great Gatsby.

 

Dan ini saya kutip dari laman wikipedia:

 

Pada bulan September 1962, Abdullan S.P.—nama samaran dari Pramoedya Ananta Toer—yang memuat tulisannya ke dalam koran Bintang Timur menyebutkan bahwa novelVan der Wijck diplagiasi dari Sous les Tilleuls (1832) karya Jean-Baptiste Alphonse Karr, melalui terjemahan berbahasa Arab oleh Mustafa Lutfi al-Manfaluti; sebenarnya desas-desus plagiasi sudah lama ada. Hal ini menjadi polemik luas dalam pers Indonesia. Sebagian besar orang yang menuduh Hamka berasal dari Lekra, sebuah organisasi sastra sayap kiri yang berafiliasi dengan PKI. Sementara itu, penulis di luar sayap kiri melindungi Hamka. Beberapa kritikus menemukakan beberapa kesamaan antara dua buku tersebut, baik dari segi alur maupun teknik penceritaan.[17]

Ahli dokumentasi sastra H.B. Jassin, yang membandingkan kedua karya itu dengan menggunakan terjemahan Sous les Tilleuls berbahasa Indonesia yang diberi judulMagdalena, menulis bahwa novel ini tidaklah mungkin hasil plagiasi, sebab cara Hamka mendeskripsikan tempat itu sangat mendalam dan sesuai dengan gaya bahasanya dalam tulisan sebelumnya. Jassin juga menegaskan bahwa novel Van der Wijck membahas masalah adat Minang, yang tidak mungkin ditemukan dalam suatu karya sastra luar. Akan tetapi, Bakri Siregar beranggapan bahwa terdapat banyak kesamaan antara Zainuddin dan Steve, serta Hayati dan Magdalena, yang menandai adanya plagiasi. Kritikus sastra asal Belanda, A. Teeuw menyatakan bahwa tanpa berpendapat kalau kesamaan yang terkandung dalam novel itu dilakukan secara sadar, memang terdapat banyak hal yang mirip di antara kedua karya itu, tetapi Van der Wijck sesungguhnya mempunyai tema yang murni dari Indonesia.

 

Ouh lupa mengapa saya tidak tonton filem ini? Kerana saya membayangkan suasana pada Tahun itu tidak sehebat dalam filem. Seolah dalam filem yang diadaptasi karya ini terlalu berlebihan. Lebih kebaratan, Belanda saya fikir. Tapi adakah suasananya begitu? Entah lah. Sudah seperti filem titanic saya lihat. Memandangkan hal itu, saya tidak menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Agar setiap momen dan karakter itu tersimpan kemas dalam dunia kreatif saya sendiri. Maka saya akhiri dengan kata2 yang saya tulis di awal tadi.

“Tuhan mencipta Harun kepada Musa
Tuhan menghantar Shams kepada Rumi
Dan Bang Muluk yakni Perewa pula pendokong Zainuddin”

Wassalam dan Bertabahlah buat semua yang bercinta.

 

305265_1752451629500_21976_n

 

Yang menulis

Perewa

Terima kasih
Adam
Terima kasih
Mat Indera
Terima kasih
Usman Awang
Terima kasih
Malaysia

Ini hasil bacaan dan rangkuman pengalaman membaca (menonton, mendengar dan sebagainya) hal2 kemerdekaan. Dan juga menggerakkan secara kecil2-an aktiviti bersama masyarakat awam.

Saya ada borak dengan Adam. Waktu itu hujan lebat di tasik titiwangsa. Bicara karya dan sikap Sasterawan Negara Baha Zain ditunda ke tarikh lain.

1. Dalam borak2 kami…saya ada sebut perihal ideologi dalam penterjemahan dan…bla..bla..bla..bagaimana adam boleh sebut Usman Awang membantu dalam perjuangan haluan kiri. Saya sebut ada dalam Novel Tulang2 Berserakan, satu bab tu menceritakan kegelisahannya melihat rakan2 haluan kiri yang perlu diperangi. Dan dalam buku ini disebut, yang mana diambil dari memoir Abdullah C. D. (Boleh rujuk gambar).

2. Selepas saya baca buku ini. Melihat ketokohan seorang anak muda dalam API. Angkatan Pemuda Insaf.  Dulu waktu belajar sejarah. Rasa kelakar dengan kata ‘Insaf’. Sebab waktu itu insaf yang difahami adalah orang buat jahat dan sesuatu yang tidak baik, menyesal dan insaf. Maka angkatan pemuda ini adalah golongan itu saya rasa. Akan tetapi selepas saya terus membaca dan membaca. Perlahan-lahan kata Insaf itu hidup dalam diri saya. Iye benar dari kata Insaf itu terbelah menjadi dua makna

I- Sesal

Perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg salah; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus.

II- Sedar

1 tahu akan keadaan yg se­benarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat men­jadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik.

(Kamus pelajar DBP edisi kedua)

Maka angkatan pemuda ini adalah angkatan yang sedar akan nasib rakyat. Mereka sedar akan perjuangan yang digalas. Segalanya mereka insaf.

3. Dan yang menarik dalam buku ini. Mereka juga cuba menarik golongan pemuda agar tidak leka. Sebagai contoh lepak di kedai kopi dan sembang kosong. Turun terus ke jalanan dan lakukan tindakan. Bukan sekadar teori semata. Teori+praktikal. (Rujuk gambar)

4. Akhir sekali adalah lakaran saya terhadap Malaysia. Bayangkan Malaysia adalah seorang Manusia. Pak Cik Malaysia nama diberi (Rujuk gambar).

1957 – hanya sebelah kaki sahaja melangkah merdeka. Sebelah kaki lagi masih ditambah penjajah British. Kerana tidak secara total diserahkan. Adakah beza 30 Ogos 1957 – 31 Ogos 1957 – 1 September 1957. Rasa mungkin berbeza tapi dari struktur perlahan-lahan dirungkai.

1970 – boleh dikatakan ke-dua2 kaki telah merdeka sepenuhnya. Wujud rukun negara.

1980 – 2000 – tempoh pembangunan negara. Badan serta tubuh Pak Cik Malaysia dibina

2000 dan seterusnya proses pemikiran rakyat Malaysia dibentuk menuju negara Maju. Dan saya terpanggil untuk menulis hal ini kerana ramai lagi masih tidak percaya sikap rakyat Malaysia dalam menuju negara maju. Antaranya rak buku terbuka. Mungkin ramai nampak kecil semut saja benda itu. Tapi bagi saya ia adalah eksperimen sosial sepanjang zaman. Ramai kata buku hilang. Rak akan rosak. Sudah masuk setahun. Masih kukuh lagi! Buku2 dalam rak? Waktu awal2 dulu kami letak buku sekejap saja habis. Dan kemudian ulang benda sama. Kemudian kami cuba menukar strategi demi melihat sikap rakyat Malaysia. Tukar letak majalah banyak2. Lama juga majalah ini susut. Ini bermakna, mereka yang ambil buku memang baca buku. Bukan ambil dan jual. Kerana jika tidak, kenapa majalah2 itu tidak diambil?

Jangan marah dan kecewa dengan rakyat, sebab rakyat itu adalah kita. Sama2 kita membina negara dan insaf. Menuju Malaysia baru.

Darah Rakyat masih berjalan

image

image

image

image