Archive for the ‘puisi’ Category

7 Lembah Kedukaan

Posted: June 23, 2018 in puisi

Adapun panas terik di Alaska

Mendung dan ribut petir di Sahara

Kelihatan sekeping hati ditiup angin timur terhoyong-hayang bergentayangan terjelobos jatuh dalam lubang.

Ke mana nasib pergi?

Tanya sekeping hati. Yang di hadapan tersergam…( baca tajuk )

Advertisements

Waktu adalah Sahabat

Posted: May 30, 2018 in puisi

Ketika semua sudah pergi

Waktu terhenti

Kenangan menjelma kembali

Saudara dan teman

Hadir makhluk bernama waktu

Memujuk

Memujuk

Sudah-sudahlah sahabat

Aku waktu akan menemanimu dan memelukmu erat

Teruskan hadapi hidup dengan penuh wawasan, meskipun sudah tiada siapa kiri dan kanan.

*dibaca oleh perewa ketika umurnya 92 tahun, 2078.

Negara Mimpi

Posted: April 2, 2018 in puisi, Uncategorized

MIMPI SEMALAM

Pada malam tadi aku bermimpi
Kata orang realiti itu jendelanya mimpi

Disaat aku berada di alam mimpi
Aku bertemu seorang tua, wajahnya tidak jelas,
Aku bertanya ‘siapa kau?’
Dia menjawab ‘aku ketua negara mimpi, mari ikut aku!’

Dia berkata

Negara mimpi ini bukan seperti yang kau sangkakan,
Segalanya indah dan gundah sudah ditentukan,
Kau tidak mampu memilih2 mimpi yang bagaimana kau mahu
Aku dan menteri2ku yang menentukan
Namun ia berlainan jika kau punyai wang,
Pada saat itu
Kau boleh membeli mimpi2 indah
kau jangan fikir ini korupsi
Ini adalah wang saguhati

Lihat dihadapan kau,
Itu realiti,
negara mimpi sempadannya disini
Lihat muka2 mereka yang mendambakan mimpi indah
Cuba kau lihat yang bertudung biru itu
Mahukan mimpi berjaya didalam pendidikan
Itu yang memakai kemeja
Mahukan mimpi berjaya didalam kerjaya
yang berbadan besar itu pula
Mahukan mimpi berpasangan dengan anak raja
Dan baaaanyak lagi kehendak2 mereka dalam alam mimpi

Dan bukan mudah untuk mendapatkan mimpi2 yang indah,
jika kau tidak punyai wang usah bicara soal mimpi indah

Walaupun aku ketua negara mimpi yang mengambil wang saguhati
Dengar sini aku berkata
Mengejar mimpi didunia realiti itu mimpi yang hidup
Mengejar mimpi didalam mimpi itu mimpi yang mati
Jadi bangunlah kejar mimpimu dalam realiti wahai anak muda
Tapi jika kau gagal, aku boleh menunaikan dalam alam mimpi
Itupun jika kau punyai wang
Hahahahahaha

Pada malam tadi aku bermimpi
Kata orang realiti itu jendelanya mimpi

Sekian selamat
malam

Dibaca pada malam pekan frinjan September 2011

Assalamualaikum semua,

Dengan ini saya melantik diri saya sebagai presiden pertama dalam Persatuan Surreal Malaysia (PeSurMa). Ini rentetan daripada saya yang menjadi kurator twitter seni, di mana pada waktu saya menjadi kurator saya berjaya mengumpulkan pengamal aliran surreal dari penulisan, muzik, filem, lukisan dan yang berkait dengannya.

Saya sudah mempersiapkan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh setiap ahli. Berikut adalah cadangan saya.

  1. Setiap pengamal penulisan, muzik, filem, lukisan dan lain2 (jika ada) perlu melantik ketua agar lebih sistematik perjalanan persatuan ini. Ini bermaksud
    1. Ketua Penulisan Surreal
    2. Ketua Muzik Surreal
    3. Ketua Filem Surreal
    4. Ketua Lukisan Surreal
    5. Ketua lain2
  2. Tiga tahun adalah tempoh kita mengembangkan aliran ini secara drastik dan kritikal di tanah air tercinta yakni Malaysia.
  3. Majalah percuma akan diterbitkan secara online
  4. Ouh apa yang berlaku dalam tiga tahun itu? kita akan buat pertemuan di tengah kota, Dataran Merdeka mungkin. Dan akan cuba bincangkan permasalahan setiap dari kita dalam mengamalkan aliran ini dari bidang masing2. Ini dilakukan awal tahun.
  5. Pada pertengahan tahun kita akan buat pameran surreal Malaysia, berskala besar. Gabungkan terus penulisan, muzik, filem, lukisan dan lain2.
  6. Akan cuba bina satu laman sesawang yang memuatkan video temubual tokoh2 surreal dan dalam masa yang sama menggerakkan surreal tv serta radio
  7. Selama tiga tahun kita akan berhempas pulas mendapatkan pengikut baru serta memberi kefahaman kepada masyarakat apa itu aliran surreal.

Itu sahaja cadangan daripada saya, jika ada rakan2 yang terbaca dan minat untuk turut serta boleh komen atau hubungi saya terus. Ini adalah perjuangan kita! Hidup PeSurMa!

Wassalam

Yang berkhidmat di tengah kota

Sepohon pokok beringin muda

Bahasa

Posted: December 15, 2015 in puisi

Orang Cina yang menetap di China tapi tidak fasih bahasa Cina. Amacam?

Orang India yang menetap di India tapi tidak fasih bahasa India. Amacam?

Orang Arab yang menetap di Arab tapi tidak fasih bahasa Arab. Amacam?

Orang Siam yang menetap di tanah siam tapi tidak fasih bahasa Siam. Amacam?

Orang Sepanyol menetap di Sepanyol tapi tidak fasih bahasa Sepanyol. Amacam?

Orang Filipina yang menetap di Filipina tapi tidak fasih bahasa Filipina. Amacam?

Orang Somalia yang menetap di Somalia tapi tidak fasih bahasa Somalia. Amacam?

Tapi kejap ek. Ambil nafas.

Orang Malaysia yang menetap di buminya sendiri tapi tidak fasih bahasa Malaysia. Ermmmm….ala relekslah.

Jadilah Engkau..

Posted: May 26, 2015 in puisi

JADILAH ENGKAU…

(Didedikasikan buat anak2 kecil yang jiwanya pernah dirobek)

Jadilah engkau seperti awan

Melindungi Sang Nabi saat terik panas menyelimuti bumi

Tetap kekal di atas dan tidak pernah merasa sangsi

Jadilah engkau seperti angin

Yang menerobos lalang di padang hening

Tetap kedepan tidak pernah berada dalam ketakutan

Jadilah engkau seperti tanah

Pasak di satu tempat tanpa mengalah

Tetap tenang meskipun digali tanpa rasa lelah

Jadilah engkau seperti air

Penuh segar tanpa henti mengalir

Tetap meluncur dari segenap penjuru

Jadilah engkau seperti pohon

Teguh berdiri memberi teduh pada yang memohon

Tetap berbakti meskipun diri disakiti

Jadilah engkau seperti api

Membara semakin ditiup semakin tinggi

Tetap berlenggok kanan dan kiri

Jadilah engkau seperti hud hud

Membawa khabar benar dari Sulaiman

Tetap pulang ke sarang meskipun bakal memikul kehampaan

Jadilah engkau seperti kotak

Diajar guru agar berfikir diluar dimensi

Tetap akur mengakui

Jadilah engkau seperti roda

Kadang berada di puncak kadang berada di tapak

Tetap berputar menikmati segala takdir

Jadilah engkau seperti sufi

Memahami cinta dalam definasi sendiri

Tetap senyum meskipun dicemuh

Jadilah engkau seperti cinta

Meletuskan kekuatan yang munculnya tidak diketahui

Tetap terasa kehadiran meskipun tidak berada di hadapan

Jadilah engkau seperti mereka

Lahuma dalam ranjau sepanjang jalan

Katanya

Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan

Nahidah dalam Salina

Menjadi wanita kental berjiwa besi

Tetap mampu berdiri

Jadilah engkau bangkit menuju Tuhan

Jadilah

Jadilah

Jadilah

Jadilah, maka jadilah!!!

Sempadan Zambia dan Mozambique

Hening pagi.

Melayang-layang di udara. Dua ekor ikan bilis. Seirama
Sekata
Sesama kita

Kejadian aneh ini dilihat sebagai hal biasa. Bagi Zimbabwe, beliau merasakan hal ini terlalu biasa. Kerana ada yang lebih biasa dari ini. Mentari berenang bersama pelangi juga biasa. Inilah kemajuan dan kemajuan.

Kasihan dua ekor ikan bilis itu.