Archive for the ‘Surat Kepada yang muncul di bulan Januari’ Category

Kampung baru

Kuala Lumpur

Semenjak kedatangan Nur, akak yang paling teruja. Ingat lagi waktu nur dibawa pulang dari hospital. Akak tak habis2 cium nur. Setiap kali, sampai tak makan dan tak nak mandilah. Kelakar je tengok. Begitu juga setiap kali ayah bawa abang dan akak jalan2, balik rumah mesti serbu ke arah nur. Disuakan pipi ke bibir nur untuk dicium barangkali.

Sewaktu surat ini ditulis, ayah baru saja selesai buat akaun. Untuk masa depan anak2 ayah. Ayah tarik balik semua kad perubatan kerana komitmen yang tinggi. Ramai yang kata rugi ayah batalkan. Percayalah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Yang menanggung adalag kita. Sekarang ekonomi agak kurang memberansangkan. Ayah mencari kerja baru yang gajinya mestilah tinggi. Kedai di kg baru berada di kedudukan uncertainty. Bila2 saja kerajaan boleh ambil.

Mati kutu fikir kalau kerajaan ambil macam mana. Ayah kena sara atuk dan nenek dan ibu dan tiga anak ayah. Semua duit kedai pergi ke situ. Nur doakan baik2 ye. Asalnya ayah mahu ada nama Malahayati pada nama nur tapi tidak digemari ibu dan nenek. Nur cari lah siapa pemilik nama itu. Bila nur dah jumpa, kalau nur suka, nur pakailah. Tapi kalau tak suka dan rasa geli takpe ayah faham.

Kadang dalam hidup ni tak semua kita nak boleh kita buat. Macam namakan nama anak sendiri. Kenapa tajuk nama surat tangisan kak ngah? Ayah tidak pasti, kak ngah seolah sedikit cemburu dengan nur bila menyusu. Ayah tak faham permintaan kak ngah bila kak ngah minta susu. Sebab bila dah buat, kak ngah Aysyah tak nak pula. Bingung dibuatnya. Lebih seminggu kak ngah menangis. Sehari dua ini saja baru okey. Alhamdulillah. Ayah doakan nur jadi anak yang baik ye nur.

Wassalam.

Dari ayah mu

Perewa

Advertisements

Kampung Baru

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Semoga kita dilindungi hasutan syaitan serta kesegaran nafsu. Diselamatkan dari syurga dan dijauhkan dari azab neraka.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, penutup segala nabi dan rasul. Syafaat baginda buat kita semua. InsyaAllah.

Kehadapan anak ayah yang ketiga,

Ketika surat ini ditulis, ayah dan ibu belum tahu lagi adakah anak perempuan atau anak lelaki. Tapi dari gaya ibu yang mengandung, anak perempuan. Sebenarnya kami tidak ada masalah anak laki atau perempuan.

Sewaktu surat ini ditulis, hari sabtunya akan ada simposium buku jalanan seluruh dunia. Ahad pagi pula ayah akan lari untuk larian obor sukan sea. Terpilih sebagai salah seorang pemegang obor.

Ayah sedang siapkan novel, baru 50% siap. Sedang rehat kumpul idea. Ayah ada cari kerja lain. Moga dapatlah.

Setakat ini dulu surat ayah.

Wassalam

Yang menulis

Ayah