Archive for the ‘surat kepada Badiuzzaman’ Category

image

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Kehadapan Badiuzzaman yang sudah dewasa.

Surat ini ditulis selepas beberapa hari warga bumi melihat planet Pluto. Planet yang dahulunya hanya dikatakan kecil. Sepi. Senyap. Tenteram. Kelam. Gelap dan malap. Kesejukan yang melampau sehingga…..sehingga hangat itu mustahil untuk dirasai. Kemudian mula projek terbang ke Pluto. Yang pasti bukan manusia. 100% robot yang dikirimkan. Selepas 9 tahun. Minggu lepas. Adalah kali pertama warga bumi bertemu mata bersama Pluto. Ini adalah peristiwa besar dalam tamadun manusia sejagat.

Selang beberapa hari. Muncul pula pertemuan sebuah planet baru yang seumpama bumi. Katanya cousin. Sepupu??? Putaran setahun adalah 385 hari. Mungkin astrologi adalah bidang paling menarik untuk diterokai?

Pada Ramadan lepas. Dua planet kelihatan dengan mata kasar. Zuhrah dan jupiter!

Apa2 pun terokailah angkasa nescaya Badiuzzaman akan lihat betapa kecilnya kita

Yang menulis
Ayahmu

Kuala Lumpur
Malaysia

Assalamualaikum,

Surat ini ditulis pada waktu umur ayah 29 tahun. Sedang menghitung waktu pada 100 tahun Malaya merdeka. Berapakah umur ayah, berapa pula umur anakku si kecil Badiuzzaman.

41 tahun. Itulah umur Muhammad Badiuzzaman. Ayah pula 71 tahun. Membayangkan dunia sudah punya mesin masa. Ayah sudah pun berkunjung ke rumah Badiuzzaman.

Jenguk2 ayah mencari Badiuzzaman. Tiada orang di rumah. Bahkan mencari diri ayah pada 2057 juga menjadi satu misi.

Ini surat pemula. Yang realiti Badiuzzaman semakin aktif. Bicara ma…ma….a…ba…dan menjerit nyaring. Pada saat ini, ibumu baru selesai menamatkan misi memasak pulut hitam teristimewa. Kamu pula sedang bermain dan tidak tidur. Melihat ayah menaip. Hihi.

Selamat malam keindahan zaman. Akan datang panjang2 ayah tulis

Wassalam.

Yang benar
Ayahmu perewa