Archive for the ‘16 surat dari Syaitan’ Category

Surat dari Haffaf

Posted: August 15, 2017 in 16 surat dari Syaitan

Wet Studio

Segala puji bagi Allah.

Hawa, ketika kau baca surat ini. Kita baru saja selesai mengambil gambar kau. Personaliti kau telah aku ubah. Agar lebih gah.

Meh sini aku perkenalkan kau dengan vice president pelajar luar negara. Bertudung budak nya. Kau cuba lihat, hahahah. Ini semua plastik. Memang dia hebat tapi kehidupannya di luar negara sangat hebat juga. Bukan setakat duduk sebumbung lagi, malah sekatil.

Eh kenapa aku cerita pada kau. Maaflah, mabuk sikit. Hahaha. Tapi kau jangan risau. Meh sini. Dengan gambar yang kau ada ni, kau akan takluk dunia. Ramai lelaki yang akan meleleh air liur tengok kau. Manusia bodoh yang terperangkap dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Mereka ingat dengan menonton video2 lucah itu, pelakon2 itu bodoh. Mereka semua punya tujuan tertentu. Yang lelaki sebagai penonton bodoh.

Aduh apa aku merepek ni. Hahaha. Kau mahu minum sama?

Yang sedang minum

Haffaf

Advertisements

Surat Dari A’awar

Posted: August 14, 2017 in 16 surat dari Syaitan

Jalan Istana Lama

Segala puji bagi Allah Sang Hyang Tunggal,

Surat ini aku tulis selepas Watin terbang jauh. Tahniah kau adalah satu2-nya manusia yang berjaya sampai ke sini. Aku agak sibuk sejak akhir2 ini. Aku sudah tahu kisah kau yang mahu bunuh diri. Dan kami semua merasakan untuk kau bunuh diri adalah satu kerugian buat kami.

Sebab itu kami semua pilih untuk bawa kau jumpa dengan kesemua kami. Aku A’awar, atau kau boleh panggil aku Pengurus Penguasa. Sebenarnya hal kau itu ada terkait dengan apa yang aku buat. Aku berjaya pujuk rayu pemimpin negara ini agar mereka terus memerah rakyat. Agar mereka kekal berkuasa dengan kaya rasa. Jika ada yang mahu melawan tangkap dan beri hukuman. Tapi mestilah dengan perancangan yang teliti bukan sebarangan. Kau antara yang menerima kesan ini. Tapi kau mahu ambil jalan mudah. Aku tidak setuju.

Kau boleh jadi wakil kami sebagai manusia hawa. Kau memang boleh bantu kami. Kau mempunyai sarjana universiti tempatan. Kau sebenarnya layak untuk masuk ke sektor awam. Kau juga boleh dapatkan jawatan tinggi.

Tapi aku sudah pegang semua tu. Jawab hawa.

Ada yang belum kau buat, ikut aku masuk studio. Sambil aku memakaikan hawa jubah lutsinar. Semuanya indah belaka. Fikiran hawa terbang ke udara. Ouh kita tunggu sorang kawan aku.

Dan surat ini aku tamatkan.

Yang menerjang

A’awar

Surat dari Watin

Posted: August 13, 2017 in 16 surat dari Syaitan

Apartment Angkasa PJ

Tingkat atas

Segala puji bagi Allah pencipta alam.

Ketika surat ini ditulis kau baru saja sampai bersama Zalitun. Dengan penuh kepapaan, Zalitun menyerahkan kau pada aku. Kau berdiri. Berjalan hingga hujung bangunan. Memanjat penghadang. Dan kau mahu bunuh diri.

Aku menahan dengan memegang bahu kau.

Sabar dulu wahai manusia. Kau memandang aku. Kau menyalahkan Tuhan atas segala yang terjadi. Kau sudah tidak punya apa2 lagi. Tuhan telah merampas segalanya. Apa erti hidup di dunia

Aku memegang dagu kau dan merenung tajam ke dalam mata. Dengan ekor aku yang panjang. Sangat panjang, meng-elus2 kepala kau.

Hawa, kau tidak takut dengan aku?

Aku bertanya. Dan hawa hanya mengelengkan kepala. Aku memberikan cadangan agar tidak perlu hawa terjun bangunan. Aku telah menetap di neraka ini lebih ratusan ribu tahun. Pelbagai manusia aku temui, pelbagai sebab untuk mereka bunuh diri telah aku perhati. Dari hutan Aokigahara hingga ke Air Terjun Niagara. Aku jumpa pelbagai. Dan kau hawa, niat kau terlalu lemah. Kau perlu mempunyai sebab yang kuat untuk mati agar kau jalan bukak dada dalam neraka nanti. Ini, kalau niat kau bunuh diri sebab alahai lemahnya. Baik kau simpan saja niat tu. Biar aku tunjukkan kau satu tempat yang mungkin sesuai untuk orang seperti kau.

Dan hawa pun naik di belakang badanku tanpa banyak bicara. Kami pun mula terjun dengan kelajuan yang tinggi.

Yang menderita

Watin

Surat Dari Zalitun

Posted: August 12, 2017 in 16 surat dari Syaitan

Suatu tempat di antara lubang neraka nan gelap

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Kehadapan manusia yang membaca surat ini. Surat ini aku tulis selepas aku bertemu dengan hawa. Hawa yang ditinggalkan suaminya. Dengan harta warisan lebih 4 juta. Aku muncul dihadapannya. Hawa tidak terkejut kerana keadaannya sangat rapuh. Bertanya aku mahu apa. Aku tidak menjawab, hanya memapah hawa ke bilik air, mandikannya, salin pakaian, suapkan makanan. Hawa ikut saja apa yang aku arahkan.

Selepas segalanya selesai hawa baru bertanya, aku siapa. Aku adalah Zalitun, syaitan yang menjaga hal ehwal kewangan. Dan kini aku mahu hawa bangkit dari kelesuan. Jangan putus asa. Duit masih banyak untuk dibelanjakan. Lupakan hal kematian. Hawa membuka laptop, login maybank2u, hantar semua duitnya ke e-zakat.

Aku pening kepala, tapi cuba menahan. Aku menyentuh bahu hawa, dan mengatakan.

Kau telah lakukan tindakan yang tepat. Kini kau papa kedana di dunia. Ikutlah aku ke neraka dunia. Hawa memegang tangan aku dan kami pun terbang bersama.

Yang menaip

Zalitun