Archive for the ‘#SuratUntukNajib’ Category

Surat kepada Najib 3

 

 

Bangsar

Kuala Lumpur.

 

Ketika surat ini ditulis, Pak Sapardi baru saja selesai berbicara dan disambut dengan bacaan bahasa Inggeris. Aku tidak sangka aku bertemu dengan seseorang yang pernah meninggalkan nombor telefonnya di tapak tanganku.

 

Imbas kembali.

 

Dalam satu acara di sebuah rumah, seorang perempuan sambil memperkenalkan diri ditanya oleh seorang lelaki untuk mengetahui nombor telefonnya. Perempuan itu nyata memberikan nombor telefon di telapak tangan lelaki itu.

Habis imbas kembali.

 

Selepas 20 tahun berlalu. Kau tahu apa yang berlaku najib. Perempuan itu masih belum berkahwin dan ingin mencari peneman hidup, namun lelaki itu sudah pun tua ingin menikmati keindahan segala. Iye, dan lelaki itu sudah pun mempunyai anak lima atau tiga? Entah. Tidak sempat kira.

 

Mohon kau doakan perempuan itu berjaya menemui apa yang dihajati ye najib. Sebab kata orang doa orang yang dizalimi itu makbul. Maka berdoalah.

 

 

 

Yang menulis daripada cerita orang lain

Perewa

 

 

 

 

Advertisements

Surat Untuk Ajib

Posted: November 11, 2016 in #SuratUntukNajib

Kampung Baru

Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum,

 

Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga kita semua yang sedang membaca berada dalam rahmatNya. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar Nabi Muhammad.

 

Apa khabar saudara Ajib?

 

Saya doakan saudara sihat sejahtera, masih ingat kenangan kita sewaktu acara ‘speaker corner’ dalam UiTM Shah Alam di Dataran Cendekia? Waktu itu kau berbicara perihal kehijauan alam yang perlu dijaga. Dan aku membacakan sajak bertajuk SUARA.

 

Malam itu sungguh dingin, malangnya pada malam itu tiada sambutan untuk acara ‘speaker corner’. Mungkin kelesuan pelajar di petang Jumaat? Mungkin juga tiada yang berminat dengan aktiviti ini. Entah. Bagaimana keadaan kau sekarang Ajib? Dengar kata kau sudah masuk politik. Sebentar, kenapa aku tidak bertanyakan terus kepada kau di FB Chat ye?

 

Ouh! Lupa!

 

Aku sudah diblock oleh kau.

 

Kesian aku.

 

Wassalam

 

 

Yang menulis surat

Perewa