Archive for the ‘Jalanan’ Category

Koperasi

Posted: August 20, 2017 in Jalanan

Jalan Panggung

Kuala Lumpur

Penentuan hidup adalah satu kos lepas. Pada hari ini aku hadir dalam mesyuarat pertama Koperasi Budaya Selangor. Ianya ditubuhkan untuk pekerja seni. Pekerja seni? Apa maksud pekerja seni? Mereka yang menggunakan seni untuk mencari mata pencarian. Tapi aku bukan begitu. Mungkin kena ubah jadi pengamal seni. Secara tidak langsung mereka yang bukan bekerja menggunakan bakat seni juga terkait sekali.

Badiuzzaman, anak sulung aku dari malam semalam muntah. Masuk 11 kali kiraan sehingga ke saat tulisan ini ditulis. Kalau ikutkan hati. Aku tidak hadir ke mesyuarat itu. Tapi demi menyokong rakan2 aku yang begitu berusaha sehingga ke tahap itu. Aku hadir kan diri.

(Tulisan dihentikan pada jam 5:06petang)

(Tulisan disambung semula pada jam 8:14malam)

Sambil menunggu burger siap aku sambung tulis. Itulah, sebelum aku datang ke mesyuarat tadi pun Badiuzzaman ada muntah. Dan ini waktu 7 petang tadi dia last muntah. Kalau berlarutan, aku rasa mungkin denggi bukan keracunan makanan. Entah, mungkin kena cek darah dulu.

Hmmm…selepas kahwin, aktiviti untuk berseni agak terhad. Tapi ia tidak menjadi masalah pada aku kerana, isteri, keluarga aku, mak dan ayah memahami. Cuma aku seboleh mungkin elakkan ia bertembung. Senantiasa ada perkara perlu dikorbankan. Hidup ini memang banyak pilihan, dan kita terpaksa korbankan pilihan lain untuk pilihan yang telah kita pilih. Aku doakan koperasi budaya kelak akan hidup 100 tahun lamanya.

Advertisements