Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Kampung Baru

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hidup bagaikan sungai mengalir. Mengalir dan terus mengalir hingga sampai masa kering jua. Surat ini ditujukan buat anda berdua yang menjadi insan terakhir bercinta di bumi ini. Sebelum berlakunya kiamat, apa perasaan anda? Bumi sedang sengsara tapi anda masih mampu merasa bahagia.

Saya terfikir waktu bawa motor menuju bangunan tabung haji di jalan tun razak, sambil bertemankan lagu cat steven yang tajuknya saya tidak tahu kerana bukan lagu yang biasa saya dengar. Adam dan hawa kisah cinta pertama, dan anda adalah kisah terakhir. Saya tidak pasti bagaimana kalian mampu bertahan.

Mungkin atas bencana alam yang pernah berlaku seperti gempa bumi, banjir, tsunami maka saya bayangkan. Anda tidak hidup dalam resah gelisah, hanya kekuatan cinta sebagai bekalan meneruskan hari terakhir di dunia. Mungkin anda tidak tahu bahasa Melayu. Mungkin surat ini tidak sampai pada anda. Mungkin masa depan tiada internet. Ada yang lebih advance, al kisahnya lima enam ratus atau alaf baru. Seperti zaman ini, mana kita dapat baca tulisan zaman kesultanan melayu Melaka. Begitulah.

Saya doakan cinta anda kekal sampai bila2, meskipun bumi terbelah dua. Percintaan dalam perjuangan.

Wassalam.

Yang benar,

Perewa

Advertisements

Sebuah kebun durian yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Seorang insan yang ditakdirkan Tuhan mempunyai jantina wanita. Gusar akan diri tiada rupa. Hanya durian peneman hari. Ulang alik masih tiada rupa. Diri hanyalah kepulan asap yang terapung di udara.

Muzik mula dimainkan di tengah kebun, beberapa biji durian mula berkumpul dan bertepuk tangan. Makin lama makin ramai dan meriah. Dua biji durian mempelawa insan yang mempunyai jantina wanita. Kata mereka usah sedih, sampai masa akan terbentuk jua.

Lama insan ini menunggu, seratus tahun, seribu tahun, sejuta tahun. Kuala Lumpur telah berubah meskipun sejuta tahun lamanya, nama berubah. Di ingatan insan, ia masih Kuala Lumpur.

Hinggalah saat waktu langit tidak berwarna, telus dan jelas cahaya matahari. Tepat menyentuh insan yang tiada rupa, terserlah segala bentuk hasil gabungan kaca dan pasir. Kaca yang membawa cerita, pasir pula pembawa berita. Dengan penuh kepayahan insan ini mula memeluk diri. Menyentuh diri sendiri. Berada dalam ke awang-awangan. Lalu hilang ditiup angin akhir November sejuta tahun dari sekarang bersama durian yang mampu hidup jutaan tahun.

446 merdeka

Posted: August 31, 2017 in Uncategorized

1511-1957=456 tahun dijajah

1957+456=2413 tahun kita melepasi tempoh yang dijajah.

Bagaimana Malaysia dan kita sendiri pada tahun 2413?

Umur saya pada tahun 2413 adalah 427. Jika diberi umur yang panjang. Kemungkinan anak muda yang pada tahun itu adalah umur 21 tahun lahir pada tahun 2392.

Anggaplah satu generasi umur 50 tahun

Generasi 2. Anak saya yang sulung 3 tahun 2017. Jadi 53. Tahun 2060

Generasi 3. Anaknya yakni cucu saya 50 tahun. Tahun 2110

Generasi 4. Anaknya yakni cicit saya 50 tahun. Tahun 2160 Generasi 5. Anaknya yakni piut saya 50 tahun. Tahun 2210 Generasi 6. Anaknya yakni piat saya 50 tahun. Tahun 2260 Generasi 7. Anaknya yakni miat saya 50 tahun. Tahun 2310

Generasi 8. Anaknya yakni oneng-oneng saya. 50 tahun. Tahun 2360

Generasi 9. Anaknya yakni xxxxxx saya. 50 tahun. Tahun 2410. 2413 umurnya 53.

Generasi 10. Anaknya yyyyyyy saya.

Generasi ke 9 saya yang akan temui kemerdekaan yang disambut sama tahun dengan tahun yang pernah kita jajah.

Aku masih ingat lagi, beberapa tahu lepas aku ada temubual sorang budak. Aku kenal macam mana budak ini aku sudah lupa. Ini hanyalah sekadar memori yang tinggal. Budak ini duduk di asrama. Dan aku jumpa dia waktu dia ada kelas. Aku ada tanya dia, siapa idola dia. Aku dah lupa budak ni jawab apa. Tapi antara dua jawapan ni la. Budak ni jawab,

Gabriel Omar Batistuta/Pablo Aimar.

Aku tahu, kerana nama yang disebut ini adalah nama hebat dalam dunia bola sepak. Sorang penyerang, sorang lagi pemain tengah. Bagi aku okeylah. Tapi ada persoalan yang bermain dalam fikiran aku waktu itu. Dan aku tanya dekat dia.

Kenapa bukan mak atau ayah atau Nabi Muhammad?

Iye perihal Nabi tu mungkin sudah agak biasa. Dan budak tu jawab.

Mestilah semua orang pilih Nabi, tapi Nabi bukan saja idola. Dia lebih dari tu. Dan sebab tu aku saya pilih lain. Kenapa bukan mak dan ayah saya sebab…mungkin sebab tiada apa yang mereka buat, yang buatkan saya bangga. Sama macam apa yang saya buat. Tiada apa yang membanggakan mereka. Kami hanya hidup dalam dunia yang biasa.

Saya pun angguk dan tutup buku.

Kehidupan-Perjuangan

Posted: August 7, 2017 in Uncategorized

Kalau kehidupan itu satu perjuangan,

Maka,

Hanyut dalam kehidupan juga adalah hanyut dalam perjuangan.

🚣🌊🌊🌊🌊

Kampung Baru

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Semoga kita dilindungi hasutan syaitan serta kesegaran nafsu. Diselamatkan dari syurga dan dijauhkan dari azab neraka.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, penutup segala nabi dan rasul. Syafaat baginda buat kita semua. InsyaAllah.

Kehadapan anak ayah yang ketiga,

Ketika surat ini ditulis, ayah dan ibu belum tahu lagi adakah anak perempuan atau anak lelaki. Tapi dari gaya ibu yang mengandung, anak perempuan. Sebenarnya kami tidak ada masalah anak laki atau perempuan.

Sewaktu surat ini ditulis, hari sabtunya akan ada simposium buku jalanan seluruh dunia. Ahad pagi pula ayah akan lari untuk larian obor sukan sea. Terpilih sebagai salah seorang pemegang obor.

Ayah sedang siapkan novel, baru 50% siap. Sedang rehat kumpul idea. Ayah ada cari kerja lain. Moga dapatlah.

Setakat ini dulu surat ayah.

Wassalam

Yang menulis

Ayah

Kisah pemimpi melawan syaitan

Posted: February 27, 2017 in Uncategorized

Kisah pemimpi melawan syaitan

Kisah ini pernah diceritakan oleh Perewa kepada Anaknya yang dikasihi Badiuzzaman dan Aysyah Wafiyyah. Kisah ini adalah kisah benar ketika mana Perewa telah tidur dalam tempoh yang agak lama. Perlu diingat tempoh agak lama itu hanyalah dalam dunia mimpi, akan tetapi tapi dalam dunia sebenar hanyalah dari jam 12 malam selepas menonton Maharaja Lawak Mega 2017 hingga sebelum waktu subuh 6 pagi.

……

Di waktu bunyi bingit dari lori besar bawa pasir menuju ke arah lampu isyarat, Perewa yang tersedar dari tidurnya mula terpinga-pinga. Beliau yakin bahawa ini adalah mimpi. Tapi kawasan ini, tempat ini, pernah beliau lawati. Ketika langit mulai gelap, Perewa menuju ke sebuah kedai buku. Kosong, tiada pelanggan. Hanya penjual buku yang sudah tua, renta. Bagaimana beliau tahu wujudnya kedai buku? tidak pasti, Perewa hanya follow the flow mimpinya.

Hitam, rambut yang panjang dan hitam. Mempunyai dua tanduk di kepala. Pada awalnya perewa merasa janggal. Tapi dunia mimpi, semua benda boleh saja ada. Ouh tidak lupa, mempunyai ekor. Perewa tanya nama siapa. Jawabnya,

‘ aku syaitan, orang panggil tok tan’

Berderau darah, bulu roma mulai meremang ditengkuknya. Bagaimana boleh mimpi bertemu syaitan! Tidak basuh kaki ke tidur tadi? Biasanya mimpi yang indah2 saja. Seperti dapat pergi ke angkasa lepas tanpa memakai pakaian angkasawan sambil bersalaman dengan makhluk asing, menjadi perdana menteri sebuah negara dan bunuh bekas perdana menteri dengan mudah, berenang dalam lautan donut bersalut nutella, dan macam2 lagi hal la.

‘aku tahu, kau mahu hidup lama. Wahai manusia, jika kau mahu hidup lama aku boleh berikan. Tapi dengan syarat, kau mesti ikut aku dan tinggalkan kepercayaanmu.’

‘berapa lama kau mahu wahai manusia?’

Tok tan bertanya lagi, Perewa yang memang niat awal mahu mem-belek2 buku di kedai ini telah beralih arah. Duduk mengadap tok tan.

‘entah, hmmm boleh la kot hidup lama. Biasa berapa lama ye orang boleh hidup? Dan mungkin boleh gandakan’

Jawab perewa, acuh tidak acuh. Kerana lebih memikirkan buku di dalam kedai tok tan. Iyelah, rare kot. Tok tan jual buku.

‘pada zaman kau ini, biasanya 60-80 tahun. Anggaplah 80. Dan aku gandakan jadi 160 tahun. Mahu?’

Perewa mula berfikir, merenung jauh ke luar kedai. Masih tetap tegak duduk di hadapan tok tan. Beliau berkira-kira, kita tidak tahu berapa umur kita akan mati. Secara zahirnya okeylah anggap 80 tahun mampu hidup. Dan bagaimana pula kita tahu itu pemberian tok tan, mana tahu itu adalah pemberian tuhan. Dan bagaimana pula dia boleh biarkan aku hidup 160 tahun, mungkin itu juga pemberian tuhan.

‘buktikan yang kau tahu berapa umur aku akan mati, dan jika kau tahu aku akan ikut kau’

‘mudah saja, kau akan mati pada umur 58 tahun’

‘bagaimana kau tahu? Apa buktinya’

Tok tan berdiri, dengan tubuhnya serta merta menjadi besar. Semua buku di dalam kedai bertukar menjadi api yang me-nyala2. Belum sempat tok tan bersuara…

Alhamdulillahirabbilalamin….

Bunyi orang mengaji di surau berdekatan.