Archive for the ‘sajak Ramadhan’ Category

Minggu pertama berjumpa Nurul Rahmah,
Katanya Majnun akan mula beruzlah
Tapi untuk minggu pertama si Majnun masih bersama Laila
Kerana tidak sanggup melepaskan kekasih hati
Bulan berpakat dengan diri, katanya malam ini Majnun ada temujanji
Majnun sudah dapat rentak untuk dinikmati
Semoga Laila redha kekasihnya begini
 
Minggu kedua berjumpa Nur Maghfirah,
Majnun mahu mula berpisah
Tapi untuk minggu kedua Majnun cuba bertegas
Meskipun dengan bantuan bulan, cahaya Laila tidak mampu dilawan
Majnun meminta bantuan awan
Agar melembutkan hati sang rupawan
Meskipun sayangku Laila kata abang Majnun sembang sebenarnya
 
Minggu ketiga akhirnya ditemui,
Majnun rupanya tidak menyedari
Tidak sedarkan diri
Yang dicari
Adalah diri
Sudah lama dipesan Laila
Belajarlah dunia ini hanya sementara
Yang disayang akan melayang dan tinggal kenangan
Dan Laila memunculkan diri tepat pada malam yang dinanti setiap insan
Tapi hanya untuk si majnun seorang.
Yang ibadahnya menyamai seribu bulan.