Archive for the ‘surat kepada Wafiyyah’ Category

Bumi

28 Februari 2018.

Kehadapan Wafiyyah yang dikasihi,

 

Assalamualaikum dan semoga berada dalam rahmatNya. Surat ini ditulis tergesa-gesa selepas menonton filem Interstellar kali kedua. Kali pertama ditonton pada 2014, kali kedua ditonton pada hari ini.

Agak terkesan selepas tonton filem ini kali kedua, kerana ayah sudah punya tiga orang anak. Tidak pasti masa depan yang bagaimana anak ayah akan hadapi. Ayah tetap akan sokong sepenuh hati, tidak berbelah bahagi. Surat ini sekadar melontarkan persoalan bagaimana ayah sendiri yang menjadi watak utama dalam filem ini. Mungkin tiada latar belakang fizik, mungkin dengan keberanian untuk cuba sesuatu yang baru maka ayah terima tawaran untuk mengembara angkasa lepas yang belum pernah diteroka. Begitulah hidup ini, kita jangan takut dengan apa yang kita tidak tahu. Cuba faham dan hadam. Bayangkan ketika ayah pergi waktu itu umur Wafiyyah baru dua tahun. Baru Ahad lepas buat majlis makan2 sambutan hari kelahiran. Terbaik. Paling power roti jala coklat. Sedap yang amat, nenek yang tempah dari rakannya. Umur ayah sekarang 32 tahun. Dan kalau diikutkan tambahan dalam filem Interstellar itu, perlu tambahan umur 96 tahun untuk jadikan umur ayah sebaya watak yakni 128. Tapi umur ayah hanya meningkat dalam dimensi bumi lima ke enam tahun. Waktu itu umur Wafiyyah adalah 98 tahun. Dan ketika kita berjumpa semula. Ayah akan jaga Wafiyyah.

Ayah terfikir, masa umur dua tahun ayah pun jaga Wafiyyah. Kemudian 98 tahun ayah pun akan jaga Wafiyyah. Dan jika ditambah dua tahun lagi umur Wafiyyah 100. Adakah masih ada lagi kita semua di dunia. Dunia waktu itu umurnya 2118.

Sekian.

 

Salam dari masa lampau.

Perewa.IMG_20180225_203918.jpg

Advertisements

Surat kepada angin ~

Posted: November 21, 2016 in surat kepada Wafiyyah

Kampung baru

Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Aysyah,

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Pemberi Balasan. Tuhan yang Maha Berjenaka.

 

Keadaan waktu surat ini ditulis sangat getir, semua orang sedang cuba menyelamatkan diri dalam kemelut. Kemelut yang dihadapi individu, kemudian keluarga, kemudian lorong2 kecil, kemudian taman, kemudian pekan kecil, kemudian bandar, kemudian bandaraya dan bandar besar. Dan akhirnya negara.

 

Kemelut ekonomi yang betul2 mencengkam jiwa. Kepala sangat pening memikirkan dari hari kehari nak makan apa. Aduh susah betul. Tapi ayah ada baca bila kita hadapi masalah begini, beritahu kepada masalah.

 

‘wahai masalah, meskipun kau besar, ketahuilah Tuhan aku lagi besar’

 

Ouh ayah ada dengar juga jenaka Juha. Wahai saudara2ku, sebenarnya aku lebih kaya dari Tuhan. Semua pandang pelik dan mengatakan Juha ini gila. Juha menjawab, aku kaya kerana mempunyai anak2. Tuhan miskin tiada anak.

 

Maka anak ayah yang sedang baca surat ini. Ayah rasa mungkin sudah besar. Entah jumpa atau tidak surat ayah. Ini. Hmmmm tidak tahu bagaimana, resume cari kerja dulu ayah pernah hantar lebih 500 kepada syarikat2. Yang dipanggil hanya 30 syarikat, yang diterima kerja hanyalah 6 sahaja. Haha. Itulah rezeki masing2. Mungkin ditakdirkan ayah ini tidak mampu kalau cari kerja cara begitu. Mungkin kalau kerja2 yang sederhana, mungkin boleh.

 

Aha semalam ada kawan ayah kata di ASWARA biasanya pensyarahnya adalah kontrak/sambilan. Mungkin ayah boleh cuba. Ayah nak bina Akademi APPI. Tapi tidak dapat sokongan keluarga. Aysyah macam mana? Hidup ini kena main dengan risiko. Tapi yelah, semua orang tidak berani ambil risiko. Tidak apa lah, walaupun dengan tulis surat ini ayah tidak boleh capai apa2. Paling kurang adalah orang baca.

 

Wassalam.

 

 

 

 

Yang hampir tewas sedikit lagi

Perewa

Rambut Aysyah

Posted: September 5, 2016 in surat kepada Wafiyyah

Semasa Aysyah masih kecil, masih sangat kecil. Masih belum kenal apa itu impian. Aysyah mempunyai rambut yang sangat halus. Iyelah, apa lagi yang ada pada kepala bayi kecil jika bukan anak rambut? Anak rambut ini mengeluarkan bau yang sangat harum. Setiap orang yang menghampiri Aysyah pasti akan menghela nafas dek bau rambut Aysyah yang harum. Kata orang bau ini dari syurga, tapi ayahnya kata tidak. Kata ayah ini adalah bau romantik. Ayah, ayah seorang yang suka membaca. Sebelum Aysyah ada lagi ayah sudah ada almari buku dan buku-buku yang banyak. Dari bacaan ayahlah, ayah menolak bau rambut Aysyah itu datangnya dari syurga.

Ketika Aysyah sedang makan, datang 18 pari-pari kecil yang diketuai oleh ketua yang menaiki kuda unikorn berwarna merah jambu. Aysyah tidak pasti suka atau tidak warna ini. Ketua pari-pari kecil ini datang membawa helaian-helaian rambut yang bakal tumbuh di kepala Aysyah. Setiap malam pari-pari ini bekerja keras, bertungkus lumus meletakkan anak-anak rambut ini di kepala Aysyah. Mereka tidak pernah bersuara, tapi rasanya mereka ini dari syurga. Tapi ayah tidak percaya.

Hmmm……Bagaimana cara mahu membuatkan Ayah percaya bau rambut Aysyah dari syurga? Ada siapa-siapa yang sedang baca boleh beritahu Aysyah caranya?

Surat pertama

Posted: June 24, 2016 in surat kepada Wafiyyah

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

24 Jun 2016

 

Assalamualaikum,

Kehadapan Nur Aysyah Wafiyyah,

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala pujian dan kesyukuran kepadaNya. Tuhan yang menyimpan masa lalu, yang menggerakkan masa kini dan yang Maha Mengetahui masa depan. Selawat ke atas Rasulullah, penutup segala nabi. Semua kita yang sedang membaca surat ini bakal beroleh syafaat daripada baginda.

Surat ringkas ini mahu beritahu dua hari lepas Aysyah berjaya pusingkan badan untuk meniarap. Hihi! Dan seperti biasa Abang Badiuzzaman suka hempap Aysyah. Abang nak main dengan Aysyah, tapi tak tahu cara main. Okey kalau rajin lagi Ayah hantar surat lagi. Sekarang tengah siapkan disertasi. Nanti kalau Aysyah dah besar dan jadi pengajar, tidak kisahlah cikgu atau professor atau tutor jangan susahkan anak murid ye. Mudahkan mereka dalam tuntut ilmu. Hmmmmm jenuh nak ikut cara pensyarah ayah ni.

Okey itu saja.

 

Wassalam.

 

Yang sudah menjadi ayah

Perewa