Kampung Lembah Melewar
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasihnya. Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar Nabi Muhammad.
Salam buat diriku di masa depan. Bagaimana keadaan kau sekarang? Untuk pengetahuan kau, hari ini baru saja kau dua bulan kerja dalam Astro sebagai Dealer. Atau kata mudahnya jurujual dekoder Astro. Alhamdulillah seronok kerana dapat belajar banyak perkara. Dan pelbagai kelebihan. Gaji basic Okey lah atas 2k, komisen lain bonus lain. Dapat kenal team sales lain. Kau masuk team sales ini, ramai pula orang datang dekat untuk ajak kau buat sales, baik Coway, Hartanah dan personal Loan bank.
Paling terbaik kerja ini adalah masa fleksibel, janji ada sales. Dan kenal ramai orang. Untuk pengetahuan kau juga, Buku Jalanan Titi mungkin menuju penghujung. Sebab rakan2 semua tidak mampu beri komitmen. Sedih tu ada sebab hari2 lalu tasik. Mungkin waktu kau baca surat ini, kau masih lalu di Tasik Titiwangsa.
Ouh lupa, semalam. Semalam kau buat sales di CIMB Gombak, makan tengah hari bekal dari rumah. Tumpang makan di lori air Katira. Sedap air dia. Torbaikkkkk. Dan kau juga sudah berani buat di pasar tani juga pasar pagi. Semoga impian untuk bersara awal dan buka kedai 🍞 roti special akan berjaya.
Ayah, rindunya kat ayah. Waktu ayah hidup di hari2 akhir rindu nak borak dengan ayah. Waktu ayah tiada bertambah lagi nak borak dengan ayah. Atas kerinduan ini, mesti lakukan perbuatan yang ayah suruh. Niat kerana Allah dan ilmu yang ayah sampaikan.
Semoga roh Ayah dicucuri rahmat.
Ayah, Hafiz nak ayah nampak Hafiz berjaya. Waktu sekolah menengah dulu, Hafiz ingat lagi SPM ke PMR? Ayah sanggup sewa rumah di Kelantan untuk bagi semangat. Dan hafiz cakap nak beli rumah besar2 untuk ayah. Tapi tak kesampaian. Hafiz mampu tolong ayah di kedai saja. Selama 2012 hingga 2018. Ya Allah syahdu rasa hati. Hafiz 6 tahun bersama ayah. Sejak ayah jatuh sakit. Kena serangan strok. 6 tahun rakan2 hafiz semua gaji sudah 3 ribu ke atas. Tapi Hafiz tetap bersama ayah. Sehingga satu masa waktu hujung2. Kedai nak tutup, ayah tekad nak tutup sebab kerugian dan orang kurang beli. Mula cari kerja pada umur 30. Sukar memang sukar. Dan ada terdetik hati rasa rugi tolong ayah 6 tahun. Betapa bodohnya diri ini. Ayah Hafiz tak rasa rugi. Maaf atas sikap Hafiz yang agak kasar selama dengan ayah. Hafiz penuh kelemahan. Hafiz doakan ayah bahagia di alam sana.
Sambil menitis air mata tulis surat ini. Semoga diberi kekuatan. Ameen.
Wassalam
Yang menulis ke masa depan.
Perewa aka Hafiz