Archive for the ‘#21harimaintulisankreatif’ Category

Surat Dari Langit

Posted: February 17, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Akademi Angkasawan Kebangsaan
Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Assalamualaikum Ibu,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang mencipta dua insan dengan penuh sifat Rahman dan Rahim. Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad, penghulu segala nabi.

Maaf ibu, kita terikut gaya tulisan ayah. Kata ayah, tulis begini melihatkan penulisnya itu seorang yang mempunyai niat yang tulus dalam berbicara. Ibu sihat?

Ketika surat ini ditulis, kita baru saja selesai ujian terakhir. Tidak tahu kenapa kita tidak hubungi saja ibu dan beritahu. Mungkin anak ibu ini terlalu rajin untuk menulis barangkali.

Ibu tahu hanya kita seorang saja perempuan yang tinggal dalam ujian akhir ini. Susah tak susah tu usah kata ibu. Bayangkan dari beratus memohon. Kita terpilih dan kini antara 5 yang terakhir. Kita yakin ibu akan simpan segala berita di akhbar tentang kita. Kita yang suruh ibu buat begitu. Hehe.

Ibu waktu baca surat kita ini menangis tak? Hihi. Apalah ibu, baca surat pun menangis. Kata ibu waktu kecil dulu, ayah dah boleh agak kita ni bila besar pasti garang. Garang dari abang cerita ibu tentang waktu lalu. Yelah muka serius je kata ayah pada ibu. Takdelah ibu, kita mana garang. Kita buat2 saja garang supaya orang tak buli kita. Terutama abang tu. Abang selalu buli kita. Ada suruh kita kemaskan mainannya. Waktu kecil dulu kita masih ingat. Kelakar betul. Abang nak jadi ketua memasak masa kita main masak2. Eee dasar diktator betul. Hehe. Sori bang. Mengumpat kat ibu.

Ibu, kita nak tanya. Walaupun sudah lama kita tak tanya. Ayah mana ibu? Kita nak sangat tahu. Kalau boleh kita nak tahu sebelum kita berada di angkasa lepas. Kita namakan surat ini dengan surat dari langit, agar bila kita di angkasa lepas kelak. Ibu rindu. Ibu bacalah surat ini ye.

Salam peluk, kasih dan sayang buat ibu.

Yang berjiwa besi
Anakmu Ayşe (Aysyah)

Advertisements

Lampu terpadam

Posted: February 13, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Panas betul malam ini. Sekumpulan pekerja kilang sedang berehat di hadapan rumah sewa mereka. Mereka menunggu rakan pulang untuk pertukaran syif. Sedang menunggu, ada bau yang entah wangi entah tidak. Salah seorang dari mereka menyalakan rokok. Belum sempat api dinyalakan, tiga sosok tubuh menghampiri mereka. Ouh rakan mereka rupanya. Tiada apa2. Api dinyalakan semula tanda tiada apa2 yang berlaku.

Bau aneh itu semakin kuat. Mereka perlu bersiap untuk pertukaran syif. Guruh mula berdentum. Serta merta kilat meluncur laju. Aduh hari mahu hujan pula, kata salah seorang pekerja. Sekali lagi guruh berdentum, serentak bekalan elektrik terputus. Jam 2 pagi. Sekumpulan pekerja kilang yang menanti tiga rakan mereka pulang itu, terus saja beransur pergi tanpa melengahkan masa. Tiga orang pekerja saling pandang antara satu sama lain. Dua orang mengantuk teruk, masuk saja di rumah sewa mereka yang gelap dek putusnya bekalan elektrik itu terus baring. Tidur.

Kini tinggal seorang saja yang belum melelapkan mata. Sedang meraba-raba dalam kegelapan. Mencari makanan untuk santapan malam. Jumpa buah dalam peti sejuk. Masih sejuk. Diambil sambil memegang buku. Oh lupa tiada lampu bagaimana mahu baca buku. Hmmmm. Sambil baring sambil kunyah buah. Bermain dengan telefon, membaca blog tulisan rakannya fat. Apa entri terbarunya. Kerana sejak akhir2 ini rajin pula si fat tu tulis blog. Kan bagus kalau si fat tu teman aku malam ni. Borak2 pasal hal2 lepas.

Sedang lelaki ini mengelamun. Bau yang aneh tadi semakin kuat. Menyengat hingga tidak mampu ditahan. Lelaki ini yang sebenarnya sudah terlalu mengantuk. Tertidur di meja makan.

……

Di kilang bising. Bising yang luar biasa. Semua mengerumuni sekumpulan pekerja kilang yang baru datang. Mereka bertanya tentang tiga rakan mereka. Adakah mereka jumpa waktu pulang tadi. Adakah mereka tahu apa yang telah terjadi. Sebab kata mereka. Van pekerja yang bawa mereka telah terhumban ke dalam gaung.

Teknologi dan seni

Posted: February 10, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Teknologi dan seni

Hahaha. Ramadhan tergelak membaca tajuk pertandingan syarahan yang diberikan oleh guru bahasa melayu.

Ramadhan pulang ke rumah sambil cuba merangka kata. Kata disusun sebaik mungkin. Hari pertandingan adalah minggu hadapan. Ramadhan perlukan ketenangan agar beroleh ilham yang mantap. Ilham yang bukan diperoleh dengan satu malam. Namun semakin lama Ramadhan menulis semakin menghilang ilham yang hadir.

Teknologi dan seni
Teknologi dan seni
Teknologi dan seni

Ramadhan membuang kertas yang diconteng.

Ayah Ramadhan adalah penjual kipas dan aircond. Satu bilik khusus untuk air cond lama. Setiap kali kipas rosak atau menunggu untuk dibaiki, kipas akan diletakkan di bilik stor. Ramadhan tidak pernah membantu. Kecuali pada malam itu. Malam ilham hilang ke mana. Ramadhan terdengar suara riuh, sungguh riuh dibilik stor. Merasa bosan malam itu, tanpa syak wasangka apa yang bakal diterima. Pintu bilik stor dibuka.

Tepat. Tepat waktu itu bilah kipas melayang ke leher Ramadhan. Dunia semakin gelap. Ramadhan melihat berpuluh kipas sedang mengerumuninya. Di akhir nafas, Ramadhan merelakan segalanya. Berpuluh2 bilah kipas membelah tubuh Ramadhan.

Satu suara kecil menjerit nyaring.

“Revolusi! “

Darah

Posted: February 9, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Kita rakyat Malaysia akan membentuk Malaysia Baru.
Dirgahayu Malaysia Baru!
Dirgahayu Malaysia Baru!

Begitulah ucapan akhir dari Komrad Rahman. Ketua penentang anti imperialis.

“IMPERIALIS BANGSAT!!!”

Poster besar di pejabatnya. Ucapan itu adalah ucapan akhir sebelum serangan besar2-an yang akan dilakukan oleh puak penentang. Semua mereka diketuai oleh seorang jeneral berwibawa. Enam orang kesemuanya. Komrad Razak akan lancarkan serangan di Singapura. Komrad Hussin akan lancarkan serangan di Thailand. Komrad Mahathir akan serang Indonesia. Komrad Abdullah akan serang Filipina. Dan yang terakhir Komrad Najib akan bersama Komrad Rahman terbang ke London dalam misi yang lebih besar.

Seluruh negara bersiap siaga menanti arahan. Negara Malaysia telah berubah secara total menjadi negara melawan. Serang ke negara jiran adalah bentuk baru dalam perjuangan. Bukan penjajahan.

“Dirgahayu Malaysia Baru!” Jerit seorang remaja di tengah kota Kuala Lumpur.

Di Malaysia sendiri, saki baki imperialis semua dihumban, dipenggal dan dibakar. Kerana menyembelih penjajah adalah satu ibadah. Setiap keluarga ada pejuang. Satu keluarga satu pejuang, itu slogan lima tahun lepas oleh Komrad Rahman ketika merampas kuasa dalam peristiwa pengepungan Parlimen dan Istana negara selama 13 hari. Pemerintah baru dari Komrad Rahman menunaikan janji bahan ruji diberi percuma secara catu. Rakyat yang bernafsu lebih terbang ke negara asing. Kata mereka Malaysia telah mati.

Detik jam bergerak. Menuju waktu serang besar-besaran. Tidak semena-mena. Ada cahaya dari tengah titik Semenanjung Malaysia. Satu daerah dalam Pahang. Bunyi dentuman yang menyakitkan. Dijatuhkan oleh kapal perang sekutu imperialis. Kapal perang yang tidak berjaya dipintas oleh angkatan udara Malaysia baru. Dan itulah bunyi bom atom yang menggegarkan Hiroshima serta Nagasaki   70 tahun lepas.

Empat Komrad yang ditugaskan melakukan serangan besar2-an terpaksa berpatah balik. Mempertahankan tanah air sendiri. Sungai Pahang berubah warna. Merah warnanya, merah warna darah rakyat. Kapal terbang yang dinaiki oleh Komrad Rahman dan Najib di tahan setibanya mereka di Kota London. Beribu orang menyambut kedatangan mereka dengan amarah. Komrad Rahman memberi senyuman kepada khalayak dan berpaling ke arah Komrad Najib. Komrad Najib angguk. Dan dua letupan serentak berlaku serta merta berlaku di Kota London.

Perang belum tamat kata saki baki pejuang. Mereka mendendangkan lagu Darah Rakyat..

Darah rakyat masih berjalan
menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh2 bergerak sekarang
Malaysia Baru tunjang kiiitaaa
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat

P/s: sedang menonton filem perjuangan rakyat Armenia. Filem bahasa Jerman yang mempunyai sarikata di astro a-list. Tajuknya Don’t Tell Me The Boy Was Mad

image

Tirai Merah

Posted: February 8, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Beribu-ribu binatang berkerumun. Mereka menunggu di hadapan tirai merah. Masing2 berbelah bahagi. Apakah mereka harus menunggu atau masuk? Tapi itu perbuatan terburu-buru. Mereka bukan begitu. Bukan seperti makhluk yang satu lagi. Senantiasa terburu-buru.

Anjing. Anjing mula menunjukkan sikap. Kehadapan dan merempuh masuk. Binatang lain terkesima. Ada yang teruja dan ada yang mengutuk. Mereka perlu sepakat. Agar tiada yang rugi jika ada hal yang buruk berlaku nanti.

Bangau. Bangau dan buaya pula kehadapan. Mengabaikan mesyuarat permuafakatan binatang-binatang. Semua binatang sudah tidak teruja. Mereka tiada ketua tapi hud hud paling memainkan peranan. Hud hud bersuara dalam serak tuanya. Jika masih ada yang mahu masuk tanpa menunggu permuafakatan bersama, dipersilakan kehadapan.

Maka boleh dikatakan seluruh binatang. Seluruh binatang merempuh masuk ke dalam tirai merah. Semuanya mahu mengetahui apa yang ada disebalik tirai merah. Dan hanyalah hud hud sahaja yang tinggal di dunia ini. Tanpa membuang masa, terbang lah hud hud. Mencari binatang seluruh alam. Tanpa perlu tahu apakah disebalik tirai merah. Kerana hud hud adalah binatang yang paling bertanggungjawab dalam hal ini. Beliaulah yang meletakkan tirai merah, agar semua binatang itu sama. Sama dari segi daya fikirnya.

Apa disebalik tirai merah? Sehingga saat ini, tiada siapa yang boleh menjawab soalan tersebut. Hud hud sudah lama bilang. Mungkin akan sampai satu masa, segalanya dikongsikan. Tapi bukan sekarang.

Ada surat yang terletak di atas meja makan. Surat untuk Aysha. Ibunya kelihatan gelisah. Gelisah kerana ada dua cop tertera. Satu “Sulit” dan satu lagi “Kementerian Sains dan Teknologi”. Memang agak aneh perkara ini. Walaupun sulit, masih dihantar secara terbuka. Ibunya menahan rasa, rasa ingin tahu umpama taufan yang cuba merempuh istana pasir di pantai Lido. Rapuh. Dipujuk diri agar tunggu, tunggu anak perempuannya pulang ke rumah dahulu.

Waktu bergerak dengan sangat p..e…r….l…..a……h…….a……..n

..

…..

..

Jam berlalu

…….dan Aysha pulang.

“Assalamualaikum ibu, masak apa hari ini. Aysha lapar.”

“Ibu masak ikan merah, baru saja masak. Cepat makan, kalau tak, hilang rasa manis ikan merah ni.” Jawab ibunya.

Aysha terpandang surat di atas meja makan. Gelisah dan serba salah. Tanpa melengahkan masa, surat diambil dan dibuka. Bla..bla..bla..permohonan anda diterima..bla..bla..bla.

“Ibuuuu…..Ya Allah….Aysha terpilih dalam projek Angkasawan Malaysia” keterujaan Aysha tidak boleh dipendam lagi. Ibunya memandang dan tersenyum, di dalam hati tiada….yang mengerti.

Dua beranak ini yang berasal dari Kota Luhur sangat dikenali kerana ibunya guru di sekolah kawasan kejiranan dan anaknya, satu-satunya yang pernah melanjutkan pelajaran ijazah sehingga ke Rusia. Dalam bidang aeroangkasa. Iye benar, aeroangkasa yang menjadi minatnya, minat ayahnya juga. Ayahnya yang tidak pasti mahu diceritakan bagaimana mereka boleh terpisah. Mungkin takdir, takdir yang memilih ayahnya. Teleskop hitam murah yang dibeli oleh ayahnya dulu masih lagi terpasak di atap rumah. Setiap malam mereka sekeluarga akan bergilir menjenguk bintang, mengira bintang, dan melukis peta langit secara manual. Sedikit sebanyak Aysha merasa kagum dengan angkasa yang tiada penghujung. Digenggamkan semangat untuk berada di sana (sambil menunjukkan langit).

Dan pada hari ini, surat impian telah sampai. Surat yang bakal membawa Aysha terbang ke angkasa meninggalkan bumi sementara waktu. Ibunya masih mengetap bibir kerana bakal berpisah dengan anak yang dikasihi. Aysha. Aysha yang sebelum ini belajar di Rusia pun sanggup dikunjungi setiap kali cuti sekolah (ingat ye ibunya guru di sekolah). Kali ini tidak boleh berkunjung kerana anaknya tidak berada di bumi. Di angkasa lepas. Tanpa disedari ada butiran cecair jernih mengalir perlahan hingga ke pipi.

“Mak nak tahu kalau kita menangis di angkasa lepas apa yang akan berlaku?”

Mak senyum. “Ayah pernah tanya mak waktu kamu kecil dulu”

Sambil tersenyum Aysha menyeka air mata ibunya.

“Air mata kita tidak akan jatuh ke bawah, malahan akan terapung-apung di udara” jawab Aysha

“Ibu rasa berat hati, tapi ibu tidak akan menghalang Aysha. Kalau ayah ada, pasti ayah marah ibu sebab menangis.  Iyelah sepatutnya gembirakan. Nanti di sana Aysha kena menangis!” serak-serak suara ibu Aysha

“Aik, kenapa?” Aysha terpinga

“Kan air mata akan terapung – apung di udara?” balas ibunya

“Iye ibu, tapi kenapa?” soal Aysha yang masih kurang mengerti maksud ibunya

“Aysha akan ingat memori perbualan kita ini.” Ibunya menjawab sambil meletakkan nasi di pinggan Aysha.

 

“Like memories in cold decay,
Transmissions echoing away,
Far from the world of you and I,
Where oceans bleed into the sky!”

Terilham dari video dan lirik The Catalyst – Linkin Park, dan The Martian dan Interstellar.

Kampung Sungai Samba
Kota Luhur

Kehadapan Uncle Lim,

Ketika surat ini ditulis saya baru saja melepaskan ikan yang saya dan rakan2 saya ambil di kedai Uncle Lim. Ambil dalam erti kata mencuri? Mencurikah kami sekiranya kamilah yang memberikan kebebasan kepada binatang2 ini? Mencurikah kami sekiranya kamilah yang mengajar mereka erti kehidupan? Uncle Lim, Uncle Lim. Kami berjanji kami akan datang lagi. Kali ini dengan gagasan yang lebih besar. Pembebasan secara besar-besaran! Bermula dengan kucing parsi, disusuli dengan katak, unta, kambing dan semuanya! Semuanya akan kami bebaskan!!

Yang menulis

Pejuang kecil dari sekolah kebangsaan taman seri Gombak