Archive for the ‘surat pada perempuan’ Category

Surat kepada Dr Leela

Posted: July 28, 2016 in surat pada perempuan

Assalamualaikum,

Kehadapan Dr Leela yang diingati, semoga berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Tuhan yang menyimpan masa lalu, menggerakkan masa kini dan Maha Mengetahui masa depan. Semoga kita senantiasa berada di bawah lindungan rahmahNya.

Surat ini ditulis oleh saya dua hari selepas proses VIVA di USM pada Selasa 26 Julai 2016. Surat ini ditulis bertujuan meluahkan jawapan yang sebenarnya dan sepatutnya meluncur keluar di dalam bilik seminar tempoh hari.

Ada satu soalan yang getir ditanyakan oleh Dr Leela, saya kira soalan ini getir kerana saya terpaksa menyimpan jawaban dalam hati dan membiarkan jawapan selamat yang mengalir keluar dari mulut saya. Dr Leela bertanyakan kepada saya lebih kurang begini.

‘Selepas saya baca disertasi Saudara, saya tahu Saudara ini orang yang bagaimana. Saudara faham proses penterjemahan. Saudara mempunyai ideologi dan pegangan sendiri. Dan apabila menterjemah, hasilnya jadi begitu. Boleh terangkan proses dan konflik yang berlaku?’

Saya yang merasakan sebenarnya Dr ingin cakap lain tapi berlapik, apakah ini soalan yang sebenarnya?

‘Saudara seorang yang mempunyai ideologi dan pegangan yang kuat, tapi mengapa bila menterjemah tidak mengikut pegangan ideologi Saudara?’

Di dalam hati sanubari saya sudah bersiap dengan jawapan yang bakal saya tulis. Namun saya pendamkan kerana merasakan awal pagi di giliran pertama, semua orang belum panas lagi. Maka saya berikan jawapan selamat yang Dr telah dengar tempoh hari. Dan ini, ini adalah jawapan yang saya simpan di dalam hati.

‘Saya kira Dr bertanyakan kenapa saya tidak mengekalkan ideologi saya di dalam teks sasaran ye? Saya berterima kasih kepada Dr kerana menyebut apabila membaca tulisan saya, maka Dr tahu saya ini orang yang bagaimana. Jelas dan ketara. Saya akui saya adalah orang yang radikal di dalam penterjemahan. Saya tidak merasa bersalah mengubah teks sumber kepada teks sasaran. Memanipulasi sesuka hati dan dalam masa yang sama mengekalkan mesej teks sumber. Tapi kenapa untuk tugasan ini saya tidak menonjol? Kerana pertamanya ia adalah daripada ITBM, jika saya memanipulasikan sesuka hati saya pasti ITBM akan menolak teks yang saya telah habiskan sebulan setengah ini. Untuk pengetahuan Dr saya terpaksa mengenepikan tugasan sebuah buku yang saya rasa pada waktu ini amat rugi pada saya. Ini kerana sehingga surat ini ditulis, ITBM tidak lagi menghubungi kami. Keduanya adalah ini adalah teks akademik, jika saya buat sesuka hati saya. Penyelia yakni Dr Idris saya kira tidak akan bersetuju dengan saya. Dan ada beberapa teks yang Dr leela lihat sebagai salah terjemah. Saya baca semula, ini bukan salah terjemah. Ini adalah niat saya dan proses saya secara sedar menterjemahkan sedemikian rupa.’

Begitulah kurang lebih bentuk kata-kata yang sepatutnya saya jawab tempoh hari. Namun atas keihsanan Dr, Dr tidak menekan ketika bertanyakan soalan. Saya akur dan terima teguran, pandangan dan pembetulan yang disarankan oleh Dr.

Mungkin surat ini saya khususkan pada Dr Leela sahaja, tapi jika ada para pensyarah lain yang membacanya. Dengan keizinan saya memohon agar dihalalkan ilmu, kerana selepas ini saya akan mengajar dan menyebarkan ilmu pengajian penterjemahan ini secara percuma sebanyak tiga kali (15 kelas) sehingga 2017. Saya akan sebarkan pendekatan saya, yakni pendekatan radikal dalam penterjemahan.

Semoga kita semua berada dalam limpahan rahmatNya.

 

Wassalam

 

 

Yang benar

Perewa

Penterjemah Radikal

Kampong Bharu
Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Mengasihi dan Maha Memahami. Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkan hati kami dengan iman. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad. Penghulu segala nabi. Menerangi alam buana ini. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan kasih Allah.

Surat ini ditulis selepas kawan kepada kawan kepada kawan yang saya kenal mengenal dan terkenal, berdepan situasi yang sukar menjelaskan hal2 yang mudah bagi beliau dan sukar bagi mak usunya. Maka dengan ini saya lebih gemar meletakkan diri dalam situasi kawan kepada kawan kepada kawan saya ini.

Ada hal yang boleh dicerita ada hal yang tidak boleh dicerita, pun begitu surat ini telah saya fiksyenkan demi menjaga kerahsiaan dan amanah seorang kawan kepada kawan kepada kawan.

Dengan penuh kerendahan hati dan diri saya mulakan bicara ini.

Mak Usu,
Surat ini bukanlah ingin menunjukkan sikap keras kami. Jauh sekali tidak mendengar dan menerima pendapat Mak Usu. Surat ini hanyalah luahan hati seorang anak dan punyai adik perempuan yang berada dalam kesulitan.

Setelah beberapa puluh purnama kami terpisah. Akhirnya bertemu jua akan adik seorang ini, dek kerana pisahnya ayah dan ibu. Ayah bersama kami. Ibu dan adik bersama Mak Usu. Ditakdirkan Ilahi, saat pertemuan berlalu ayah tiada langsung sebut punyai anak perempuan ini. Dengan kata yang tidak berbasa basi, anak ini bukan zuriatnya. Maka terkejutlah si adik dan berkata…’habis, anak siapa saya ini?’. Simpan air mata mu dulu dik, simpan untuk hal2 yang lebih besar. Seperti sujud bertemu Tuhan. Dipendekkan cerita, jodoh datang tanpa diundang. Merasakan inilah waktu sesuai, kau memilih dengan penuh lapang dik. Akan tetapi permasalahan timbul saat siapakah yang bakal jadi wali mu kelak?

Maka Mak Usu,
Inilah yang ingin kami hidangkan. Kami dengan penuh keyakinan terpahat. Adalah lebih baik segala prosedur diikut. Iye benar, memang jika ikut prosedur ia memakan masa. Tapi masa inilah yang perlu ditunggu. Kata Mak Usu, memang semua peguam akan suruh ikut prosedur atas faktor integriti mereka. Bagi kami tidak Mak Usu, tidak. Peguam2 ini, aktivis wanita, dan siapa2 pembela wanita telah lelah turun padang menjelaskan hak wanita. Dan inilah hak seorang wanita. Mak Usu tidak mahu ikut prosedur kerana takut memakan masa. Dalam masa sama, hak anak ini terabai. Hak beliau untuk tahu siapakah sebenar ayahnya. Itu paling Akbar bagi kami.

Iye mungkin jalan yang dipilih Mak Usu ini benar jika ujian DNA dibuat. Alhamdulillah kami ucapkan kerana Tuhan telah memudahkan jalan. Tapi tahukah Mak Usu pula sekiranya DNA itu benar mereka ada ikatan. Segala hak yang sepatutnya diterima anak itu perlu ditunaikan? Itu jika benar. Jika tidak, ujian DNA tidak menunjukkan mereka ini ada ikatan. Maka kata Mak Usu akan bawa hal ini ke mahkamah. Yang mana bagi kami adalah lebih bagus dari awal lagi kita2 semua menuju mahkamah.

Dan untuk yang terakhir kalinya, kami memilih sikap untuk menolak secara total jika pernikahan adik perempuan kami dilaksanakan luar dari jabatan agama. Hal ini melibatkan zuriat keturunan dan permasalahan waris serta hal2 lainnya.

Itulah saja sedikit pendapat saya yang cuba mendalami perasaan kawan kepada kawan kepada kawan.

Semoga segala yang direncanakan akan dipermudahkan Allah.

Wassalam.

Yang berkongsi pendapat
Perewa

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Kehadapan siti senang.

Dipanjatkan syukur kepada Tuhan yang esa. Tiada Tuhan kecuali Tuhan. Yang mengetahui segala takdir. Yang mencipta air mata meskipun asbabnya berbeza. Suka duka atau saja2. Selawat ke atas utusan terakhir. Semoga kita semua akan bertemu dengan baginda.

Surat ini ditulis selepas selesai saja cikgu suruh siti pergi makan dan bertenang. Esok SPM kertas Bahasa Malaysia kan? Sastera ada dalam itu. Rasanya cikgu pernah cerita. Tidak apalah cikgu cerita lagi yang mana cikgu amat minat sastera. Masa tingkatan empat, cikgu ada baca buku cerpen2 underground(sekarang lagi2 cerpen underground) karya faisal tehrani. 2002. Ada satu cerpen bertajuk K. L. Menjerit. Perihal dua perempuan lesbian. Sejak itu cikgu mula faham dan sedar. Sastera tidak kaku. Tidak hanya kisah jiwang yang sering didendangkan. Sastera adalah alat melepaskan hajat. Hajat apa? Itu tangan penulis menentukan. Ouh iye. Dua tahun kemudian muncul filem KL Menjerit. Tergelak cikgu. Membayangkan cerpen itu dalam filem lakonan rosyam noor. Mungkin kebetulan tajuknya sama. Ok berbalik kepada kertas bahasa malaysia. Tahun itu filem 2002 ada apa dengan cinta tengah naik, siapa boleh lupakan

“Apa aku harus lari ke hutan belok ke pantai?”

Dan juga tahun sebelum itu Usman Awang meninggal. Cikgu baca akhbar dengan muka depan. Tongkat Warrant sudah pergi. 2001.

Mungkin atas faktor itu cikgu serta merta melekat pada karya usman awang semata. Berbekalkan suasana dan keadaan waktu itu. Pada spm tahun mendatang. Cikgu menulis karangan yang lebih kepada kritikan kepada kerajaan. Dalam sastera semestinya. Dan sehingga kini sastera masih diperlekehkan. Kelas sastera hanya untuk mereka yang gagal.Ouh iye cikgu dapat B3 untuk bahasa malaysia.

Di kota kecilku.

Cikgu ingat lagi, itu karya baha zain. Cikgu mengajar adalah cikgu mat. Dan cikgu mat mengajar BM tidak pernah buat kami mengantuk. Menarik cara beliau ajar. Dan cikgu mat sudah pun kembali kepada pencipta. Cikgu sempat hantar ke blog baha zain ( waktu itu belum lagi bergelar SN). Perihal sajak di kota kecilku yang membuat kenangan2 cikgu muncul. Dan di jawab oleh baha zain. Pssss…..baha zain pernah masuk kedai cikgu, dan garangnya beliauuu. Satu lagi sajak yang paling cikgu suka adalah seuntai kata untuk dirasa. Itu adalah sajak yang paling mantap. Perlawanan sastera dalam nasib masyarakat. Waktu belajar cikgu faham itu. Bila habis dan masuk universiti, cikgu baca buku yang amat tebal koleksi sajak2 a samad said. Rupanya sajak itu adalah jawaban kepada seorang sasterawan yang mempersoalkan gerakan seni untuk masyarakat.

Panas usah membakar dada
suara usah menggegar sahaja
kalau benar membawa cinta
di dalam senyap kumpulkan tenaga

Cikgu pun rasa sudah pernah cerita pada siti senang kan? Siap bagi latihan untuk balas sajak ini. Baru teringat. Yup itulah. Sebenarnya cikgu mahu beritahu tidak perlu risau dengan ujian. Kerana pada akhirnya siti senang, bukan apa yang berlaku pada kita selepas keputusan keluar dipersoalkan. Tapi apa yang sanggup kita buat untuk meladeni kehidupan.

Dalam hidup ini ramai orang mahu nombor satu. Tapi apakah yang nombor satu itu akan menghasilkan segalanya. Jawapannya tidak, sebab jika nombor satu itu menghasilkan segalanya. Maka tiadalah wujud akan dua dan seterusnya. Dan orang nombor satu tidak akan faham apa yang orang nombor dua faham. Agak2 faham ke tidak ini. Tapi cikgu yakin siti senang adalah anak yang cerdas dari upsr sehingga pmr. Maka oleh itu, esok hanyalah serpihan dari rantaian kitaran pendidikan di negara kita.

Iye orang kata spm ini adalah penentu segalanya. Tapi bayangkan ye siti senang. Cikgu sekarang umur 27. Bayangkan……bayangkan.

Dalam satu kelas, punyai 30 orang rakyat malaysia. Rata2 umurnya 27-30tahun. Cikgu juga berada dalam kelas itu. Mereka dibahagikan kepada enam kumpulan. Dan kemudian mereka diminta perkenalkan diri. Sesi suai kenal. Buat apa sekarang. Belajar mana dulu. Hobi buat apa…………….dan sekadar itu sahaja. Mereka tidak tahu yang cikgu dapat upsr hanya 1 a, pmr pun 1 a, spm pun 1 a dan gagal dalam matematik tambahan. Kerana apa? Kerana persoalan keputusan akademik bukan lah hal yang penting dalam hidup. Bagaimana seseorang itu mengasimilasikan apa yang dipelajari itulah yang ditanya. Tapi soalannya tidaklah sofistikated begitu. Cukup bertanya buat apa sekarang kita sudah tahu secara rawak dia ini orang yang bagaimana.

Namun begitu. Namun begitu. Namun begitu. Untuk sampai ke 27 ini dengan spm hanya 1a, berliku juga jiwa berdepan dengan lautan manusia. Cikgu tidak perlu mengatakan dyslexia penyebab keputusan tidak memberangsangkan. Kerana mak dan ayah cikgu menerima seadanya. Cikgu baru mula boleh baca hanya pada darjah 2/3. Iye kata kanak2 lain dan teman2 yang cikgu kongsi cerita ini.

“Lembabnya kau ini
Bodohnya masa kanak2. Aku enam tahun sudah pandai baca”

Dan percaya lah. Percaya lah. Percaya lah. Pada akhirnya tiada apa2 semua itu. Ditelan zaman. Maka tidak perlu cuak. Gaya macam dipilih oleh kerajaan untuk pergi angkasa lepas. Betulkan satelit antarabangsa. Kemudian masa proses pembaikan dibuat. Terputus talian dengan bumi. Oksigen tinggal 20%. Hahh cuaknya. Haha…terpengaruh filem gravity. Itu saja surat yang tidak seberapa ini. Tarik nafas dan hembus. Baca selawat dan istighfar banyak2.

Cikgu doakan semoga 10 tahun lagi siti senang akan jadi wanita yang berjiwa besi bersemangat api. Ameen.

Wassalam.

Yang mengajar proses kreatif penulisan
Perewa

P/s
Hai saya perewa
Perkenalkan anak murid saya
Siti senang

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

 

 

 

Assalamualaikum,

 

Surat ini ditulis selepas pertemuan saya dengan teman bernama Takdir. Waktu itu saya ke Setor Salma, kedai runcit mamak di kawasan rumah saya. Waktu itu juga saya terlihat Takdir sedang termenung, dalam kereta. Menung-nya jauh, tapi….tapi kosong. Kadang tersenyum kadang mengeluh. Terus saya menegur Takdir dan bertanyakan khabar. Beliau mengajak saya menaiki kereta dan juga mahu berbual kata-nya. Takdir tidaklah asing bagi saya. Dari kecil kami sudah berkawan. Cuma Takdir lebih akrab dengan Hassan. Hassan, Hassan adalahkawan kami yang geliga. Belajar sampai ke luar negara. Maka malam itu perjalanan kami lebih kepada monolog Takdir. Saya? Saya hanya mendiamkan diri dan mendengar. Mungkin itu yang Takdir mahukan. Mungkin tidak. Saya tidak pasti apakah reaksi diam saya itu adalah reaksi yang betul. Dan waktu Takdir mula bersuara, pandangan-nya kosong.

 

Takdir mula bercerita.

 

Terima kasih sudi naik kereta aku. Aku bukan apa, cuma tidak tahu mahu bercerita pada siapa. Nama aku Takdir. Kelakarkan. Kenapa ayah aku berikan nama ini pun aku tidak tahu. Tidak pernah tanya. Hassan. Lama sudah aku tidak jumpa dengan dia. Adalah dalam upacara makan malam garisan puisi. Dan kemudian hilang. Aku dengan Hassan memang rapat. Takdir Hassan, orang selalu panggil kami. Aku tidak tahu mahu mula dari mana. Entah. Dari tadi aku fikir. Ada sesuatu yang belum selesai antara kami. Perempuan. Selalu Hassan akan berkongsi cerita perihal perempuan dengan aku. Luar dan dalam. Kau, naik kereta aku ini harap off record ye. Sebab entah. Entah-lah.

 

Kau tahu waktu mula2 Hassan kenal seorang perempuan ini. Mirah nama-nya. Lebih tua dari Hassan. Aku pun tidak pasti kenapa perempuan itu suka pada Hassan. Asal-nya Hassan cakap mereka sekedar mengutus surat. Kemudian tidak lama mereka bertemu. Bertemu di IPT tengah kota. Ouh waktu itu Hassan belum tamat lagi pelajaran. Aku sudah beritahu pada Hassan, habiskan dulu SPM. Tapi Hassan cakap sekedar kawan sahaja. Yup kawan, mereka memang berkawan. Kawan. Kawan. Kawan. Hassan tidak pernah pinggirkan aku. Bahkan Hassan selalu cerita pada aku perihal Mirah. Aku ada komen juga. Mirah itu cerdas. Sebab ambil bio-teknologi kot kami kata cerdas. Benda lain kami tak tahu pula. Dan itu adalah hal yang baru dalam dunia aku jua Hassan. Kami kagum pada ketidaktahuan. Itu sahaja komen aku. Cuma satu hari itu. Hassan termengah2 jumpa dengan aku. Seolah ada sesuatu yang cemas. Kata Hassan, Mirah approach  Hassan untuk jadi kekasih. Hassan mula keliru. Kerana selama ini beliau anggap Mirah adalah kawan. Kalau lebih pun, akak. Serius. Dek kerana mahu menjaga hubungan Hassan terima. Aku? Aku geleng kepala. Aku sudah beritahu pada Hassan. Tapi hassan jawab, tiada masalah dia ok sahaja berkasih dengan orang yang lebih tua dari dia. Baru cool katanya. Kasih ini bukan soal cool atau tidak nasihat aku pada Hassan. Tapi waktu itu kami muda. Bukan sahaja muda. Muda, semua orang muda. Waktu itu kami remaja. Kelakar juga, dan itu pengalaman Hassan berkasih dengan perempuan. Aku senyum saja lihat Hassan ke hulu hilir bawa Mirah. Entah. Kisah enam ke tujuh tahun lepas. Kadang geleng kepala. Lama kelamaan Hassan hanyut. Hanyut dalam erti kata sudah lupa asal muassal anggap Mirah itu sebagai kawan jua akak. Kini mereka benar2 berkasih. Aku? Aku masih kekal berkawan dengan Hassan. Segala apa yang berlaku aku jua tahu. Sahabat akrab kan. Tanpa aku tanya, Hassan sendiri beritahu. Dari hal2 luar, sampai hal2 dalam. Dalam. Ye dalam. Aku turut galak mahu dengar. Dan tiba2 entah macam mana tersentak. Berkasih ini mahu buat isteri atau tidak? Hassan turut tersentak. Gelisah jiwa Hassan. Bagaimana mahu putus kasih. Mujur aku dapat membantu Hassan keluar dari kota. Seperti yang aku beritahu tadi, kami masih remaja. Hassan dapat sambung belajar ke luar negara. Dan hubungan Mirah serta Hassan lama kelamaan hilang begitu sahaja. Ada satu atau dua kali Mirah datang bertemu Hassan. Waktu itu Mirah bawa sekali teman dia. Dan entah macam mana kata Hassan pada aku, tiba2 dia rasa jatuh cinta pada teman Mirah. Apa gila Hassan ini. mereka bersalam. Dan selepas salam. Itu-lah kali terakhir mereka bertemu. Hassan tidak kecewa kerana tidak bertemu dengan Mirah, Hassan kecewa kerana tidak berpeluang bertemu dengan kawan Mirah lagi. Selang satu tahun. Selepas Hassan baca email Mirah kepada orang lain, (bukan Hassan buka email Mirah. Mirah tersalah hantar email. Pelik kan?) Mungkin Mirah jua mahu putus kasih bersama Hassan. Asal Hassan menung jauh. Lama kelamaan kami ketawa. Bukankah mula-nya mahu kawan2 sahaja? Hahaha…ouh iye. Baru2 ini Mirah ada mesej Hassan. Telan air liur Hassan. Selepas tujuh tahun. Kenapa dia mahu cari aku lagi? Kata Hassan pada aku. Rasa macam tidak boleh masuk sudah. Bukan mahu putus silaturrahim. Tapi….tapi….tak in orang cakap. Dan kami pun ketawa untuk kesekian kalinya. Ada mesej baru masuk kata Hassan waktu kami ketawa.

 

[EMAIL BARU MASUK

 

Trit….trit….trit

 

Maaf kalau kedtgn email ni x diundang..apa khabar awk sekarang? Dah kerja? sy still belajar, n di usm. Sy admire sikap awk yg rajin membaca..Sy trbaca awk suka menambah kenalan di ur blog, so sy memberanikan diri cntct awk..dl sy xberani nak tegur awk, mungkin bl kite da brtmbah usia, keberanian tu dtg kmbali..harap awk sudi berkwn semula dgn sy.. Sy berminat nak tahu buku2 sastera menarik yg senang difahami, then sy tringat awk yg suke membaca n search, sy ingin cari kenalan bidang selain pure scince..harap awk sudi..sekian,
Sent from my iPhone]

 

Kami menghela nafas. Sambil berdiri atas bonet kereta Hassan menjerit. “Dengan ini bebaslah kau dari hidup aku”.

 

Itu waktu mula2 dahulu. Waktu kami remaja. Serius. kelakar pun ada. Tapi iyelah. Hati orang. Dan waktu itu kami masih mentah. Dek kerana kementahan kami itulah Hassan berani ambil risiko. Segala risiko. Selang beberapa tahun Hassan belajar di luar negara. Hassan bertemu pula dengan seorang perempuan. Kerja jururawat. Hassan? Masih belajar lagi. Tapi kali ini jururawat itu lebih muda dari Hassan. Asidatul nama jururawat itu. Putih melepak kata Hassan pada aku. Hassan tunjukkan gambar Asidatul pada aku. Gambar yang “gambar” pun ditunjuk sama. If you know what i mean, bak kata orang zaman edan. Aku? Satu rumah dengan Hassan. Aku berkerja di salah satu kedai runcit. Semata mahu berjalan di negara orang. Kami sewa rumah bersama. Duduk berdua. Hassan sering membawa Asidatul ke rumah kami. Hubungan Hassan dan Asidatul bertambah erat. Kadang Hassan jemput Asidatul di Hospital. Mengikut apa yang diceritakan oleh Hassan pada aku. Hubungan mereka dengan Asidatul ini complicated sikit. Kata-nya Asidatul ini amal-kan…..hmmm….kau open tak nih aku nak cerita? Asidatul amal seks bebas. Tapi dia punya pencegahan. Jururawat la katakan. Aku serius suruh Hassan hati2 dan kalau boleh jauhkan diri. Tapi Hassan orang-nya setia. Tidak akan meninggalkan kecuali ditinggalkan. Tidak beberapa lama perkenalan mereka. Hassan mula rasa curiga, kerana dalam sebulan seminggu Asidatul akan pulang ke kampung. Selidik punya selidik rupanya Asidatul bertemu kekasih lama. Dipendekkan cerita yang memang teramat panjang. Aku rasa kau dengar pun mengantuk. Asidatul mengandung. Dan itu adalah anak  kekasih lama. Hassan mula rasa kecewa. Iyelah rasa gembira dan bahagia rupanya hanya diletakkan apabila  “bersama”.  Aku? Aku suruh Hassan habiskan dulu pelajaran. Satu bulan saja lagi. Kemudian kita pulang ke kampung sama2.

 

Kami pun pulang ke kampung. Sini. Kampung Padang Balang. Hassan berubah. Aku sedar. Tapi mahu buat bagaimana, terima beliau seadanya. Hassan mula rapat dengan perempuan yang aku rasa tidak sesuai dengan jiwa dia. Hmmm…..lama pula aku cerita.

 

Itu kata Takdir kemudian menunjukkan mesej terbaru Asidatul pada aku, Hassan yang forward katanya.

 

INBOX

ASIDATUL

[Salam. Hai
Awan ku berarak mendung]

 

Ouh untuk pengetahuan, saat mesej itu diterima. Takdir beritahu, Asidatul sudah punyai seorang anak. Saya geleng kepala. Sampai sudah tempat yang di tuju.  Taman Tasik Titiwangsa. Kata Takdir ada lagi seorang perempuan yang perlu dia cerita. Saya memberitahu pada Takdir bahwa, mungkin lain kali. Kerana saya perlu pulang ke rumah. Ada hal yang perlu diselesaikan. Wajah takdir mula berubah.

 

“kau pun mahu tinggalkan aku?” kata Takdir.

 

Saya mula keluar dari kenderaan dan berjalan pulang ke rumah tanpa berpaling ke belakang. Sambil mesej kepada Takdir.

 

INBOX

[mungkin lain kali Takdir. Hassan selamat jangan risau. Pandailah dia jaga diri. Dia sekarang sudah ada yang membimbing. Seorang yang memang pembimbing]

 

 

Wassalam

 

 

Yang benar

………………..

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

28 November 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kehadapan anak ayah yang disayangi yang pada saat ini namamu belum ayah fikirkan lagi.

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memberi rasa cinta, mekar selama-lamanya. Maha berkuasa atas setiap makhluk. Semoga segala hal yang baik dilakukan itu diberkati, hal yang buruk itu dijauhi.

Pertama sekali ingin ayah nyatakan disini, kenapa begitu yakin ayah akan dapat anak perempuan? Kalau tiada bagaimana? Kalau ada, tapi sulung. Bagaimana? Eh…eh…ehh….banyak tanya pula, gigit rambut karang! Haaa. Duduk diam2, baca saja. Boleh? tak! Huh! Ok…ok. kalau ayah tiada anak perempuan, ayah tidak akan beritahu pada anak-anak ayah yang lain. kalau ayah tidak ‘sempat’ kahwin? Ayah akan ulang-ulang baca surat ini, sambil gelak-gelak. Hidup. Hidup ini memang komedi, dan kadang ada juga tragedi.

Ok, cukup! Dengar sini ayah nak cerita. Dalam surat ini, ayah akan beritahu pada anak perempuan kesayangan ayah ini. Nombor dua kan? Ala2 rebel begitu. Ayah dengar lagu she’s rebel, greenday. Ahhh semua lagunya ayah dengar. Mungkin greenday dah tiada agaknya bila anak ayah ini sudah besar. sudah masuk universiti. Greenday dah bubar, bukak car wash kat los angeles mungkin. Kalau tak bubar? Diorang kemana? Entah, manalah ayah tahu. Cari sendiri aaaa…. eee dah kat mana tadi. Jauh sudah meraban. Akak la tanya tadi, wah panggil akak. Suka tak? Ke tak suka. Ok2. Ayah tak tahu nak guna kata ganti nama yang mana untuk anak ayah ni. Lagi sekali, mula lagi sekali. Ayah nak beritahu bahawa hidup ini kena tabah. Ayah tahu jadi perempuan itu bagaimana, errr….bukan maksud ayah pernah jadi perempuan. Tapi mengikut pengamatan ayah melihat perempuan menjadi perempuan. Faham? Tak faham tengok mak. tak faham lagi? Habis baca surat ini tanya ayah. Kata orang, lelaki itu pemimpin, tapi ayah nak anak ayah tanpa segan kelak membimbing pemimpin. Lelaki, tidak semua mereka betul. Perempuan juga. Ayah nak kongsi, ayah kenal ramai perempuan yang baik-baik. Maka atas kebaikan mereka ini, harap anak ayah dapatlah kiranya ambil jadikan teladan. Cukup dulu satu cerita.

Ayah ada sorang teman, tinggi. Suka bergambar. Nanti ayah kenalkan. Dia selalu cerita dan luahkan perasaan saat dia menjaga ibunya. Jaga orang tua perlukan kesabaran yang tinggi,  katanya lagi kita kena betul-betul bersabar. Cerewet, memang cerewet. Tapi waktu kecil kita ini lagi cerewet. Ayah kagum sungguh pada teman ayah ni. Nanti bila anak ayah dah besar, dan jadi macam ayah, pasti akan rasa apa yang mereka semua rasa. Sikap mahu melawan, kadang merasa salah apa yang orang tua buat. Ayah pun begitu jua, memang apa yang atuk kamu buat salah. Ayah tegur. Memang tiada adab. Konon kita ini sudah pandai, sudah cukup ilmu. Tapi kalau difikir balik, siapa yang memberikan kita ini cukup ilmu itu. Seandainya kita cari sendiri ilmu itu, siapa yang memampukan kita untuk cari sendiri ilmu itu. Errrr ok? anak ayah ni faham tak?

Seperkara lagi, haaa ini memang pantang. Pada orang lain ayah tak boleh nak kata apa, sebab itu orang lain. Tapi kalau anak ayah yang buat, memang ringan saja rotan dan tangan. Rokok, kalau hisap rokok memang siaplah! Atuk dulu, waktu ayah kecik. Masih tak kenal apa itu rokok sudah dipesan jangan hisap rokok. Apatah lagi anak ayah ini, belum lagi wujud sudah dipesan. Maknanya, memang pantang kalau ada ahli keluarga hisap rokok. Tak kisahlah perempuan ke laki ke hisap rokok, semuanya ayah tak suka. Baik hisap sirap bandung. Lagi sedap. kan? Tak mau? Tak mau sudahhh…..

Ok lah, ayah baru lepas tengok bola di tv1. Malaysia menang lawan Laos. Sudah letih. Mahu berehat. Ayah ini berehat maksudnya baca buku. Tidur baru bermaksud tidur. Kerja maksudnya benar2 kerja, “buat kerja” bererti tengah menulis. Faham? Haha…banyak sangat benda yang diberitahu. Harap bila dah besar anak ayah ini, eh….bila dah lahir ke dunia. Ehh…..bila ayah dah ada calon. Dijadikan isteri. Dan anak ayah yang kedua lahir. Perempuan. Surat ini khusus untuk kamu. Yang belum tahu nama lagi…

P/s: Jika nanti satu masa, anak ayah ini terjatuh dalam kegelapan. Ayah akan datang membawa lampu. Tak kira sedalam mana kegelapan itu. Ayah akan tetap di sisi anak ayah. Tak kira apa orang kata, tak kira ayah akan keseorangan kelak. Ayah tetap disisi.

Wassalam

Yang mengelamun jauh ke masa depan

perewa

LOT 2125-66A
LORONG HATI
KAMPUNG JIWA TENANG
24434 MALAYSIA
BUMI TUHAN.

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat keatas nabi pembawa rahmat. Semoga roh mereka yang telah pergi aku doakan berada dikalangan orang2 yang soleh dan solehah. Kurangkan azab kubur mereka ouh Tuhan, dan kusedekahkan amalanku pada hari ini buat orang yang aku kenali beberapa hari lepas yang telah pergi maupun yang telah lama pergi. Mereka telah pergi pada dunia yang lain dari dunia ini. Semoga roh2 mereka aman saja disana.

Surat ini aku tujukan khas buat mak cik yang mana dari aku kecil hinggalah besar remaja(eh…remaja lagi…:p) ulang alik depan rumah aku. Aku tidak tahu namanya, tapi aku ingat wajah lucunya. Dia tinggal selang beberapa rumah dari rumah aku. Dia agak ‘tak sihat’ dan dia tak kacau orang. Selalu juga aku lihat mak cik ini bermain basikal. Dan itulah rutinnya. Dia dijaga oleh keluarga adiknya yang aku panggil pak cik yunus. Mak cik ini punyai 4 orang anak yang sudah besar. Namun hanya anak bongsu saja tinggal dengan pak cik yunus. Yang lain tinggal bersama suami kerana mereka telah bercerai. Aku tidak tahu sebab apa, mungkin sebab kesihatan mak cik ini tadi. Ok, ada beberapa ketika mak cik ini seolah2 menghilangkan diri. Ialah tak nampak pun beliau bermain basikal petang2 depan rumahnya. Mak bagitau, dia naik teksi sampai ke perak. Pastu dia pergi hospital dan buat kacau. Pak cik yunus dan isteri terus ke hospital di perak. Dan peristiwa itu berulang beberapa kali. Pihak hospital itu sendiri menelefon pak cik yunus. Pihak hospital melepaskan dek kerana kesanggupan pak cik yunus menjaga mak cik ini.

Dan cerita ini berulang pada rabu lepas. Pak cik yunus,isterinya dan siapa2 pun tidak akan tahu itu adalah kali yang terakhir mereka melayan gelagat mak cik ini. Kali ini mak cik tersebut tidak pergi ke perak, hanya ke hospital kuala lumpur sahaja. Sampai saja di hospital mintak makanan. Dan isteri pak cik yunus mendapat panggilan dari hospital yang mak cik ini buat kacau di hospital seperti memaki dengan bahasa kasar.

Sampai saja di hospital, isteri pak cik yunus terus ke bilik dimana mak cik itu ditempatkan.

Isteri pak cik yunus:kenapa maki2 jururawat sini?

Mak cik:iyalah aku nak pergi kencing pun tak boleh. Diikat2nya aku. ?:<”L)(&(*(&*%$%^%$##$@ eg.babi

Isteri:kenapa nak duduk hospital?

Mak cik: aku sakit perut, aku datanglah hospital.

Atas nasihat pihak hospital, mak cik ini dijaga sementara oleh HKL. Dan isteri pak cik yunus pulang mengambil pakaian untuk mak cik ini. Pada rabu petang, pihak hospital menelefon dan memberitahu mak cik ini perlukan darah dalam badannya. Hanya ahli keluarga yakni anak2 saja yang dapat berbuat demikian melainkan memberi tandatangan wakil. Maka isteri pak cik yunus menelefon bekas suami dan anak2 makcik ini pada malam itu.

Isteri pak cik yunus: hello, saya isteri abang yunus nak beritahu yang bekas isteri awak sakit. Dan dia memerlukan persetujuan untuk melakukan pembedahan semua dari anak2 dan suaminya. Mohon hadir ke HKL malam ini boleh?

Bekas suami mak cik:maaf aku sibuk hantar anak aku belajar…..teetttt

Anak pertama dan kedua: dia bukan mak kami, dia mak tiri kami. Dan kami tidak ada mak yang begitu.

Mengalirlah air mata isteri pak cik yunus. Anak bongsu mak cik ini pula tidak boleh menderma darah, kerana umurnya tidak cukup. Malam itu bulan cantik sekali, bulan mengambang menjadi peneman kesedihan cinta adik pada akaknya yang sakit di hospital. Keluarga pak cik yunus bercadang ingin ke hospital jam 8 pagi esoknya.

Sesudah azan subuh berkumandang di pagi khamis yang manis. Bulan mengambang masih lagi menjadi peneman. Telefon berdering…..pak cik yunus yang tangannya masih basah dengan wudhu mengangkat gagang telefon. Panggilan dari hospital. “mak cik dah pergi, dan tidak akan kembali lagi”. Tanpa menyusahkan sesiapa. Mereka berjemaah subuh dirumah dan terus berangkat kehospital. Menatap wajah mak cik itu seolah-olah tertawa riang mengadap Tuhan. Aku yang pulang dari kerja petang khamis baru tahu cerita ini daripada mak aku. Isteri pak cik yunus bagitahu. Yang paling mak aku tekankan adalah. Anak2 mak cik itu tidak mengaku itulah mak mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dari sifat itu. Aku sanggup menjaga kedua ibu bapaku sampai bila2. Aku sanggup menjaga kedua ibu bapaku sampai bila2. Aku sanggup menjaga kedua ibu bapaku sampai bila2. Ameen.

p/s:tulisan agak berterabur, kerana hari ini hari sabtu. Semalam ada kenduri di rumah pak cik yunus. Aku menulis dalam keributan kenduri. Semoga rohnya aman dan berada dibawah sayap kebahagian. Al Fatihah.

1-Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

2-Segala puji bagiMu Ya Allah, Tuhan seluruh alam.

3-Yang Maha pengasih, Maha penyayang.

4-Pemilik hari pembalasan.

5-Hanya kepada engkaulah kami menyerah, dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan

6-Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7-Jalan orang-orang yang kau beri nikmat, Bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

ameen..

Yang berkongsi rasa

perewa

LOT 2125-66A

LORONG HATI

KAMPUNG JIWA TENANG

24434 MALAYSIA

BUMI TUHAN.

Assalamualaikum buatmu perempuan sempurna,

Puji2an paling tinggi buat Tuhan pemilik jiwaku dan jiwamu, Dia memberi seluruh rasa kasih pada seluruh makhluk. Seterusnya Puji dan selawat buat Nabi Muhammad, beliaulah penutup segala nabi dan rasul.dan ingin aku beritahu bahwa engkaulah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. Semoga berada dalam kesejahteraan yang berkekalan.

Agak janggal untuk menulis pada perkara yang tiada, namun aku percaya kau wujud diluar sana. Menanti aku, yang mana pada detik Tuhan mengatakan “jadi, maka jadilah”, ketika itulah takdir jodoh aku dan kau bertemu.

Maka tulisan seterusnya adalah mimpi2 indah dalam keyakinan utuh bahwa kau juga menungguku.

Ingin sekali aku memberitahu pada dunia engkaulah perempuan sempurna di mataku. Penyejuk mata disaat hatiku gundah. Dan sepertinya kesedihan hilang begitu saja bila kau berada disisi. Hanyalah kegirangan yang muncul. Kau juga sering memberikan buah fikiran yang bernas nan jitu, membantu aku dalam membuat keputusan. Cinta antara kita senantiasa mekar dari hari kehari, tiada limitasi. Dan kemuncaknya sama2 kita berpegang tangan masuk surga Tuhan.

Kau umpama boleh membaca fikiranku, aku rasa inilah hadiah dari Tuhan yang paling bermakna selepas nikmat Islam. Kau tanpa jemu mendengar cerita2ku, dek kerna idealisme kita berbeza. Aku dan kau bertemu saat fikiran kita terbuka. Kau mengajak aku menjadi teman untuk membincangkan persoalan2 masyarakat, duniawi, dimensi ketuhanan dan sebagainya. Hei tak lupa juga kegemaranmu hanyalah nasyid dan juga bacaan Quran. Aku yang mengajar kau mendengar alunan yang lain sedikit daripada itu. Saat engkau berfikiran terbuka itulah aku tersenyum. Alangkah bahgianya aku dan kau.

Aku lupa, menceritakan kecantikanmu. Tapi untuk apa? sebab diluar sana, hanya matamu saja yang bisa dilihat dunia. Cukuplah aku katakan padaku kau adalah purnama

Bahagianya saat membahgiakan orang lain, kau mungkin tidak akan lupa kata2ku itu. Kaulah perempuan yang menenangkan jiwa. Punya segala sifat indah tanpa cela, berkiblat surga dan juga menjadi penuntut dunia akhirat. Aku bangga kau senantiasa mengajakku Istiqomah supaya berada dijalan lurus. Sifat inilah yang aku dambakan selama ini. Mari sama2 kita angkat tangan dan berdoa pada Allah.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurnia nikmat cinta ini. Aku lupa bahwa di surga wujudnya bidadari yang sempurna. Namun isteriku ini bagiku adalah ketua seluruh bidadari surga. Moga kau tetapkanlah hati aku dan dia seperti mana tetapnya hati adam dan hawa. Dalam meneruskan hidup di muka bumiMu ini ouh Tuhan, aku memohon dengan sesungguhnya. Masukkanlah aku dan dia bersama2 didalam surgaMu kelak. Ameen.

Selawat pada Rasulullah dan segala pujian syukur padaMu.

Yang telah dimiliki

Perewa