Archive for the ‘KLIA’ Category

Surat Dari Makkah 1

Posted: June 4, 2014 in KLIA

Masjidil Haram
Makkah Nan Mulia

Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur diucapkan saat diri berjaya menamatkan umrah bersama isteri.

Amma Ba’du,
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Menerima khabar dari ayah. Seorang pak cik yang pernah menegur diri perihal parking kereta yang agak luas. Pak cik ini telah kembali bertemu penciptanya. Semoga kita semua dan pak cik ini akan bertemu dengan pencipta dengan penuh bahagia. Ameen.

Alangkah indahnya jika diri memahami bahasa bahasa arab. Kerana detik ini sedang berlangsung kuliah di Masjidil Haram. Meriah. Ada dalam 3/4 kuliahnya. Alangkah beruntungnya jika diri memahami bahasa arab. Ingat lagi waktu karangan bahasa arab di sekolah menengah arab. Ayat ini selalu diri guna.

Uhibbu lughatal arabiyya lianna
Lughatal Rasulullah
Lughatul Quran
Wa
Lughatul Jannah.

Dan kemudian hurai. Dapatlah diri B dalam subjek SPM Bahasa Arab Tinggi. Semua tinggal kenangan. Disini, semakin lama kita mengaji semakin rasa berat untuk tinggalkan tempat yang kita duduk. Jika hati sudah terpaut kemana lagi tempat mahu bertaut? Jika bukan kepada Pemilik segala pemilik.

Mungkin jarang diri tulis. Mungkin rasa diri takut. Takut hal2 mazmumah. Mungkin. Semoga diri dijauhkan dari sifat ini. Ameen.

Dalam banyak2 kita doa. Doa mana yang kita dahulukan? Doa mana yang kita pinta kehadapan ilahi? Adakah ganjaran atau pengampunan? Bermula dengan mengagungkan Allah, kemudian isi doa kita. Bermula mana? Pengampunan atau ganjaran. Takutlah akan diri perihal nan satu ini. Maka diri tetapkan kepada hati. Cukup setakat pengampunan. Jika panjang doanya. Semua diisi hal pengampunan. Kerana fikir akan diri, berapa banyak dosa yang kita lakukan? Berapa banyak pula pahala yang kita lakukan? Tidak terhitung kata Rabbul Jalil. Pahala. InsyaAllah akan ke syurga. Dosa? Yang tidak kita tahu itu? Semoga kita berada di bawah lindungannya. Maka atas perihal apa layaknya diri meminta ganjaran dan permintaan2 lain? Menangis lah akan diri kita semua di saat kita masih di dunia. Di saat masih sempat memohon pengampunannya. Disaat kita yang Maha tidak tahu berapa banyak dosa yang telah kita lalu. Sehingga surat ini dibaca.

Allah Maha Pengampun.

Wassalam.

Yang takut
Perewa

Islamboul
Turkiye

Segala puji bagi Allah. Tuhan yang segalanya adalah untukNya dariNya. Dia yang menamatkan segala permulaan. Tuhan yang memiliki masa. Demi kuda perang yang gagah berlari dengan debu2 berterbangan. Selawat ke atas Nabi Muhammad yang senantiasa ingat akan umat.

Surat terakhir tentang Turki. Tentang perasaan dan penglihatan dan hal2 lainnya. Surat ini dikarang semasa diri berada di lapangan terbang. Namun ditamatkan di Makkah Al Mukarramah. Landskap Turki yang berbukit bukau agak membataskan pergerakan seorang ibu yang mengandung. Diri punyai beberapa hal, boleh juga dipanggil misi. Antaranya adalah menuju museum of innocence di jalan Cukurcuma. Tiba saja diri di jalan itu. Ya salam. Keadaannya sangat2 curam. Untuk sampai tempat yang dituju, sungguh berliku laluan yang perlu dilalu. Adakah diri sampai atau tidak? Sila rujuk akhir surat.

Istanbul benar2 menjadi kawasan tarikan pelancong. Suasana malamnya boleh dikatakan 20 kali ganda meriah dari uptown yang tersohor di Malaysia. Seolah malam lebih indah dari siang. Malam lebih hidup dari siang. Atau mungkin musim panas yang menyebabkan hal ini terjadi.

Sebagai penutup. Diri tinggalkan Orhan Pamuk ditempat asalnya. Cuba melupakan hal2 yang berlaku. Semoga kenangan terindah di Turki akan senantiasa tersemat di hati.

ISTANBUL AKU PERGI!

image

Wassalam.

Yang pergi Turki
Perewa

Surat dari Madinah (bertemu doktor)

Posted: June 2, 2014 in KLIA

Masjid Nabi
Madinah

Segala puji bagi Allah. Ar Rahman dan Ar Rahim. Di yang awal dan akhir. Pemberi peringatan bagi yang lalai. Tidak ada yang lebih perkasa daripada yang Esa. Semoga kita semua berada dalam syafaat Baginda. Yang mengaku saudara2-nya adalah yang rindukan akan dia disaat dia sudah tiada dalam dunia.

Inilah kisah seorang perempuan bernama kring bertemu seorang motivator idola dikampungnya.

Ada satu malam. Malam itu malam sebelum keberangkatan kring menuju kota Makkah. Usai saja perempuan ini membaca Al Quran. Sandar. Dan mengadap kiblat. Terserempaklah akan ia kepada motivator tersohor ini. Ditegur. Bersalaman lah akan mereka. Perbualan bermula dengan dari mana menuju ke mana. Motivator ini yang mengajar universiti Madinah. Bakal menamatkan kontraknya saat syawal menjelma. Dan ini adalah Ramadhan terakhir beliau di Masjid Nabi. Bual dan bual dan bual. Motivator yang menjadi idola ibunya itu berbicara dengan penuh rasa. Rasa yang entah tidak tidak diketahui oleh Kring. Rasa amarah, rasa menegur, rasa suci. Tidak diketahui. Dengan tiba2 motivator itu melepaskan segala yang terbuku. Kepada? Kepada perempuan ini. Memarahi golongan yang berdoa di Raudah yang mengharap dimakbulkan Tuhan. Atas pemakbulan itu akan membuatkan golongan ini percaya tempat itu mustajab doa. Perempuan ini bertambah pening. Apa yang mahu dibualkan oleh motivator ini sebenarnya??? Disaat azan Isyak berkumandang. Motivator ini sambung tanpa henti bicaranya. Katanya.

“Ini belum saya cakap lagi soal suami anda, yang saya yakin ada 10 doa untuk didoakan dalam Raudhah. Perkara ini boleh jatuh syirik!”

Berderaulah darah Kring mendengar perkataan syirik itu. Maka selepas solat isyak Kring mengangkat akan tangannya berdoa di dalam Masjid Nabi pada hari terakhir beliau di Madinah.

“Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mendidik. Tadi telah datang seorang motivator. Mungkin kehadirannya telah ditentukan olehMu Tuhan. Namun kehadirannya benar2 mengganggu fikiranku. Ya Allah, jika kehadirannya mahu menunjukkan betapa arifnya beliau. Maka jauhkan aku dari sikap itu. Jika kehadirannya mahu menegur dengan cara itu. Maka jauhkan aku dari sikap itu. Jika kehadirannya dan percakapannya adalah atas ketidaktahuan apa yang berlaku. Maka Engkaulah Yang Maha Mengetahui. Ampunkanlah dosa2 Kami.”

Yang merenung jauh
Perewa

Surat dari Turki 2 (Istanbul)

Posted: May 26, 2014 in KLIA

Jambatan Bosforus
Istanbul, Turkiye

Segala puji bagi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Tuhan yang Maha Perkasa. Kehidupan ini hanya untuk Dia. Selawat ke atas Nabi. Sollu Ala Sayyidina Muhammad.

Amma Ba’du,

Pemakai jiwa ini sedang menulis apa yang kita perlu dalam hidup ini. Buat2 atau memang niat? Perjalanan nan jauh beribu batu, melihat keindahan alam pemilik yang satu. Hadir kita dijemput atau melutut? Dan kita terus bertanya dan bertanya. Pergi melihat peninggalan sultan. Mencipta satu pertemuan.
Pertemuan.

Ada satu pertemuan yang dirancang. Dalam jam 430petang waktu tempatan. Akan bertemu seorang teman. Dari Perancis, transit di Istanbul. Diri bersama isteri dari pagi keluar petang kembali. Banyak tempat dilawati. Ada yang boleh masuk dengan senang hati. Ada yang masuk perlu bayar meskipun mahu beribadah pada ilahi. Usai saja ziarah istana Topkapi. Diri dan isteri pulang. Dapat mesej dari teman. Sudah sampai katanya.

Dari lapangan terbang ke dataran taksim
10 lira
Kemudian naik bas ke sultan ahmet
Dalam jam 630petang sampai

Diri pula sedang siap untuk makan malam. Berjanji mahu bertemu di dataran taksim. Kami berehat seketika….

Selesai saja makan malam. Dengan penuh keterujaan kami bertanya kepada penjaga hotel.
Hotel ke istana topkapi
35 lira
Istana topkapi ke hotel
35 lira.
Asal muassal mahu bertemu di dataran taksim bertukar kepada masjid sultan ahmet yang juga bergelar masjid biru. Bersebelahan istana topkapi. Kami sampai. Teman sudah selesai solat jamak zohor-asar. Menuju ke tempat kafe steak & doner halal. Makanlah kami bersama. Sambil berbual perihal Istanbul. Apa yang menarik. Apa yang tidak menarik. Sedar2, sudah dikerumuni kucing jalanan. Sangat cantik dan cantik dan cantik kucingnya. Teman perlu beredar jam 830malam. Kerana check in antarabangsa perlu 3 jam sebelum masa berlepas. Kami mengucapkan selamat tinggal. Moga bertemu lagi. Dan jika punya rezeki yang panjang. Akan bertemu pula di kota paris.

Sekian.

P/s kisah ini hanya benar2 terjadi sehingga ayat “Kami berehat seketika….”. Selepas pada itu hanya rekaan dan imajinasi. Kami tidak sempat bertemu.

Kesian.

Yang terbang
Perewa

Surat dari Turki 1 (airport-bursa)

Posted: May 25, 2014 in KLIA

Bandar Bursa
Turkiye

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga kita semua berada dalam lipatan kelembutan kasihNya.

Jam 550pagi

Surat ini dikarang dek terlalu banyak mahu dikongsi. Sebelum itu saya sendiri tidak sedar gaya tulisan saya ini bagaimana. Selepas menggunakan nama lain dan tulis. Ternyata lekas sungguh teman2 saya mampu kenal tulisan saya. Surat ini akan saya tulis segala yang saya pandang dari sudut akal dan mata saya. Untuk sampai ke bumi turki ini pelbagai rintangan jua saya dan isteri alami. Rezki Tuhan, Maha Pengasih memberi kami kehidupan. Sampai jua kami. Sampai di lapangan terbang attartuk. Hampir kehilangan beg galas, mujur sempat berlari dan dapatkan semula. Iyelah. Siapa tidak teruja sampai di Istanbul????

Dengan kedinginan 23 darjah, masih mampu bertahan tidak pakai jaket. Bersama jemaah lain. Rasanya kami pasangan paling muda.

Naik feri membelah fosforus.

Tersemat lagi memori masa kecil bersama ayah dan ibu ke Langkawi. Muntah mabuk laut. Di sini tidak, mungkin atas faktor air yang tidak berbau. Jua sudah dewasa mungkin. Mungkin. Dan seperti yang saya beritahu di awal tadi pelbagai rintangan kami hadapi untuk sampai sini. Begitu jua, saya kenal pengorbanan seorang ayah. Saya…..kena…..mula….belajar menjadi…..seorang ayah.

P/s: dibawah ini saya tulis di FB. Saya sendiri perasan. Lain nada surat dan fb ye.

1. Kubur ahmad ammar tidaklah berhampiran dengan makam sahabat nabi abu ayub al ansari. Jauh juga jaraknya. Yang berhampiran dengan makam kubur sahabat adalah sultan2 zaman othmaniyah. Kemudian pembesar2. Kemudian pemimpin2 zaman sekarang. Kemudian orang biasa yang berjasa juga yang dihormati. Di situlah kubur ahmad ammar.

2. Solat sunat di sini 4 rakaat. Sebelum solat, imam berdoa dan baca surah al ikhlas 3 kali secara tarannum. Ouh dan juga mereka tidak angkat jari masa bacaan syahadah (nampak sangat tak khusyuk solat….:'( …)

3. Guna bahasa isyarat/simbol/apa2 saja!!!. Orang turki biasa jarang2 boleh berbahasa arab/english. Kata advencer…belum ke german lagi.

4. Mujur pernah belajar dengan pak cik ali reza dari iran cara minum air teh+kiub gula dengan betul. Orang perempuan saja letak gula cair dalam teh panas. Orang laki letak kiub gula dalam mulut dalam hirup pelan2 teh panas. Dan dari sini kita boleh dapat kawan dengan orang turki.

image

Yang berjalan
Perewa

KLIA dan kembarnya

Posted: April 28, 2014 in KLIA

KLIA

Semalam. Pembukaan KLIA dan mimpi2 AIRASIA kehadapan.

image

Sudah lama tidak berkunjung ke KLIA. Kali ini hadir menuju KLIA2. Masih berdebu. Masih ada kosong. Tapi diraikan oleh rakyat.

image

Diterangkan oleh penyambut yang mesra. Tidak letih. Tidak lelah. Sama2 meraikan.

image

Masih rindu balai perlepasan dan balai ketibaan. Detik yang amat menyeronokkan. Kasih sayang. Yup. Mungkin juga bukan kasih sayang. Terpulang. Moga baik2 saja.

image

Yang menariknya di situ. Parkir khusus untuk kereta hybrid disediakan. Adakah rakyat akan ikut arahan. Atau syarikat akan bersikap toleran. Kita lihat apa yang bakal terjadi.

image

Masing2 beratur demi mendapatkan tiket palsu. Tiket palsu ini akan membawa anda ke satu tempat yang apabila siap kelak. Hanya empunya tiket saja dibenarkan masuk. Dan kali ini percuma. Keseronokan pada tiket palsu ini tidak terkata. Lihat saja jumlah yang beratur.

Mungkin ini saja cerita. KLIA2. Tidak banyak tidak sikit. Menyimpan impian untuk menamatkan mimpi berjalan di awan. Bersama yang tersayang.

Pray 4 MH370.

Semoga baik2 saja ye.

KLIA dan teman yang-yang-melayang

Posted: September 30, 2013 in KLIA

Kg Baru
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Yang maha mengetahui dari segala mereka2 yang merasa lebih tahu. Dari wujud sehingga mutakalliman. Kita ini umpama air di dalam botol yang pecah jika tiada Tuhan. Tiada kita.

Surat yang melayang-layang ini berterbangan dibawa arus angin ke daerah2 kecil eropah nan dingin. Saya ada beritahu pada teman saya yang saya sudah tulis surat ini. Tapi masih malas untuk publish. Maka pagi ini saya menulis lagi. Untuk pengetahuan pembaca semua. Surat ini saya tulis beberapa pagi sambil menikmati sarapan barat di Malaysia. Tidak-lah barat mana kalau air-nya masih teh tarik. Kan? Surat yang sedikit demi sedikit saya garapkan ini, adalah sekadar percubaan menulis dari sudut pandang teman saya itu. Saya cuba.

“Dan tatkala menerima keberadaan waktu terbang ke besongkong adalah amat perit. Namun ku pujuk jua hati dan jiwa atas nama pendidikan.”

-tamat-

Yang merasa diri wujud di jiwa makhluk lain
Perewa