Archive for the ‘Jurnal Memori’ Category

Jurnal mimpi jumaat malam

Posted: August 12, 2017 in Jurnal Memori

Sisa-sisa mimpi dalam ingatan.

Hanya ada bomba.

Advertisements

Aku masih ingat lagi, beberapa tahu lepas aku ada temubual sorang budak. Aku kenal macam mana budak ini aku sudah lupa. Ini hanyalah sekadar memori yang tinggal. Budak ini duduk di asrama. Dan aku jumpa dia waktu dia ada kelas. Aku ada tanya dia, siapa idola dia. Aku dah lupa budak ni jawab apa. Tapi antara dua jawapan ni la. Budak ni jawab,

Gabriel Omar Batistuta/Pablo Aimar.

Aku tahu, kerana nama yang disebut ini adalah nama hebat dalam dunia bola sepak. Sorang penyerang, sorang lagi pemain tengah. Bagi aku okeylah. Tapi ada persoalan yang bermain dalam fikiran aku waktu itu. Dan aku tanya dekat dia.

Kenapa bukan mak atau ayah atau Nabi Muhammad?

Iye perihal Nabi tu mungkin sudah agak biasa. Dan budak tu jawab.

Mestilah semua orang pilih Nabi, tapi Nabi bukan saja idola. Dia lebih dari tu. Dan sebab tu aku saya pilih lain. Kenapa bukan mak dan ayah saya sebab…mungkin sebab tiada apa yang mereka buat, yang buatkan saya bangga. Sama macam apa yang saya buat. Tiada apa yang membanggakan mereka. Kami hanya hidup dalam dunia yang biasa.

Saya pun angguk dan tutup buku.

Sokongan

Posted: August 1, 2017 in Jurnal Memori

Nasib yang paling baik dalam hidup adalah kau dapat sokongan, bukan bebanan atas keterpaksaan

Rakaman terakhir

Posted: July 12, 2017 in Jurnal Memori

Aku ingat lagi, waktu petang yang terkocoh kocoh aku tutup kedai. Mahu ziarah seorang kawan di ppum. Esoknya bakal dibedah. Rakan itu sudah pun arwah akibat banyak pendarahan atau apa tidaklah pasti. Tapi aku mereka kisah…

Petang itu waktu bertemu beliau, aku minta izin untuk merakam video. Dua rakaman setepatnya. Satu rakaman pada soalan jika pembedahan itu berjaya. Satu rakaman pada soalan jika pembedahan tidak berjaya.

Agak sukar sebenarnya merakam kerana rakan tidak putus2 datang. Tapi aku mengambil keputusan agar rakaman diteruskan meskipun ada rakan yang datang menziarahi beliau.

Rakaman pertama.

Hai Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menonton video ini. Video ini dibuat atas idea kawan saya hafiz. Katanya sebagai kenang kenangan jika pembedahan ini berjaya. Ucapan saya jika pembedahan ini berjaya adalah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang sekali lagi untuk membuka mata dan menikmati alam ini. Rasa sakit yang saya alami dulu sudah tiada. Hanya beberapa organ dalaman yang tiada hehe. Tidak mengapa, saya akan kekal ceria dan gembira meneruskan hidup baru. Saya akan beri dan tiupkan semangat buat rakan2 senasib dengan saya. Ingat ye kita tidak keseorangan. Kerana kita ada Tuhan. 

Sekian terima kasih.
Rakaman 2

(Rakaman berlarutan hampir setengah minit, beliau tiada kata ingin diluah)

Assalamualaikum, maafkan saya kerana lambat memberi respon. Mungkin ini rakaman terakhir saya buat anda semua. Saya ingin ucapkan terima kasih buat semua, terutama keluarga saya ayah, adik2 saya yang tidak pernah lelah menjaga saya. Ibu, along akan bertemu ibu. Juga kepada warga hospital serta doktor yang telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pembedahan ini berjaya. Tuhan merancang, kita pun merancang. Tapi perancangan Tuhan itulah yang terbaik. Saya memilih pembedahan yang berisiko ini kerana inilah takdir yang saya pilih. Saya doakan jika ada yang rindu saya, tengoklah berulang kali video ini. Dan doakan saya di dunia yang satu lagi.

(Sambil mengesat air mata)

Okey dah.
Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Semoga roh teman saya itu berada di tempat selayak buatnya. Ameen 

Cikgu dan Zi

Posted: March 16, 2017 in Jurnal Memori

Hari ini zi menjenguk cikgunya yang hidup sorang diri selepas yang lain dimamah masa. Yang lain itu bermaksud keluarga. Zi menuju ke tingkat atas rumah.
Cikgu, ini saya. Zi. Cikgu kenal lagi? Anak murid cikgu. 
Lelaki itu melihat sebentar ke arah suara Zi. Kemudian berpaling. 
Siapa suruh kau datang. Semua orang sudah lupakan aku. Pergi.
Zi, datang nak bagi cikgu buku. Buku yang zi tulis sendiri. Cikgu, kenapa masa majlis kahwin Zi cikgu tiada. Sedangkan waktu majlis cikgu Zi datang sedaya upaya.
Orang mengungkit boleh pergi mati.
Cikgu, Zi tinggalkan buku Zi kat sini. Nanti kalau cikgu ada masa, bacalah. Dan komen macam yang rajin buat satu ketika dulu.
Prang* bunyi gelas jatuh.
Aku kata pergi.
Sambil menahan air mata dan sebak, Zi pergi meninggalkan cikgunya yang satu ketika dulu susah sehingga melutut merayu minta pertolongan orang yang dikenal. Tapi yelah, hidup di dunia. Manusia mana yang tidak susah. Rakan2 sekelilingnya juga susah dan sesak waktu itu. Mungkin cikgunya tidak mahu memahami.
Zi adalah orang terakhir yang bertemu dengan seorang tua bernama …… …. selepas peristiwa itu. Rumah itu telah kosong. 
Tiada lagi cikgu untuk Zi.

Jurnal mimpi awal 2017

Posted: January 22, 2017 in Jurnal Memori

Malam tadi mimpi selepas tidur di dalam bilik selepas aisyah muntah 2 kali. intinya adalah orang ataupun kelibat masuk di dalam rumah tingkat 2 melalui tingkap di tepi tangga. masaalahnya tingkap di tepi tangga itu kalau dalam dunia sebenar tidak boleh dibuka. kemudian orang yang masuk ini adalah orang dewasa dan kanak-kanak. Ia bermula dengan badiuzzaman memberitahu ada orang di atas rumah tingkat 2. saya terus naik dan kelihatan mereka kelam-kabut melarikan diri dan perkara ini berulang sehingga saya melakukan sesuatu menghalang mereka masuk dan mereka jatuh ketika melompat dengan tinggi…….

Jurnal mimpi

Posted: January 8, 2017 in Jurnal Memori

Malam tadi aku mimpi pergi ke Kelantan mungkin terkenangkan kenangan lama. Aku pergi ke masjid muhammadi melihat keadaan dalam masjid, cuba mengetuk boleh dikatakan beduk yang mana pada waktu aku belajar dahulu ia digunakan untuk menggerakkan orang bangun subuh sekitar kawasan kota bharu. Bunyi ketukan boleh didengari sehingga pengkalan chepa.
Kemudian mimpi aku beralih ke kawasan sungai tamat