Archive for the ‘surat dari binatang’ Category

Surat Kepada Angsa

Posted: May 11, 2015 in surat dari binatang

Kampung Baru
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Kehadapan Angsa putih yang kisahmu masyhur di seluruh dunia. Kisah yang menjadi cerita pengajaran buat setiap anak kecil. Kelak bila besar, jadilah anak tadi sebagai insan yang tidak tamak.

Surat ini ditulis atas peristiwa yang sedang dihadapi negara saya. Negara saya diketuai oleh dua ekor beruang. Saya sebagai penduduk negara ini merasa gusar. Kerana tiada siapa yang berani menegur ke-dua2 beruang ini. Saya teringat pada masa kecil, kisah angsa putih ini begitu memberi kesa kepada saya. Maka saya ambil keputusan mengutus surat agar sang angsa putih boleh datang ke negara saya. Dan berkongsi kisah apa yang berlaku tatkala angsa putih mengeluarkan telur emas.

Tiada yang mustahil jika kita yakin. Saya begitu berharap keajaiban akan muncul. Kerana…..kerana…..sebenarnya angsa putih telah pun mati selepas dibunuh insan yang tamakkan telur emas. Perutnya dirobek dengan penuh rakus. Saya menangis. Semoga negara saya tidak jadi begini.

Yang mengutus surat pada binatang
Perewa

Advertisements

Lautan Atlantik

Uwak
Uwak
Uwak

Itu bunyi aku. Aku seekor burung. Aku tulis surat. Ada masalah? Tiada kan. Sekarang zaman, zaman kebebasan. SESIAPA BOLEH BUAT APA2. Ada satu akta diwujudkan untuk hal ini. Akta ini terpakai juga pada aku. Seekor burung. Jangan berfikir secara dangkal yang aku ini “burung”. Dasar otak bawah tempurung. Aku adalah burung yang punyai cita2 luas. Seluas langit yang meliputi bumi.

Waktu surat ini ditulis. Aku sudah merasa benar erti bebas. Teman2ku beritahu. Ada satu tempat bernama Mogadishu. Tempat ini tidak dikenali orang. Jika mahu lari dari dunia. Terbanglah ke sini. Mogadishu adalah syurga para burung. Aku sudah pun sampai di Mogadishu. Seingat aku, sampai saja di sini. Aku akan rasa benar “bebas” itu. Akan tetapi aku cuma terkhilaf sikit maksud bebas teman2ku.

Belum sempat aku berkenalan sama burung2 lain di Mogadishu. Aku telah……………

Yang telah mati
Seekor burung yang terbang di Mogadishu