Sebuah Kampung
Hujung Bandar
Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang menyimpan kenangan dan memori lalu, Tuhan yang menggerakkan masa kini dan Tuhan yang Maha Mengetahui masa depan.

Ketika surat ini ditulis, mungkin ayah sudah tiada, jika ada pun mungkin sudah tidak ingat surat ini pernah ayah tulis. Tidak pastilah anak2 ada baca surat ini. Jika terbaca, mohon ikut arahan ye.

1. Mungkinlah waktu sihat tidak pernah terfikir dek akal mahu pakai Pampers. Tapi bila sudah tidak sihat dan bermaya maka, jadilah seperti bayi yang mengharapkan bantuan orang untuk menguruskan hal dalam tandas. Ayah akan jadi orang yang ikut arahan, atau melawan untuk tidak pakai dan mahu pergi ke tandas. Dipapah ke tandas satu kepayahan. Alang bukan kepalang, mahu dibasuh dengan tangan sendiri. MasyaAllah! Pejam mata, tutup hidung. Basuh lah dengan segera. Mungkin menitis air mata dek bau yang pekat. Tapi jangan tinggalkan ayah ye.

2. Kadang ingat kadang lupa, engkau ini siapa, kata orang siapa yang banyak membaca, akan membuatkan otak kekal cergas. Kurang dihinggapi penyakit nyanyuk dan lupa. Dementia orang panggil. Jika waktu itu, jangan dipermainkan ayah. Cubalah menyambut cerita dengan kebenaran. Kisah kegemilangan zaman ayah. Tapi jangan tinggalkan ayah ye.

3. Mungkin memang ayah akui, marah. Selalu saja nak marah. Ada saja tak kena. Maafkan ayah. Cepat terasa, iye itulah ayah. Lepas marah, dimarahi semula. Maka, entahlah. Semoga bila sudah sampai satu masa. Harapnya mempunyai kesabaran yang tinggi, andai ada terlepas kata segeralah peluk cium minta maaf.

Ayah maafkan semua kesalahan yang dilakukan oleh anak2. Sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayat. Jangan lupa doakan ayah ye. Anggaplah ini surat sebagai peneman rindu.

Ada soalan ingin ditanya, apakah yang paling ditakuti dalam hidup ini?

Jika jawapannya kehilangan ayah dan ibu. Ketahuilah begitu juga, ayah dan ibu. Kehilangan anak umpama hilanglah sesuatu di dalam jiwa.

Semoga kenangan menjadi kenangan.

Wassalam.

Yang menulis dari masa lalu untuk masa depan
Ayah

KLIA 2 selepas kenduri…

Posted: September 16, 2019 in KLIA

Sabtu lepas selepas selesai kenduri di Putrajaya sekeluarga pergi ke KLIA 2. Berjalan mahu tengok kapal terbang. Jerebu di luar. Perasaan?

Melihat muka orang ramai yang teruja di balai ketibaan dan perlepasan. Kami tidak dapat merasa hal itu kerana tiada tiket yang dibeli. 🏃 di lautan manusia yang masing2 sibuk menolak troli bersama bagasi.

Pulang dengan membayar tiket parking bernilai RM8

Mimpi kencing!

Posted: September 16, 2019 in Jurnal Memori, Uncategorized

Hampir yakin mimpi adalah mainan tidur. Kelmarin bermimpi…

Pada dingin pagi jam 3. Rasa nak kencing. Dan yang keluar daripada saluran adalah air warna kuning.

NANAH!

Doktor buat pemeriksaan dan hanya berikan ubat. Seramnya.

Esok bangun dari tidur. Nak kencing pun takut.

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana mungkin Arnab tertewas dengan kura-kura. Tertidur, ramai jawab tertidur. Tapi ramai dari kita bulat-bulat menerima cerita yang telah diolah sesedap rasa mengatakan tidurnya arnab kerana ego. Anda yakin? Dan dengan rasa tanggungjawab kisah Arnab dan Kura-kura ini dimurnikan semula.

……………………………………………………………………………………………..

Malam sebelum pertandingan bermula, cuaca redup. Cahaya bulan terang melimpah dan jatuh ke dedaunan semalu. Dengan memakai headband, baju Adidas buatan China, dan berseluar pendek Arnab sekadar slow-jog di waktu petang. Latihan terakhir sebelum hari pertandingan perlu dilakukan agar tidak dimalukan oleh kura-kura.

Lari punya lari, tidak perasan akan diri Arnab bahawa rumah kura-kura di hadapan. Arnab tersenyum dan hajat hati ingin menjenguk latihan kura-kura. Sampai saja di hadapan pintu, belum sempat arnab memberi salam. Bunyi batuk yang sangat kuat dari dalam rumah.

‘Ughuk, Ughukkkkkkk…’

Arnab khali.

Setiap binatang di dalam hutan mengenali arnab. Penyampai cerita dan berita untuk semua binatang. Dengan kepantasan kakinya, segala berita dapat diketahui dengan sangat pantas. Lebih-lebih lagi arnab dulunya adalah bekas pelajar jurusan komunikasi massa. Dan ini kali pertama arnab terdengar kura-kura batuk, jika kura-kura batuk bermakna tidak sihat. Dan jika kura-kura tidak sihat, pertandingan ini tidak adil. Arnab juga mempunyai sifat kemanusiaan! Meskipun secara hakikatnya arnab adalah binatang. Bunyi sok sek sok sek. Arnab merapatkan telinga.

“Ayah, larat ke esok ayah nak berlumba dengan arnab? Kur-kur tengok macam tak larat ayah ni. Ayah jangan paksa diri. Nanti sakit badan. Ayah nak tewaskan arnab macam mana, sedangkan dia punya kelajuan kita baru nak mula dia sudah separuh jalan.”

“Kur-kur anak ayah, kalau kita yakin. Kita akan berjaya. Keyakinan adalah kunci utama sebuah kejayaan. Dan kalau kita tidak cuba, kita tidak akan tahu hasilnya. Menang kalah belakang kira. Paling kurang kita mesti cuba. Apatah lagi, hadiah kemenangan itu nanti kita boleh guna untuk bayar yuran pengajian kur-kur dan hutang tertunggak rumah ini. Si tikus tu dah lebih lapan kali ingatkan ayah. Ayah kena cuba. Ayah mesti cuba. Mesti.”

Ughuk ughuk ughuk…

“Ayah, kalau begitu biarlah kur-kur yang tewaskan arnab. Kur-kur masih muda. Jantung kur-kur juga lebih kuat. Ayah batuk teruk, dan batuk ini boleh menganggu ayah untuk fokus ketika dalam pertandingan. Kur-kur tahu duit kemenangan itu berbaloi. Tapi kalau terjadi benda yang tidak diingini pada ayah? Macam mana? Ayah tak risau?
Kur-kur, jangan bimbang. Ayah masih kuat. Cuba lihat Treadmill yang ayah pinjam dari Rozita Hamster, sangat membantu. Dan ayah boleh lari. Steady saja. Ughuk ughuk ughuk… malam ini jangan lupa kerja kita. Walaupun esok hari pertandingan. Ranting-ranting kayu mesti kita kutip agar hutan kita ini bersih. Upah yang kita dapat hasil dari membersihkan hutan paling kurang membantu kita meneruskan hidup.”

“Jika ayah kata begitu, baiklah. Kur-kur akan jadi tangan ayah. Ayah jangan risau. Semuanya kur-kur akan selesaikan.”

Arnab terkesima. Aduh, kura-kura tidak sihat. Perlawanan perlu ditunda agar kura-kura boleh bertanding secara adil. Arnab tidak mahu dianggap mengambil kesempatan atas kesusahan binatang lain. Sudah lah lawannya adalah kura-kura, kini kura-kura itu pun tidak sihat 100%. Arnab tiada pilihan lain. Arnab dengan cermat memegang tombol pintu rumah kura-kura. Pintu diketuk.

Tok…tok…tok…

“Kura-kura, ouh kura-kura. Arnab ni, buka pintu. Aku sudah dengar semuanya.”

Suasana di dalam rumah kura-kura tiba-tiba menjadi sunyi, sepi seolah tiada penghuni. Arnab tidak dapat masuk kerana pintu berkunci. Lebih sepuluh kali arnab memanggil kura-kura, tapi tiada yang menyahut. Arnab pulang memandangkan langit semakin gelap. Sejak akhir-akhir ini, hujan turun agak lebat. Tidak mahu mengambil risiko demam, maka segeralah arnab pulang.

Sampai saja dirumah, arnab disambut dengan gelak tawa anaknya. Arbok. Arbok berlari mendapatkan arnab, sambil menunjukkan daun-daun yang disambungkan membentuk mahkota.

“Ibu sudah bangun?”

“Sudah, arbok sudah beri ibu makan.”

Arnib, isteri arnab diserang penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu. Terlantar di atas katil, dengan bantuan arbok anak tunggal kesayangan mereka. Arnib dijaga dengan penuh kasih sayang.

“Atok mana?”

“Atok ada dalam bilik, berehat. semua sudah makan. Ayah saja belum makan lagi.”

Arnold, ayah kepada arnab datang dari baka eropah. Atas ketidaksesuaian cuaca, arnold tidak mampu tahan hangat mentari di hutan khatulistiwa. Sentiasa badan kelesuan, semakin meningkat umur semakin lemahlah badannya. Kisah percintaan arnold dan nenek arnab yang dihalang oleh keluarga sehingga mereka melarikan diri ke hutan khatulistiwa sangat menyayat hati.

Arnab memanggil anaknya untuk makan sekali. Arbok menuju ke meja makan.

“Arbok, hari ini kita kena buat kerja dua kali ganda. Sebab esok tak boleh buat kerja. Esok hari pertandingan. Segala hasil kita kena jual hari ini juga. Lepas makan ini, ikut ayah ye.”

Begitulah cadangan arnab, selepas makan mahu terus melakukan rutin kerjanya. Mengutip sayur-sayur liar untuk dijual kepada binatang lain. Arnab akan memikul arbok di bahu supaya mudah untuk mengambil sayur-sayur liar jika berada tinggi dari paras kepala arnab.
Mereka terduduk keletihan. Selepas berhempas pulas. Kini masa untuk menghantar ke pasar borong. Kebetulan, terserempak dengan kura-kura dan anaknya kur-kur. Arnab cuba menegur dengan memandang tepat ke arah kura-kura. Kura-kura memalingkan pandangan. Kur-kur ternampak arbok, segera didapatkan kawannya. Budak-budak bila jumpa kawan, biasalah. Arnab tanpa berlengah terus menghampiri kura-kura.

“Aku tahu kau nak cakap apa, tidak. Kita teruskan pertandingan ini. Aku tidak perlukan belas ihsan kau.
Kura-kura, adakah hati kau sekeras cengkerang kau? Aku hanya mahu pertandingan yang adil. Kita semua dalam hutan ini tengah bergelut untuk teruskan hidup. Kau bukan tidak tahu penganjur perlumbaan ini otaknya apa, hanya mahu fikir keuntungan. Dengan kehadiran binatang dari hutan-hutan berhampiran. Populariti penganjur akan naik. Aku tiada masalah, tapi dengan keadaan kau begini. Aku tidak setuju.”

“Aku tetap tidak akan berganjak dengan keputusan aku. Walaupun aku tahu aku akan tewas di tangan kau. Tangan sahabat baik aku. Aku akan tunjuk kepada anak aku, kita mesti mencuba kerana kita tidak tahu penyudahnya bagaimana.”

“Kur-kur, kur-kur…jom balik.”

Mereka mengambil haluan masing-masing.

“Ayah, jadi ke ayah berlumba dengan pak cik kura-kura esok?”

Arnab diam kemudian bersuara.

“Arbok, kadang dalam hidup ini kita perlu buat sesuatu di luar dari kebiasaan kita.
Apa maksud ayah?
Kalau ayah kalah esok macam mana?
Ayah, ayah tidak pernah kalah.
Tapi kalau ayah kalah esok macam mana?
Ayah, kalau ayah kalah esok. Arbok tetap anggap ayah sebagai juara. Macam ayah cakap, kadang dalam hidup ini kita kena buat sesuatu luar dari kebiasaan kita.”

……………………………………………………………………………………………..

Hari perlumbaan.

Arnab datang agak lambat kerana keletihan melakukan kerja lebih semalam. Kura-kura memandang ke arah arnab. Arnab senyum. Kura-kura mengangguk sambil pura-pura membuat muka bengis. Dan mereka berdua kini telah bersiap siaga di garisan mula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 8 Ogos genap setahun ayah pergi mengadap Ilahi. Hari ini juga hari lahir ayah. Saya yang dulu ingatkan tidak ingat hari lahir ayah. Iye memang tidak ingat, tapi bila melihat semula memory di FB. Tahun 2012, rupanya saya sendiri ada belikan kek aiskrim Baskin Robbins buat ayah.

Specialnya.

Ayah suka bercerita, banyak sangat memori kenangan dengan ayah. Tadi pagi ke kubur ayah. Masih rutin sama, doakan kebahagiaan roh arwah ayah. Sepertimana ayah selalu bila pulang kampung, ziarah kubur atok dan mak ayah. Seperti itu jugalah saya akan buat dan ajar anak.

Ayah.

Advencer ke lautan gelap

Posted: June 30, 2019 in Jurnal Memori

Semalam saya telah bermimpi. Dan mimpi ini saya mula ceritakan kepada anak kecil Camelia berumur 1 tahun setengah, kemudian Aysyah umur 3 tahun.

Mimpi saya bermula dengan kesibukan orang di pelabuhan/kawasan lapang yang mahu mengembara. Siapa yang berminat boleh turut serta. Waktu itu tiada fikir lain, hanya mahu turut serta. Saya daftar dan melihat kapal yang bakal kami naiki. Ianya adalah cantuman dari kapal2 yang bersaiz kotak kecil cukup seorang di dalam kotak kecil kayu jati.

Dalam menuju ke pelabuhan ada seorang peserta mahu singgah ke kedai. Kami sedang naik teksi tak silap. Dan peserta itu turun, ouh lupa, dia bawa anak dia. Dada saya waktu tu berdebar. Anak dia menangis, pemandu meneruskan perjalanan. Ayah budak ni buat isyarat jumpa di pelabuhan.

Saya yang sebelum itu ada share gambar beli barang (saya lupa barang apa). Ada tanda harga. Di status whatsapp. Selang beberapa minit, saya ditegur oleh rakan lama. Amboi siap ada tanda harga.

Saya tertawa dan beritahu,

Zaryna, saya akan pergi Advencer. Pelayaran yang hebat. Lama betul tak jumpa.

Saya pun meneruskan perjalanan dan rasa pengembaraan kali ini sangat hebat.

Tamat mimpi.

Segala puji bagi Allah Tuhan yang menyimpan masa lalu, menggerakkan masa kini dan Maha Mengetahui masa depan.

Kampung Lembah Melewar

Kuala Lumpur.

Semoga roh yang telah pergi meninggalkan dunia nan fana ini tenang saja di sana.

Aku Sebuah Meja

Posted: June 30, 2019 in Uncategorized

Dalam berbilion meja di dunia, kisah meja ini paling menarik perhatian.

Ketika aku ke sebuah kedai perabot terpakai. Meja ini terlalu luarbiasa. Memikat. Iye, memikat ayat lebih tepat. Aku menghampirinya. Menegurnya.

Apa khabar, errr…

Cik Jati. Panggil saya Cik Jati.

Apa khabar Cik Jati. Bila sampai?

Semalam, saya dihantar ke sini untuk dibaiki. Bukan untuk dijual semula.

Ouh okey, cantik kaki Cik Jati.

Terima kasih. Saya penat kerana seharian berfungsi di dalam pertemuan pemimpin parti.

Selamat hari anak

Posted: June 19, 2019 in surat kepada Wafiyyah

Maafkan ayah sebab garang. Sepatutnya malam tadi dah minum air susu coklat, tapi sebab lewat dah ayah cakap minum pagi nanti. Lepas mandi pagi semua minum susu coklat. Dan tertumpah di baju Aysyah. Aysyah tak nak tukar baju meskipun sudah comot. Maka berlakulah pergaduhan yang mana abang Badiuzzaman yang tolong leraikan.

Selamat Hari Anak2.

Perlu sederhana tapi berterusan.
Jika tidak
jadilah kita hamba Ramadhan, bukan hamba Tuhan.Tahun lepas ada terfikir, untuk hafal Quran. Sebelum tu semasa umur masih muda dan mempunyai selautan masa terluang. Khatam Quran bulan Ramadhan, satu waktu satu juzuk. Gayanya mampu khatam sebanyak 6 kali.Cukup 30 waktu yakni Ramadhan ke 6 sudah khatam Quran. Mahu sambung datang godaan, takpelah sudah khatam. Slow2 pun tidak apa. Semangat pun luntur, Quran sudah tidak pegang. Terus rasa menyesal. Kemudian sehingga kini meneruskan tradisi diri sendiri khatam Quran bulan Ramadhan. Satu hari satu Juzuk. Biarlah penulisan banyak pasal kena hayati bacaan Quran, bukan mengejar tamat baca Quran dalam bulan Ramadhan. Tuhan lebih mengetahui ibadah kita dari yang menulis segalanya. Pokoknya kita membaca wahyu Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Selepas beberapa ketika, terasa ingin mencabar diri agar menghafal Quran. Berkira2 hafal satu tahun satu juzuk, cukup 30 tahun dapatlah menghafal 30 juzuk. Kemudian roh ditarik oleh malaikat maut alangkah indahnya sudah ada peneman di alam sana. Namun! Nak hafal satu juzuk satu tahun bagi orang biasa seperti saya, banyak sungguh dugaan. Yang sebenarnya diri yang tidak kuat.Quran pembelian arwah ayah waktu saya tingkatan 1, saya simpan sehingga kini. Kemudian beberapa minggu sebelum ayah pergi, ayah hadiahkan Quran baru ke semua anak dan adik beradik ayah. Pada awalnya, saya ingin beri pada orang lain, sebab sudah ada Quran di rumah. Tapi sebab duk tangguh2, tak buat. Sehinggalah ayah pergi mengadap Ilahi. Sekiranya saya beri hadiah ayah tu pada orang lain, saya rasa mungkin saya ini orang paling kecewa dalam dunia. Tapi mungkin juga ayah dapat faedah, apabila Quran itu dibaca orang lain. Namun, saya juga membaca nya sehingga kini.Semoga roh arwah ayah sentiasa dirahmati Allah.