Surat pada #HariBukuSedunia

Posted: April 23, 2014 in surat untuk buku

Pinggir Bandar
Kota Luhur

Assalamualaikum, Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan segala kebaikan bermula darinya. Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali, kecuali, kecuali yang beriman dan beramal soleh.

23 April, satu tarikh bagi sesetengah negara yang mengangkat buku sebagai simbol peradaban akan meraikan dengan penuh kemeriahan. Saya? turut sama. Dalam surat kali ini, bukan untuk saya melepaskan ketidakpuasan hati pada sambutan hari buku 22 April (dek kerana exco2 dan menteri besar negeri yang terlibat dalam sambutan ada mesyuarat 23 April). Bukan, kerana ada hal yang lebih penting dari itu sebenarnya. Hal itu sudah setahun berlalu.

Waktu itu, 2013….

Dengan tiba2 semua bangkit mempersoalkan fakta yang telah dibuat oleh novelis sejarah Pak Latip. Novel beliau Hijrah terbitan PTS telah melakukan kesilapan fakta. Maka beberapa insan dengan lantang menyuarakan segala amarah. Perli. Sindir. Sarkastik. Saya rasa terkilan tatkala seorang teman saya ini juga turut sama dalam isu itu. Saya jenis yang tidak suka bersekali jika satu2 isu bangkit. Melainkan ia benar2 perlu menyatakan pendirian. Setakat ini tiada lagi. Bagi saya untuk menegur itu tidak salah, tapi kerana namanya PTS. Yang ditunggu untuk baham sudah tersedia! apa lagi!

Dan tidak beberapa lama kemudian, Novel Hijrah ini ditarik semula.

http://saifulislam.com/2013/03/14-penarikan-semula-novel-hijrah-dari-pasaran-kenyataan-media-oleh-pts/

Saya sebenarnya lebih suka memerhati dan terus memerhati. Tunggu masa dan keadaan yang saya kira sudah tenang. Baru tulis. Kerana, saya yakin pada waktu ini baru mereka akan ada keterbukaan sedikit. Maka cerita ini, sama seperti apa yang saya ceritakan pada Meiner Frau.

Terbanglah kita semua pada tahun 2003…..

20140423_174131

Waktu itu umur saya baru saja 16 tahun. Bulan Ramadhan. Kuliah Ramadhan. Penyampainya adalah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Tajuk kuliah pada malam itu lebih kepada bagaimana Allah mmelihara Al Quran. Saya ingat, dan akan ingat sampai bila2. Atas teladan saya dapat dari kisah benar yang disampaikan.

“Setelah sekian lama, akhirnya PAS mengeluarkan buku Negara Islam dan juga disebut Dokumen Negara Islam. Buku ini menggunakan Nas dari Al Quran hampir 100%. Proses menyiapkan buku ini terlalu ketat. Ia bermula dengan kumpulan penyelidik, Majlis Syura, Majlis Kepimpinan, kembali semula pada kumpulan penyelidik. Dan proses ini berjalan sehingga setiap lapisan berpuas hati. Akhirnya, Alhamdulillah. Siap juga buku ini. Yang mana telah diperiksa oleh semua bahagian dalam PAS. Saat hari perasmian buku ini diedarkan pada khalayak umum, buku ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Selasai saja majlis tersebut. Pada malam hari. Saya telah dapat satu panggilan.

“Ustaz, pada ayat ini ada kesilapan berlaku. Sepatut barisnya di atas, tapi dicetak baris bawah”

Saya beristighfar dan rasa betapa kerdilnya diri. Meskipun telah melalui pelbagai lapisan untuk menapis kesilapan dan hal2 berkait. Tetap juga ada kesilapan. Maka kami buat keputusan mencetak muka surat itu dan edarkan kepada khalayak lagi sekali.”

Selepas peristiwa itu, terus saja saya pulang rumah dan ambil Buku Negara Islam ayah punya. Ternyata ada kesilapan yang dimaksudkan. Disertakan sekali muka surat yang sudah dibetulkan. Manusia, manusia, manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan. Dalam kita memarahi kesilapan manusia lain. Adakah kita tidak pernah melakukan kesilapan? ia benar, boleh saja menegur. Tapi kena dengan cara. Boleh rujuk teguran yang dibuat oleh Ustaz Hasrizal. Tapi pada tahun itu, 2003. Hanya ada friendster. Dunia masih suci. Sekadar Akhbar dan TV saja main peranan. Jika twitter dan facebook sudah muncul. Pasti berpuluh kali lipat hentaman dan hentakan akan dikenakan pada PAS.

Maafkan saya jika saya tersalah cerita. Sejak akhir2 ini, kesilapan memang benar2 dicari oleh setiap manusia. Saya mohon maaf jika tulisan itu adalah satu kesilapan. Tapi bukankah anda membacanya juga satu kesilapan? 🙂

yang menunggu sehingga setahun untuk tulis satu2 isu
perewa

Leave a comment