Archive for August 13, 2017

Surat dari Watin

Posted: August 13, 2017 in 16 surat dari Syaitan

Apartment Angkasa PJ

Tingkat atas

Segala puji bagi Allah pencipta alam.

Ketika surat ini ditulis kau baru saja sampai bersama Zalitun. Dengan penuh kepapaan, Zalitun menyerahkan kau pada aku. Kau berdiri. Berjalan hingga hujung bangunan. Memanjat penghadang. Dan kau mahu bunuh diri.

Aku menahan dengan memegang bahu kau.

Sabar dulu wahai manusia. Kau memandang aku. Kau menyalahkan Tuhan atas segala yang terjadi. Kau sudah tidak punya apa2 lagi. Tuhan telah merampas segalanya. Apa erti hidup di dunia

Aku memegang dagu kau dan merenung tajam ke dalam mata. Dengan ekor aku yang panjang. Sangat panjang, meng-elus2 kepala kau.

Hawa, kau tidak takut dengan aku?

Aku bertanya. Dan hawa hanya mengelengkan kepala. Aku memberikan cadangan agar tidak perlu hawa terjun bangunan. Aku telah menetap di neraka ini lebih ratusan ribu tahun. Pelbagai manusia aku temui, pelbagai sebab untuk mereka bunuh diri telah aku perhati. Dari hutan Aokigahara hingga ke Air Terjun Niagara. Aku jumpa pelbagai. Dan kau hawa, niat kau terlalu lemah. Kau perlu mempunyai sebab yang kuat untuk mati agar kau jalan bukak dada dalam neraka nanti. Ini, kalau niat kau bunuh diri sebab alahai lemahnya. Baik kau simpan saja niat tu. Biar aku tunjukkan kau satu tempat yang mungkin sesuai untuk orang seperti kau.

Dan hawa pun naik di belakang badanku tanpa banyak bicara. Kami pun mula terjun dengan kelajuan yang tinggi.

Yang menderita

Watin

Advertisements