Archive for August 11, 2017

Kembali ke masa lepas

Posted: August 11, 2017 in surat pada diri

Selepas aku mengembara ke masa lepas, bertemu dengan hal2 lepas. Peristiwa2 lama, filem yang pernah ditonton, rumah yang pernah diduduki, tempat belajar. Akhirnya tidak merasa apa2.

Pada awalnya nostalgia itu sangat sedap. Tapi ianya kosong selepas kita alaminya sendiri. Dan ia telah menghasilkan kesimpulan bahawa lebih elok kita tidak mengimbau kenangan.

Dan aku telah pun tutup notification facebook perihal memory lama. Semoga di masa depan kita semua akan lebih baik dari masa lampau.