Archive for July, 2017

Kampung Lembah Melewar

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Tuhan yang tiada awal dan akhir.

Kehadapan diriku yang berumur 130 tahun. Waktu surat ini ditulis kau masih baring atas tilam pada jam 730pagi, sepatutnya kau kena bangun naik tingkat atas, print tentatif dan kemaskini simposium buku jalanan. Pastikan selepas surat ini selesai ditulis kau segera buat ye. Kerana pada jam 830pagi kau kena ke hidayah, kemudian kau mahu ke lablink ambil darah kemudian baru kau boleh sarapan.

Okey, kenapa surat ini ditulis?

Selepas beberapa bulan kau bertanya pada diri bagaimana kalau aku mampu hidup selama 130 tahun? Dan semalam kau taip di Google how long people can live, kau jumpa 122 rekod dunia. Yang masih hidup sekadar 115 macam tu. Kemudian pagi ini kau tengok pula imej mereka. Tiada yang kekal, kulit semua sudah jatuh, berada atas kerusi roda. Hanya mampu bertahan untuk hidup orang kata. Mata kabur, gigi sudah tiada. Umpama bayi yang perlu dijaga.

Rakan2 semua sudah tiada, kisah2 nostalgia memeritkan jiwa. Kau terseksa sebab kau tidak secergas zaman muda. Tapi ada seorang nenek umur 80 tahun ada otot kekar di badannya. Dia ada 40 tahun untuk buktikan tahap kesihatannya. Ratu Elizabeth 2 itu pun umurnya baru 91. (1926) kini 2017. ada 30 tahun lagi.

Perlu atau tidak hidup lama? Pastikan berbakti baru hidup dirahmati.

Moga terus maju.

Wassalam

Perewa Muda

Advertisements

Rakaman terakhir

Posted: July 12, 2017 in Jurnal Memori

Aku ingat lagi, waktu petang yang terkocoh kocoh aku tutup kedai. Mahu ziarah seorang kawan di ppum. Esoknya bakal dibedah. Rakan itu sudah pun arwah akibat banyak pendarahan atau apa tidaklah pasti. Tapi aku mereka kisah…

Petang itu waktu bertemu beliau, aku minta izin untuk merakam video. Dua rakaman setepatnya. Satu rakaman pada soalan jika pembedahan itu berjaya. Satu rakaman pada soalan jika pembedahan tidak berjaya.

Agak sukar sebenarnya merakam kerana rakan tidak putus2 datang. Tapi aku mengambil keputusan agar rakaman diteruskan meskipun ada rakan yang datang menziarahi beliau.

Rakaman pertama.

Hai Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menonton video ini. Video ini dibuat atas idea kawan saya hafiz. Katanya sebagai kenang kenangan jika pembedahan ini berjaya. Ucapan saya jika pembedahan ini berjaya adalah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang sekali lagi untuk membuka mata dan menikmati alam ini. Rasa sakit yang saya alami dulu sudah tiada. Hanya beberapa organ dalaman yang tiada hehe. Tidak mengapa, saya akan kekal ceria dan gembira meneruskan hidup baru. Saya akan beri dan tiupkan semangat buat rakan2 senasib dengan saya. Ingat ye kita tidak keseorangan. Kerana kita ada Tuhan. 

Sekian terima kasih.
Rakaman 2

(Rakaman berlarutan hampir setengah minit, beliau tiada kata ingin diluah)

Assalamualaikum, maafkan saya kerana lambat memberi respon. Mungkin ini rakaman terakhir saya buat anda semua. Saya ingin ucapkan terima kasih buat semua, terutama keluarga saya ayah, adik2 saya yang tidak pernah lelah menjaga saya. Ibu, along akan bertemu ibu. Juga kepada warga hospital serta doktor yang telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pembedahan ini berjaya. Tuhan merancang, kita pun merancang. Tapi perancangan Tuhan itulah yang terbaik. Saya memilih pembedahan yang berisiko ini kerana inilah takdir yang saya pilih. Saya doakan jika ada yang rindu saya, tengoklah berulang kali video ini. Dan doakan saya di dunia yang satu lagi.

(Sambil mengesat air mata)

Okey dah.
Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Semoga roh teman saya itu berada di tempat selayak buatnya. Ameen