Cikgu dan Zi

Posted: March 16, 2017 in Jurnal Memori

Hari ini zi menjenguk cikgunya yang hidup sorang diri selepas yang lain dimamah masa. Yang lain itu bermaksud keluarga. Zi menuju ke tingkat atas rumah.
Cikgu, ini saya. Zi. Cikgu kenal lagi? Anak murid cikgu. 
Lelaki itu melihat sebentar ke arah suara Zi. Kemudian berpaling. 
Siapa suruh kau datang. Semua orang sudah lupakan aku. Pergi.
Zi, datang nak bagi cikgu buku. Buku yang zi tulis sendiri. Cikgu, kenapa masa majlis kahwin Zi cikgu tiada. Sedangkan waktu majlis cikgu Zi datang sedaya upaya.
Orang mengungkit boleh pergi mati.
Cikgu, Zi tinggalkan buku Zi kat sini. Nanti kalau cikgu ada masa, bacalah. Dan komen macam yang rajin buat satu ketika dulu.
Prang* bunyi gelas jatuh.
Aku kata pergi.
Sambil menahan air mata dan sebak, Zi pergi meninggalkan cikgunya yang satu ketika dulu susah sehingga melutut merayu minta pertolongan orang yang dikenal. Tapi yelah, hidup di dunia. Manusia mana yang tidak susah. Rakan2 sekelilingnya juga susah dan sesak waktu itu. Mungkin cikgunya tidak mahu memahami.
Zi adalah orang terakhir yang bertemu dengan seorang tua bernama …… …. selepas peristiwa itu. Rumah itu telah kosong. 
Tiada lagi cikgu untuk Zi.

Advertisements

Comments are closed.