Surat kepada keyakinan diri

Posted: February 10, 2017 in surat pada diri

Kampung Baru

Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang menyimpan masa lalu, menggerakkan masa kini dan mengetahui masa depan. Semogs segala yang kita lakukan di dunia ini senantiasa berada dalam redhaNya. Selawat dan salam ke atas baginda Rasul, Muhammad yang dikasihi. Kekasih yang dirindui, alangkah indahnya jika dapat bertemu dan meminta saranan dalam mendepani kehidupan yang penuh danau ini.
Surat yang sedang dibaca ini adalah rentetan daripada kejayaan saya mengadakan pameran lukisan peribadi. Lukisan peribadi ini bermaksud lukisan yang dilukis oleh saya dari permintaan rakan rapat. Saya tidaklah pandai melukis, malahan tidak pernah mempelajari ilmu lukisan. Sekadar lihat teknik melukis daripada komik, itu sahaja. Untuk pengetahuan, pameran ini adalah pameran ke lima saya.

Ramai yang tidak faham kenapa lukisan saya mampu menarik orang untuk dekat dan akhirnya membeli. Saya fikir ia bergantung kepada selera dan sudut pandang. Sangat subjektif, ada yang melihat lukisan Doraemon biasa. Malah ada yang melihat lukisan Lat buruk. Tapi isi lukisan itu adalah antara perkara utama. Apa yang dibawa oleh Lat adalah budaya Melayu ke dunia.
Maka apa yang dibawa oleh saya dalam lukisan?

Saya membawa keyakinan buat penggemar lukisan. Waktu awal2 lukisan saya dulu, ada rakan pernah cakap saya ini overconfident. Yup. Memang benar. Saya sedar lukisan saya buruk jika dilihat buruk, cantik jika dilihat cantik. Terpulang pada sudut mana anda melihat.

Akhir kata, saya kongsikan lukisan awal saya untuj tatapan semua.
Wassalam.
Yang melukis dengan penuh yakin

Perewa

Advertisements

Comments are closed.