Episod 1

Posted: December 13, 2016 in Uncategorized

Cerita Kedah Tua (Kembara Masa)

Sewaktu festival Kedah Tua berlangsung dengan rancaknya. Seorang wanita muda, pengunjung festival barangkali. Semestinya peminat sejarah purba, ulang alik pada kawasan kapal yang dihebohkan. Mungkin tertarik atau ditarik? Setiap kali lalu kawasan itu, wanita muda ini akan menjenguk ke ruang paling dalam. Mungkin dalam hatinya ada  merasakan sesuatu yang memanggil?

Entah.

Aysyah Wafiyyah, seorang anak muda yang memegang ideologi nasionalis. Sebarang bentuk imperialis atau penjajahamn, dengan mudah dibangsatkan. Beliau mahu bangsanya sedar, keluar dari minda tertawan. Seorang graduan universiti penyelidikan tempatan. Kini sebagai penyelidik dan penulis separuh masa. Menetap di pinggir bandar Kuala Lumpur bersama keluarga mengajar beliau betapa perihnya hidup sebagai warga kota metropolitan.

Ini masuk kali ke berapa entah sehingga kurator kawasan itu sudah cam wanita muda yang bernama Aysyah Wafiyyah ini. Kurator kawasan itu semestinya seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perkara yang dijaganya.

‘Ini  lah penemuan yang bakal merubah dan menulis semula sejarah kita, cik saya nampak dari tadi ulang alik sini. Berminat ke?’

(sila klik link bawah)

Berita penemuan Kapal Karam di kawasan penyelidikan Kedah Tua

‘Saya sudah baca semuanya, dan ini kali pertama saya melihat dengan mata kepala saya sendiri. Sangat mengagumkan. Boleh saya turun ke bawah?’

‘Maaf encik, hanya setakat batas garisan ini saja boleh cik sampai. Kawasan terlarang, lagipun keadaanya sangat rapuh. Ditakuti jika terlanggar, habis hancur menjadi debu penemuan paling bersejarah ini’

‘Festival ini tamat sampai jam berapa ye?’

‘Festival tamat sampai jam 10 malam. Selepas itu hanya kawasan tertentu saja dibuka untuk orang awam. Penyelidik perlu mulakan tugasan dengan kadar segera.’

Aysyah mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu apa yang berombak-ombak di dalam hati Aysyah. Beliau hanya akan berasa puas sekiranya dapat turun ke kawasan bawah dan memerhati dengan lebih jelas kesan Kapal yang dikatakan wujud pada era sebelum masihi lagi. Sebelum, nabi Isa!

Hmmm.

Tepat jam 1 pagi, Aysyah dengan misinya mahu melihat lebih dekat di kawasan larangan. Sampai saja di sana, sepi. Bunyi cengkerik juga tiada. Barangkali semua keletihan dengan festival yang berlangsung selama satu minggu itu. Aysyah telah menukar pakaiannya kepada pakaian yang bersesuaian, sebenarnya mahu menyamar sebagai penyelidik yang mendapat kebenaran untuk pergi ke kawasan larangan. Sampai saja di kawasan itu, Aysyah mula turun perlahan-lahan. Dilihat kapal itu dengan lebih dekat, disentuh! Ouh Aysyah kau sentuh kapal itu!! mujur tidak runtuh. Aysyah berjalan sekitar kapal. Kelihatan satu bongkah bata merah. Menyala merahnya, mungkin kesan bakar? Getus Aysyah pada hati. Semakin didekat semakin hangat terasa.

Desir angin berlalu menerbangkan fail Asysyah. Bertaburan.

(sila klik link bawah)

Video dari The Star Online

Aysyah semakin dekat dan merapat. Dengan keberanian yang sangat tinggi, Aysyah menyentuh bata merah menyala yang tidak panas? Keadaan sekeliling yang hangat, tapi bata ini tidak. Dengan tidak semena-mena, bata ini mengeluarkan cahaya paling gemilang.

Silau mata Aysyah. Dan bayangan-bayanga aneh mula muncul. Aysyah tergamam dan membeliakkan matanya. Seolah rakaman masa sedang berjalan.

Festival selama seminggu, perlantikan sultan kedah yang pertama, seorang yang kelihatan bangsawan mempunyai siong? (raja bersiong) sedang minum air merah. Pembunuhan Mahsuri. Baju manusia bertukar dari satu bentuk ke satu bentuk. Sekumpulan gajah yang dinaiki seorang pahlawan sedang merempuh masuk kubu istana. Putaran makin ligat. Aysyah semakin teruja dan merasakan ini adalah rezekinya. Aysyah menuju kehadapan, menyentuh imej tersebut. Imej terakhir adalah sebuah gunung yang sangat megah, Gunung Jerai. Dan Aysyah, Aysyah sedar kelilingnya bertukar dari tanah kepada hutan?

Aysyah sudah berada di zaman lain. Zaman pemerintahan sebelum masihi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s