Surat kepada DIRI 30

Posted: October 27, 2016 in surat pada diri

Kampung Baru

Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum kepada Diri,

Semoga dalam keadaan sihat wal afiat. Hidup dengan penuh keberkatan. Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat ke atas nabi Muhammad, penutup dan penamat buat sang nabi.

Surat kepada Diri yang lama juga sudah tidak saya tulis. Surat ini ditulis dua hari selepas saya berjaya tamatkan konvokesyen USM 2016. Sarjana Pengajian Penterjemahan. Maka apa yang perlu dilakukan sekarang? Ingat lagi waktu umur belum mencapai 30, masih teraba-raba bagaimanakah kehidupan sewaktu umur 30. Tidak sangka sudah memperoleh dua orang anak, menggenggam sarjana dan masih menumpukan perhatian pada masa depan.

Perancangan seterusnya agak kelam kabut, kerana terlalu banyak perkara yang ingin dibuat. Antaranya,

  1. Larian TFTN
  2. Buku rujukan kelas APPI
  3. Kabin Buku Jalanan TITI.

Bercakap tentang kabin ini, sudah agak lama benda tertangguh. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan2 yang membantu dalam menjayakan projek ini. Namun ada beberapa saya perlu utarakan, antaranya rakan2 tidak perlu tunggu saya untuk melakukan sesuatu. Tapi gayanya rakan2 melihat saya sebagai ketua dan kena saya menjadi pemula baru segalanya akan bermula. Saya tiada masalah dengan itu, tapi saya tetap mahu rakan2 menjadi pemula untuk idea2 baru. Kerana lama-kelamaan, saya akan kehilangan idea ataupun akan tandus dengan idea2 segar. Mungkin projek kabin ini adalah projek terakhir saya dengan Buku Jalanan TITI. Mampu bertahan dari 2012-2016. Selepas itu hanya buat acara kecil-kecilan menjaga buku di kabin bersama sukarelawan dan rakan2.

Larian TFTN, ini pula adalah mudahnya jika ada duit. Duit sponsor untuk Fun Run. Kertas kerja kena mantap. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir untuk laksanakan.

Buku rujukan kelas APPI. Ahhaaa ini mahu tidak mahu saya kena mula dari sekarang, sebab buku ini akan digunakan untuk peserta dalam kelas APPI nanti. Buku ini mempunyai beberapa bab,

  1. Sejarah Terjemahan Dunia, Islam dan Malaysia
  2. Sejarah terjemahan Jerman di Malaysia
  3. Analisa Teks dan Pendekatan Penterjemahan
  4. Cabaran terjemahan teks Jerman ke Bahasa Malaysia
  5. Mesin terjemahan
  6. Kerjaya dan etika sebagai penterjemah
  7. tutorial

Semua ini buat sendiri, kecuali nombor 2 dan 4 itu ambil dari rakan IPG, bakal guru bahasa Jerman. Untuk Akademi APPI ini saya punya misi adalah fanpage perlu ada paling kurang 500 yang like. Tahun depan mahu buat iklan berbayar dan juga laman sesawang wordpress yang menggunakan domain sendiri. Fuh, duit perlu dikumpul. Untuk itu yuran untuk akademi ini adalah sangat berpatutan. Ianya seperti berikut:-

Kelas Ahad selama dua kali = RM300

Kelas Malam Isnin – Jumaat = RM500

Saya harap Akademi ini akan dapat sambutan, terutamanya buat anak2 muda yang mempunyai jiwa api.

Sekian saja tulisan setakat ini.

 

Wassalam.

 

 

 

Yang menulis sikit

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s