Cerita Kecil Tentang Dua Orang Yang Memesan Masa Di Gerai Tepi Jalan Dataran Merdeka

Posted: September 19, 2016 in Sepetang di Kota Luhur

 

Memikirkan hari yang sudah semakin gelap, Rubi bersama anak patungnya duduk melepaskan lelah di Dataran Merdeka. Melepasi Sungai Gombak yang deras, perlahan-lahan Rubi memanjat tembok penghalang laluan menuju ke sungai. Berdiri di atas tembok sambil menjerit.

‘Siapa aku!’

Dan terjunlah Rubi ke dalam Sungai Gombak, dibawa arus yang bertembung Sungai Klang. Rubi menyelam sambil memeluk anak patungnya. Ada cahaya di dasar sungai, Rubi menyelam lebih dalam. Rubi berumur 3 tahun 2 bulan. Rubi hanya memiliki anak patung sahaja dalam dunia ini. Rubi makin jauh ke dasar.

………………………………..

Abang mahu order apa?

Bagi saya masa.

Masa depan atau masa lalu?

Masa depan

Abang ini pula mahu order apa?

Masa depan juga. Eh sekejap, lama tak tunggu?

Lama juga, semua orang order masa depan. Kalau abang nak cepat order masa lalu lah.

Tidak mahu, kami dari masa lalu yang menyuluhkan cahaya kepada Rubi.

Okey dua masa depan siap!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s