Beg Ayah oleh Orhan Pamuk

Posted: July 14, 2016 in surat untuk buku

(Syarahan Orhan Pamuk di Sweden selepas memperoleh anugerah Nobel Sastera, syarahan disampaikan dalam bahasa Turki dan teks ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan bahasa Turki ke bahasa Melayu)

Teks sumber: https://www.nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2006/pamuk-lecture_en.html

Beg Ayah oleh Orhan Pamuk

(Penterjemahan oleh Perewa)

Dua tahun sebelum pemergiannya. Ayah, ayah memberikan kepadaku sebuah beg kecil yang isinya adalah sejumlah tulisan, manuskrip dan buku nota. Aku menganggap ini adalah jenaka seorang ayah. Ayah menyuruh aku membaca kesemuanya selepas beliau pergi, yang bermaksud pergi meninggalkan dunia ini. “Lihat sajalah.” Katanya, dengan sedikit rona malu. “Lihat jika ada isinya yang boleh Orhan gunakan. Mungkin selepas ayah pergi, Orhan boleh pilih dan nilai, kemudian terbitkan.”

 

Ketika kami berada di bilik kerjaku, dikelilingi oleh buku. Ayah mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan begnya, berjalan ke hulu hilir penaka lelaki yang ingin membebaskan diri dari bebanan yang meletihkan. Pada akhirnya,  dia meletakkan beg itu perlahan-lahan di satu sudut yang pastinya tiada yang menganggu. Itu adalah momen amat canggung yang kami tidak mampu lupakan. Namun usai saja hal itu, kami berkelakuan seperti biasa menjalani hidup dengan sederhana, berjenaka, menyindir identiti (persona) sesama kami dan bersantai. Kami berbual seperti mana biasa kami lakukan, mengenai perkara yang remeh dalam kehidupan seharian, masalah politik Turki yang tidak pernah habis, dan jalinan kerjasama perniagaan ayah yang kebanyakannya gagal, tanpa rasa terlalu kecewa dengannya.

Aku masih ingat lagi selepas pemergian ayah, aku menghabiskan beberapa hari ke hulu ke hilir melewati beg ayah tanpa menyentuhnya. Aku sebenarnya sudah biasa dari zaman kanak-kanak dengan beg kecil hitam berkulit ini, ianya berkunci dan diletakkan di satu sudut. Ayah akan membawa beg ini bersamanya sewaktu perjalanan yang singkat dan kadangkala menggunakannya membawa dokumen kerja. Aku masih ingat lagi apabila masih kecil, ayah pulang dari pengembaraannya, aku akan buka beg kecil ini dan menyelongkar isi dalam, menikmati aroma cologne dan negara asing. Beg ini umpama rakan yang aku kenali, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di masa lampau, akan tetapi kini aku tidak mampu menyentuhnya. Kenapa? Tiadalah lain ianya disebabkan misteri berat isinya sendiri.

Sekarang aku akan menerangkan maksud berat isi ini. Ia diciptakan oleh seseorang yang menguncikan diri di dalam bilik, duduk mengadap meja, menuangkan pemikirannya bersama dakwat ke atas kertas dan memberi makna kesusasteraan.

Apabila aku menyentuh beg ayah, aku masih lagi tidak mampu untuk membukanya. Tapi aku tahu apa yang berada di dalamnya, yakni sebahagian buku nota. Aku pernah melihat beberapa tulisan ayah di dalamnya. Dan ini bukanlah kali pertama sesuatu yang ‘berat’ tersimpan di dalam beg ayah. Ayah mempunyai perpustakaan yang besar, pada penghujung tahun 1940 beliau mahu menjadi penyair Istanbul, dan telah menterjemahkan Valery (Paul Valery penyair Perancis 1871-1945) ke dalam bahasa Turki. Tetapi dia tidak mahu hidup dengan menulis puisi dalam negara yang miskin dan hanya mempunyai sedikit pembaca. Ayah kepada ayah aku – Atuk aku – seorang peniaga yang kaya. Ayah menjalani hidup dengan penuh keselesaan sebagai anak kecil dan juga anak muda, dan atas hal itu beliau tidak memasang hasrat agar bertahan dalam kesusahan demi sastera, dia memilih hidup dengan penuh keselesaan. Dan aku memahaminya.

Perkara utama yang menjauhkan diri aku dari isi beg ayah, semestinya kegusaran yang tidak digemari dari apa yang aku baca. Dan ayah mengetahui hal ini, mengambil langkah berjaga-jaga dalam tingkah lakunya seolah-olah tidak memandang serius akan isi kandungan beg tersebut. Selepas 25 tahun sebagai penulis, ini benar-benar menyakitkan aku. Akan tetapi, aku tidak akan memarahi ayah kerana tidak mengambil sastera itu secara serius….ketakutan sebenar aku adalah tidak mengetahui bahawa ayah adalah seorang penulis yang baik. Aku tidak mampu buka beg ayah ayah kerana hal ini. Selain itu, aku tidak mampu bayangkan bahawa aku sendiri yang akan membukanya. Jika benar wujud sastera hebat yang muncul daripada beg ayah, aku harus akur bahawa di dalam diri ayah wujud sosok lelaki yang lain. Inilah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan aku takut untuk buka. Walaupun dalam umur begini, apa yang aku mahu hanyalah ayah menjadi seperti ayah yang aku kenali – bukan seorang penulis.

Seorang penulis adalah seseorang yang menghabiskan masa bertahun-tahun dalam percubaan meneroka sosok kedua dalam dirinya, dan dunia yang membuatkan siapakah dirinya; apabila aku berbicara perihal penulisan, perkara pertama yang muncul di minda bukanlah novel, puisi, maupun sastera lama, ia adalah seseorang yang mengurung dirinya di sebuah bilik, duduk mengadap meja, bersendirian, mundar mandir di tengah-tengah bayangannya sendiri, dia membina sebuah dunia baru dengan kata-kata. Lelaki ini – atau wanita ini – mungkin menggunakan mesin taip, atau lebih mudah menggunakan komputer, atau menulis dengan pen atas kertas sebagaimana yang telah dilakukan oleh aku sejak 30 tahun. Ketika dia menulis, dia menikmati teh atau kopi atau menghisap rokok. Dari masa ke semasa dia bangun dari mejanya melihat dari jendela dunia luar yang memaparkan kanak-kanak bermain di jalanan, dan jika dia bernasib baik, boleh melihat pemandangan dari pokok-pokok, atau menatap dinding hitam. Dia boleh menulis puisi, skrip, atau novel seperti yang aku lakukan. Kesemua perbezaan ini hadir selepas tugasan penting ketika duduk mengadap meja dan bersabar kemudian beralih semula ke dalam bilik. Menulis bermaksud mengubah pandangannya kepada kata-kata, mengkaji ke dalam dunia yang mana seseorang mampu lepasi setelah letih dengan dirinya sendiri, dan melakukannya dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kebahagiaan. Seperti mana aku duduk di atas kerusi mengadap meja aku, seharian, berbulan-bulan, bertahun-tahun, perlahan-lahan menambah kata baru ke halaman yang kosong, aku merasakan seolah-olah aku mencipta dunia baru, seolah-olah aku mengundang sosok luar ke dalam diri aku, dalam masa yang sama seseorang mungkin juga membina jambatan atau kubah, batu demi batu. Batu yang kami penulis gunakan. Kami genggam erat, cuba mencari jalan yang mana antara batu-batu ini berhubung antara satu sama lain, melihatnya yang kadang-kadang dari jauh, kadang kala hampir membelainya dengan jari kami dan di hujung pen kami, mengimbanginya, mengalihkannya, tahun berganti tahun, sabar dan berharap, kami mencipta dunia baru.

Rahsia penulis bukan satu inspirasi, dan ia tidak jelas dari mana perkara ini datang. Adakah dari kedegilan, atau kesabaran. Orang Turki suka menggunakan perumpamaan – bagai menggali perigi menggunakan jarum (bukan cangkul)- situasi yang sama seperti yang tergambar dalam minda penulis.

Di dalam cerita yang pernah aku hasilkan, aku suka dan memahami kesabaran Ferhat yang sanggup menggali sebuah gunung demi cintanya (Novel Museum of Innocence). Dalam novel aku, My Name is Red, tatkala aku menulis perihal miniaturis Parsi purba, ia mengingatkan aku tentang ukiran kuda dengan semangat yang sama selama bertahun-tahun lamanya. Meskipun mata tertutup, mereka masih boleh mencipta kuda yang indah, setiap strok yang dihafal juga begitu hebat. Aku sedar yang aku sedang bercakap tentang profesion penulisan dan kehidupan aku sendiri. Jika seorang penulis ingin memberitahu cerita beliau sendiri. Ia akan memberitahu secara perlahan-lahan, dan seolah-olah ianya adalah cerita tentang orang lain. Jika dia merasakan kekuatan cerita itu bangkit dalam dirinya, dan jika dia duduk di meja dan sabar menyerahkan dirinya kepada seni dan kraf ini – dia mesti telah diberikan sedikit harapan. Sang malaikat pembawa inspirasi (yang sering berkunjung ke beberapa tempat) bantu memberikan harapan dan keyakinan, apabila seorang penulis berasa sangat sunyi dan dia merasakan sangat ragu mengenai usahanya, impiannya, dan nilai tulisannya – yang difikirkan kisahnya hanyalah semata cerita beliau – di saat-saat itulah malaikat sedang memilih untuk mendedahkan kepadanya cerita, imej dan impian yang akan menarik keluar dunia yang dia mahu bina. Jika aku merenung kembali pada buku-buku yang telah aku tumpukan seluruh hidup aku, aku amat terkejut dengan keadaan seolah-olah ayat, mimpi, dan halaman yang telah membuat aku girang gembira tidak datang dari imaginasi aku sendiri – kuasa lainlah yang telah mengumpulkan mereka dan dengan kemurahan hati menyampaikan semula kepada aku.

Aku takut membuka beg ayah dan membaca buku notanya kerana masalah yang tidak akan aku faham terhadap kesunyiannya, bukan bergaul dengan rakan-rakan dan orang ramai, ke salun, berjenaka. Akan tetapi fikiran aku terarah kepada sudut yang berbeza. Fikirannya, impian yang ditolak dan juga kesabaran, adalah prejudis yang aku telah peroleh daripada hidup dan pengalaman aku sendiri sebagai penulis. Terdapat banyak penulis cemerlang yang menulis dikelilingi oleh orang ramai dan kehidupan keluarga, dalam kejayaan syarikat dan dengan perbualan yang gembira. Di samping itu, apabila kami semua masih kecil, ayah yang bosan dengan kehidupan berkeluarga telah meninggalkan kami menuju ke Paris, seperti kebanyakan penulis – dia duduk di dalam bilik hotel dan memenuhi isi bukunya. Aku tahu beberapa jenis buku yang berada dalam beg ini, kerana pada tahun-tahun sebelum beg ini dibawa kepada aku, ayah akhirnya mula bercakap dengan aku mengenai tempoh itu dalam hidupnya. Beliau bercakap mengenai tahun-tahun walaupun aku kanak-kanak, tetapi dia tidak akan menyebut kelemahan beliau, impiannya untuk menjadi seorang penulis, atau persoalan identiti yang telah melanda dirinya di dalam bilik hotel. Dia akan beritahu aku tentang semua perkara yang dia ternampak Sartre di laluan pejalan kaki di Paris, mengenai buku yang dia akan baca dan filem-filem dia tonton, semua dengan penuh keikhlasan seseorang yang menyampaikan berita yang sangat penting. Apabila aku menjadi seorang penulis. Aku tidak pernah lupa bahawa ia adalah sebahagian kesyukuran kepada dan fakta bahawa, aku mempunyai seorang ayah yang akan bercakap perihal penulis dunia yang lebih daripada dia bercakap mengenai Pasha atau pemimpin agama yang besar. Jadi mungkin aku terpaksa membaca buku nota ayah dengan hal ini dalam fikiran, dan mengenangkan bagaimana aku terhutang budi untuk perpustakaan besar beliau. Aku terpaksa ingat bahawa apabila ayah tinggal dengan kami, aku seolah-olah hanya menikmati buku dan pandangan beliau – dan tidak menumpukan terlalu banyak perhatian kepada kualiti sastera tulisan beliau.

Ketika aku merenung dengan penuh kegelisahan di beg ayah yang telah diwariskan kepada aku, aku juga merasakan bahawa ini adalah perkara yang sangat tidak dapat dilakukan. Ayah kadang-kadang akan menghulurkan alas (sejenis perabot), meninggalkan buku di tangannya, atau majalah dan hanyut ke dalam mimpi, dirinya hanyut untuk masa yang sangat lama dalam fikiran. Apabila aku melihat wajahnya, ungkapan begitu sangat berbeza dari biasa yang digunakan tengah-tengah jenaka, mengusik, dan pertelingkahan kehidupan keluarga. Apabila aku melihat tanda-tanda awal pandangannya yang mendalam terutamanya semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja, memahami dengan kebimbangan, bahawa dia tidak puas hati. Kini, bertahun-tahun kemudian, aku tahu bahawa rasa tidak puas hati ini adalah sifat asas yang menukarkan seseorang itu menjadi seorang penulis. Untuk menjadi seorang penulis, kesabaran dan kesusahan tidak cukup. Kita perlu merasa dipaksa untuk melarikan diri dari orang ramai, syarikat, perkara biasa dalam kehidupan, setiap hari, dan mengurung diri kita di dalam bilik. Kita inginkan kesabaran dan harapan supaya kita boleh mewujudkan sebuah dunia yang mendalam dalam penulisan kita. Tetapi keinginan untuk mengurungkan diri sendiri dalam bilik ialah apa yang menolak kita kepada tindakan itu. Pelopor seperti ini penulis bebas yang membaca buku-bukunya ke dalam kandungan hatinya, dan mendengar hanya suara hati nuraninya sendiri, pertikaian dengan kata-kata lain, memasukkan ke dalam perbualan dengan buku beliau membina fikiran dan dunia sendiri. Paling pasti Montaigne, dalam zaman permulaan sastera moden. Montaigne adalah seorang penulis yang menyebabkan ayah sering pulang, seorang penulis yang beliau cadangkan kepada aku. Aku ingin melihat diri aku sebagai seorang yang miliki tradisi penulis di mana sahaja mereka berada di dunia, di Timur atau di Barat – menyingkirkan diri mereka dari masyarakat, dan mengurung diri dengan buku-buku di dalam bilik mereka. Titik permulaan sastera yang sebenar ialah orang yang mengurung dirinya di dalam bilik dengan buku beliau.
Tetapi apabila kita mengurungkan diri kita jauh, kita akan mendapati bahawa kita tidak keseorangan seperti yang kita fikir. Kita adalah wacana dari koheren dan kohesi orang-orang yang datang sebelum kita, cerita orang lain, buku-buku orang lain, kata-kata orang lain, perkara yang kita panggil tradisi. Aku percaya sastera menjadi simpanan paling berharga buat manusia yang telah mengumpulkannya dalam usaha untuk memahami dengan sendiri. Pertubuhan, suku kaum, dan bangsa-bangsa berkembang lebih pintar, lebih kaya, dan lebih maju kerana mereka memberi perhatian kepada kata-kata bermasalah pengarang mereka, dan, seperti yang kita semua tahu, pembakaran buku dan cacian terhadap penulis adalah kedua-dua isyarat yang gelap dan pembaziran masa kepada kita. Tetapi sastera tidak hanya kebimbangan nasional. Penulis yang mengurungkan dirinya di dalam bilik dan selama ini menuju perjalanan di dalam dirinya akan menemui peraturan kekal sastera. Dia mesti mempunyai kesenian untuk memberitahu cerita beliau sendiri seolah-olah itu adalah cerita orang lain, dan untuk memberitahu yang lain cerita rakyat seolah-olah cerita mereka sendiri, kerana ini adalah apa yang dipanggil sebagai sastera. Tetapi kita perlu melakukan perjalanan melalui cerita-cerita dan buku-buku orang lain.

Ayah aku mempunyai perpustakaan sendiri yang hebat –  sebanyak 1500 naskah buku semuanya – lebih daripada cukup untuk penulis. Pada usia 22, aku tidak membaca semuanya, tetapi aku tahu setiap buku yang tidak penting, yang ringan tetapi mudah untuk membaca, yang klasik, yang merupakan bahagian penting dalam apa-apa pendidikan, yang mana satu adalah bahagian terpenting dalam dunia tetapi dilupakan, seperti sejarah tempatan, dan ayah aku sangat mengagumi penulis Perancis. Kadang kala, aku akan merenung perpustakaan ini dari jauh dan membayangkan bahawa satu hari, di sebuah rumah yang berbeza, aku akan membina perpustakaan aku sendiri, perpustakaan yang lebih baik – membina dunia aku sendiri. Apabila aku melihat di perpustakaan ayah dari jauh, seolah-olah aku beroleh sedikit gambaran sebenar dunia. Tetapi ini adalah dunia yang dilihat dari sudut kami sendiri, dari Istanbul. Perpustakaan ini adalah buktinya. Ayah telah membina perpustakaan beliau sejak dari perjalanan ke luar negara, kebanyakan buku dari Paris dan Amerika Syarikat, tetapi ada juga buku-buku dibeli dari kedai yang menjual buku bahasa asing dalam tahun 1940-an dan 1950-an, penjual buku-buku lama dan baru di Istanbul, yang aku juga kenal. Dunia aku adalah campuran daripada kawasan tempatan, nasionalis dan Barat. Dalam tahun 1970, aku juga mula bercita-cita untuk membina perpustakaan aku sendiri. Aku bukan sekadar membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis seperti yang aku kaitkan di Istanbul, selepas semua ini aku merasakan bahawa aku tidak akan menjadi seorang pelukis, tetapi aku tidak pasti apakah jalan hidup yang sepatutnya aku akan ambil. Terdapat di dalam diri rasa ingin tahu yang membuak-buak, keinginan harapan yang didorong untuk membaca dan belajar, tetapi pada masa yang sama, aku merasakan wujud kekurangan dalam hidup aku, bahawa aku tidak akan dapat hidup seperti orang lain. Sebahagian daripada perasaan ini telah dihubungkan dengan apa yang aku rasa apabila aku merenung perpustakaan ayah aku – jauh dari perkara utama, kerana kami semua yang tinggal di Istanbul pada masa itu telah dibentuk untuk merasa, perasaan yang telah tinggal di wilayah. Terdapat satu lagi sebab untuk berasa bimbang dan entah bagaimana kurang, kerana aku tahu terlalu bagus untuk aku tinggal di sebuah negara yang menunjukkan minat dalam dunia artis samada pelukis atau penulis yang memberikan mereka harapan. Dalam tahun 1970, apabila aku mengambil wang ayah yang diberikan kepada aku dan dengan rakus membeli buku yang pudar, berdebu, kumal dari penjual buku lama Istanbul, aku merasa terkesan oleh kerajaan. Sangat menyedihkan dengan kedai-kedai buku terpakai – dan oleh  golongan yang berputus asa, kusut masai, miskin, penjual buku yang membentangkan barangan mereka di tepi jalan, di halaman masjid, dan dalam runtuhan dinding yang terpencil – sehingga aku sendiri membaca buku ini dengan mereka.

Tempat aku dalam kehidupan dunia ini seperti dalam kesusasteraan. Perasaan yang paling utama adalah aku ‘tidak di tengah-tengah’. Di tengah-tengah dunia, ada kehidupan yang lebih kaya dan lebih menarik daripada kita sendiri, dan dengan kesemuanya Istanbul dan Turki, aku berada di luar itu. Hari ini aku berfikir bahawa aku berkongsi perasaan ini dengan kebanyakan orang di dunia. Dengan cara yang sama, terdapat satu kesusasteraan dunia, dan berpusat, juga adalah sangat jauh daripada aku. Sebenarnya apa yang ada dalam fikiran aku adalah Barat, bukan dunia maupun sastera, dan kami rakyat Turki berada di luar itu. Perpustakaan ayah adalah bukti kepada semua ini. Pada satu hujung, terdapat buku-buku di Istanbul -kesusasteraan kami, dunia tempatan kami, dalam semua perincian yang tercinta – dan pada hujung yang lain adalah buku-buku dari tempat lain, Barat, dunia, yang melahirkan kita sendiri ada persamaan, yang juga kekurangan kita dalam persamaan memberikan kita kesakitan dan harapan. Menulis dan membaca seperti meninggalkan satu dunia untuk mencari satu kelainan dunia lain, aneh dan menakjubkan. Aku merasakan bahawa ayah membaca novel untuk melarikan diri hidupnya ke Barat dan aku akan melakukannya kemudian. Atau ia seolah-olah bahawa buku pada masa itu adalah perkara yang kita undang untuk melarikan diri dari budaya kita sendiri, yang kami dapati sangat kurang. Ia bukan sahaja dengan membaca bahawa kita meninggalkan Istanbul kami untuk perjalanan ke Barat – termasuk juga dalam penulisan. Untuk mengisi buku nota beliau, ayah telah pergi ke Paris, mengurung dirinya di dalam bilik, dan kemudian membawa tulisan-tulisan beliau kembali ke Turki. Seperti aku yang sedang merenung beg ayah, seolah-olah ini adalah apa yang menyebabkan aku bimbang. Selepas bekerja di dalam bilik selama 25 tahun untuk terus hidup sebagai penulis di Turki, ia mendorong aku untuk melihat ayah menyembunyikan pemikirannya yang sangat dalam di dalam beg ini, berkelakuan seolah-olah menulis adalah kerja yang perlu dilakukan secara rahsia, jauh dari mata masyarakat, negara, dan rakyat. Mungkin ini adalah sebab utama mengapa aku rasa marah pada ayah kerana tidak mengambil sastera sebagai sesuatu yang serius seperti aku lakukan.
Sebenarnya aku agak marah terhadap ayah kerana dia tidak membawa kehidupan seperti aku. Dia tidak pernah bertengkar dengan hidupnya, dan telah menghabiskan hidupnya yang bahagia berketawa dengan rakan-rakan dan orang yang disayangi. Tetapi sebahagian daripada diriku tahu bahawa aku juga boleh mengatakan bahawa aku tidak begitu ‘marah’ sebagai tanda ‘cemburu’, perkataan kedua adalah lebih tepat, dan ini juga membuatkan aku tidak selesa. Ia akan terjadi apabila aku bertanyakan kepada diri sendiri terhadap suara biasa yang angkuh, dan dengan nada marah aku bertanya: ‘Apakah kebahagiaan?’ adakah kebahagiaan itu berfikir bahawa aku menjalani kehidupan yang mendalam di dalam bilik itu keseorangan? Atau adakah kebahagiaan itu menjalani kehidupan yang selesa dalam masyarakat, yang mempercayai kepada perkara-perkara sama seperti orang lain, atau bertindak seolah-olah anda lakukan? Adakah itu kebahagiaan, atau rasa tidak puas hati, untuk melalui kehidupan menulis secara rahsia, manakala seolah-olah berada dalam keadaan harmoni dengan semua sekali? Tetapi ini adalah soalan yang terlalu berat. Di mana sahaja jika aku mendapat idea ini bahawa ukuran kehidupan yang baik adalah kebahagiaan? Manusia, kertas, semua orang bertindak seolah-olah langkah yang paling penting dalam kehidupan adalah kebahagiaan. Adakah ini tidak mencadangkan bahawa ia mungkin bernilai untuk mengetahui jika berlawanan dengan sesuatu yang tepat adalah benar? Lagipun, ayah telah melarikan diri dari keluarganya banyak kali – bagaimana mung aku mengenali beliau, dan bagaimana aku boleh mengatakan aku memahami keresahan beliau?

Jadi ini adalah apa yang telah mendorongku apabila mula-mula membuka beg ayah. Adakah ayah mempunyai rahsia, rasa tidak puas hati dalam hidupnya yang mana aku tidak tahu apa-apa, sesuatu yang dia hanya boleh bertahan dengan menuang semuanya ke dalam tulisan beliau sendiri? Sebaik sahaja aku membuka beg itu, aku teringat semula bagaimana baunya sebuah pengembaraan, mengenali beberapa buku nota, dan menyatakan bahawa ayah memperlihatkan semua ini kepadaku beberapa tahun sebelum ini dalam waktu yang singkat. Kebanyakan buku nota yang berada di tangan aku ini terkumpul apabila dia telah meninggalkan aku dan pergi ke Paris sebagai seorang lelaki muda. Manakala aku, seperti kebanyakan penulis yang aku dikagumi – penulis yang biografi mereka aku telah baca – ingin tahu apa yang ayah telah tulis, dan apa yang dia telah fikir, apabila dia sebaya aku sekarang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari bahawa aku akan mencari perkara seperti itu di sini. Apa yang paling membimbangkan ialah apabila, di sana sini dalam buku nota ayah, aku menuju kepada suara yang tertulis. Ini bukan suara ayah, aku memberitahu diri, Ia tidak benar atau sekurang-kurangnya ia tidak tergolong kepada orang yang aku dikenali sebagai ayah. Dalam ketakutan, ayah bukanlah ayah yang aku kenali ketika dia menulis, ketakutan yang lebih mendalam. Ketakutan yang mendalam di dalam diri yang dibuat-buat, bahawa aku akan mencari apa-apa yang baik tertulis dari ayah. Ini menambahkan ketakutan aku mencari keadaan ayah yang dipengaruhi oleh penulis-penulis lain. Dan menerjunkankan aku aku ke dalam putus asa yang menimpa aku begitu teruk apabila aku masih muda, pemutus hidup aku, kewujudan aku, keinginan aku untuk menulis, dan kerja aku dipersoalkan. Dalam sepuluh tahun pertama aku sebagai seorang penulis, aku merasakan kebimbangan ini dengan lebih mendalam, dan juga seperti aku berperang dengan mereka di luar, kadang-kadang aku takut bahawa satu hari, aku perlu mengaku kekalahan – sama seperti yang aku telah lakukan dengan lukisan – dan tunduk kepada keresahan, melepaskan penulisan novel juga.

Aku telah menyebut kedua-dua perasaan penting yang bangkit dalam aku sebagaimana aku menutup beg ayah serta menyimpannya jauh. Rasa yang terdampar di lorong-lorong, dan ketakutan yang aku tidak tahu hujung pangkal. Ini pastinya bukan kali pertama mereka membuatkan diri mereka dirasai. Selama bertahun-tahun, dalam bacaan dan penulisan, aku telah mengkaji, menemui, mendalami emosi ini, dalam pelbagai tulisan dan akibat yang tidak diingini, pengakhirannya, pencetusnya, dan kepelbagaian corak. Sudah tentu semangat aku telah terperangkap dalam kekeliruan, sensitiviti dan rasa sakit bahawa kehidupan dan buku-buku telah muncul pada aku, yang paling kerap sebagai seorang lelaki muda. Tetapi hanya dengan menulis buku-buku yang datang kepada pemahaman lebih menyeluruh ke atas masalah ketulenan (seperti dalam My Name is Red dan The Black Book) dan masalah-masalah kehidupan di pinggir (seperti dalam Snow dan Istanbul). Bagi aku, untuk menjadi seorang penulis adalah mengakui luka rahsia yang kita bawa dalam diri kita, luka-luka yang begitu rahsia yang mana kita sendiri hampir tidak sedar kewujudan mereka, sabar meneroka mereka, mengenali mereka, menerangi mereka, untuk memiliki sakit dan luka ini, dan hendak menjadikan mereka dengan sedar sebagai sebahagian semangat dan penulisan kita.

Bicara penulis tentang perkara yang semua orang tahu tetapi tidak tahu yang mereka tahu. Untuk meneroka pengetahuan ini, dan melihat ia berkembang, adalah satu perkara yang menyeronokkan. pembaca melawat dunia yang sekaligus biasa dan ajaib. Apabila penulis mengurung dirinya di dalam bilik selama bertahun-tahun untuk mengasah kekreatifan – untuk mewujudkan sebuah dunia yang jika dia menggunakan luka rahsianya sebagai titik permulaan, sama ada dia tahu atau tidak, meletakkan kepercayaan yang tinggi dalam kemanusiaan . Keyakinan aku datang dari kepercayaan bahawa semua manusia menyerupai satu sama lain, yang lain membawa luka seperti aku – bahawa mereka akan faham. Semua kesusasteraan sebenar terbit dari kebudak-budakan, mengharapkan kepastian bahawa semua orang menyerupai satu sama lain. Apabila penulis mengurung dirinya di dalam bilik selama bertahun-tahun, dengan petanda ini beliau mencadangkan kemanusiaan yang tunggal, dunia tanpa pusat utama.

Tetapi seperti yang dapat dilihat dari beg ayah dan warna pucat hidup kami di Istanbul, dunia mempunyai pusat, dan ia jauh dari kami. Dalam buku-buku aku, aku terangkan dengan terperinci bagaimana fakta asas ini menimbulkan rasa Checkovian (Micheal Checkov ) daripada kedesaan, dan bagaimana dengan melalui jalan lain, ia membawa kepada aku mempersoalkan keaslian aku sendiri. Aku tahu dari pengalaman bahawa sebahagian besar orang di muka bumi ini tinggal dengan perasaan sama, dan banyak mengalami rasa yang lebih mendalam daripada kekurangan, kekurangan keselamatan dan rasa penuh kekurangan daripada aku. Ya, dilema terbesar yang dihadapi oleh umat manusia masih ketiadaan tanah, tiada tempat tinggal, dan kelaparan … Tetapi hari ini televisyen dan surat khabar memberitahu kita mengenai masalah asas dengan lebih cepat dan lebih mudah daripada sastera pernah lakukan. Adakah sastera diperlukan untuk memberitahu dan menyiasat kebimbangan asas manusia hari ini? ianya adalah ketakutan yang ditinggalkan di luar, dan takut tanpa mengira apa-apa, dan perasaan tidak berguna yang datang dengan ketakutan itu. Rasa malu yang berkumpul, kelemahan, rasa tidak puas hati, sensitiviti, dan membayangkan penghinaan, dan berbangga dengan sikap nasionalis, inflasi dan  hal seumpamanya … Setiap kali aku sedang berhadapan dengan sentimen itu, dan dengan tidak rasionalnya, bahasa yang remeh di mana ia biasanya dinyatakan, aku tahu mereka menyentuh kegelapan di dalam diri aku. Kami sering menyaksikan bangsa, masyarakat dan negara di luar dunia Barat – dan aku boleh mengenal pasti mereka dengan mudah – tunduk kepada kebimbangan bahawa kadang-kadang mengarahkan mereka melakukan kebodohan, semua kerana ketakutan yang menghina sensitiviti mereka. Aku juga tahu bahawa di Barat – dunia yang aku boleh kenal pasti dengan mudah yang sama – negara dan rakyat mengambil rasa kebanggaan yang berlebihan akan harta bendanya, dan dalam pada itu mereka telah datang kepada kami dengan Kebangkitan, Pencerahan, dan Modernisme, dari masa ke semasa meninggal dunia akibat kepuasan diri yang hampir bodoh.
Ini bermakna ayah aku bukanlah satu-satunya. Kita semua memberi terlalu banyak kepentingan kepada idea dunia dengan pusat. Manakala perkara yang mendorong kita untuk mengurung diri kita untuk menulis dalam bilik selama bertahun-tahun adalah kepercayaan di sebaliknya. Kepercayaan bahawa satu hari tulisan kami akan dibaca dan difahami, kerana orang-orang di seluruh dunia menyerupai satu sama lain. Tetapi ini, yang aku tahu daripada penulisan ayah aku sendiri, adalah keyakinan bermasalah, berparut oleh kemarahan dikirimkan kepada yang terpinggir, dan ditinggalkan di luar. Cinta dan benci yang Dostoyevsky rasakan terhadap Barat sepanjang hidupnya. Aku merasakan juga perkara ini banyak kali. Tetapi jika aku telah memahami kebenaran yang penting, dan jika aku mempunyai sebab untuk optimis, ia adalah kerana aku telah kembara dengan penulis yang hebat melalui hubungan cinta-benci dengan Barat, untuk melihat dunia lain yang telah dibina di sisi lain.

Semua penulis yang telah menumpukan kehidupan mereka untuk tugas tahu akan realiti ini. Dan apa jua tujuan asal kami, dunia yang kita buat selepas bertahun-tahun dan tahun-tahun penulisan berharap, pada akhirnya, bergerak ke tempat-tempat yang sangat berbeza. Ia akan membawa kita jauh dari meja di mana kami telah bekerja dengan kesedihan atau kemarahan, membawa kami ke sisi lain dari kesedihan itu dan kemarahan, ke dunia lain. Adakah ayah tidak mencapai apa-apa dalam dunia sendiri? Seperti tanah yang perlahan-lahan mula mengambil bentuk, perlahan-lahan meningkat dari kabus di semua warna seperti sebuah pulau selepas perjalanan laut yang panjang, sebuah dunia lain yang memukau kami. Kita seolah diperdayakan sebagai pelancong barat yang berlabuh dari selatan untuk melihat Istanbul muncul daripada kabus. Pada akhir perjalanan yang dimulakan dengan harapan dan rasa ingin tahu,  yang ada di hadapan mereka adalah bandar masjid dan menara, rumah, jalan, bukit, jambatan, dan cerun, dan seluruh dunia. Melihat itu, kami ingin masuk ke dalam dunia ini dan kehilangan diri di dalamnya, sama seperti kita dan juga mungkin buku. Selepas duduk di meja kerana kami merasakan wilayah pinggir yang dikecualikan, marah, atau sedih, kita telah menemui keseluruhan dunia yang meliputi sentimen ini.

Apa yang aku rasa sekarang adalah bertentangan dengan apa yang aku rasa sebagai kanak-kanak dan seorang lelaki muda. Bagi aku pusat dunia adalah Istanbul. Ini bukan sahaja kerana aku telah tinggal di sana sepanjang hidup aku, tetapi sejak 33 tahun lepas, aku telah berkongsi jalan, jambatan itu, rakyatnya, anjing, rumah-rumah, masjid itu, air pancut itu, wira yang pelik , kedai, watak-watak yang terkenal, bintik gelap, hari-hari dan malam-malamnya, menjadikan mereka sebahagian daripada aku, memeluk mereka semua. Sebuah titik muncul apabila dunia ini telah aku ikat dengan tangan aku sendiri, dunia ini yang hanya wujud dalam kepala aku, adalah lebih nyata kepada aku daripada bandar di mana aku benar-benar hidup. Itu adalah apabila semua orang, jalan, objek dan bangunan ini seolah-olah mula bercakap sesama sendiri, dan mula berinteraksi dengan cara yang aku tidak sangka, seolah-olah mereka tidak tinggal hanya dalam imaginasi aku atau buku-buku aku, tetapi untuk diri mereka sendiri. Dunia ini aku telah cipta seperti seorang yang menggali telaga dengan jarum kemudian akan kelihatan lebih benar daripada segala-galanya.

Ayah aku juga mungkin telah menemui jenis kebahagiaan ini pada tahun-tahun beliau menghabiskan masa untuk menulis, aku fikir kerana aku merenung beg ayah aku. Aku tidak boleh menghukum beliau. Aku amat berterima kasih kepada beliau, kerana selepas semua ini, dia tidak pernah melarang, terlampau, menghukum, seperti yang ayah biasa lakukan, tetapi seorang ayah yang sentiasa memberikan kebebasan, sentiasa menunjukkan kepada aku penuh hormat. Aku sering berfikir bahawa jika aku mempunyai, dari semasa ke semasa dapat menarik dari imaginasi aku, sama ada dalam kebebasan atau kebudak-budakan. Ia adalah kerana, aku tidak seperti kawan-kawan aku dari zaman kanak-kanak dan remaja, aku tidak takut kepada ayah, dan aku kadang-kadang percaya sangat mendalam bahawa aku telah mampu untuk menjadi seorang penulis kerana ayah aku pada masa mudanya, ingin menjadi seorang penulis. Aku terpaksa membacadengan toleransi – berusaha untuk memahami apa yang telah ditulis dalam bilik hotel.
Ini adalah fikiran dengan harapan yang menujukan aku ke arah beg, kedudukannya masih kekal di mana ayah telah tinggalkan. Menggunakan semua tekad, aku membaca sebuah manuskrip dan beberapa buku nota. Apa yang telah ayah tulis? Aku masih ingat satu sudut pandangan dari tingkap hotel Paris, sebuah puisi beberapa, paradoks, analisis … Ketika aku menulis, aku rasa seperti seseorang yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dan bergelut untuk ingat bagaimana ia berlaku, dan pada masa yang sama takut mengingati perkara yang terlalu banyak. Ketika aku kanak-kanak ayah dan ibu aku telah bertengkar – apabila mereka terduduk dan keadaan waktu itu sangat senyap. Ayah sekaligus akan menghidupkan radio, untuk mengubah suasana dan muziklah yang akan membantu kita melupakan semua ini dengan lebih cepat.

Biar aku menukar mood dengan beberapa kata-kata manis yang aku harap, mampu lakukan seperti muzik itu. Seperti yang anda tahu, soalan yang bertanyakan kita ini menulis kerana apa adalah paling kerap, soalan kegemaran yang berbentuk mengapa anda menulis? Aku menulis kerana aku mempunyai keperluan semula jadi untuk menulis! Aku menulis kerana aku tidak boleh melakukan kerja-kerja normal seperti orang lain. Aku menulis kerana aku mahu membaca buku-buku seperti yang aku tulis. Aku menulis kerana aku marah pada anda semua, marah pada semua orang. Aku menulis kerana aku suka duduk di dalam bilik seharian dan terus menulis. Aku menulis kerana aku boleh mengambil bahagian dalam kehidupan sebenar dengan mengantikannya. Aku menulis kerana aku mahu orang lain, kita semua, seluruh dunia, mengetahui apakah jenis kehidupan yang kita hidup, dan terus hidup, di Istanbul, Turki. Aku menulis kerana aku suka bau kertas, pen dan dakwat. Aku menulis kerana aku percaya terhadap sastera, dalam seni novel ini lebih daripada yang aku percaya dalam apa-apa lagi. Aku menulis kerana ia adalah satu tabiat, semangat. Aku menulis kerana aku takut dilupakan. Aku menulis kerana aku suka kemuliaan dan kepentingan yang dibawa oleh penulis. Aku menulis untuk bersendirian. Mungkin aku menulis kerana aku berharap untuk memahami mengapa aku begitu sangat, sangat marah pada anda semua, jadi sangat, sangat marah pada semua orang. Aku menulis kerana aku suka untuk dibaca. Aku menulis kerana sekali aku memulakan novel, esei, halaman, aku mahu menyelesaikannya. Aku menulis kerana semua orang menjangkakan aku menulis. Aku menulis kerana aku mempunyai kepercayaan kebudak-budakan dengan kekekalan perpustakaan, dengan cara buku-buku aku susun di atas rak. Aku menulis kerana ia adalah menarik untuk menjadikan semua keindahan dan kemewahan hidup ke dalam kata-kata. Aku menulis bukan untuk bercerita, tetapi untuk mengarang cerita. Aku menulis kerana aku ingin melarikan diri dari firasat bahawa terdapat satu tempat aku mesti pergi tetapi – seperti dalam mimpi aku tidak boleh sampai ke sana. Aku menulis kerana aku tidak pernah berjaya untuk menjadi bahagia. Aku menulis untuk menjadi bahagia.

Seminggu selepas dia datang ke pejabat dan meninggalkan begnya, ayah datang mengunjungiku sekali lagi. Seperti biasa, dia membawa aku bar coklat (dia telah lupa aku berumur 48 tahun). Kami berbual-bual dan ketawa tentang kehidupan, politik dan gosip keluarga. Sejurus saja tiba, apabila mata ayah melewati ke sudut di mana beliau telah meninggalkan begnya dan melihat bahawa aku telah memindahkannya. Mata kami bertentangan antara satu sama lain. Situasi yang tertekan dalam senyap. Aku tidak memberitahu beliau bahawa aku telah membuka beg itu dan cuba untuk membaca kandungannya sebaliknya aku memandang jauh. Tetapi dia faham, sama seperti aku faham bahawa dia telah memahami. Tetapi semua pemahaman ini hanya pergi setakat mana ia boleh pergi dalam beberapa saat. Kerana ayah aku adalah orang yang periang, lelaki lembut yang mempunyai kepercayaan tersendiri. Dia tersenyum kepada aku dengan cara yang dia selalu lakukan. Dan kerana dia meninggalkan rumah, dia mengulangi semua perkara yang indah dan menggalakkan dengan selalu berkata kepada aku, seperti seorang ayah.

Seperti biasa, aku melihat dia pergi, cemburu dengan kebahagiaan, perangai riang yang tak mampu diganggu gugat. Tetapi aku masih ingat bahawa pada hari itu terdapat juga lintasan kegembiraan yang membuatkan aku malu. Ia didorong oleh pemikiran bahawa mungkin aku tidak begitu selesa hidup seperti dia, mungkin aku tidak membawa bahagia atau kehidupan yang bebas untuk ke mana-mana, tetapi aku telah menumpukan segalanya kepada penulisan. Anda semua telah memahami … Aku malu untuk berfikir perkara-perkara seperti ayah habiskan. Daripada semua orang, ayah aku, yang tidak pernah menjadi sumber kesakitan aku – yang telah meninggalkan aku dengan bebas. Semua ini harus mengingatkan kita bahawa penulisan dan kesusasteraan adalah berkait rapat dengan kekurangan di tengah-tengah kehidupan kita, dan perasaan kita terhadap kebahagiaan dan juga rasa bersalah.

Tetapi cerita aku mempunyai simetri yang segera mengingatkan aku tentang sesuatu yang lain pada hari itu, dan membawa aku rasa lebih bersalah. Dua puluh tiga tahun sebelum ayah aku meninggalkan begnya, berumur 22 tahun, dan empat tahun selepas aku telah membuat keputusan, untuk menjadi novelis,dan meninggalkan segala-galanya, mengurung diri di dalam bilik, dn aku telah selesaikan novel pertama aku, Cevdet Bey and Sons; dengan tangan menggeletar aku telah memberikan kepada ayah aku naskah yang dicetak tapi masih tidak diterbitkan, supaya dia boleh membacanya dan beritahu aku apa yang dia fikir. Ini bukan semata-mata kerana aku mempunyai keyakinan terhadap  rasa dan intelek beliau. Pendapatnya adalah sangat penting kepada aku kerana dia, tidak seperti ibu, tidak menentang hasrat aku untuk menjadi seorang penulis. Dan pada ketika itu, ayah aku tidak bersama kami, dia berada jauh. Aku tidak sabar menunggunya pulang. Apabila dia tiba dua minggu kemudian, aku berlari untuk membuka pintu. Ayah tidak berkata apa-apa, tetapi dia menepuk tangannya di bahuku dengan membawa maksud yang dia sangat suka. Untuk sementara waktu, kami telah jatuh ke dalam sebuah kesepian canggung yang selalu mengiringi detik-detik emosi yang besar. Kemudian, apabila kami telah tenang dan mula bercakap, ayah yang sangat bertanggungjawab dan dengan kata pujian menyatakan keyakinannya terhadapku dan novel pertamaku. Dia memberitahu aku bahawa satu hari nanti aku akan memenangi hadiah.

Dan aku, aku berada di situ untuk menerima dengan kebahagiaan yang sangat besar.’

Beliau berkata demikian bukan kerana dia cuba untuk meyakinkan aku dengan pendapat yang baik, atau untuk menetapkan hadiah ini sebagai matlamat. Beliau berbicara seperti seorang ayah warga Turki, memberi sokongan kepada anaknya, beliau menggalakkan dengan berkata, ‘Pada suatu hari nsanti Orhan akan menjadi pasha!’ Selama bertahun-tahun, apabila dia melihat aku, beliau akan menggalakkan aku dengan ayat yang sama.

Ayah telah meninggal dunia pada bulan Disember 2002.

Hari ini, aku berdiri di hadapan Akademi Sweden dan ahlinya menganugerahkan aku hadiah yang sangat hebat. Penghormatan besar ini dan juga semua tetamu kehormat, aku sangat berharap bahawa dia, yakni ayah boleh menjadi salah seorang di kalangan kita pada hari ini.

P/s: Orhan Pamuk adalah penerima anugerah Nobel Sastera pada tahun 2006

Advertisements
Comments
  1. Latifah says:

    Assalamua’laikum saudara Perewa.
    Baru berkesempatan membaca catatan-catatan panjang saudara.
    Namun, terperasan, catatan terbaru “Surat kepada Dr Leelany” sudah dipadam.
    Apapun, tahniah kerana sudah menamatkan pengajian sarjana saudara.
    Selamat maju jaya dalam apa jua yang diceburi.
    Mahon maaf salah dan silap.
    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s