Surat Pada Diri 30

Posted: June 29, 2016 in surat pada diri

 

 

Assalamualaikum buat diri yang sudah berumur 30 tahun,

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Tuhan yang mencipta masa lalu, menggerakkan masa kini dan Maha mengetahui masa depan. Saya tersenyum apabila teringat masa lalu. Saya sedih mengenangkan masa lalu. Dan saya marah apabila berkhayal pada masa lalu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Ampun kan aku. Ampun kan aku.

Surat kepada diri ini sudah lama tidak tulis, kerana apa ye? Adakah tiada masa untuk diri? Ada tapi tulis di ruang yang lain. FB misalannya. Sudah lupa punyai blog sendiri.

Apa yang bakal terjadi 5 tahun, 10 tahun atau 30 tahun nanti. Kepada keadaan sekeliling tidak lah pasti. Tapi kepada diri? Saya akan memulakan memberikan ilmu pengajian penterjemahan secara percuma. Bahagian asas terjemahan saja. Sebanyak 5 sesi diperlukan. Selepas sesi ini, saya akan sambung pada 2017. Juga pendidikan percuma, dalam masa yang sama mencari tapat untuk bukan Akademi pengajian sendiri. Akademi yang akan mengajar ilmu2 pengajian penterjemahan dalam acuan saya sendiri. Saya akan lebih fokus kepada kelompok muda bawah 30 tahun agar dunia penterjemahan di Malaysia akan rancak hendaknya.

Awal dulu, saya pernah terfikir kenapa ada orang sanggup korban diri menjadi pemula kepada pengorbanan itu. Kemudian saya beroleh jawapan selepas saya sendiri merasa lelah akan kewangan. Betapa ilmu itu nilainya tinggi tapi kerana berada di institusi dan diiktiraf, maka nilainya diletakkan pada harga sekian-sekian. Iye memang benar jumlah bayaran itu akan diberi kepada pengajar-pengajar. Tapi kan, jika disebut IPTA bukankah semua itu adalah hasil cukai. Sepatutnya boleh dikurangkan agar tidak membebankan pelajar seperti saya.

Boleh dikatakan kewujudkan Akademi saya ini kelak adalah perlawanan kepada mereka yang meletakkan harga yang tinggi untuk sebuah ilmu. Kerana apa? Kerana bagi saya ilmu itu tidak akan rendah atau tinggi bergantung harap pada nilai wang. Ilmu itu akan tinggi sehingga mana ia dimanfaatkan. Dalam pengajian penterjemahan saya lebih memilih lapangan ideologi, manipulasi dan penjajahan.

Kenapa ideologi?

Kerana setiap dari kita mempunyai ideologi sendiri. Dan kita akan kendong ideologi itu ke merata tempat. Dan ideologi kita ini sendirilah yang akan kita gunakan untuk menterjemah.

Kenapa manipulasi?

Kerana saya yakin tulisan manipulasi adalah kaedah terbaik dalam memenangi hati pembaca sasaran. Apabila manipulasi itu berjaya, pembaca sasaran tidak perlu rujuk teks sumber dan merasakan tertipu. Ini kerana manipulasi itu hanyalah strategi penterjemah dalam mengakrabkan diri dengan pembaca sasaran.

Kenapa penjajah?

Saya benci penjajah dan sampai ke saat ini masih ada yang bangga kerana dijajah. Bahasa Inggeris terutamanya.

 

Sekian saja dari saya yang sedikit nasionalis.

Wassalam

 

Yang bakal mengajar,

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s