Surat kepada novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck #TKV

Posted: March 22, 2016 in surat untuk buku

Kampung Baru

Kuala Lumpur

“Tuhan mencipta Harun kepada Musa
Tuhan menghantar Shams kepada Rumi
Dan Bang Muluk yakni Perewa pula pendokong Zainuddin”

 

Salam kerahmatan buat semua,

 

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Daripada dia wujudnya kita, kepada dia jualah kewujudan ini pergi. Tuhan yang Maha Pencinta mencipta cinta kepada hambanya. Selawat ke atas nabi Muhammad, penghulu segala nabi. Semoga kita semua yang membaca ini beroleh syafaat baginda.

 

Surat ini saya tulis selepas beberapa hari saya menggunakan akaun twitter @BookendsMy dalam review buku mahakarya Almarhum Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Bookends adalah komuniti yang suka akan bacaan, rata2 di dalam komuniti ini adalah muda2. Meskipun umur saya sudah 30, semangat dan tenaga yang mereka ada membuatkan saya berubah menjadi muda kembali sepert awal 20an. Awal 20an dulu saya sebagai apa ye? Haha. Rahasiaaaa.

 

Saya yang sudah hampir terlupa untuk guna kata singkatan, atau kadang merasa bersalah campur adukkan bahasa mungkin membuatkan pengikut merasa bosan dengan gaya twit. Tambahan pula dengan twit pada waktu orang tidak lapang. Alahai, apa kena dengan diri ini. Namun saya tetap teruskan twit demi memperkenalkan karya ini kepada pengikut @BookendsMY.

 

Saya yang menggunakan nama pena Perewa merasa sangat teruja dapat berkongsi buku ini kepada khalayak. Nama yang saya pilih daripada novel ini. Saya mula membaca novel ini waktu zaman diploma, itupun daripada saranan seorang pensyarah agama yang bernama Ustaz Rasyid. Saya begitu urghhh terkesan dengan kisah2 di dalam novel ini. Iyelah siapa yang tidak pernah patah hati? Patah ini terlalu luas, ditolak itu ditolak ini, seolah kehidupan sedang berperang dengan diri kau Perewa!

 

Berikut saya kongsikan kesemua twit saya.

 

Salam dan selamat sejahtera semua. Dalam sehari dua ini saya Perewa akan menemani anda dalam membicarakan satu karya Hamka.

Ouh mungkin ada rakan2 tidak tahu Hamka adalah singkatan kepada Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah #TKV

Ketika almarhum Hamka mengetuai majalah pedoman masyarakat, beliau menerbitkan mahakarya #TKV ini secara bersiri.

Kemudian barulah ia diterbitkan sebagai buku. Sekitar penghujung 1930an. Buku #TKV ini sangat laris dikalangan pemuda dan anak gadis.

Dan ramai pemuda serta gadis memberi komentar #TKV “Tuan seakan menceritakan nasibku sendiri” “Barangkali Tuan sendiri yang Tuan ceritakan”

Sebagai agamawan, menulis karya roman #TKV menyalahi kebiasaan. Hamka mendapat tentangan keras!. Selepas 10 tahun tentangan ini menyepi 🙂

Kerana kian lama kian orang faham betapa perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia – Hamka, #TKV

Secara jujurnya saya baca karya #TKV ini waktu awal dahulu dengan ter-buru2. Ialah masa muda mahu cepat sahaja.

Tapi selepas beberapa ketika, per-lahan2 saya mula menghadam mahakarya #TKV ini. Meresap masuk ke dalam jiwa. Kesabaran Zainuddin.

Hamka memulakan segalanya menggunakan perlambangan masa. Yakni waktu senja. “Matahari telah hampir masuk ke peraduannya.” #TKV

Kemudian disulami perihal adat. Menurut adat Minangkabau, amatlah malangnya seorang lelaki tunggal tanpa saudara perempuan. #TKV

Dan yang menerima nasib itu adalah Pendekar Sutan, yakni ayah Zainuddin yang dikasihi. #TKV

Kemudian bab seterusnya perihal ketika kelahiran Zainuddin. Ibu yang dikasihi dipanggil pulang ke hadrat ilahi. #TKV

Lihat betapa melankoliknya permulaan kisah Zainuddin ini. Kemudian pergi pula ayah yang dikasihi.Dunia, dunia telah mengajar Zainuddin. #TKV

Seterusnya ketika pemergian ayah Zainuddin (waktu beliau sudah dewasa). Niat untuk kembali ke tanah asal menjelma.Berangkatlah jiwa ini #TKV

Saudara saudari. Dari bab kembali ke tanah nenek moyang inilah Zainuddin bertemu Hayati. Hamka pula bergurau2 #TKV

Hamka bertanya dari manakah beliau harus pertemukan watak Zainuddin dan Hayati. Sewaktu sedang lebat. Mereka berteduh bersama insan2. #TKV

Maka mulalah perkenalan Zainuddin bersama Hayati. Surat diutus. Berbalas. Diutus kembali. #TKV

Ketika kasih Zainuddin dan Hayati makin subur. Dari kenalan kepada kawan, kawan kepada sahabat, sahabat kepada yang dirindu #TKV

Ketika itu banyak suara2 orang membicarakan hal mereka. Tidak gemar. Dan apalah yang mahu dikatakan lagi, Zainuddin terpaksa beralah #TKV

Zainuddin perlu berangkat ke negeri lain menjarakkan diri. Hayati menulis surat buat Zainuddin. Kekasihku, berangkatlah… #TKV

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan… #TKV

Detik2 akhir pertemuan, Zainuddin meminta berikan suatu tanda kenang-kenangan. Dan ini paling menarik bagi saya. #TKV

Hayati termenung seketika. Dan tanpa diduga beberapa helaian rambut Hayati nan harum itu diberikan. Dan dengan pantas beliau pergi #TKV

Hayati tidak memberikan barang lain. Tapi berikan ‘dirinya’ (helaian rambut) sebagai tanda ingatan. Ini benar2 tidak dapat dilupakan #TKV

Zainuddin kemudian berada di Padang Panjang. Tempat pertemuan budaya dan generasi. Dan di sinilah beliau belajar agama. #TKV

Hati siapalah mampu menahan rindu. Sedang Qays pun gila merindukan Laila. Inikan Hayati dan Zainuddin. #TKV

Padang panjang tidaklah jauh dengan tempatnya. Ada keraian bakal disambut tidak lama lagi. Hayati menggunakan alasan ini untuk bertemu #TKV

Di Padang Panjang. Hayati menumpang di rumah sahabatnya Khadijah. Dan esoknya ketika mereka mahu keluar. #TKV

Khadijah terkejut melihat pakaian Hayati. Kekampungan katanya. “Lebih baik kau pergi ke surau saja Hayati” #TKV

Mereka bertengkar kecil. Hayati merasa rendah diri dan hati. Pakaian yang biasa ditukar kepada yang bukan biasa. Selendang ditanggal #TKV

Saya akan twit beberapa lagi isi dalam novel #TKV ini, yang membawa sehingga separuh isi-nya. Kemudian akan berkongsi pautan2 perihal karya

Maka pakaian Hayati yang asal muassal dari yang digelar Khadijah itu “kekampungan” ditukar kepada yang lebih moden. #TKV

Itupun selepas pertengkaran kecil dengan sahabatnya. Apalah nasib menumpang tempang orang, menumpang rumah sahabat sendiri. Diikutkan #TKV

Maka selepas semuanya bersiap, maka temasya dan keraian pun bermula. Bermula di tengah Padang Panjang. Hayati dengan pakaian yang asing #TKV

Maka bertemulah dengan Zainuddin seperti yang dijanjikan. Bayangkan perasaan Zainuddin ketika bertemu Hayati dengan pakaian sebegini #TKV

“Kau…Hayati?” “Zai…nuddin..!” (babak ini ada dalam trailer yang saya kongsikan) #TKV

Terhenti langkah.Rakan2 yang lain bertanya “Siapakah ini?” “Inilah sahabatku, Zainuddin” “Ooo…ini orang yang kerap engkau sebut itu?” #TKV

bunyilah sok sek sok sek perihal keberadaan Zainuddin. “Alim temanmu itu” “Ouhh orang Mengkasar, bukan sini” Disusuli dengan tawa. #TKV

Dan Zainuddin pun ditinggalkan berseorangan di tengah keramaian. Hayati,siapalah tahu isi hati Hayati. “Kepala aku pening, mahu pulang” #TKV

Iye benar, kecantikan itu subjektif. Berbeza kecantikan antara Hayati, dan kawan2nya Khadijah #TKV

Pengarang yakni Hamka menulis dua muka surat perihal Lelaki bilamana telah menemui cintanya Perempuan bilamana telah menemui cintanya #TKV

Dan surat Zainuddin sampai selepas peristiwa itu. “Adindaku Hayati! . Cinta yang sejati, tidaklah bersifat munafik “(ada dalam trailer) #TKV

Kemudian pengarang yakni almarhum Hamka mula memperkenalkan watak baru,Aziz namanya.Pegangannya adalah “Hidup ini adalah komedi belaka” #TKV

Kenapa Aziz merasakan hidup ini adalah komedi? Kerana pilih itu susah, pilih ini pun susah, tidak pilih lagi susah. #TKV

Dan Aziz adalah abang Khadijah. Zainuddin – kasih kepada – Hayati Hayati – sahabat kepada – Khadijah Khadijah – adik kepada – Aziz #TKV

atas perhubungan baik Khadijah dan Hayati, maka keluarga Khadijah memohon Khadijah melembutkan hati Hayati agar membuka ruang hati. #TKV

Maka bergelora dan melambung perasaan Hayati. Rupanya Aziz menyimpan hasrat. Dan tanpa bertangguh rombongan di hantar ke Minangkabau #TKV

 

Ketika rombonga dihantar Zainuddin juga mengirimkan surat lamaran kepada penjaga Hayati. Malang Zainuddin berterusan. #TKV

Sebelum surat dikirimkan, surat yang lain telah sampai. Surat dari Mengkasar, bahawa penjaganya yang sudah tua di sana telah kembali. #TKV

Gementar surat itu diterimanya, kerana surat membawa berita kematian amatlah keras penerimaannya. Zainuddin menghela nafas. #TKV

Berbalik kepada rombongan Aziz dan surat Zainuddin. Pendek kata lamaran Aziz diterima. Surat Zainuddin dianggap tiada adab melamar. #TKV

Surat yang dihantar, maka surat pula lah yang diterima oleh Zainuddin. Mengalir keringat dingin di keningnya sehabis surat dibaca. #TKV

Zainuddin merasakan tolaknya adalah kerana adat. Dan adat inilah yang memisahkan ayahnya dengan saudara mara di Minangkabau. Geram! #TKV

Beberapa ketika sampai pula surat dari Khadijah yang membenarkan perbuatan penolakan lamaran Zainuddin itu. pehhhh. #TKV

Jika surat dari keluarga Hayati itu umpama peluru yang dilepaskan ke dadanya, maka surat Khadijah umpama bom yang meletus di mukanya #TKV

Bermuram durja lah sang Zainuddin di rumah yang ditumpang di Padang Panjang. Mak angkatnya bertanya akan kemuraman wajahnya. #TKV

ketika itulah saudara saudari pemuda pemudi sekalian. Tuhan menghantar seorang anak muda, menyelamatkan Zainuddin yang kecewa! #TKV

Dan….saudara saudari pemuda pemudi pembaca semua, anak muda itu bernama Muluk atau gelaran lainnya PEREWA! #TKV #VIVAPerewa #Haha

Ketika Perewa menceritakan siapa di Padang Panjang tidak kenal akan Aziz kepada Zainuddin. Betapa Zainuddin ingin menjadi penyelamat. #TKV

“Allah…nasib kau Hayati!” Zainuddin mula mengutus surat pertama… kedua… ketiga… baru berbalas dari Hayati. #TKV

Ketika Zainuddin menatap surat balas Hayati, dengan pantas beliau balas. Akan memulangkan semula surat2 perkenalan awal hingga akhir. @TKV

Betapa Zainuddin menelan hempedu, menyimpuh menadahkan tangan harapan jika ada. Namun ianya sia-sia. “Guru usahlah bersedih” – Perewa #TKV

Dan mulalah sakit yang dari kepala turun ke hati menular ke badan. Zainuddin jatuh demam! Dan bertambah bila berita perkahwinan sampai. #TKV

Dan demam makin melarat ketika doktor yang hadir disapa, “Hayatikah itu?” Semua di kamar Zainuddin menundukkan muka melihat hal ini. #TKV

Tapi, iyelah takdir Tuhan menentukan. Siapa mampu melawan setelah usaha hati nan sekeping ini dimamah perlahan-lahan-lahan oleh hampa. #TKV

Doktor yang merawat memberi saranan agar gadis yang disebut itu hadir sekali untuk membantu kuatkan semangat Zainuddin. #TKV

Berita kehadiran Hayati masih lagi tidak diketahui oleh Zainuddin. Hujan sudah mula pergi dari Kota Luhur. Hayati hadir bersama Aziz. #TKV

Ketika Hayati memanggil nama Zainuddin, betapa Zainuddin sedar dan berbicara lunak manis bersama Hayati. Dan penyakitnya begitu jelas. #TKV

Zainuddin menceritakan bahawa sudah dipersiapkan rumah untuk mereka duduki, dan cuba memegang tangan Hayati untuk dikucup.Ouh Zainuddin #TKV

Inai masih jelas pada tangan Hayati. Zainuddin sedar dan insaf bahawa haram perbuatannya itu. Dan mula disuruh semua orang pergi. #TKV

Dua bulan lamanya sakit Zainuddin ini, Perewa sudah tidak tahan lagi melihat gurunya begini. (Perewa lebih berumur dari Zainuddin) #TKV

Perewa yang menjaga Zainuddin sejak dari sakit mula berbicara pada gurunya. Orang yang tercela dalam dunia ini hanya ada tiga. #TKV

Orang yang tercela di dunia ada tiga 1. Orang yang dengki 2. Orang yang tamak 3. Orang yang berdosa dan terlepas dari hukuman dunia #TKV

Dan ketiga-tiga penyakit itu tiada pada Zainuddin. Maka Perewa cuba sedaya memberi kata-kata semangat buat Zainuddin.Terpana Zainuddin. #TKV

“Saya lihat guru pandai mengarang?” Perewa cuba mengalihkan perhatian Zainuddin kepada sesuatu yang lain. Dan Zainuddin mula sedar. #TKV

Apalah yang mahu dirindukan lagi, bulan retak di pangkuan sendiri. Zainuddin kagum depan Perewa yang punyai sifat sahabat yang sebenar. #TKV

Zainuddin bangkit dan mula mengatur segalanya. Beliau mahu pindah dari Padang Panjang ke Tanah Jawa. Dan Perewa mahu turut serta. #TKV

Dan mereka bersiaplah sambil menyebut.

“Sampai mati menjadi sahabat!” Perewa atau Bang Muluk

“Sampai mati menjadi sahabat!” Zainuddin #TKV

Dan berlayarlah mereka selama seminggu menaiki kapal Sloet Van Der Beele menuju Tanah Jawa. #TKV

Apakah Zainuddin masih akan bertemu dengan Hayati lagi? dan masih wujudkan helaian rambut Hayati pada simpanan Zainuddin? #TKV

Serpihan gelora itu masihkah ada dalam Zainuddin menjadi pengarang? #TKV

Anda perlu baca dan menzahirkan tajuk TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. #TKV

 

Di dalam novel ini bahagian sedih itu disusun dengan cermat satu persatu. Bermula dengan penolakan lamaran, kemudian perkahwinan Hayati. Zainuddin dema selama dua bulan dan beberapa lagi sehingga klimaks kesedihan ini anda perlu baca dan menzahirkan tajuk TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. Ini mengingatkan saya pada filem lakonan Naseruddin Shah yang bertajuk Dedh Ishqiya. Di dalam filem itu, cinta dikatakan mempunyai tujuh tahap. Ianya adalah

  1. dilkashi (Tertarik),
  2. uns (Kasih Sayang),
  3. mohobbat (Kecintaan),
  4. akidat (Kepercayaan),
  5. ibadat (Pengamalam),
  6. junoo (Kegilaan)
  7. maut (Kematian).

Akhir kalam saya kongsikan jawapan kepada soalan saya, siapakah yang menuduh karya ini ciplak dan diciplak dari karya mana?

 

Orang tersebut adalam Pramoedya Ananta Toer dan tuduhannya adalah karya ini menciplak daripada karya The Great Gatsby.

 

Dan ini saya kutip dari laman wikipedia:

 

Pada bulan September 1962, Abdullan S.P.—nama samaran dari Pramoedya Ananta Toer—yang memuat tulisannya ke dalam koran Bintang Timur menyebutkan bahwa novelVan der Wijck diplagiasi dari Sous les Tilleuls (1832) karya Jean-Baptiste Alphonse Karr, melalui terjemahan berbahasa Arab oleh Mustafa Lutfi al-Manfaluti; sebenarnya desas-desus plagiasi sudah lama ada. Hal ini menjadi polemik luas dalam pers Indonesia. Sebagian besar orang yang menuduh Hamka berasal dari Lekra, sebuah organisasi sastra sayap kiri yang berafiliasi dengan PKI. Sementara itu, penulis di luar sayap kiri melindungi Hamka. Beberapa kritikus menemukakan beberapa kesamaan antara dua buku tersebut, baik dari segi alur maupun teknik penceritaan.[17]

Ahli dokumentasi sastra H.B. Jassin, yang membandingkan kedua karya itu dengan menggunakan terjemahan Sous les Tilleuls berbahasa Indonesia yang diberi judulMagdalena, menulis bahwa novel ini tidaklah mungkin hasil plagiasi, sebab cara Hamka mendeskripsikan tempat itu sangat mendalam dan sesuai dengan gaya bahasanya dalam tulisan sebelumnya. Jassin juga menegaskan bahwa novel Van der Wijck membahas masalah adat Minang, yang tidak mungkin ditemukan dalam suatu karya sastra luar. Akan tetapi, Bakri Siregar beranggapan bahwa terdapat banyak kesamaan antara Zainuddin dan Steve, serta Hayati dan Magdalena, yang menandai adanya plagiasi. Kritikus sastra asal Belanda, A. Teeuw menyatakan bahwa tanpa berpendapat kalau kesamaan yang terkandung dalam novel itu dilakukan secara sadar, memang terdapat banyak hal yang mirip di antara kedua karya itu, tetapi Van der Wijck sesungguhnya mempunyai tema yang murni dari Indonesia.

 

Ouh lupa mengapa saya tidak tonton filem ini? Kerana saya membayangkan suasana pada Tahun itu tidak sehebat dalam filem. Seolah dalam filem yang diadaptasi karya ini terlalu berlebihan. Lebih kebaratan, Belanda saya fikir. Tapi adakah suasananya begitu? Entah lah. Sudah seperti filem titanic saya lihat. Memandangkan hal itu, saya tidak menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Agar setiap momen dan karakter itu tersimpan kemas dalam dunia kreatif saya sendiri. Maka saya akhiri dengan kata2 yang saya tulis di awal tadi.

“Tuhan mencipta Harun kepada Musa
Tuhan menghantar Shams kepada Rumi
Dan Bang Muluk yakni Perewa pula pendokong Zainuddin”

Wassalam dan Bertabahlah buat semua yang bercinta.

 

305265_1752451629500_21976_n

 

Yang menulis

Perewa

Advertisements
Comments
  1. fujii says:

    zainudin itu seorg yg suka mendesak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s