Surat kepada rakan yang telah meninggalkan saya

Posted: March 10, 2016 in Uncategorized

Kampung Baru

Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum,

 

Kehadapan rakan2,

 

Surat ini saya tujukan kepada saudara dan saudari. Surat ini ditulis kerana terasa sangat2 pantas saudara dan  saudari pergi. Surat ini yang ditulis pada pagi Khamis selepas pemergian saudari Noni. Junior UiTM Jengka. Surat ini jua buat rakan yang kehilangan  ibunya yakni Khairiah. Juga surat ini buat saudara Naha yang saya kenal dari aktiviti seni sejam lima tahun lepas.

 

Terdetik untuk saya menulis surat ini kerana semalam, waktu makan tengah hari dengan tiba2 entah dari mana saya tiba2 merasa sebak. Pantas sungguh manusia pergi, dan manusia itu kini sudah tidak digelar manusia. Ia digelar mayat. Yup, jika meninggal petang esoknya dikebumikan. Jika meninggal pagi, petang hari yang sama akan dikebumikan.

 

Dalam saya mengelamun sungguh pantas proses itu, dan pertemuan dengan malaikat2 Tuhan di alam barzakh. Sangat menakutkan. Dan apakah saya perlu lakukan? Beristighfar sahaja setakat ini.

 

Kita masih mampu makan dan lakukan segalanya, baik maupun jahat. Atas ketidaktahuan kita apa yang bakal kita lalui di alam sana. Walaupun begitu, khabar berita telah disampaikan oleh Nabi Muhammad apakah balasan yang bakal kita terima. Semoga kita semua akan beroleh yang baik2 saja dari Tuhan Yang Maha Esa.

 

Pulang dari makan, saya periksa FB. Syila, Syila ni rakan baik Noni update status sedih dan tag nama Noni. Saya pun terus tanya Syila apa yang berlaku. Syila jawab noni dah pergi selamanya.

 

 

Innalillah

 

 

Yang mendoakan rakan2 agar baik2 saja di sana.

Perewa

Advertisements
Comments
  1. latifah says:

    Kehidupan.
    Begitulah.
    Ada orang yang nak hidup lama, dimatikan Tuhan cepat.
    Ada orang nak mati cepat, dihidupkan Tuhan lama.
    Ada yang sakit kronik, tapi umurnya panjang.
    Ada yang sihat wal’afiat, tapi umurnya pendek.
    Atas asbab dunia ini ujian seluruhnya.
    Persinggahan sementara, sebelum kita pulang ke kampung halaman sebenar, bertemu yang Maha Pencipta.
    Soalnya, bukan sudah bersedia atau tidak, tetapi apakah sudah cukup bekalan untuk dipersembah kepada Rabbul Jalil?
    .
    Innalillah hi wa inna ilaihirojiun.
    Allahummagh firlaha warhamha wa a’fiha wa’fu a’nha.
    Allahummagh firlahum warhamhum wa a’fihim wa’fu a’nhum.
    Al-Fatihah.
    .
    Lama tak kemaskini blog?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s