“There’s difference between giving up, and knowing you have had enough”

Posted: February 25, 2016 in Surat dari Kaca Mata

Semalam. Semalam rakan saya Rusni update status perihal rakyat Malaysia yang membantu dalam penemuan sejarah sains terhadap Gelombang Gravitasi.

“Cuba kau fikir, kalau Hafizah ni balik Malaysia akan jadi apa.

Hijab or not shouldn’t be a problem though. But yeah, as Muslim we proud to have someone like her.”

Saya kenal Rusni dari aktiviti sukarelawan TFTN beberapa tahun lepas. Rusni bertanya di statusnya, adakah rakyat ini akan mampu menunjukkan kemahirannya sekiranya dia berada di Malaysia.

Saya pada awalnya tidak jawab secara terus. Namun ia mengundang kepada jawaban kedua. Dan dengan mudah saya jawab

“InsyaAllah boleh”

Jawapan seringkas ini lahir dari kefahaman yang padat. Kerana kita fikir secara dalam soalan itu, apakah perbezaan luar Malaysia dan dalam Malaysia? Kita lupa sebenarnya itu hanyalah hal yang kaku, kerana yang menggerakkan kesemua itu adalah kita sendiri. Kita yang merasa bagaimana berbeza pendidikan di luar negara, prasarana di sana. Dan adakah kita lupa juga bahawa….bahawa siapa yang menggerakkan kita?

Iye memang jawapan ini klise. Tapi kita akan yakin. Kita akan menanam keyakinan bahawa segala-galanya ditentukan oleh Tuhan. Mungkin kita semua tidak berada pada tahap tertentu dalam yakin. Tahukah anda yakin itu ada tiga tahap? Pertama Ilmu Yakin, kedua Ainul Yakin, dan ketiga Haqqul Yakin. Apa itu Ilmu Yakin? Apa2 yang kita belajar tentangnya,  tentang kewujudannya. Hanya dengar2 saja bagaimana bentuk serta rupa. Sebagai contoh anggur. Maka yang kedua pula adalah Ainul Yakin, tahap ini kita melihat bentuk anggur itu namun tidak merasa bagaimana masam ke manis ke pahit ke. Itu berada pada tahap akhir, Haqqul yakin. Tahap inilah kita merasa anggur itu sendiri.

Cuba ubah anggur itu kepada takdir. Kita baru sahaja pada tahap ilmu yakin. Bila berlaku baru kita kata ainul yakin. Itupun kadangkala kita rasa masih belum sesuai.

Maka inilah hasil dari

InsyaAllah boleh

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s