Mat Indera: Petualang atau Pejuang

Posted: February 19, 2016 in surat untuk buku

Terima kasih
Adam
Terima kasih
Mat Indera
Terima kasih
Usman Awang
Terima kasih
Malaysia

Ini hasil bacaan dan rangkuman pengalaman membaca (menonton, mendengar dan sebagainya) hal2 kemerdekaan. Dan juga menggerakkan secara kecil2-an aktiviti bersama masyarakat awam.

Saya ada borak dengan Adam. Waktu itu hujan lebat di tasik titiwangsa. Bicara karya dan sikap Sasterawan Negara Baha Zain ditunda ke tarikh lain.

1. Dalam borak2 kami…saya ada sebut perihal ideologi dalam penterjemahan dan…bla..bla..bla..bagaimana adam boleh sebut Usman Awang membantu dalam perjuangan haluan kiri. Saya sebut ada dalam Novel Tulang2 Berserakan, satu bab tu menceritakan kegelisahannya melihat rakan2 haluan kiri yang perlu diperangi. Dan dalam buku ini disebut, yang mana diambil dari memoir Abdullah C. D. (Boleh rujuk gambar).

2. Selepas saya baca buku ini. Melihat ketokohan seorang anak muda dalam API. Angkatan Pemuda Insaf.  Dulu waktu belajar sejarah. Rasa kelakar dengan kata ‘Insaf’. Sebab waktu itu insaf yang difahami adalah orang buat jahat dan sesuatu yang tidak baik, menyesal dan insaf. Maka angkatan pemuda ini adalah golongan itu saya rasa. Akan tetapi selepas saya terus membaca dan membaca. Perlahan-lahan kata Insaf itu hidup dalam diri saya. Iye benar dari kata Insaf itu terbelah menjadi dua makna

I- Sesal

Perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg salah; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus.

II- Sedar

1 tahu akan keadaan yg se­benarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat men­jadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik.

(Kamus pelajar DBP edisi kedua)

Maka angkatan pemuda ini adalah angkatan yang sedar akan nasib rakyat. Mereka sedar akan perjuangan yang digalas. Segalanya mereka insaf.

3. Dan yang menarik dalam buku ini. Mereka juga cuba menarik golongan pemuda agar tidak leka. Sebagai contoh lepak di kedai kopi dan sembang kosong. Turun terus ke jalanan dan lakukan tindakan. Bukan sekadar teori semata. Teori+praktikal. (Rujuk gambar)

4. Akhir sekali adalah lakaran saya terhadap Malaysia. Bayangkan Malaysia adalah seorang Manusia. Pak Cik Malaysia nama diberi (Rujuk gambar).

1957 – hanya sebelah kaki sahaja melangkah merdeka. Sebelah kaki lagi masih ditambah penjajah British. Kerana tidak secara total diserahkan. Adakah beza 30 Ogos 1957 – 31 Ogos 1957 – 1 September 1957. Rasa mungkin berbeza tapi dari struktur perlahan-lahan dirungkai.

1970 – boleh dikatakan ke-dua2 kaki telah merdeka sepenuhnya. Wujud rukun negara.

1980 – 2000 – tempoh pembangunan negara. Badan serta tubuh Pak Cik Malaysia dibina

2000 dan seterusnya proses pemikiran rakyat Malaysia dibentuk menuju negara Maju. Dan saya terpanggil untuk menulis hal ini kerana ramai lagi masih tidak percaya sikap rakyat Malaysia dalam menuju negara maju. Antaranya rak buku terbuka. Mungkin ramai nampak kecil semut saja benda itu. Tapi bagi saya ia adalah eksperimen sosial sepanjang zaman. Ramai kata buku hilang. Rak akan rosak. Sudah masuk setahun. Masih kukuh lagi! Buku2 dalam rak? Waktu awal2 dulu kami letak buku sekejap saja habis. Dan kemudian ulang benda sama. Kemudian kami cuba menukar strategi demi melihat sikap rakyat Malaysia. Tukar letak majalah banyak2. Lama juga majalah ini susut. Ini bermakna, mereka yang ambil buku memang baca buku. Bukan ambil dan jual. Kerana jika tidak, kenapa majalah2 itu tidak diambil?

Jangan marah dan kecewa dengan rakyat, sebab rakyat itu adalah kita. Sama2 kita membina negara dan insaf. Menuju Malaysia baru.

Darah Rakyat masih berjalan

image

image

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s