Teknologi dan seni

Posted: February 10, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Teknologi dan seni

Hahaha. Ramadhan tergelak membaca tajuk pertandingan syarahan yang diberikan oleh guru bahasa melayu.

Ramadhan pulang ke rumah sambil cuba merangka kata. Kata disusun sebaik mungkin. Hari pertandingan adalah minggu hadapan. Ramadhan perlukan ketenangan agar beroleh ilham yang mantap. Ilham yang bukan diperoleh dengan satu malam. Namun semakin lama Ramadhan menulis semakin menghilang ilham yang hadir.

Teknologi dan seni
Teknologi dan seni
Teknologi dan seni

Ramadhan membuang kertas yang diconteng.

Ayah Ramadhan adalah penjual kipas dan aircond. Satu bilik khusus untuk air cond lama. Setiap kali kipas rosak atau menunggu untuk dibaiki, kipas akan diletakkan di bilik stor. Ramadhan tidak pernah membantu. Kecuali pada malam itu. Malam ilham hilang ke mana. Ramadhan terdengar suara riuh, sungguh riuh dibilik stor. Merasa bosan malam itu, tanpa syak wasangka apa yang bakal diterima. Pintu bilik stor dibuka.

Tepat. Tepat waktu itu bilah kipas melayang ke leher Ramadhan. Dunia semakin gelap. Ramadhan melihat berpuluh kipas sedang mengerumuninya. Di akhir nafas, Ramadhan merelakan segalanya. Berpuluh2 bilah kipas membelah tubuh Ramadhan.

Satu suara kecil menjerit nyaring.

“Revolusi! “

Advertisements
Comments
  1. latifah says:

    Semalam dah baca, tapi sebab guna tab, tak boleh nak komen – sebabnya satu je, tak ingat password wordpress :3
    Jadi, baca semula.
    Walaupun kisah ini ‘tragis’, tapi tak tahu kenapa rasa nak gelak bila baca. huhu.
    Okay, sila post update lebih awal.
    Post update jam 12.17 pagi sangat mainstream okay.

    p/s: Maafkan saya atas penggunaan bahasa yang tak berapa nak Melayu Tinggi. huk huk~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s