Jenaka Melawan Kesedihan

Posted: February 3, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Ada surat yang terletak di atas meja makan. Surat untuk Aysha. Ibunya kelihatan gelisah. Gelisah kerana ada dua cop tertera. Satu “Sulit” dan satu lagi “Kementerian Sains dan Teknologi”. Memang agak aneh perkara ini. Walaupun sulit, masih dihantar secara terbuka. Ibunya menahan rasa, rasa ingin tahu umpama taufan yang cuba merempuh istana pasir di pantai Lido. Rapuh. Dipujuk diri agar tunggu, tunggu anak perempuannya pulang ke rumah dahulu.

Waktu bergerak dengan sangat p..e…r….l…..a……h…….a……..n

..

…..

..

Jam berlalu

…….dan Aysha pulang.

“Assalamualaikum ibu, masak apa hari ini. Aysha lapar.”

“Ibu masak ikan merah, baru saja masak. Cepat makan, kalau tak, hilang rasa manis ikan merah ni.” Jawab ibunya.

Aysha terpandang surat di atas meja makan. Gelisah dan serba salah. Tanpa melengahkan masa, surat diambil dan dibuka. Bla..bla..bla..permohonan anda diterima..bla..bla..bla.

“Ibuuuu…..Ya Allah….Aysha terpilih dalam projek Angkasawan Malaysia” keterujaan Aysha tidak boleh dipendam lagi. Ibunya memandang dan tersenyum, di dalam hati tiada….yang mengerti.

Dua beranak ini yang berasal dari Kota Luhur sangat dikenali kerana ibunya guru di sekolah kawasan kejiranan dan anaknya, satu-satunya yang pernah melanjutkan pelajaran ijazah sehingga ke Rusia. Dalam bidang aeroangkasa. Iye benar, aeroangkasa yang menjadi minatnya, minat ayahnya juga. Ayahnya yang tidak pasti mahu diceritakan bagaimana mereka boleh terpisah. Mungkin takdir, takdir yang memilih ayahnya. Teleskop hitam murah yang dibeli oleh ayahnya dulu masih lagi terpasak di atap rumah. Setiap malam mereka sekeluarga akan bergilir menjenguk bintang, mengira bintang, dan melukis peta langit secara manual. Sedikit sebanyak Aysha merasa kagum dengan angkasa yang tiada penghujung. Digenggamkan semangat untuk berada di sana (sambil menunjukkan langit).

Dan pada hari ini, surat impian telah sampai. Surat yang bakal membawa Aysha terbang ke angkasa meninggalkan bumi sementara waktu. Ibunya masih mengetap bibir kerana bakal berpisah dengan anak yang dikasihi. Aysha. Aysha yang sebelum ini belajar di Rusia pun sanggup dikunjungi setiap kali cuti sekolah (ingat ye ibunya guru di sekolah). Kali ini tidak boleh berkunjung kerana anaknya tidak berada di bumi. Di angkasa lepas. Tanpa disedari ada butiran cecair jernih mengalir perlahan hingga ke pipi.

“Mak nak tahu kalau kita menangis di angkasa lepas apa yang akan berlaku?”

Mak senyum. “Ayah pernah tanya mak waktu kamu kecil dulu”

Sambil tersenyum Aysha menyeka air mata ibunya.

“Air mata kita tidak akan jatuh ke bawah, malahan akan terapung-apung di udara” jawab Aysha

“Ibu rasa berat hati, tapi ibu tidak akan menghalang Aysha. Kalau ayah ada, pasti ayah marah ibu sebab menangis.  Iyelah sepatutnya gembirakan. Nanti di sana Aysha kena menangis!” serak-serak suara ibu Aysha

“Aik, kenapa?” Aysha terpinga

“Kan air mata akan terapung – apung di udara?” balas ibunya

“Iye ibu, tapi kenapa?” soal Aysha yang masih kurang mengerti maksud ibunya

“Aysha akan ingat memori perbualan kita ini.” Ibunya menjawab sambil meletakkan nasi di pinggan Aysha.

 

“Like memories in cold decay,
Transmissions echoing away,
Far from the world of you and I,
Where oceans bleed into the sky!”

Terilham dari video dan lirik The Catalyst – Linkin Park, dan The Martian dan Interstellar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s