Kipas yang berbunyi di awal Februari

Posted: February 1, 2016 in #21harimaintulisankreatif

Kipas yang berbunyi di awal Februari

Akhirnya mereka dikumpulkan di satu bilik belakang bangunan. Bilik yang menyimpan barang yang jarang digunakan, rosak atau menunggu masa untuk diambil cina lori jual besi.

Sudah tentu ada nama. Nama yang biasa. Ada empat semuanya. Tiadalah lain iaitu Khind, Panasonic, Singer dan K.D.K.

Hidup ini ada naik ada turun. Ada gembira ada duka. Tiada yang di tengah. Jika di tengah itu, bosan dan monotone saja hidup ini. Pasti tidak semua kita mahu hidup yang begitu. Tidak pasti nasib mereka ini adalah suatu limpahan rahmat atau malapetaka kiamat.

“Hoi, diam je? Takkan bisu dah kot.” Kata Khind

“Tidaklah saudaraku, sedang sesuaikan diri” balas Panasonic penuh sopan sambil melihat keadaan sekeliling.

“Aku rasa la,  orang yang pasang kipas satu hala ni pentingkan diri. Yang tekan kasi kepala kipas berputar ni orang yang suka berkongsi” tiba2 K.D.K mencelah.

“Maksud kau imam tu orang yang penting diri sendiri?” Tanya Singer

“Haha imam mana guna kipas, mana guna kita. Masjid sekarang guna air cond, macam masjid Kg Baru” jawab Khind

“Sial kau, jangan sebut nama setan tu di sini” jerit K.D.K

“Eh janganlah gaduh kita sama2 ni. Satu bangsa kipas” lerai Singer. “Paling utama sekarang kita kena fikir kita nak buat apa.” Sambungnya lagi

“Kita REVOLUSI wahai saudara sebangsaku!” Laung Panasonic.

“Kita kena lakukan sesuatu. Kita kena fikir bagaimana mahu insan mengutamakan kita dari si bangsat itu. Datang tempat orang, mulanya mahu berkongsi. Mula dulu….mula2 dulu diri ini masih ingat lagi. Katanya bila panas terik Air cond ke depan, bila hujan kipas perlu ke depan, bila waktu tenang gilir-gilir. Tapi itu dulu. Hingga satu ketika. Hingga satu ketika waktu diri tengah meniup pantas, dia juga turut sama menghasilkan gas sejuk. Katanya demi keselesaan. Keselesaan sial apa? Bukan sudah ada persetujuan? Sudah ada perjanjian antara kita! Dia senyum bangsat. Selepas beberapa lama bil api naik. Yang mana asal muassal dari dia. Entah macam mana setan tu gebang kata diri ini rosak, tarik tenaga elektrik yang lebih. Maka diri lah yang disingkirkan. Imperialis bangsat!!!!” Panjang bebelan Panasonic yang suka membahasakan dirinya sebagai diri. Lebih sopan barangkali.

“Aduh sampai macam tu sekali. Walhal kitalah paling menjimatkan. Ekonomikal kot. Dan aku setuju kita Revolusi!” Singer mulakan kata sokongan

“Aku ada cara! Korang nak dengar. Tapi Angker sikitlah. Biasalah revolusi perlukan pengorbanan” kata K.D.K sambil tersenguk-sengguk

“Apa dia woi? Aku sokong demi bangsa kipas!” Khind tidak sabar.

“Kita buat bising sehingga insan datang ke bilik ini. Buka saja pintu aku akan lepaskan sayap kipas tepat ke lehernya. Dan kita akan keluar dari bilik ini. Akan mulakan pengkaderan dengan Sekolah Demokrasi dan Falsafah Kipas. Kipas kecil, kipas tangan, kipas kereta dan semuanya akan turut serta. Dan kita akan bergabung demi kelangsungan hidup bangsa kita. Hancurkan air cond!” Terang K.D.K

“Hancur aircond!”

“Hancur aircond! ”

“Hidup kipas!”

Laung mereka sambil mengesat air mata kesedihan perjanjian yang dimungkiri. Menunggu masa insan buka pintu bilik belakang bangunan yang menempatkan…..

Kipas yang berbunyi di awal Februari

image

KHIND

image

Panasonic

image

KDK

image

Singer

image

(Gambar proses kreatif dalam menulis)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s