Surat kepada Buku Frekuensi Proletar 2

Posted: January 4, 2016 in Uncategorized

Kampung Baru

Kuala Lumpur

 

4 Januari 2016

 

Assalamualaikum,

 

Segala puji bagi Allah, Ar Rahman dan Ar Rahim, Al Latif dan Al Hakim yang Maha Bijaksana. Semoga kita semua berada dalam lingkungan pelukan rahmatNya. Semoga kita akan senantiasa beroleh ilham yang baik dalam mendepani permasalahan dalam kehidupan.

 

Ditujukan surat ini kepada bahagian dua Frekuensi Proletar. Pada surat ini mungkin lebih ringkas dari surat bahagian satu, atau mungkin lebih. Buku yang sama namun bahagian yang berbeza dan penulis yakni pencipta setiap aksara juga berbeza. Dengan penuh ketulusan hati nan tulisan yang jelas serta terang saya memulakan karangan….

 

Saya tidak mengenal secara akrab dan rapat penulis bahagian dua ini. Akan tetapi dari aktiviti dan status yang dipaparkan untuk khalayak, saya merasakan penulis adalah insan yang berjiwa besar bersesuaian dengan tubuhnya yang besar. Di dalam bahagian dua buku ini saya melakukan perkara yang biasa saya lakukan jika sesebuah buku itu semakin mengambil masa untuk saya habis. Saya habiskan buku sajak dengan sangat pantas. Sekiranya ada sajak yang memerlukan pemahaman yang lebih maka saya akan menelitinya semula. Agar maksud yang ingin di sampaikan itu kepada saya, berjaya saya faham. Apa yang saya biasa lakukan? Tiada lah lain baca bermula dari halaman akhir kemudian menuju ke hadapan.

 

Saya tidak pasti penyusunan sajak2 di dalam buku ini bagaimana, mungkin ada susunan mungkin tiada. Apa yang saya fahami, setiap editor itu akan menyusun sajak itu bermula dari menaik atau menurun dan itu terpulang kepada mereka bagaimana memikat pembaca agar terus membaca.

 

Apa yang saya alami ketika membaca bahagian dua dalam buku ini adalah sesuatu yang…sepatutnya saya tidak tulis. Atas kejujuran yang sudah saya ungkapkan di perenggan awal dalam surat ini maka saya terus menulis. Majoriti yakni keseluruhan sajak pada bahagian dua dalam buku ini berkisarkan kasih sayang dan cinta seorang insan kepada insan lainnya. Saya memilih dalam membaca, jika apa yang saya baca tidak menetapi kehendak maka bacaan saya akan terganggu. Maka apa yang berlaku adalah saya meneliti semua bahagian dua ini, adakah 100% hal itu sahaja? Saya tidak menolak sajak cinta. Cumanya bagi saya ada lebih besar dari sajak cinta. Meskipun ada persoalan yang luas dalam sajak cinta. Saya……saya sendiri adalah cinta. Maka kenapa saya perlu baca sajak cinta? Begitulah betapa poyonya seorang bernama saya. Setelah saya baca dan baca, saya terserempak dengan sajak2 lain. Berbau perlawanan. Ini menarik bagi saya.

 

Sajak berkenaan hari tanpa lapar! Terus mengimbau kenangan yang mana penulis ini aktif dalam aktiviti kesukarelawan kepada gelandangan. Sajak yang seterusnya berkenaan sikap dan pemikiran orang tua yang tidak mahu menerima pendapat orang lain.

 

(maaf kerana ketika surat ini ditulis, buku tiada di sisi. Saya hanya menggunakan memori bacaan saya terhadap buku ini. Maka sajak dan halaman tidak boleh ditulis semula.)

 

Saya seperti biasa akan meneliti tempat dan tarikh sajak itu dituliskan. Menarik jika dikaji sajak2 cinta ditulis di tempat mana, sajak2 perlawanan di tempat mana. Begitulah sekiranya saya mengkaji dan meneliti. Apa yang menarik bagi saya kepada bahagian dua ini tidak lain dan tidak bukan, sikap cermat penulis yang menggunakan rima akhir setiap sajak. Bagi saya hanya insan yang mempunyai kosa kata yang banyak saja mampu melakukan hal sebegini. Meskipun begitu, tidak bermakna sajak yang tidak mempunyai rima akhir yang sama tidak bagus. Makna dan maksud sajak lah yang paling penting dipandang. Jika mampu menggunakan rima akhir. Itu adalah satu bonus.

 

Ouh berbalik kepada sajak perlawanan yang saya sebutkan tadi, saya melihat tempat dan tarikh sajak itu ditulis adalah beberapa tahun lepas. Ketika penulis masih menjadi pelajar dan iye masih muda. Pun yang demikian, hal ini telah ditutupi atau diliputi awan sajak2 cinta.

 

Sebagai pengakhiran, maaf sekiranya surat ini ditulis dengan ringkas. Dan maaf juga sekiranya surat ini bakal melukakan hati pencipta bahagian dua frekuensi proletar. Apa yang penting adalah terus menulis dan menulis dan menulis. Saya yang semakin keras kerana tidak mampu menyelami ayat2 cinta. Walaupun begitu setiap surat cinta ditujukan kepada insan lain, insan lain itu pula dicipta oleh Tuhan. Dan secara penaakulannya surat itu ditujukan kepada Tuhan. Sekiranya mahu menulis hal2 cinta yang ke arah itu. Sikap berhati2 itu perlu dijaga, kerana mana mungkin menguraikan rambut atau alis mata insan kemudian dikembalikan kepada Tuhan? Eh sebentar…..boleh juga. Jika dipandang dari sudut betapa hebatnya Allah mencipta makhluknya dengan penuh keindahan.

 

Tuhan Yang Maha Indah.

 

Wassalam.

 

 

Yang menulis kepada buku

Perewa

 

 

p/s: gambar kedua dalam surat ini adalah ketika anak kecil saya yakni Badiuzzaman comel telah mengoyakkan halaman pertama buku ini. huuuu

12490379_10204005392653545_1334769473_o

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s