Surat Kepada Komrad Kecil

Posted: December 29, 2015 in Sepetang di Kota Luhur

Kampong Baru

Kuala Lumpur

 

29 Disember 2015

 

Assalamualaikum,

 

Kehadapan Komrad Kecil yang berumur 15 tahun,

 

Segala puji bagi Tuhan kerana dengan Rahmat dan kasihNya kita berada di dunia ini. Dengan segala kebahagian yang telah kita rasa, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah juga ketika surat ini ditulis, spacebar yang mempunyai masalah pada laptop Kak Izyan ini sudah boleh berfungsi dengan baik. Mungkin, mungkin laptop ini memahami betapa sukar menggunakan On-Screen Keyboard hanya semata menekan spacebar.

 

Ketika surat ini ditulis, Perewa baru saja selesai makan tengah hari. Mmmmm……mungkin tidak perlu dikongsi panjang lebar. Makan di kedai pak cik Ali. Seperti yang dijanjikan surat ini adalah untuk mendokumentasikan perbualan kita selepas tamatnya acara terakhir Buku Jalanan Titi. Bicara Karya dan Sikap Sasterawan Negara. Untuk pengetahuan Komrad Kecil, dunia sastera ini sama sahaja dengan dunia2 lain dalam dunia ini. Dunia artis, dunia ekonomi, dunia jenaka dan sebagainya. Setiapnya mempunyai warna. Di dalam Perewa menjemput pembicara dalam bicara karya itu, Perewa mengenali dulu latar belakangnya. Apakah pendiriannya. Ada beberapa pembicara yang perewa terpaksa asingkan kerana pendirian mereka bercanggah dengan aspirasi kelompok Buku Jalanan Titi. Tapi ilmu mereka usah dikata, itu tidak dinafikan. Kerana perbezaan pendirian  ini, pencarian pembicara ini agak terbantut.

 

Namun pertemuan dengan saudara Benz Ali, ketika bicara karya dan sikap Usman Awang membuatkan Perewa merasakan hmmmm……terpaksa jugalah. Kata Benz Ali.

 

“Mereka dengan sikap mereka biarkan, kita jangan jadi macam mereka. Kita cuba meraikan semua.”

 

Maka Perewa dengan segenap kudrat menghubungi mereka2 ini. Sehinggakan ada juga yang bertanyakan bayaran. Telan jugalah kepahitan ketika itu. Walhal penggerak2 Buku Jalanan Titi yang mula dari 2012 langsung tidak mendapat imbuhan berupada wang dalam gerakan ini. Kerana kami yakin tanpa wang kita mampu gerakkan satu gerakan, atas kesatuan dan sikap saling tolong menolong.

 

Apa pendirian yang berbeza itu? Mereka menolak sastera dan politik itu. Menolak ahli sastera berparti dan sebagainyalah. Benda-benda ini telah diketahui oleh Perewa dari awal lagi. Namun demi mengendong kebebasan bersuara, dijemput teman2 sastera dari belahan itu. Yang kemudiannya  dipersoalkan di pada akhir bicara. Kata pembicara intelektual perlu konsisten, kerana jika sekejap2 berubah itu menunjukkan sikap yang tidak matang. Kerana masih tercari-cari tujuan. Hal ini yang ditentang oleh salah seorang hadirin. Dari titik tolak perdebatan kecil itulah, mula merebak kepada emosi dan ketuhanan yang Perewa rasa sudah luar dari konteks. Dan bahang perdebatan kecil itu masih berlangsung ketika Perewa dan Komrad Kecil menghantar barang2 di Kabin.

 

Kata pembicara itu, cuba lihat dalam cerita Aladin.

 

Manusia itu pantas terpikat dengan perkara yang baru dan cantik dan indah. Walhal apa yang dimiliki itu lebih baik dari yang lain. Isteri Aladin berada di rumah bersama lampu ajaib. Pencuri yang mahu memiliki lampu ajaib itu cuba menawarkan lampu2 yang lebih cantik dan indah kepada isteri Aladin, jika tidak punyai duit boleh tukar dengan lampu lama. Maka dengan senang hati isteri Aladin menukarkan lampu ajaib itu kepada pencuri tersebut.

 

Lampu ajaib yang nampak lusuh umpama tradisi yang hebat

Lampu cantik dan indah umpama unsur luar yang nampak cantik di luar tetapi kosong.

 

Kemudian dengan pantas dipotong oleh salah seorang hadirin.

 

Jika tidak diberikan kepada pencuri tersebut, maka tiadalah ‘adventure’ cerita ini. Kerana pengembaraan Aladin bermula dari situ.

 

Dan kita pun bersambung di dalam kereta di temani hujan lebat kala Maghrib. Perubahan, perubahan diri ini sebenarnya perlu atau tidak?

 

Perewa memberikan contoh tiga ekor tikus makmal, tikus pertama pergi ke puncak bukit kecil dalam sangkar untuk mendapatkan air, namun usahanya sia2 kerana sampai saja di sana. Saintis mengangkat cawan. Tikus kedua pula pergi ke puncak bukit kecil dalam sangkar untuk mendapatkan air, usahanya juga sia2 kerana sampai saja di sana. Saintis mengangkat cawan. Tikus ketiga pula terhenti dipertengahan jalan kerana sudah tahu penghabisan selepas diceritakan kepadanya oleh tikus pertama dan kedua. Walhal saintis itu sememangnya mahu mengekalkan cawan di atas bukit kecil.

Kemudian Perewa memberikan contoh lain, yang berbeza dengan contoh tiga ekor tikus. Pak Long, pak long ada ajar Perewa laluan yang paling dekat ke Shah Alam. Dan laluan ke Shah Alam ada tiga semuanya. Laluan pertama yang diajar itulah yang diikuti selama ini kerana diberitahu dekat dan selamat dan tidak sesak. Namun atas sikap ingin tahu Perewa mengikuti laluan kedua kemudian ketiga. Ternyata benar kata Pak Long, laluan kedua dan ketiga sesak bahkan lebih jauh Kilometernya. Dan perasaan melalui laluan kedua dan ketiga itu adalah semu, kosong dan tiada apa2. Ke-sia2-an.

 

Dan akhirnya Perewa mengulangi kata Hamka bahawa guru sebenar adalah guru bukan pengalaman. Kerana adakah untuk kita tahu bagaimana mahu selamat dari Kapal yang bocor adalah perlu bocor kapal dahulu? Tidak perlu, cukup hanya bertanya kepada ahlinya. Dan ahlinya belajar dari siapa? Dari pengalaman. Hanya yang sudah berpengalaman saja tahu akan hal2 yang belum diketahui oleh yang tidak berpengalaman. Tamat.

 

Sebagai Komrad Kecil yang pernah masuk pertandingan Debat, segalanya dijawab dengan penuh gemilang. Pada persoalan Hamka itu Komrad kecil menyetujui, kerana pada hal2 yang buruk perlu begitu. Pada hal2 yang baik bagaimana? Mahu mengetahui cara membaiki. Mestilah menggunakan bahan yang telah rosak. Dan atas faktor itulah ujian diadakan, dan ujian itu pula mempraktikkan dengan menggunakan situasi sebenar. Kemudian menjawab perihal tiga ekor tikus pula sangat ironi dengan tiga laluan ke Shah Alam. Kedua2nya mempunyai natijah yang sama, iaitu pengalaman sendiri atau pengalaman yang dikongsi?

 

Namun Perewa menjawab bahawa puting beliung itu membawa perubahan, tapi saintis menyebut hanya ada satu titik yang tidak berubah yakni ditengah-tengah. Ini yang disebutkan konsistensi itu.

 

Hal ini masih boleh disanggah kerana insan itu punyai emosi, dan emosi itu berubah. Adakah emosi itu kekal? Mustahil.

 

Akan tetapi, akal. Akal yang memandu emosi. Perubahan emosi itu perlu berlandaskan akal dan intelektual diri. Maka tiga laluan dan tiga ekor tikus itu juga perlu dinilai dengan akal dan intelektual diri. Iya memang benar mungkin laluan dua dan tiga ke shah alam sudah berubah. Dan atas kenaifan Perewa maka tidak sedar akan perubahan sekitar. Masih kekal dengan laluan pertama.

 

Maka pada akhirnya itulah keperluan tawakal dan berserah selepas segalanya telah diusaha. Usaha ke kalau berkelakuan seperti tikus ketiga dan kekal dalam lorong pertama? Usaha kepada tidak usaha kot.

 

Wassalam dan selamat belajar komrad kecil yang berumur 15 tahun. Jumpa lagi pada tahun akan datang!

 

 

 

 

 

Yang menulis sambil belajar

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s