Surat kepada bakal penterjemah

Posted: June 26, 2015 in Uncategorized

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur

Assalamualaikum, 
Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang memahami segala bahasa, kerana dari Dia kita dicipta kepada Dialah kita dikembalikan.

Surat ini ditujukan kepada semua yang membaca dan juga pada diri sendiri. Surat yang membawa undangan ke alam penterjemahan.

Ada baiknya kita kenal dahulu asal penggunaan kata terjemah dari mana. Tiadalah lain jika dibuat sedikit kajian etimologi asal muassal dari bahasa arab, yakni tarjamah. Sejak akhir-akhir ini telah muncul di dada akhbar perihal isu isu dalam dunia penterjemahan. Semacam kesedaran yang dijanakan semula buat kita. Apa kena mengena rakyat Malaysia dengan isu ini? Saya amat berharap pembaca dapat habiskan bacaan surat saya ini. Kerana hal terjemahan berkait rapat dengan pembangunan sebuah tamadun. Demi kita menuju negara maju. Sudah sampai masanya setiap rakyat menjadi intelektual paling kurang terhadap dirinya sendiri. Kata filusuf Syed Hussein Alatas di dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila kemampuan berfikirnya dimanfaatkan sepenuhnya dan memiliki pengetahuan yang cukup tentang pokok perbahasan yang diminatinya. Maka sesiapa saja layak menjadi intelektual.

Sebuah tamadun akan berkembang dengan berlakunya proses pertembungan antara dua bangsa yang berlainan. Maka bahasa apa yang digunakan disaat berlakunya pertembungan. Nah pada waktu dan ketika inilah terjemahan dilakukan. Dalam menerima pemikiran tinggi dari sesebuah bangsa, dibawa pula kedalam bangsa sendiri. Secara tidak langsung menaikkan dan meningkatkan sesebuah bangsa itu sendiri. Boleh lihat apa yang telah berlalu pada bangsa arab yang membawa masuk karya-karya agung yunani. Begitu juga karya hebat berbahasa Inggeris pada zaman selepas perang dunia ke dunia. Dibawa masuk secara pukal dan besar-besaran. Perlu diingat, karya itu tidak disebarkan dengan bahasa inggeris. Tiadalah lain diterjemahkan lebih 100 ribu buah buku dan menyebabkan bangsa Jepun akhirnya menjadi bangsa yang cukup maju. Mereka maju bukan melalui bahasa Inggeris tetapi melalui bahasa mereka sendiri. Masyarakat sedar tentang pentingnya terjemahan, akan tetapi masih ramai yang faham bahawa terjemahan itu hanyalah sekadar memindahkan satu bahasa ke bahasa lainnya. Berbalik kepada hal menjadikan diri sebagai insan intelektual, terjemahan itu sendiri mampu membawa suasana yang bergelora dan budaya ilmu (boleh dikatakan baru) dalam masyarakat kita.

Maka, apa isunya terjemahan ini?

Terlalu banyak untuk ditulis di surat pertama ini, mungkin akan ada surat seterusnya jika ada ruang buat saya menulis lagi. Maka hanya satu isu paling asas dan tuntas yang ingin dijawab oleh saya. Tiadalah lain yakni isu yang dibangkitkan oleh saudara Wan Nur Azriq penulis upahan ITBM. Apa yang dibebelkan?

Karya terjemahan yang terlalu sedikit.

Untuk menjawab

Perihal kedua pula sememangnya menjadi zikir buat mereka yang mencari tulisan yang diterjemahkan ke dalam bahasa yang paling kita cinta yakni bahasa Malaysia. Kenapa begitu sekali? Kerana jiwa mereka ingin melihat karya itu berbahasa Malaysia. Berilah contoh sehingga ke negeri cina sekalipun ia tetap tidak akan membawa apa2. Saya menjangkakan tahun 2015 adalah tahun pra terjemahan. Mungkin penggunaan kata pra terjemahan tidak sesuai, pra terjemahan yang saya maksudkan adalah inisiatif kendiri yang dilakukan oleh rakyat Malaysia tanpa menunggu satu institusi melakukannya terlebih dahulu. Dengan kerenah birokrasi yang tidak akan tamat sampai kiamat. Nah, penerbitan yang dikatakan perosak pemikiran anak muda telah mulakan atas sikap peri pentingnya membawa karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Fixi, Jargon Books telah mengambil langkah tersendiri dalam menterjemahkan karya luar. Pro Bono yakni kerja tanpa gaji dilakukan juga oleh rakyat kita dalam penterjemahan. Boleh buka laman sesawang twtbuku, berapa banyak tulisan terjemahan dilaksanakan.

Baca tidak baca. Minat tidak minat itu kita tolak tepi dahulu. Mengambil sikap terjemahan perlu dilakukan sekarang adalah satu sikap yang wajib ada pada setiap insan yang mencintai bahasa Malaysia.

Sebagai akhir kata, semoga surat ini dapat diperpanjangkan kepada sesiapa sahaja. Baik dari warga marhaen maupun bangsawan. Kerana setiap dari kita perlu merasa kebertanggungjawaban dalam menterjemah sekiranya kita memahami lebih dari dua bahasa. Tidak perlu kita terlalu fasih untuk memahami bahasa yang satu lagi sebagai permulaan. Akal kita akan dileburkan disaat waktu kita memulakan proses penterjemahan.

Wassalam

Yang menulis,
Perewa

Advertisements
Comments
  1. Latifah says:

    Iqra’
    Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
    .
    Selamanya ia tetap jadi permulaan untuk sesuatu.
    .
    Terima kasih tuan atas surat ini.

    • perewa says:

      Sama2. Usah panggil tuan. Panggil saja perewa. Bagaimana terjumpa surat ini?

      • Latifah says:

        Sudah biasa bila menulis. Memang itu bahasanya. =.=”
        *Dari surat untuk anak-anak keramat, saya ikuti blog ini. Cuma belum berkesempatan baca semua surat-surat yang ada.*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s