Mimpi malam tadi

Posted: June 12, 2015 in Jurnal Memori

image

Sudah agak lama saya tidak mendapat mimpi yang berlapis-lapis. Namun antara mimpi ini tiada kaitan, mungkin ada kaitan. Tidak pasti. Meskipun begitu, saya hanya menganggap mimpi2 ini hanyalah mainan imajinasi. Maka sekadar suka2, saya dengan pantas rakamkan ia dalam jurnal mimpi. Jurnal yang mencoretkan perihal mimpi2 saya.

Sebenarnya pada malam tadi sehingga pagi jam 8. Saya bermimpi sebanyak 4 kali. Yang saya ingat hanya dua. Antara dua ini, mimpi pertamalah yang membuatkan saya perlu untuk meletakkan ia dalam jurnal mimpi.

Gambar pertama menunjukkan mimpi pertama saya.

Dalam mimpi ini, saya berada dalam kereta. Kereta apa tidak pasti. Di Jalan Bukit Bintang, jalan sesak. Dari kejauhan atas langit biru ada 4 buah kapal terbang besar. Pandangan pertama saya lihat mereka jauh..pandangan kedua mereka berada benar2 di atas kereta yang sesak. 4 kapal terbang ini tersusun umpama beratur. Sehingga satu masa mereka melakukan balik kuang, bermula dengan kapal terbang pertama. Saya ingat2 lupa mereka ada terlanggar tiang batu yang menyokong monorel. Atau pun berlaku kebinasaan lain.

Gambar kedua menunjukkan mimpi kedua saya.

Ini adalah tandas kedai. Tapi kedudukan lain dari alam realiti. Saya buat pangkah kerana paip yang sepatutnya ada telah dimatikan. Kedudukan jamban duduk juga sudah berubah. Dan keluasan tandas ini telah bertambah. Itu sahaja.

Ouh saya baru ingat mimpi saya yang lain!!!

Saya terlibat dalam pergaduhan. Latar tempat di taman melewar. Saya sedang duduk di atas batu tepi jalan. Berbual dengan siapa tidak tahu. Ada beberapa orang yang menjengkelkan dalam mimpi saya cuba buat kacau. Entah. Sudah lupa punca gaduh. Pendek kata saya menang. Dan mereka berlalu pergi. Itu sahaja. Ada dalam 5-7orang semuanya. Sebab saya ingat mampu tewaskan 3-4 orang serentak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s