Surat Kepada Pak Cik Malaysia

Posted: May 26, 2015 in Uncategorized

Kampung Padang Balang

Kuala Lumpur

14 Mei 2015

Assalamualaikum,

Kehadapan Pak Cik Malaysia yang saya kasihi.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga kita semua senantiasa berada dalam limpah dan rahmat kasih Tuhan.

Inilah kali pertama saya menulis surat kepada Pak Cik, mohon ampun dan maaf jika ada tersalah eja maupun tersalah kata. Surat ini ditulis bukan setakat bertanyakan khabar, Pak Cik akan fahami tujuan surat yang aneh ini di akhir kalam nanti.

Pak Cik, saya kira2 sudah lebih 50 tahun Pak Cik hidup. Sudah pelbagai pengalaman berdepan onak duri, ribut taufan, badai pokok runtuh, angin kencang, sejuk malam, hujan lebat, kemarau panjang, dan setiap yang terjadi itu kata Pak Cik adalah ujian daripada Tuhan.

Saya ingat lagi di saat waktu Pak Cik muncul di sini. Sungguh penuh ramah Pak Cik menegur kami. Semua orang merasai betapa ramahnya sikap Pak Cik. Pun yang demikian, ada jua jiran2 yang tidak gemar akan kewujudan ‘orang baru’kata mereka. Peristiwa mereka mahu mengusir Pak Cik masih segar dalam ingatan, tapi Pak Cik mengajar satu kata, ‘memaafkan’.

Tidak beberapa lama, Pak Cik membuka perniagaan di sebuah kedai hujung desa. Segala barang keperluan penduduk Pak Cik ada. Sehinggakan digelar kedai Pak Cik sebagai ‘kedai macam-macam’. Perniagaan Pak Cik maju dan rumah kayu yang Pak Cik tinggal waktu mula2 sampai ke sini dahulu. Kini sudah bertukar kepada rumah batu dua tingkat! Dua tingkat Pak Cik. Tahniah saya ucapkan.

Namun, hidup ini umpama roda kata Pak Cik pada saya. Perniagaan Pak Cik merudum jatuh. Jatuh yang boleh diumpamakan selepas terpijak pisang, ingat boleh lah berpaut pada tiang….apakan daya….tiang licin disapu minyak. Jatuh, perniagaan Pak Cik jatuh rugi teruk. Waktu itu saya masih ingat lagi. Pak Cik merenung jauh, saya datang terkedek-kedek dengan basikal tayar mati. Saya senyum pada Pak Cik. Pak Cik cakap, anak muda kena kekal senyum dan bersemangat. Masa mudalah masa yang berapi-api. Waktu itu radio sedang memainkan lagu Rhoma Irama. Lantas Pak Cik bangkit, Pak Cik mempersiapkan peralatan dan diri di belakang rumah Pak Cik. Saya tanya pada Pak Cik mahu buat apa. Pak Cik tersenyum dan menjawab ‘sebuah kenderaan’. Saya lah orang pertama yang naik bersama Pak Cik! Basikal berenjin Pak Cik buat.

Pantas masa berlalu, Pak Cik dilantik sebagai ketua kampung. Ada satu tahun itu meriah sekali, ramai2 satu kampung kita mahu bersiap. Pak Cik lantik cik kiah sebagai ketua dalam persiapan ini. Tiadalah lain persiapan rombongan ke sukan komanwel. Sampai saja bas rombongan cik kiah ke Stadium Bukit Jalil. Pak Cik cium maskot di depan stadium bukit jalil. Dalam hati saya berkata sambil geleng kepala….Pak Cik, Pak Cik, Pak Cik.

Kampung kita semakin berkembang, setiap jiran saling kenal mengenal, hormat menghormati. Anak pak sheikh mustapha dapat pergi ke satu tempat yang jauh, orang kampung cakaplah. Pak Cik apa lagi. Tiga ekor kambing tumbang. Saya adalah insan paling rugi kerana tidak sempat menjamah. Punya ramai orang kampung nak makan kambing. Orang beratur macam dari sini hingga ke singapura!

Paling terbaru, saya terdengar kenderaan kebanggaan Pak Cik hilang. Kampung kita sudah lama tiada pencuri. Tiada siapa yang disyaki, Pak Cik kata segalanya adalah ujian. Pak Cik beli lagi satu kenderaan agar mudah berjalan. Nasib diri. Tidak sanggup saya tulis apa yang telah terjadi.

Mungkin agak panjang surat saya ini. Usah khuatir Pak Cik, penamatnya di sini. Saya masih ingat lagi kata2 Pak Cik, kita perlu menggenggam harapan. Saya harap Pak Cik juga masih ingat kata2 Pak Cik ini sendiri. Semangat Pak Cik mengalir dalam tubuh saya. Dan mungkin dalam tubuh siapa saja yang mengenali Pak Cik. Salam rindu peluk cium saya kepada Pak Cik yang saya kasihi. Pak Cik Malaysia

Wassalam.

(-1963 Pembentukan Malaysia

dalam 10 tahun -1973 Dasar Ekonomi Baru

dalam 10 tahun-1983 Kemelesetan ekonomi, Kenderaan pertama negara – Proton

dalam 10 tahun-1993 Komanwel

dalam 10 tahun-2003 Rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas

dalam 10 tahun-2013 Kehilangan dua pesawat MAS

-2020 Harapan)

Yang menjadi pembantumu Pak Cik Malaysia

Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s