Hang Tuah di Kuala Lumpur

Posted: February 26, 2015 in cerpen Hang dan Tun

Dia sedang memulangkan baki duit tiket kepada pembeli. Panjang sungguh barisan pagi ini. Apalah yang mahu dikatakan lagi. Demi sesuap rezeki. Tangannya yang satu ketika dulu adalah tangan keramat menewaskan Taming Sari. Kini……hanya me-nekan2 butang di papan kekunci. Ouh tidak lupa memulangkan baki kepada pembeli tiket.

Mungkin ramai yang kenal beliau melalui nama tapi tidak pada rupa. Adapun lakaran sosok beliau di Muzium Negara tidak lain dan tidak bukan hanyalah gambar lama yang agak sedikit lari dari gambaran sebenar. Ahhh…itu gambar 500 tahun dahulu. Gambar masih muda, masih ber-api2 semangat kependekarannya. Tahun 2014 benar2 mengajar beliau erti tua dalam konteks masa. Mengapa dalam konteks masa? Mungkin lain kali hal ini dibincangkan. Fokus pada kisah insan ini dahulu.

Aku? Aku mula kenal beliau dari tag nama yang dipakai.

“Tuah”

Pada mulanya bagi aku sekadar nama. Ada juga insan2 yang aku kenal bernama Tuah. Tuah Zulkarnain yang dulunya DJ radio. Abang Tuah Jani, anak kepada Pak Andak Majid yang mengajar Silat Gayong. Dan Tuah2 yang lain. Setiap kali tiket dibeli aku hanya menundukkan kepala melihat namanya. Ingin sekali aku mengenali insan bernama Tuah ini.

Tubuhnya tidak gedempol. Masih tegap. Berdada bidang. Otot2 masih lagi tertonjol. Dari rupa boleh agak dalam umur akhir 30an. Entah bagaimana satu pagi itu aku berseloroh.

” Hang Tuah, hang duduk mana?”

Beliau melemparkan senyuman dan memulangkan baki. Aku malu sendiri dengan seloroh hambar aku pagi itu. Hampir dua tahun aku menemui beliau dalam ruang kaca kaunter pembayaran. Sehinggalah pada satu ketika bukan beliau lagi memulangkan duit baki. Aku tercari di mana gerangan Tuah. Aku menjenguk ke dalam kaunter. Tiada. Bahuku disapa.

“Cari saya?”

Aku terkejut apabila berpaling. Tuah.

Kami singgah di baskin robin di KL Sentral. Sambil Tuah sendiri memilih aiskrim strawberi cawan besar. Aku hanya memandang. Mahal memang mahal. Tidak sanggup aku. Atas teknik sosial yang saban hari aku amati. Air suam atau air kosong adalah cukup untuk kita duduk dan berbual. Air mineral baskin robin? Terpaksa beli. Demi Tuah.

Dia tidak makan aiskrim itu. Kerana sudah hampir setengah jam kami berbual. Perbualan kami berkisar perjalanan LRT dan KTM. Lebih kepada kerja Tuah. Lantas saya bertanya “Kenapa berhenti kerja?”

“Aku mahu cari Jebat dan minta maaf.”

Kata beliau sambil minum aiskrim yang sudah cair itu dengan sekali teguk. Beliau bangkit. Memakai beg besar berjenama Deuter. Menunjukkan tiket keretapi kepada aku.

KL-PENANG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s