Surat kepada Mak Usu kawan kepada kawan kepada kawan

Posted: January 15, 2015 in surat pada perempuan

Kampong Bharu
Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Mengasihi dan Maha Memahami. Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkan hati kami dengan iman. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad. Penghulu segala nabi. Menerangi alam buana ini. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan kasih Allah.

Surat ini ditulis selepas kawan kepada kawan kepada kawan yang saya kenal mengenal dan terkenal, berdepan situasi yang sukar menjelaskan hal2 yang mudah bagi beliau dan sukar bagi mak usunya. Maka dengan ini saya lebih gemar meletakkan diri dalam situasi kawan kepada kawan kepada kawan saya ini.

Ada hal yang boleh dicerita ada hal yang tidak boleh dicerita, pun begitu surat ini telah saya fiksyenkan demi menjaga kerahsiaan dan amanah seorang kawan kepada kawan kepada kawan.

Dengan penuh kerendahan hati dan diri saya mulakan bicara ini.

Mak Usu,
Surat ini bukanlah ingin menunjukkan sikap keras kami. Jauh sekali tidak mendengar dan menerima pendapat Mak Usu. Surat ini hanyalah luahan hati seorang anak dan punyai adik perempuan yang berada dalam kesulitan.

Setelah beberapa puluh purnama kami terpisah. Akhirnya bertemu jua akan adik seorang ini, dek kerana pisahnya ayah dan ibu. Ayah bersama kami. Ibu dan adik bersama Mak Usu. Ditakdirkan Ilahi, saat pertemuan berlalu ayah tiada langsung sebut punyai anak perempuan ini. Dengan kata yang tidak berbasa basi, anak ini bukan zuriatnya. Maka terkejutlah si adik dan berkata…’habis, anak siapa saya ini?’. Simpan air mata mu dulu dik, simpan untuk hal2 yang lebih besar. Seperti sujud bertemu Tuhan. Dipendekkan cerita, jodoh datang tanpa diundang. Merasakan inilah waktu sesuai, kau memilih dengan penuh lapang dik. Akan tetapi permasalahan timbul saat siapakah yang bakal jadi wali mu kelak?

Maka Mak Usu,
Inilah yang ingin kami hidangkan. Kami dengan penuh keyakinan terpahat. Adalah lebih baik segala prosedur diikut. Iye benar, memang jika ikut prosedur ia memakan masa. Tapi masa inilah yang perlu ditunggu. Kata Mak Usu, memang semua peguam akan suruh ikut prosedur atas faktor integriti mereka. Bagi kami tidak Mak Usu, tidak. Peguam2 ini, aktivis wanita, dan siapa2 pembela wanita telah lelah turun padang menjelaskan hak wanita. Dan inilah hak seorang wanita. Mak Usu tidak mahu ikut prosedur kerana takut memakan masa. Dalam masa sama, hak anak ini terabai. Hak beliau untuk tahu siapakah sebenar ayahnya. Itu paling Akbar bagi kami.

Iye mungkin jalan yang dipilih Mak Usu ini benar jika ujian DNA dibuat. Alhamdulillah kami ucapkan kerana Tuhan telah memudahkan jalan. Tapi tahukah Mak Usu pula sekiranya DNA itu benar mereka ada ikatan. Segala hak yang sepatutnya diterima anak itu perlu ditunaikan? Itu jika benar. Jika tidak, ujian DNA tidak menunjukkan mereka ini ada ikatan. Maka kata Mak Usu akan bawa hal ini ke mahkamah. Yang mana bagi kami adalah lebih bagus dari awal lagi kita2 semua menuju mahkamah.

Dan untuk yang terakhir kalinya, kami memilih sikap untuk menolak secara total jika pernikahan adik perempuan kami dilaksanakan luar dari jabatan agama. Hal ini melibatkan zuriat keturunan dan permasalahan waris serta hal2 lainnya.

Itulah saja sedikit pendapat saya yang cuba mendalami perasaan kawan kepada kawan kepada kawan.

Semoga segala yang direncanakan akan dipermudahkan Allah.

Wassalam.

Yang berkongsi pendapat
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s