Surat pada Buku Denyutkan Jantung

Posted: January 8, 2015 in surat untuk buku

Gelang Patah
Johor

Dengan nama Tuhan yang Pengasih dan Penyayang. Tuhan yang Maha Anggun dan atas keanggunanNya disebarkan pada makhluk, maka kita berada dalam keanggunan Ilahi. Selawat atas kekasih Ilahi, Muhammad yang dicintai.

Assalamualaikum buat teman2,

Surat saya ini hanyalah tiada lain perihal karya Almarhum Suhaimi Haji Muhammad yang bertajuk “Denyutkan Jantung”. Semakin lama saya baca karya beliau, semakin saya rasa saya juga pernah menulis begini-begini begini. Tiadalah saya memalingkan minat dari Usman Awang, hanyalah penambahan minat pada aliran sastera yang unik ini.

Sureal.

Saya amat2 memandang karya2 beliau umpama batu permata yang menjadi mata cenderawasih di dalam botol pelita yang menjadi punca menerangi mentari. Rupa2nya, setiap karya beliau itu…..berbeza alirannya. Dari eksistensialisme, ekspresionalisme, imagisme, absurdisme, magisme, dan lain2.

Beliau menyebut

“Saya sempat menghasilkan beberapa buah karya puisi dari aliran surealisme antaranya

Bulan purnama 1981
Menganyam bulan 1983
Siluet 1984
Menterjemah bintang 1985
Tulang 1986
Alam anggur 1987
Nyanyian undan 1991
Arca impian 1997
Nafas nafas nurani 2007
Cintamu umi 2007
Denyutkan jantung 2010

Dalam keasyikan saya menulis karya2 aliran surealisme, saya tidak menyangka bahawa adanya hubung kait antara aliran surealisme dengan aliran mistiksme yang juga banyak menggunakan unsur2 surealisme. Antara karya aliran mistik yang telah saya hasilkan adalah

Di malam gelita ini 1981
Wujud 1997
At tariq 2000
An nur 2003
Simfoni perjalanan 1999
As salam 2006
Asyik 2006
Taman takwa 2009

Kemudian terdorong pula menulis aliran eksistensialisme yang bertajuk apabila malam semakin malam 2008.

Oleh itu, saya telah menulis karya surealisme alam seperti SILUET, surealisme fisiobiologi dalam TULANG, surealisme balada dalam NYANYIAN UNDAN, surealisme nostalgia dalam ARCA IMPIAN, surealisme protes peperangan dan protes sosial dalam CINTAMU UMI, surealisme mistis-magis dalam RONTGEN, surealisme psikik dalam LAIN JIWA LAIN WAJAH.”

Sebelum ini waktu2 yang belum benar2 saya mendedahkan diri dalam sastera, yakin…..sureal ada dalam islam! Bahkan hal2 keindahan ciptaan Tuhan hanya mampu digambarkan dalam bentuk sureal. Beliau juga memegang maksud sur yang dipakai pada perkataan surealisme itu berasal dari SIRR, perkataan arab bermakna RAHSIA. Di barat, kata beliau lagi aliran atau gerakan surealisme ini bermula tahun 1924 apabila Andre Breton mengemukakan MANIFESTIAN SURREALISM. Akan tetapi, sebelum gerakan ini muncul. Kesusasteraan Arab telah wujud lebih dahulu tanpa mengisytiharkan nama gerakan atau alirannya. Almarhum berkongsi dalam buku ini syair Fatimah dan syair Ali buat Rasulullah

Syair Fatimah

Nyanyian Sedih

Tidak menghairan sesiapapun
Yang mencium semerbak mewangi pusara
Muhammad
Nescaya tidak lagi berbau air wangi
Takdir menyakiti diriku dengan kehilangan
Penuh kesedihan dan kegelapan
Jika kegelapan berlaku di siang hari

Puisi ini ditulis oleh Fatimah Az Zahra lebih 1000 tahun yang lalu, bahawa pusara Nabi Muhammad berbau wangi semerbak mengatasi semua air wangi.

Ali Bin Abi Talib ada menulis puisi berbunyi

Dunia akan musnah
Tidak berkekalan selamanya
Ia seperti jaring labah-labah
………………………
………………………
Duni ini seperti bayang-bayang
Yang bergerak
Seorang tetamu untuk semalam
Suatu mimpi bagi seorang yang tidur
Dan seperti cahaya petir
Menyinari di ufuk harapan

Puisi Ali Bin Abi Talib ini menyatakan dunia ini umpama jaring labah-labah, umpama bayang-bayang bergerak, umpama mimpi bagi seorang yang tidur, juga seperti cahaya petir. Maka ini menunjukkan bahawa ungkapan yang ‘tidak real’ dan yang mengandungi “rahsia” surealisme itu telah diungkapkan dalam sastera arab.

Ini sekaligus menolak surealisme jauh dari islam. Tiada nilai islam dalam surealisme? Boleh lihat mistiksme yang dianuti oleh Suhaimi Haji Muhammad yang mana beliau menerangkan maksud dan pengertian luas, yakni sebarang perhubungan dan kesatuan dengan Tuhan, baik secara horizontal yakni secara terus maupun vertikal secara tidak terus (melalui hubungan dengan makhluk lain). Makna mistiksme dalam pengertian lain pula adalah sesuatu perkara yang mempunyai maksud tersembunyi atau mempunyai makna kerohanian atau mempunyai makna kesucian.

Dalam Al-Quran, banyak sekali perkataan yang boleh dianggap mistik. Umpamanya : Alif Lam Mim, Alif Lam Raa, Qaaf, Sood dan sebagainya.

image

Dan juga, bukankah kita dari kecil lagi sudah digambarkan dengan saat di akhirat kelak.

Waktu mulut kita tidak boleh berbicara. Tangan dan jari kita berbicara,
mata kita berbicara,
kaki kita berbicara,
Telinga kita berbicara,
Hidung kita berbicara,
Rambut kita berbicara,
Kuku kita berbicara…..yang mana kun fa yakun

Subhanallah!

Semua ini saya kongsi dari tulisan beliau sendiri di bahagian kata pengantar. Itu baru kata pengantar, belum isinya lagi. Jika teman2 punyai peluang baca karya beliau. Bersama2 lah dengan saya mencipta dunia surreal dalam sastera di bumi tercinta. Malaysia.

Yang hidup dalam pesonaNya
Perewa

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s