Surat kepada perjalanan yang jauh bermula dengan???

Posted: December 31, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

Kampung Baru
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Kehadapan teman2 yang baca surat saya ini. Blog saya ini mungkin hanya akan dibaca tatkala dipromosikan oleh saya sendiri melalui ruangan FB. Mungkin. Jika tidak, tiadalah yang akan sedar keberadaan penulisan baru. Ouh tidak lupa 10 orang follower yang mengikut melalui email mereka. Terima kasih.

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. AR RAHMAN DAN AR RAHIM. Masa kecil2 dulu saya ada terfikir mengapa nama Tuhan itu dimulakan dengan pengasih dan penyayang? Bukankah nama Tuhan itu terlalu banyak. Saya tidaklah terus mencari, namun rezki Tuhan beri. Jawaban nya telah ditulis oleh Al Marhum Hamka dalam tafsir Azhar beliau. Beliau menyebut, ianya adalah demi memberikan kesenangan dan kedamaian buat makhluk2 ciptaanNya. Meskipun mereka kenal atau tidak, Tuhan itu masih bersifat Rahman dan Rahim. Jika teman2 mahu tahu lebih lanjut cari saja dalam Tafsir Azhar. Huraian Bismillahirrahmanirrahim.

Saya gemar menulis surat bermula dengan memuji Tuhan, pun begitu saya terpengaruh dari tulisan Faisal Tehrani dalam surat2 perempuan Johor. Juga Muqaddimah oleh Ibn Khaldun. Saya juga terbaca dalam satu kisah. Surat yang dimulakan dengan memuji Tuhannya, pembaca itu meyakini dan merasai penulis surat ini benar2 hamba Tuhan dan merasa senang untuk terus membaca.

Amma Ba’du, ( gaya2 Mukaddimah Ibn Khaldun)

Sudah tiga tahun rasanya blog ini saya tulis. Satu pencapaian yang gemilang pada saya. Ada blog2 ringkas yang saya guna nama samaran. Blog itu dibuat sekadar bereksperimentasi. Dari hal2 hati hinggalah kepada kewujudan alam. Maka dengan penuh kerendahan hati saya menulis 31 Disember 2014 di tempat saya sendiri.

Perjalanan ini pelbagai liku dan pelbagai kaedah. Terpulang kepada pilih yang mana, ketentuan sudah ada. Kita yang maha tidak mengetahui memilih dalam beringat pada Ilahi, kadang lupa juga pada diri. Umpama dalam kesesakan jalan raya, ada tiga laluan. Dalam memilih laluan yang bergerak laju kadang kita kecewa pada akhirnya laluan kita tadi lebih lancar dari yang kita kejar. Kekecewaan itu hilang begitu selepas kita tiba pada destinasi kita. Masa, berlumba dengan masa mungkin.

Masa ini saya suka ibaratkannya umpama pedang, kata2 Umar Al Farooq. Jika kita tidak memintas, masa yang akan memintas dan membelah kita. Dihiris tanpa belas ihsan menjadilah kita kepingan debu ditelan zaman. Terlalu banyak rencana mahu bergembira, namun akhirnya kegembiraan itu rupanya boleh saja dikecap secara sederhana. Keindahan zaman namanya.

Keindahan zaman adalah nama anak sulung saya dan isteri. Sudah bergelar ayah, tahniah pada diri. Tahniah jua pada isteri.

Saya mahu menulis buku cerpen dan novel. Ini benar2 memerlukan fokus yang mendalam. Serta berdisiplin. Saya bakal ambil sarjana, jika diterima-lah. Habis saja sarjana akan sambung dalam kedoktoran di negara yang istananya berwarna warni berlapikkan salju tebal. Katanya, di negara utara dunia itu bahasa melayu mudah dilagukan. Saya teruja. Saya juga bakal mencabar diri dalam pertandingan larian. Semuanya lebih 40 kilometer. Semoga baik2 saja. Ouh tidak lupa, basikal 160 kilometer.

Ada dua cerita, cerita ini saya dengar dari insan lain. Insan itu pula ceritakan pada saya dalam bentuk cerita dalam cerita. Maka inilah ceritanya. Bergantung pada kita menilai bagaimana.

1. Waktu itu hujan, ada seorang budak pakai jubah bawa payung menuju ke masjid. Jarak dalam 700 meter dari rumah ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid ada seorang lelaki mempelawanya  untuk naik dan hantar. Budak ini terus naik. Mereka berbual.

“Selalu ke jalan kaki?”

“Taklah, kena tinggal ayah sebab lambat siap…hehe”

“Haha, kau ingatkan aku pada arwah ayah aku”

Dan perbualan terhenti di situ saat mereka sampai dihadapan masjid.

2. Budak itu menuju ke belakang masjid duduk tangga sambil tunggu ustaz habis ajar. Akhir kata2 ustaz itu dalam kuliah adalah.

“Pantasnya kiamat berlaku umpama tangan yang mahu menyuap nasi ke dalam mulut, tapi tidak kesampaian…..wallahua’lam”

Dan budak itu menekup mukanya. Memikirkan bagaimana….bagaimana….bagaimana.

Jauh perjalanan bermula dengan apa??? Mungkin mula dengan merenung diri dari kaca mata insani. Siapa sebenarnya kita ini.

Yang menulis di akhir tahun
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s