Surat buat MANIKUS

Posted: November 29, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

image

Kuala Lumpur
Malaysia

Assalamualaikum,
Surat ini merupakan surat yang jaraknya agak jauh dengan surat sebelum. Kenapa? Entah. Saya tidak punyai jawaban untuk menjelaskan.

Gambar ini diambil dari facebook Kamalia Ramlan. Kerana gambar inu mengingatkan saya pada semangat saya satu ketika dahulu. Mahu menulis novel bertajuj MANIKUS. Sebelum itu, ingin saya khabarkan pada Kamalia bahwa kata beliau bahaya saya cerita jalan2 cerita pada penulis lain. Kerana takut digunakan idea2 itu. Saya tersenyum dan tidak kisah. Kerana saya pernah menonton filem, yang mana sehari sebelum pertandingan lelaki ahli sains ini ciptaannya telah diciplak oleh kawan sendiri. Dan didaftarkan pada pihak penganjur. Ahli sains itu tadi tidak mengalah, malah ia berjaya menaiktarafkan cipta beliau tadi. Bermakna karya yang diciplak itu seolah telah lewat beberapa tahun. Dan beliau menang. Bagi saya-lah, kalau kita takut dicuri persiapkan diri dengan lebih 1001 solusi.

Berbalik kepada MANIKUS. Apa itu MANIKUS? MANIKUS adalah manusia tikus. Satu tempat yang mana tikus2 hidup seperti manusia. Ada dua puak, satu puak menindas puak lain. Sehinggalah satu ketika, puak yang ditindas itu tidak lagi mampu bertahan. Bertahan dari tahun ke tahun kerana mencari perwira dari kalangan sendiri. Kejutan muncul saat, seekor kucing yang mampu bercakap entah datang dari mana. Ber-bual2 dengan perempuan bernama Tia di atas bumbung rumah. Dan Tia ini tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah. Kucing yang kerap kali turun ke tanah. Dianggap wira muncul siang oleh puak tikus yang ditindas cuba menyerahkan tanggungjawab pada Tia. Konflik berlaku saat Raja tikus penindas menawarkan sesuatu lumayan yang membuatkan Tia sanggup turun ke tanah.

Hari penentuan yakni peperangan antara dua puak tikus ini tidak dapat di-tahan2. Kucing mengetuai tikus yang ditindas, Tia dan Raja tikus penindas mula mengepung penempatan tikus2 yang ditindas.

Saat2 paling genting……….

Pofffff

MANIKUS!

Yang masih menyimpan hasrat mengeluarkan novel 
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s