Surat Kepada Mai

Posted: October 12, 2014 in Uncategorized

Kampong Bharu
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Kehadapan saudara Mai yang saya kenali. Semoga berada dalam limpahan rahmat kurnia Ilahi. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

Surat ini ditulis pada pagi isnin nan hening. Mungkin sudah agak lama tidak menulis, maaf jika ada beberapa ayat yang berpusing. Semalam, selesai saja acara Buku Jalanan TITI. Kita semua yakni penggerak kemas barang dan buku. Satu beg buku saja dibawa, atas faktor mahu fokus pada aktiviti permainan rakyat. Saya yang sebelum ini mengangkat beg buku seorang diri, dibantu oleh saudari Mai. Dan ternyata ia meringankan beban. Beg buku itu diletakkan di ruang belakang kereta. Dan ada satu kata Mai yang buat saya berfikir hingga kini.

“Berat betul beg ini, macam mana boleh angkat sorang diri?”

Saya tidak jawab dan hanya gelak. Dan pagi ini, jawaban itu muncul. Muncul bersama tulisan surat ini. Macam mana saya boleh angkat sorang diri adalah kerana kalau tidak angkat….mahu bagaimana lagi? Kena paksa diri juga untuk angkat. Jika tidak, buku2 terpaksa dikurangkan untuk ringankan beban. Atau yang lebih teruk lagi. Ditinggalkan buku. Mujur juga kadang2 ada teman seperti Mai, Huzer dan lain2 angkat bersama. Ringan jua beban. Tapi pada awalnya, dari stor rumah ke kereta. Tetap angkat seorang diri.

Dan begitulah jua kehidupan kita dalam dunia ini. Segala bebanan dan tanggungan kita mesti jadi kuat untuk angkat. Jika tidak, perlu cari alternatif lain. Dan itu tidak sama dengan pikul seorang diri. Teringat saya watak2 dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Mereka telah capai tahap menyerap segala hal dalam hidup. Dan tidak merasa beban. Jika merasa beban. Harus bagaimana lagi untuk hidup?

Kena kuat untuk hidup.

Wassalam.

Yang tiba2 menulis pagi ini
Perewa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s