Surat Sempena Tahun Melawat Malaysia yang tertangguh

Posted: September 5, 2014 in Uncategorized

Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur
Malaysia

15 Julai 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kehadapan Perdana Menteri Malaysia yang saya kasihi.

Segala puji bagi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang memberikan rahmat buat setiap insan. Tuhan yang pernah berfirman di dalam kitabNya, yakni Al Quran. Berbunyi “Negara yang makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun”. Dan pada keyakinan terpahat Malaysia juga adalah sebuah negara paling istimewa di dalam dunia.

Tanpa melengahkan masa, ingin saya berkongsi beberapa hal pada Perdana Menteri. Ia juga perlu diketahui oleh setiap bakal pelancong. Usai saja baca surat saya ini, dalam senarai negara-negara yang mereka bakal kunjung. Malaysia berada pada nombor satu!

Makmur,Harmoni dan Ramah. Tiga kata yang mampu menggambarkan panorama Malaysia. Di saat pelancong menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Dengan senyuman bersulam pelawaan ‘selamat datang ke Malaysia’, pelancong merasakan seolah ada sesuatu yang muluk-muluk bakal muncul! Ingin saya nyatakan di sini. Tidak perlu bersusah payah dalam memahami bahasa tempatan. Rata-rata rakyat Malaysia fasih berbahasa english. Bahasa english di Malaysia digunakan dengan sangat meluas. Meskipun sesama rakyat Malaysia, bahasa english tetap dijadikan bahasa pengantara. Terima kasih atas inisiatif kerajaan yang mementingkan bahasa English. Demi kelangsungan hidup rakyatnya menghadapi era globalisasi.

Untuk saya menceritakan tempat-tempat menarik dalam Malaysia. Biarlah saya berbicara dengan penuh jujur. Lebih 100 tempat menarik yang mana pelancong perlu menetap lebih dari setahun untuk menikmati keindahan Malaysia! Jika mereka berniat melakukan perkara tersebut, pastikan urusan memperoleh visa dari kedutaan Malaysia memudahkan mereka. Tidak perlu risau untuk beratur panjang atau hal-hal remeh. Oleh yang demikian saya memilih untuk bercerita perihal keindahan kawasan yang saya diami, supaya kelak saat Perdana Menteri Malaysia benar-benar baca surat saya ini. Perdana Menteri akan mengerti mengapa Malaysia menjadi pilihan pelancong asing maupun tempatan.

Kuala Lumpur yang menghidangkan pelbagai cerita, dipinggirnya terpahat satu kampung yang menjadi kebanggaan saya. Kampung pinggir bandar, tidak lain dan tidak bukan Kampung Padang Balang. Di sisinya mengalir jernih Sungai Gombak, pokok dan tumbuhan menghijau. Meredupkan suasana yang senantiasa permai. Ketika kerajaan mewartakan Kampung Padang Balang sebagai kampung warisan. Semua penduduk tersenyum dan merasa penuh hiba. Tanah tumpah darah mereka akan kekal dan dijaga sediakala dulu, kini dan selamanya. Sikap gotong royong penduduk kampung akan menonjolkan inilah semangat sebenar rakyat Malaysia kepada pelancong. Penduduk Kampung Padang Balang juga bukan calang-calang orang. Antaranya Professor Siti Zainon, pelukis yang puitis. Rumah beliau sering dikunjungi tetamu yang minat pada hasil seni. Taman bunga yang menghias rumah Professor Siti Zainon seolah menjemput setiap mereka yang lalu lalang untuk menjenguk masuk. Apatah lagi jika pelancong yang ingin mengenali budaya masyarakat setempat. Inilah tempat permulaan yang paling sesuai.
Untuk pengetahuan Perdana Menteri, laluan di Kampung Padang Balang agak kecil. Dan ini tidak menjadi masalah buat sesiapa. Saya memberitahu hal ini adalah laluan kecil inilah yang menyelamatkan udara agar kekal segar. Kereta berkuasa besar atau lori tidak akan mampu masuk dek saiz jalan. Sesiapa saja akan merasa selesa berjalan kaki atau menaiki motorsikal melihat panorama Kampung Padang Balang. Pelancong akan merasa teruja atas pemandangan arus Sungai Gombak yang jernih dan juga beberapa penduduk yang menangkap ikan. Ikan-ikan di dalam sungai ini semuanya segar dan boleh dikatakan bersaiz besar. Ada pondok tempat bakar ikan yang dibuka betul-betul tepi sungai, jika ada yang berjaya tangkap ikan dan mahu dibakar terus. Dipersilakan. Aktiviti ini mendapat sambutan membarangsangkan saat musim tengkujuh.

Jika ada yang merasa penat berjalan. Tahan saja penunggang motorsikal. Budaya di kampung ini, dengan senang memberi tumpang pada sesiapa atas dasar tolong menolong bantu membantu. Jika penunggang itu tiada urusan penting, dengan percuma akan dibawa mengelilingi kampung kami. Tanpa bayaran! Ada pasar malam dan wayang pacak setiap rabu di tengah-tengah kampung. Filem-filem terkini ditayangkan. Pelancong boleh beli makanan dan duduk di kawasan lapang sambil menikmati filem yang ditayangkan. Sebelum saya terlupa, yang paling terkenal di pasar malam adalah Roti John Brader Bob. Sesiapa saja patut mencuba jika bertandang ke Kampung Padang Balang ini.

Saya dengan penuh rendah hati, merasakan betapa istimewanya Kampung Padang Balang ini. Pelancong asing akan mengenali nilai dan sikap sebenar rakyat. Mungkin tiada ejen pelancongan yang mencadangkan Kampung ini. Nah inilah dia pelancongan alternatif buat pelancong!

Akhir kata.
Selamat datang ke Malaysia!!

Yang benar
Perewa
Penduduk Kampung Padang Balang.

P/s: kenapa ia tertangguh? Sepatutnya surat ini dihantar sebelum 31 Ogos 2014. Memandangkan isteri yang dikasihi telah melahirkan anak sulung kami pada 26 Ogos 2014. Agak kesibukan dan tiada kesempatan. Maka dikongsi dalam ruangan ini saja.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s